You are on page 1of 3

Esei

1. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling disediakan di setiap sekolah. Ini bertujuan


untuk membimbing para pelajar dari pelbagai segi.
a. Apakah itu kaunseling?
b. Jelaskan empat tugas gurtu ketika memainkan peranan sebagai kaunselor.
Jawapan (a) :
Kaunseling adalah suatu peerhubungan di antara seorang klien yang mempunyai
masalah psikologi dengan seorang kaunselor dengan tujuan menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Di peringkat sekolah, kaunseling merupakan proses pertemuan secara
bersemuka di antara seorang guru bimbingan yang memainkan peranan sebagai
kaunselor, dengan seorang pelajar yang menghadapi masalah peribadi atau akademik,
dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku pelajar itu ke arah menyelesaikan
masalah yang dihadapinya.
Kaunseling membolehkan pelajar-pelajar melihat secara objektif masalah-masalah
mereka, mendapat celikal-celikal yang dengannya bertindak untuk merancang secara
logik untuk masa depan serta memperoleh faedah-faedah di dalam proses mencapai
nirwarna kendiri. Masalah-masalah yang kelihatan begitu dahsyat dapat diberi
penyelesaian melalui kaunseling.
Jawapan (b) :
Guru yang memainkan peranan sebagai kaunselor ialah wajib membantu pelajarpalajar yang menghadapi masalah peribadi dengan membimbing mereka agar dapat
menyelesai atau mengurangkan masalah peribadi mereka. Terdapat empat tugas yang
utama bagi seorang guru ketika memainkan peranan seorang kaunselor.
Tugas pertama ialah guru mengumpul maklumat pelajar terlibat. Di dalam proses
Bimbing dan Kaunseling, mengumpul maklumat pelajar merupakan langkah utama dan
hendaklah diuruskan sebelum sesi kaunseling dimulakan. Maklumat asas yang diperlukan
ialah hal peribadi pelajar, pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum yang
disertainya. Di antara teknik yang digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat asas
pelajar ini, teknik ujian dan teknik bukan ujian adalah disarankan.

Tugas kedua ialah guru perlu mengenal pasti pelajar yang bermasalah. Maklumat
pelajar yang dikumpul akan dianalisis, dinilai dan ditafsir dengan tujuan mengenal pasti
punca masalah pelajar, dan seterusnya digunakan sebagai bahan rujukan dalam
perancangan sesi kaunseling demi mencapai objektif yang ditentukan. Bagi pelajar yang
mempunyai masalah tingkah laku tidak bermoral. Dalam proses mengenal pasti masalah
pelajar, guru dapat mengkaji punca-punca masalah pelajar itu ialah daripada keluarga ,
rakan sebaya, alamsekitar dan media massa.pengaruh negetif seperti berjudi, bergaduh,
bercakap kasar, membaca buku lucah dan sebagainya merupakan unsur-unsur negetif
yang cepat digemari dan mudah dipelajari oleh setengah-setengah pelajar.
Tugas ketiga ialah guru membuat rujukan kepada kaunselor atau pihak tertentu.
Bagi kes-kes yang memerlukan kaunseling krisis, misalnya penyalahgunaan dadah,
tingkah laku tidak bermoral yang terlibat seks, dan catatan organ deria, termasuk sakit
jiwa, guru harusnya merujuk kes-kes tersebut kepada kaunselor yang bertauliah atau
pakar jiwa untuk membantu pelajar yang bermasalah. Tugas guru di sini ialah
menyerahkan segala maklumat yang dikumpul dan telah dianalisis kepada kaunselor
bertauliah atau pakar jiwa sebagai rujukan.
Tugas keempat ialah guru mengenal pasti faktor-faktor penghalang dalam
pelaksaan peranan kaunselor. Antara faktor-faktor penghalang ialah guru, pelajar, pihak
sekolah dan ibu bapa. Dalam faktor guru, guru-guru yang dilantik sebagai kaunselor
didapati kurang cekap menjalankan tugas mereka kerana tidak ramai di antara mereka
yang dapat peluang mengikuti kursus Bimbingan dan Kaunseling. Pelajar yang
bermasalah sedaya upaya menjauhkan diri daripada sesi kaunseling kerana berasa malu
dan takut diejak oleh rakan sebaya mereka sebagai orang yang sakit jiwa atau tidak
bermoral, ini juga merupakan salah satu faktor penghalang. Dalam faktor pihak sekolah,
pengetua berpendapat perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya membuang masa
dan merugikan tenaga guru yang tugas utama mereka ialah mengajar dalam bilik darjah.
Bagi mereka guru disiplin telah mengendalikan masalah disiplin yang ditimpulkan.
Selain daripada pihak sekolah, ibu bapa pula enggan memberi sokongan kepada
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang mengutamakan pemulihan, kerana merasa
malu anak-anak mereka dilabel sebagai pelajar yang bermasalah.

2. Hubungan interpersonal yang baik di antara guru dengan murid adalah kondusif
untuk pengajaran dan pembelajaran.
a. Huraikan 5 cara membina hubungan perseorangan yang baik.
b. Huraikan 5 cara menangi konflik.
Jawapan (a) :
Untuk membina hubungan perseorangan yang baik, seseorang harus memperolehi
sifat-sifat peribadi yang sabar, sensitif kepada keperluan orang lain. Misalnya guru
memahami keperluan murid-murid seperti kasih sayang dan ambil berat terhadapnya.
Seseorang juga perlu percaya kepada setiap individu. Misalnya murid-murid sangat
memerlukan keyakinan dari guru seperti kebolehan mereka.
Selain itu, seseorang perlu bersifat terbuka, misalnya guru mempunyai sifat
tersebut, murid-murid suka berbual-bual dengan guru dan akan mengeratkan
perhubungan mereka. Seseorang yang mempunyai kesedaran terhadap dunia sosial,
misalnya guru boleh melancarkan kerja bimbingan dan kaunseling dengan murid.
Seseorang juga perlu mempunyai komitmen profesional misalnya guru yang mempunyai
sifat itu, murid suka mendapat tunjuk ajar daripada guru tersebut.
Jawapan (b) :
Di dalam proses interaksi, kadangkala konflik berlaku di antara individu-individu
yang terlibat. Terdapat lima cara menangani konflik ini, cara pertama ialah guru memberi
kesedaran kepada muri-murid di peringkat awal, sehingga mereka berjaya menanamkan
sikap suka belajar dalam diri mereka. Cara kedua ialah guru mengesan masalah atau
keadaan-keadaan yang tidak memuaskan yang menjejaskan pencapaian akademik muridmurid di samping mengembangkan peribadi dan sosial murid-murid.
Cara ketiga ialah guru harus membantu murid memupuk tabiat melaksanakan
kerja yang diamanahkan dengan sempurna. Cara yang keempat ialah guru haruslah
berkenal mesra dengan ibu bapa dan murid supaya dapat mengetahui latar belakang
murid sekolahnya, butir-butir penting dicatatkan sebagai panduan untuk guru. Cara yang
kelima ialah guru sentiasa sensitif terhadap emosi keseluruhan murid di bilik darjah dan
emosi murid secara individu.

You might also like