You are on page 1of 3

Akhbar merupakan salah satu sumber berita dan maklumat yang popular di

kalangan anggota masyarakat. Dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat
resam, keharmonian hidup rakyat hendaklah mengatasi segala pertimbangan yang lain.
Oleh itu, pihak akhbar harus menjadi pelapor ke arah mewujudkan satu masyarakat yang
bersatu padu melalui laporan berita yang mengambil kira perasaan dan sensitiviti semua
kaum. Persembahan berita serta ulasan yang dimuatkan dalam akhbar hendaklah bebas
daripada segala prasangka di samping menjamin kesahihan berita. Akhbar berbeza
daripada media lain seperti radio atau televisyen kerana apa yang dicetak boleh dirujuk
pada bila-bila masa sahaja. Berasaaskan hakikat ini maka para wartawan yang membuat
liputan dan laporan perlu menyertai tentang tanggungjawab mereka.
Akhbar tidak harus menerbitkan berita-berita bercorak sensasi yang berbau
perkauman semata-mata untuk menambah jualannya. Berita-berita seperti ini boleh
mencetuskan ketegangan di kalangan pihak tertentu. Akibatnya keadaan yang tidak stabil
akan timbul yang nescaya akan membawa kesan-kesan negetif kepada negara. Penerbit
akhbar juga dilarang menyiarkan perkara-perkara yang boleh menggugat ketenteraman
awam. Ini merupakan kawalan luaran untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian
masyarakat.
Pihak akhbar bebas memainkan peranan sebagai satu organisasi yng
mementingkan aspek moral. Sebagai contoh, beberapa akhbar telah mengelolakan
kutipan derma untuk membiayai rawatan pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan.
Selain itu, ramai orang mengemukakan masalah mereka kepada pihak akhbar untuk
mencari jalan penyelesaian. Antaranya ialah yang menuntut keadilan dalam kes-kes
penipuan dan untuk mencari orang atau saudara-mara yang hilang.
Akhbar juga sentiasa memuatkan maklumat yang merupakan pengajaran dan
teladan kepada kita. Berita-berita baik tentang kejayaan manusia dalam pelbagai
lapangan dan berita yang kurang baik seperti kes penipuan merupakan ajaran kepada
pembaca. Sebagai contoh, kita sering membaca tentang skim cepat kaya dan
bagaimana ramai orang telah diperdayakan oleh manusia tertentu yang sanggup menipu
orang lain demi kepentingan diri sendiri.
Akhbar memang mempunyai kebebasan dalam menyiarkan berita. Walau
bagaimanapun akhbar hendaklah sentiasa menggunakan kebebasan tersebut dengan

penuh tanggungjawab. Berita dan rencana yang disiarkan hendaklah mengambil kira
perasaan serta sensitiviti berbagai-bagai pihak. Kebebasan yang ada pada pihak akhbar
hendaklah digunakan untuk tujuan menyatupadukan rakyat demi kesetabilan dan
keamanan negara.
Televisyen adalah salah satu media elektronik yang menyampaikan pengetahuan
dan maklumat yang baru kepada masyarakat. Rancangan-rancangan yang disiarkan oleh
televisyen mengambil kira peringkat umur penontonnya. Ada rancangan untuk kanakkanak, remaja dan orang dewasa. Televisyen ditonton oleh berbagai-bagai lapisan
masyarakat. Ada banyak rancangan televisyen yang merupakan pengajaran. Rancanganrancangan ini termasuklah filem dan drama yang menonjolkan pelbagai nilai murni atau
yang mengandungi cerita untuk dijadikan teladan. Jika teliti, rancangan seperti ini
biasanya menegaskan bahawa kemenangan berada di pihak yang benar. Dengan kata lain
televisyen mengandungi banyak nilai murni yang patuh dicontohi untuk memupuk sikap
dan pemikiran yang sihat.
Filem-filem rencana yang berbentuk pendidikan, sains, agama, ekonomi dan
sosial seperti Kebun Kita, Hari Ini Dalam Sejarah, Dimensi, Kuiz Agama dan sebagainya
disiarkan juga. Faedah daripada rancangan-rancangan serupa ini memang banyak. Selain
daripada menambahkan pengetahuan orang ramai, rancangan-rancangan seperti ini juga
dapat membentuk sikap positif penonton terhadap isu-isu ekonomi, sosial, persekitaran
dan seumpamanya. Rancangan sukan dan rekreasi pula dapat memberi hiburan kepada
para penonton di samping menegaskan tentang pentingnya kebersihan fizikal, mental dan
disiplin diri. Para penghibur di televisyen juga memberikan sumbangan mereka untuk
memajukan nilai, budaya dan cita rasa masyarakat tempatan.
Melalui televisyen, segala projek pembangunan negara yang sedang dilaksanakan
seperti rancangan pembangunan desa, rancangan pendidikan, rancangan bantuan kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik dan seumpamanya dapat dimaklumkan kepada
rakyat. Pemimpin politik dan masyarakat serta para cendekiawan dapat juga
menyampaikan pandangan mereka tentang cara untuk mempertingkatkan taraf kehidupan
rakyat. Tegasnya, melalui televisyen, nilai yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi,
kesungguhan dalam dunia pendidikan, kegiatan belia dan sukan, kerukunan rumah tangga
dan perpaduan masyarakat boleh disampaikan kepada umum secara berkesan.

Televisyen juga merupakan media yang penting bagi pengiklanan di negara ini.
Iklan di televisyen perlu mencerminkan nilai masyarakat tempatan dan memenuhi citacita murni negara iaitu iklan seperti antidadah, cintai bahasa kebangsaan dan semangat
kejiranan. Melalui iklan, masyarakat dapat didedahkan kepada kemajuan sains dan
teknologi yang lebih kemaskini dalam bisdang pertanian, industri, kesihatan,
pengangkutan dan sebagainya.
Oleh itu, televisyen boleh digunakan untuk memupuk pemikiran yang sihat,
positif dan membina. Televisyen juga boleh menjadi alat pembudayaan bangsa dan
memainkan peranan mengukuhkan ketahanan negara serta menolong meningkatkan
semangat cintakan negara.
Sebaliknya, televisyen juga membawa pengaruh yang negetif. Tidak kurang
program-program yang ditayangkan itu mempunyai unsur keganasan. Anak-anak muda
cenderung untuk mencontohi apa yang mereka lihat. Oleh itu, apabila mereka didedahkan
kepada unsur-unsur keganasan, mereka juga akan bertingkah laku secara agresif. Oleh
itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama memastikan bahawa televisyen
digunakan untuk tujuan-tujuan yang baik.

You might also like