You are on page 1of 4

Faktor-faktor yang mempengaruhi British untuk menerima dasar campur tangan di

Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874.


Pengenalan:
B. Semenjak penubuhan Negeri-negeri Selat 1826, Kerajaan British pada
keseluruhannya mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal
negeri-negeri Melayu. Kerajaan British tidak ingin dibebankan dengan
tanggungjawab baru diluar negeri yang akan melibatkan perbelanjaan yang
besar.
C. 1874, kerajaan British campurtangan di Perak, Selangor dan Sungai Ujong.
D. Campuratangan British di Negeri-negeri Melayu adalah disebabkan oleh interaksi
beberapa faktor di Eropah dan Semenanjung Tanah Melayu.
A.

Sebab-sebab Campur tangan British.


C. Faktor-faktor Ekonomi
D. Prof. Khoo Kay Kim dan Margaret Knowles berpendapat bahawa tujuan-tujuan
ekonomi merupakan sebab terpenting campurtangan British di NNM.
B.

(b) Keperluan bahan-bahan mentah dan pasaran-pasaran baru.


(i) Revolusi Perusahaan pada abad ke-19 menyebabkan British memerlukan
bahanbahan mentah bagi kilang-kilangnya dan pasaran-pasaran baru bagi barangbarang keluarannya.
(ii) Perkembangan perusahaan mengetin dalam pertengahan abad ke-19
menyebabkan
keperluan bijih timah tinggi di Eropah. Harganya
melambung (1872 -L7 12s 9d) dan merupakan harga yang paling tinggi
sejak tahun 1823.
(iii) NNM terutama Perak dan Selangor amat kaya dengan bijih timah. Maka
adalah menguntungkan sekiranya British campurtangan dan menguasai
negeri-negeri tersebut.
Pelaburan British di Negeri-negeri Melayu.
(i) Ramai pedagang dan syarikat-syarikat British telah menanam modal di
Semenanjung Tanah Melayu. Kebanyakan pedagang British dan China
melabur secara langsung dalam lombong-lombong bijih timah di Larut,
Melaka, Sungai Ujong dan Lukut.
(ii) Beberapa syarikat British membelanjakan jumlah wang yang banyak bagi
mendapatkan konsesi perlombongan. Contoh, Paterson, Simon & Co.
telah membayar $33,500 pada tahun 1861 bagi mendapat konsesi
perlombongan di Kuantan. Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah
membayar $30,000 kepada Dato Kelana pada tahun 1872 bagi konsesi
perlombongan. W.Mansfield & Co. mempunyai kepentingan perkapalan di
Singapura.
(iii) Malahan perdagangan yang bernilai sekurang-kurangnya $2.5 juta setahun
dan dijalankan oleh pedagang Eropah dan Cina telah dibiayai terutamanya
oleh modal Eropah.
(iv) Keadaan anarki di NNM telah mengancam pelaburan dan perdagangan
British.
(v) Mac 1873, seramai 248 pedangan Cina menandatangai sepucuk surat rayuan
yang meminta British campur tangan dalam hal ehwal NNM. Surat rayuan
ini diterima ole Lord Kimberley (S/U Pejabat Tanah Jajahan) pada 31 0gos
1873.

(vi) Memang tidak boleh dinafikan bahawa tujuan-tujuan ekonomi merupakan


satu faktor penting yang mempengaruhi British campur tangan di NNM.
Perkara ini jelas kelihatan dalam arahan yang diberi oleh Lord Kimberley
pada Sir Andrew Clarke pada bulan September 1873. Antara lain, Clarke
telah diarahkan untuk melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil
oleh kerajaan British untuk melindungi pelaburan dan perdagangan di
NNM.
2. Kebimbangan Campur tangan Kuasa-kuasa Asing.
3. C.D. Cowans, Prof John F. Cady, Emily Sadka dan K.G.Tregoning
berpendapat bahawa kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing
merupakan sebab terpenting bagi campur tangan Brtish di NNM.
4. Pada tahun 1870-an kuasa-kuasa Eropah seperti Itali, Jerman dan Rusia
berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan yang dapat
membekalkan bahan-bahan keluaran mereka.
5. Pembukaan Terusan suez 1869 memendekkan perjalanan di antara Eropah
dan Asia menambahkan lagi minat kuasa-kuasa Eropah untuk
memperluaskan pengaruh di Asia.
6. Menjelang tahun 1870an, Belanda telah memperluaskan kuasanya di
Indonesia, Peranchis di Indo-China dan Sepanyol di Filipina. Hanya Siam
dan Semenanjung Tanah Melayu di Asia Tenggara masih belum dijajah
oleh kuasa-kuasa asing.
7. Britain kuatir bahawa kuasa-kuasa asing akan menggunakan keadaan anarki
di NNM sebagai alasan untuk campur tangan. Malahan Kerajaan British
berpendapat bahawa sekiranya ia tidak campur tangan dalam hal-ehwal
NNM, lambat laun kuasa-kuasa lain akan berbuat demikian.
8. Kuasa Eropah yang paling ditakuti oleh Britain ialah Jerman. Penyatuan
Jerman dan ketewasan Peranchis ditangannya pada tahun 1870-71
menjadikan Jerman kuasa terkuat di Eropah.
9. Jerman pada tahun 1870-an telah berusaha mendapatkan jajahan baru di Asia
dan Afrika. Minat Jerman di Semanjung Tanah Melayu jelas kelihatan
dengan kewujudan pedagang-pedagang Jerman di Singapura.
10. Dari aspek perjalanan peristiwa-peristiwa di London dan bukti mengikut
susunan waktu, adalah jelas bahawa perkara yang mendorong Lord
Kimberley mengambil tindakan di Semenanjung T.Melayu ialah sepucuk
surat daripada Seymour Clarke (pengarah Syarikat Bijih Timah Selangor).
11. Seymour Clarke telah menghantar sepucuk surat kepada Lord Kimberley
pada 18 Julai 1873 yang memberitahu bahawa Tengku Kudin (Wizurai
Selangor) ingin mendapatkan bantuan British untuk menamatkan perang
saudara di Kelang. Sekiranya, pihak British enggan memberi bantuan
beliau akan mendapatkan bantuan kuasa-kuasa Eropah yang lain dan
kemungkinan besar negara Jerman (minit Lord Kimberley bertarikh 22
Julai 1873).
Adalah mustahil bagi kita mengizinkan sebarang kuasa
Eropah menubuhkan Protektorat di mana-mana negeri
Semenanjung Tanah Melayu

12. Kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing merupakan faktor yang telah
mendorong atau mempercepatkan campur tangan British di NNM. Memang
telah menjadi dasar British pada abad yang ke-19 untuk mengelakkan
sebarang kuasa barat bertapak di Semenanjung T.Melayu yang akan

mengancam jalan perdagangan ke negeri China. Perdagangan negara China


merupakan tumpuan British yang utama di kawasan Semenanjung T.Melayu.
3.

Keadaan Anarki
4. Pada tahun 1860-an dan 1870-an NNM pantai barat berada dalam
keadaan anarki yang disebabkan oleh pergaduhan kongsi-kongsi gelap
Cina, perebutan takhta kerajaan, pelanunan Cina di Selat Melaka dan
perang-perang saudara.
5. Keadan anarki tersebut terutamanya pergaduhan kongsi-kongsi gelap Cina
di Larut Selat mengancam keselamatan NNSelat.
6. J.Kennedy dalam bukunya, A History of Malaya berpendapat bahawa
keadaan-anarki merupakan satu daripada faktor-faktor yang
menyebabkan campur tangan British diNNM.
7. C.D.Cowan dalam bukunya Nineteenth Century Malay, berpendapat
masalah keselamatan NNS yang disebabkan oleh kekacauan di
Semenanjung T.Melayu membuat kerajaan British mengganggap
campur tangan di NNM adalah perlu.
8. Kedua-dua pendapat di atas bolehlah diterima. Lord Kimberley pada 7
Julai 1873 telah membuat ulasan seperti berikut berkaitan dengan
kekacauan di Larut:
Saya berpendapat kita harus berikhtiar untuk menamatkan
kekacauan ini. Adalah jelas bahawa Pulau Pinang merupakan
pusat operasi orang Cina ini yang suka bergaduh

4. Fakotr Kemanusiaan.
5. Sir Frank Swettenham dalam bukunya British Malaya berpendapat
bahawa faktor kemanusiaan merupakan sebab terpenting bagi campur
tangan British di NNM.
6. Beliau menyatakan bahawa kerajaan British ingin menamatkan keadaan
huru-hara di NNM bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda.
British ingin memperkenalkan Pax Britannica.
7. Pendapat Frank Swettenham tidaklah begitu tepat (dapat dilihat dalam
minit Lord Kimberley bertarikh 8 Januari 1873).
Sekiranya kita tambah milik semua wilayah di Asia di mana terdapat
pentadbiran yang tidak betul, kita pasti berakhir dengan membahagikan
Asia dengan Rusia

5. Perubahan dalam Kakitangan Pejabat Tanah Jajahan dan Kerajaan British.


(a) Sebelum tahun 1871, pegawai-pegawai Pejabat Tanah Jajahan dan Parti
Liberal yang memerintah Britian tidak bersimpati langsung dengan
rayuan-rayuan bagi kerajaan NNS untuk campur tangan di
Semenanjung Tanah Melayu bagi memulihkan keamanan dan
melindungi kepentingan perdagangan.
(b) Tetapi jelas selepas tahun 1871, perubahan dalam kakitangan Pejabat
Tanah Jajahan dan Kabinet British telah melahirkan sentimen
imperialisme di Britian. Golongan baru ini menyokong dasar campur
tangan di tanah-tanah jajahan untuk melindungi kepentingan British.
(c) 1870, Lord Kimberley dilantik sebagai Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan.
1871, Edward Knatchbull Hugessen dilantik sebagai S/U Rendah
Parlimen dan Sir Robert Herbert sebagai S/U Rendah Tetap di Pejabat
Tanah Jajahan. Pegawai-pegawai ini mempunyai pendirian bahawa

Kerajaan British harus campur tangan dalam hal-ehwal tanah-tanah


jajahan sekiranya kepentingan British terancam.
(d) Sesungguhnya Lord Kimberley yang bertanggungjawab bagi keputusan
mengarahkan Sir Andrew Clarke pada bulan September 1873 untuk
melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan British
untuk memulihkan keamanan dan melindungi perdagangan British di
NNM.
(e) Malahan pada tahun 1873, Parti Konservatif mula mempengaruhi politik
British. Parti tersebut telah mengambil alih Kerajaan British pada bulan
Januari 1874. Perdana Menteri, Disraeli, menyokong penuh dasar
imperialisme.
6.

Peranan Sir Andrew Clarke.


7. Sir Andrew Clarke yang mengantikan Sir Harry Ord sebagai Gabenor
NNS pada November 1873 merupakan sebab efektif bagi campur
tangan British di NNM.
8. Beliau telah melampaui arahan yang diberi kepadanya oleh Lord
Kimberley pada bulan September 1873 untuk menyiasat dan
melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan British
untuk memulihkan keamanan dan melindungi perdagangan British di
NNM.
9. Beliau atas inisiatif sendiri telah mengambil keputusan untuk campur
tangan di Perak pada bulan Januari 1874 dan seterusnya di Selangor dan
Sungai Ujong.

C. Kesimpulan
D. Campur tangan British diNNM pada tahun 1874 adalah disebabkan oleh interaksi
beberapa faktor penting di Semenanjung Tanah Melayu dan Eropah.
E. Faktor yang perlu diberikan perhatian dan yang mempercepatkannya ialah
kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing.

You might also like