You are on page 1of 24

Transkrip wawancara dengan

En. Mohd Ramlan bin Md Ikram mengenai


Peristiwa Pertempuran Dengan-Pengganas
Komunis di Sungai Gaping Estet, Kuala Langat,
Selangor Pada Tahun 1949

Oleh
Ahmad Taqiyuddin B. Arifin

2003291390

Mohd Ros1an B. Mohd Saufi

2001fl~9flfl7

tPlHliHA~liAAH
Assalamualaikum W.B. T
Terlebih dahulu kami ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W. T
kerana dengan berkat keizinan dan limpah rahmatNya dapat kami menyiapkan
tugasan yang diamanahkan. Tanpa restu dan keredhaanNya, pasti tugasan ini
tidak dapat diisiapkan dengan jayanya.
Di dalam menyiapkan tugasan ini, pelbagai pihak yang telah turut serta
membantu. Pertama sekali jutaan terima kasih diucapkkan kepada En. Nazir B.
Ahmad yang merupakan pensyarah
Pengurusan Maklumat. Tanpa

t~njuk

Sejarah

Lisan

(IMR 603),

Fakulti

ajar dan garis panduan daripada beliau di

sepanjang kami menyiapkan tugasan ini, sudah pasti tugasan ini tidak dapat
disiapkan dengan sempumanya. Pelbagai garis panduan, tunjuk ajar serta
kaedah yang betul telah beliau sampaikan kepada kami di dalam

memasti~an

tugasan yang. akan di hasilkan adalah mengikut keperluan kursus yang


dikhendaki .
Tidak dilupakan kepada En. Mohd Ramlan B. Md lkram yang merupakan
individu yang dipilih untuk tujuan ditemuramah bagi melengkapkan tugasan ini,
kerana telah sudi untuk diwawancara oleh kami. Kerjasama dan komitmen yang
baik yang beliau t~lah berikan kepada kami disepanjang tugasan ini di jalankan
telah banyak membantu kami didalam sesi wawancara yang telah dibuat.
layanan baik dan mesra yang diberikan oleh pihak keluarga beliau turut
("'

membantu kami dalam memudahkan pencarian maklumat yang dikehendaki

didalam tugasan ini dengan jayanya. Tanpa jasa baik beliau, pasti segala
maklumat yang kami ingin dapatkan sukar diperolehi.
Di samping itu juga, tidak dilupa kepada rakan-rakan kelas yang turut
serta dalam menyumbangkan idea dan pendapat yang berguna di sepanjang
kami menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan dan pendapat daripada mereka
sudah pasti tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurnanya.
Akhir sekali jutaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak samada
yang terlibat secara lansung ataupun tidak yang turut sama membantu kami
menyiapkan transkrip wawancara ini.
-Sekian terima kasih-

11

"

<

'

'

'

'

'

'

. .

---

.
.

- -

- - -.

. .
. . .
.

'

--

d'lHtDAHUUAJt

Oi dalam kita menikmati kesejahteraan dan keamana Negara pada hari


ini, seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia periu bersyukur kerana kita masih
lagi dapat berpijak di bumi sendiri dan dapat hidup dalam kedamaiaan, sentosa
dan harmoni. Walaupun Negara kita mempunyai pelbagai bilangan bangsa dan
agama, namun kita masih lagi dapat hidup dalam satu keluarga yang bahagia
.

pemerintahan yang baik dijalankan serta


serta masih lagi boleh bersatu. Sistem
system periembagaan yang diperkenalkan ini

Negara ini telah banyak

membantu Negara kita stabil dari aspek ekonomi, social dan juga politik.
Namun didalam kita mengecapi nikmat kesejahteraan selama ini,
seharusnya rakyat hari ini tidak sama sekali melupakan jasa dan bakti pejuangpejuang tanah air kita yang lampau dalam memastikan nikmat kesejahteraa hari
ini tercapai. Tanpa hasil perjuangan yang mereka lakukan pada suatu ketika
dahulu, pasti generasi hari ini tidak dapat kecapi apa yang ada pada hari ini.
Jad~

sebagai tanda kita mengenang jasa mereka, seharusnya kita hari ini

memelihara segala sejarah-sejarah lampau samada di dalam betuk bertulis


ataupun tidak bertulis. Selain memastikan segalan sejarah Negara yang lampu di
dipelihara dan dijaga dengan baik, ianya turut penting di dalam memastikan
ianya menjadi rujukan dan sumber penting bagi generasi yang akan datang.

111

Secara rasminya, zaman Darurat di Tanah Melayu bermula pada bulan Jun 1948
dan berakhir pada Julai

1960.

Pergerakan Komunis telah melancarkan dua

pemberontakan bersenjata di Semenanjung Tanah Melayu. Pemberontakan yang pertama


dari tahun 1948 hingga 1960 dan yang kedua dari tahun 1968 . Di Sarawak, Pertubuhan

Komunis Sarawak (PKS) melancarkan kesemua pemberontakan bersenjatanya yang


pertama mulai tahun 1969. Kesemua pemberontakan bersenjata pergerakan-pergerakan
Komunis itu digagalkan.

Pergerakan Komunis dibawa masuk ke negara ini dalam tahun 1920 - an. la semakin
mantap dengan terbentuknya Parti Komunis Nanyang dalam tahun 1962. Pada 30 April
1930, Parti Komunis Malaya (PKM) pun dibentuk. Serentak dengan itu lahirlah Kesatuan
Sekerja Umum Malaya, yang menjadi Barisan Bersatu PKM. Dalam mesyuarat kaderkadernya sel~ Tanah Melayu dalam tahun 1931, ketetapan dibuat:-

untuk: meneruskan perjuangan pembebasan nasional yang bercorak ketenteraan


atau keganasan bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan imperialis dan
feudal;

untuk menegakkan sebuah kerajaan proletar dan petani yang akan dinamakan
Republik Soviet Malaya

Semasa penjajahan Jepun, PKM menerusi MP AJA menentang Jepun secara perang
gerila. PKM juga mengambil kesempatan rnernbina pengaruh dikalangan rakyat dan

IV

memperkuatkan tenteranya dengan menambah anggota barn yang mana senjatasenjatanya dibekalkan oleh British. PKM dapat merasakan Jepun akhimya akan tewas.
Justeru itu ia bersiapsedia untuk menentang British di medan perang sekiranya percubaan
menguasai Tanah Melayu menerusi saluran politik menemui kegagalan.

Darurat di Tanah Melayu sebenarnya merupakan peperangan diantara pihak


kerajaan dan pihak British dengan Parti Komunis Malaya (PKM) termasuk semua lapisan
rakyat Tanah Melayu akibat kekejaman pihak komunis.

PKM menggunakan General Labour Trade Union dan Pan Malayan Federation of
Labour Union untuk menghasut kaum buruh dan pekerja ladang melancarkan
pemogokan. Antara tahun 1946 hingga 1947 sahaja, terdapat 300 - 360 .pemogokan
seluruh negeri terutama di ladang-ladang getah.

PKM juga menggabungkan beberapa pertubuhan politik berhaluan kiri dalam


tahun 1947 dan menentang rancangan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Menjelang tahun 1948, Chin P~ng yang mengambil-alih kepimpinan PKM dari
Loi Teck yang menghilangkan diri, mengsytiharkan bahawa pucuk pimpinan PKM
mengambil ketetapan untuk melancarkan pemberontakan bersenjata.

Pemberontakan

bersenja:ta

komunis

bermula

dengan

tindakan-tindakan

pembunuhan ke atas pemilik-pemilik estet, lombong dan anggota-anggota pasukan


keselamatan. Balai-balai polis di serang. Ladang-ladang getah dan lombong disabotaj.
Orang awam turut dizalimi dan dianiayai. PKM benar-benar berazam mencapai
matlamatnya menubuhkan sebuah negara komunis dengan cara kekerasan bersenjata.

Untuk menghadapi tentangan bersenjata komunis, langkah pertama yang diambil


~<JlehYSir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British ketika itu ialah dengan mengisytiarkan

darurat d1 seluruh negara mulai 11 Jun 1948. Pengisytiharan ini memberi kuasa yang
banyak kepada kerajaan dalam usaha memerangi komunis.

Menjelang l Jun 1950, satu strategi menyeluruh yang dipanggil Rancangan


Briggs diperkenalkan. Rancangan ini bertujuan memperkuatkan Pasukan Polis dan
'fentera serta melemahkan komunis dengan mengasingkan serta mengkebulurkan mereka
di hutan belantara.

Pada tahun 1951 Sir Henry Gurney, pesuruhjaya Tinggi Persekutuan turut
dibunuh dalam satu serangan hendap. Pihak kerajaan memperk:enalkan beberapa langkah
seperti penggunaan karl pengenalan, penempatan semula kampung baru dan pengistiharan
kawasan-kawasan hitam di mana terdapat banyak aktiviti komunis, bagi menumpaskan
pihak komunis. Penduduk di kawasan hitam akan menghadapi sekatan seperti tempoh
berkurung di waktu malam, sementara di kawasan di mana komunis telah dilumpuhkan,
sekatan tersebut akan ditarik kembali. Ini menggalakkan penduduk untuk beketjasama
dengan pihak kerajaan untuk menentang komunis.

Pada 18 Disembtar 1955, Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
bertemu dengan Chin Peng, ketua kanan komunis Malaya di Baling. Tunku Abdul

Rahman Putra Al-Haj menolak pennintaan Chin Peng untuk menghalalkan parti komunis
dan pertempuran dengan komunis berterusan sehingga Julai 1960 apabila Darurat
diistiharkan tamat. Penentangan terhadap komunis menjadi faktor penting dalam

vi

J)engubalan dasar luar Tanah Melayu.Pengalaman semasa darurat dan pendirian Perdana
,Nfenteri Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra menjadi asas pembentukan dasar
Tanah Melayu yang lebih kepada pro barat.Tunku pernah menyatakan bahawa Tanah
Melayu "akan tirilbul dan tenggelam dengan Barat".

Pada 28/29 Disember 1955, atas permintaan Chin Peng, Tunku Abd Rahman
bersetuju mengadakan rundingan di Baling, Kedah. Rundingan itu gagal setelah Tunku
menolak permintaan PKM membenarkan ia wujud sebagai sebuah parti politik yang sah
dan anggota-anggotanya dibenarkan keluar dari hutan tanpa sebarang syarat. Perbubaan
.PKM meminta diadakan rundingan kali kedua gagal setelah perrnin_taannya tidak dilayan. .

Pada tahun 1958 Tunku Abdul RalulJan melawat Republik Vietnam (Vietnam
Selatan), sebuah negara anti komunis.Dalam lawatan itu Tunku mengecam keras fahaman
komunis.

Dalam Pilihanraya tahun 1959, PKM cuba menumbangkan kerajaan menerusi


saluran politik dengan memberikan sokongan kuat kepada parti-parti yang dianggapnya
progresif. Usaha itu gagal. Kempen-kempen yang dijalankan menyeru rakyat memboikot
pilihanraya juga gagal.

Bila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sebilangan besar


kawasan di tengah Persekutuan telah diisytiharkan kawasan putih.

Vll

Pada 31 Julai 1960, DYMM Yang DiPertuan Agong, mengisytiharkan di


\$"limen bahawa darurat yang berlangsung selama 12 tahun 45 hari ditamatkan. Pada 16
~S~tember

1963, Malaysia terbentuk. Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia turut

_bemiula. Pada tahun 1966, konfra.ntasi Indonesia tamat.

Pada tahun

1968, Parti

Komunis

Malaya melancarkan

pemberontakan

bersenjatanya yang Kedua. Ia diikuti oleh Parti Komunis Kalimantan Utara dalam tahun
1969. PDRM sekali lagi memain peranan utama untuk menghadapi Komunis samada di
gerila di hutan dan Barisan Bersatu sertaBarisan Bawah Tanah di bandar dan desa.

Dalam masa yang sama pergeseran sesama sendiri maka Parti Komunis Malaya
kemudiannya berpecah kepada tiga iaitu PKM asal duaParti Komunis Marxist Leninst
dan tiga Parti Komunis Malaya Kumpulan Revolusi.

Gugatan Komunis kali kedua ini tidak kurang hebatnya Mereka bukan sahaja
menghebatkan peperangan gerila di hutan Semenanjung, Sabah dan Sarawak tetapi
mereka juga bertindak ganas dengan membunuh pengawai-pegawai polis dan tentera
(termasuklah membunuh KPN -Tan Sri Abd Rahman Hashim dan Ketua Polis Perak Tan
Sri Kho Chong Kong), melakukan sabotaj dengan mengebom Tugu Negara dan cuba
menggagalkan projek Lebuh Raya Timur Barat dengan memusnahkan kelengkapan
pembinaan bernilai kira-kira sepuluh juta ringgit.

Kegagalan masa lalu belum mematikan semangat saki-baki PKM dan PKKU

untuk: terns membenmtak. Disamping penekanan perjuagan secara ketente~ mereka


juga meneruskan strategi barisan bawah tanah dan juga barisan bersenjata.

Vlll

fl~lqfjuga

berusaha untuk meningkatkan sokongan orang Melayu kerana mereka telah

sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu pe1juangan mereka tidak: akan be1jaya.

Xusww itu mereka menubuhkan sebuah parti yang dinamakan Parti Persaudaraan
(PAPERI) yang tujuannya untuk menarik sokongan dan simpati ornag-orang Melayu.

Bila PAPERI gagal untuk mempengaruhi orang-orang Melayu PKM menubuhkan


pwa Parti Revolusi Nasionalist Melayu Malaya yang berteraskan kepada konsep
~ASAKOM yang kononnya bermatlamat mahu menyatukan semua tenaga komunis,
~ionalis dan agama ke arah menubuhkan apa yang dikatakannya kerajaan Campuran

~mokratik.
Namun percubaan komunis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak kali ini turut
(iigagalkan. Pasukan polis dan tentera memainkan peranan utama untuk memerangi
komunis di seluruh pelusuk tanah air sama ada di belantara di desa dan di bandar-bandar.
Dengan tindak:an ketenteraan yang berkesan pasukan keselamatan telah be1jaya
m~mbunuh

gerila-gerila komunis di hutan dan ramai juga yang tertangkap atau menyerah

diri akibat tidak: tertahan oleh tekanan pasukan keselamatan. Di samping itu pasukan
keselamatan juga (menerusi tindakan Cawangan Khas) berjaya memusnahkan rangkaian
Barisan Bawah Tanah Komunis dan Barisan Bersatu yang bergerak di bandar-bandar dan

di desa-desa. Akibat tindak:an pasukan keselamatan yang telah berjaya membunuh ramai
pengganas komunis dan memaksa mereka menyerah diri serta kejayaan memusnahkan
Barisan Bawah Tanah dan Barisan Bersatu Komunis, telah menyebabkan percubaan
komunis untuk meranpas kuasa secara kekerasan dengan muncung senjata seperti mana
yang disenanllkan oleh Mao Zee Tong telah be1jaya dipatahkan. Ini bermakna pasukan

IX

polis yang bertanggungjawab untuk menghadapi insurgensi dalam negeri dengan dibantu

oleb tntera betjaya menyelamatkan negara dari jatuh ke tangan komunis.


Kini komunis di negara kita telah lemah tetapi mereka berusaha untuk
meneruskan peijuangan mereka dengan strategi barn yang dikenali dengan nama
~kembali

kepada massa'. Pari Komunis Malaya Marxist-Lenist dan parti Komunis

Malaya Kumpulan Revolusioner telah bersatu mulai tahun 1984 membentuk parti baru Parti Komunis Malaysia. Ini bermakna,

:ida tiga buah parti komunis di Malaysia kini:

PKM pimpinan Chin Peng, Parti Komunis Malaysia dan Pertubuhan Komunis Sarawak.

Pada 2 Disember 1989 satu peijanjian ditandatangani

dl Hadyai, Thailand di

antara kerajaan Malaysia dan Thailand, dengan PKM pimpinan Setiausaha Agungnya,

Chin Peng bersetuju untuk menamatkan peijuangan bersenjatanya. Dengan ini


peijuangkan pasukan keselamatan kita untuk membebaskan negara daripada ancaman
bersebjata Komunis telah mencapai kejayaan. Malaysia boleh

~angga

sebagai sebuah

negara di Asia Tenggara yang telah beijaya menggagalkan percubaan Komunis


menegakkan negara Komunis.

Walau bagaimanapun peijuangan menentang Komunis- di semua medan- adalah


terpaksa dibayar dengan harga yang mahal. Negara terpaksa membelanjakan beribu juta
ringgit untuk memerangi Komunis. Seramai lima ribu lima ratus lima puluh empat
anggota Pasukan Keselamatan terbunuh dan cedera semasa bertempur atau terkena
jerangkap samar - tiga ribu tiga ratus dua puluh tujuhadalah anggota polis dan dua ribu
dua ratus dua puluh -tujuh anggota tentera. Seramai dua ribu lima ratus lima puluh lima
orang awam turut terkorban dalam tempoh yang sama.

aBagaimanapun jurnlah pengganas Komunis yang terbunuh, cedern dan ditangkap ialah

sebelas ribu dua rntus dua puluh dua orang. Jumlah yang terbunuh ialah enam ribu
sembilan ratus enam puluh lima, seramai dua ribu sembilan ratus enam puluh Iapan
cedera dan seribu tiga rntus lima puluh sembilan berjaya ditangkap.

xi

transkrip wawancara bersama En Mohd Ramlan bin Md lkram mengenai peristiwa


perfempuran dengan Pengganas Komunis di Estet Sg Gaping, Kuala Langat, Selangor

TAPEl SIDE A
Berikut adalah rakaman wawancara Sejarah Lisan mengenai peristiwa petempuran
dengan Pengganas Komunis di Sungai Gaping Estet, Kuala Langat, Selangor pada
tahtm sembilan belas empat puluh sembilan dengan En Mohd Ramlan bin Md
Ikram yang merupakan seorang bekas Konstabel Khas sewaktu berlakunya Zaman
Darurat di Tanah Melayu pada waktu itu. Rakaman ini dijalankan di rumah
kediaman beliau di Kg Batu Laut , Kuala Langat Selangor Darul Ehsan pada 22
Ogos 2004 jam sebelas pagi. Wawancara ini dik:endalikan oleh saudara Mohd
Roslan bin Mohd Saufi dan dibantu oleh sau~ara Ahmad Taqiyuddin bin Arifin.
Dengan segala hormatnya kita mulakan rakaman ini.

MR

: Assalamulaikum Pak Cik?


MRMI : Waalaikumussalam.

MR.

: Boleh beritahu nama Pak Cik sebenar?


MRMI : Nama saya sebenar Mohd Ramlan bin Md Ikram.

MR

: Berapakah umur Pak Cik sekarang?


MRMI : Tujuh puluh sembilan.

MR

: Bilakah Pak Cik dilahirkan?


MRMI : Tahun dua puluh lima, itu sahaja yang tahu haribulan tak tahu.Tahun
meniang tahun dt1a puluh lima.

MR

: Dimanakah Pak Cik dilahirkan?


MRMI : Di Kampuqg Batu Laut juga.

MR

: Siapakah nama isteri Pak Cik?


MRMI : Ikut dalam passport [kad pengenalan] Ratinem bt Lazim.

MR

: Berapakah umr isteri Pak Cik?


MRMI: Haitu saya tak dapat tahu. Tetapi saya nikah tahun lima puluh satu.

================================================!

Transkrip wawancara bersama En Mohd Ramlan bin Md lkram mengenai peristiwa


Pertempuran dengan Pengganas Komunis di Estet Sg Gaping, Kuala Langat, Selangor

11\l:R/ : Sudah berapa lamakah Pak Cik mendirikan rumah tangga dengan isteri Pak
Cik?
MRMI : Kiralah, tahun lima puluh satu sekarang ini. Ha tolak lah berapa itu.
. .

'___-_- R
(
.M
._
__-

: Hasil daripada perkahwinan dengan isteri Pak Cik selama ini, berapakah
bilangan ke semua anak-anak Pak Cik?
MRMI : Anak semua tiga Yang satu meninggal, satu lelaki satu
perempuan. Yang meninggallelaki. Itu tinggal berdua lah.

MR : Sebingga sekarang, berapakah ramai bilangan cucu Pak Cik?


MRMI : Cucu kalau tak silap saya tiga belas, cicit dua

MR

: Hasil daripada perkahwinan ibu dan bapa Pak Cik, berapakab


bilangan ke semua adik beradik Pak Cik?

MRMI : Kalau tak silap saya limaLelaki semualtu adik beradik saya yang
sebenarnya Tetapi sudah menigggal satu, tinggal empat.

MR

: Sudah berapa lamakah Pak Cik tinggal dan menetap di kampung !ni?

MRMI : Kira daripada kecil tidak ada kemana-mana, Kampung Batu Laut
juga duduknya. Lepas itu kej3p-:kejap hila masa kecil-kecil merantau itu
sahaja

MR

: Apakah pekerjaan Pak Cik sekarang?


MRMI : Sekarang, menjaga cucu.

MR

: Sebagai orang lama di kampung ini, adakah Pak Cik bergiat aktif
dalam mana-mana persatuan?
MRMI : Tak ada Memang tak masuk.

~~===============================================2

Transkrip wawancara bersama En Mohd Ramlan bin Md lkram mengenal perisflwa


Pertempuran dengan Pengganas Komunis di Estet Sg Gaping, Kuala Longot, Selongor

MR

: Berapa lamakah Pak Cik berkhidmat sebagai seorang Special


Constable [Konstabel Kbas)?
MRMI : K.alau tak silap saya sepuluh tahun lapan bulan tiga hari.

MR

: BiJakah Pak Cik memulakan tugas sebagai Special Constable?


MRMI : Dua puluh tiga haribulan satu tahun empat puluh sembilan.

MR

: Siapakah yang menjadi pendorong utama bagi Pak Cik


memilih Special Constable sebagai kerjaya Pak Cik pada masa
itu?
MRMI : Masa itu jam kerja pun susah jadi masUk itulah.

MR

: Berapakah gaji yang Pak Cik terima ketika itu?


MRMI : Tujuh puluh ringgit sebulan.

MR

: Apakah faktor utama Pak Cik memilih kerjaya sebagai Special


Constable [Konstabel Khas] ini?
MRMI : Pasal banyak kawan mengajak, ketja itu pun senang. Kalau
duduk dalam masjid lah.Sekali-sekali masuk dalam hutan. Itu yang
minat.

MR

: Siapaka~ idola Pak Cik pada niasa itu?


MRMl : Contoh banyak, yang Jungle Squad tu pun ada Saudara kita jugalah.
Campurlah itu. Jungle Squad [Pasukan Hutan] bersama SC (Special
Constabel].

MR

: Bolehkah Pak Cik ceritakan sedikit sebanyak pengalaman pahit


dan manis sepanjang Pak Cik menjalankan tugas pada masa ito?
MRMI : Boleh. Jadi mula-mula saya kena ketja dekat Sungai Gaping Estet ni,
jadi senjata pun tak dapat.Lepas seminggu tak ada training [latihan],
bagi senjata Jadi dah bagi senjata tu malam datanglah komunis ni nak

================================================3

Transkrip wawancara bersama En Mohd Ramlan bin Md lkram mengenai peristiwa


tt,ertempuran dengan Pengganas Komunis di Estet Sg Gaping, Kuala Langat, Selangor

jadi senjata pun tak dapat.Lepas seminggu tak ada training [latihan],
bagi senjata. Jadi dah bagi senjata tu malam datanglah komunis ni nak
menyerang kononnya, Tetapi orang kita cekap. Sesudah itu dia
menembak-nembakl$ itu, basikal pun kena

pelUI1.1, kain baju pun

bersarang ditembaknya.Tetapi orang tak singgah. Nasib baiklah Tuhan


panjangkan umur. Itu sahaja.Tiga kali bukan sekali.Sekali kerja
dalam Guard Room [Bilik Keselamatan] itu la. Tetapi cover [kawalan]
kita sudah cukup dah Sekali daripada_____ getah itu, dia tunggu di
situ. Selamat juga. Sekali pokok-pokok getah ditarahnya. Ha, itu pagi
kita sudah round [kawal] disana. Dalam empat tahun duduk situ pindah
pula Tanjung Sepat campur dengan polis, kenajaga gate[pintu]. Kadang,
malam itu pergi round [meronda]. Kadang _ ____ kadang ke laut.
ltulah kerja dia.

MR

: Bolehkah Pak Cik ceritakan sedikit sebanyak pengalaman hid up


Pak Cik pada waktu itu?
MRM1 : Sepuluh tahun Iapan bulan tiga hari _____ SC [Special Constabel].

ltupun _____ kerajaan. Janji balik waran sesi pagi, rupanya awak
duduk kat Rawang sampai Klang. Habis perkakas campak dekat npekan
itu. Terpaksa modal sendiri, seratus lebih sewa Iori daripada Rawang ke
mari. Buat, balik pindah itu tinggal orang, kena Iapan puluh ringgit
sampai rumah. _____ duduk kampung orang.Gaji tujuh puluh,
bukannya besar. Masa itu, tujuh puluh besar la. Masa ini jangan
diharaplah, makan buburlah dikatakan.

MR

: Sebaik sahaja dari menjadi SC apakah kerja yang Pak Cik lakukan
selepas itu?
MRMI : Berhenti daripada SC [Special Konstabel], masuk kerja kilang tujuh
belas tahun.

MR

: Di kilang manakah Pak Cik bekerja?

================================================4

You might also like