You are on page 1of 24

Transkrip Temubual Bersama Dengan

Konstable Tuan Haji Suji Bin Abdul Latif


Mengenai Serangan Komunis Di Sekitar Perak
Pada Tahun 1948

'

Suzilawati Binti Sarif

2003474233
Zuraini Binti Ghani

2003474297

Projek Dimajukan Kepada Fakulti Pengwvsan Maklumat


Universi.ti Teknologi MARA, Kampus Puncak Perdana
ShahAlam
Bagi Memenuhi Keperluan Kursus IMR 603 - Sejarah Lisan
'

Julai - Oktober 2005

'

lSI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN

.. . . I

2.0ABSTRAK

.. . 11

3.0 PENGENALAN

... 1-11

4.0 TRANSKRIP

.. - 12-59

5.0 LOG TEMUBUAL

... 60-66

6.0 LAMPIRAN

6.1 BlODATA TOKOH

... 67

6.2 SENARAI SOALAN

... 68-76

6.3 SURATPERJANJIAN

... 77

6.4 INDEKS NAMA

... 78-80

6.5 GAMBAR DAN LAIN-LAIN

... 81-87

6.6RUJUKAN

... 88

()

/MR 603 - Sejarah Lisan

1.0 PENGHARGAAN

Pertarna sekali, kami ingin

mema~Yatkan

kesyukuran ke hadrnt Illahi kernna di

bawah limpahan kasih dan rnhmat-Nya kami telah berjaya menyiapkan transkrip ini
dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Encik Nazir b. Ahmad selaku
perigajar subjek IMR 603 Documenting Oral Tradition I Oral History kerana di atas
tunjuk ajar, sokongan dan kritikan beliau telah melancarkan perjalanan proses
menyiapkan transkrip ini.
Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohammad Suji bin
Abdul Latif diatas kesudian beliau memberikan kerjasama terbaik sepanjang sesi
temubual diadakan di rurnah beliau. Kami juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa
kami yang sentiasa me:pdoakan kejayaan kami.
Tidak dilupakan kepada rakan-rnkan yang turut sama menyumbangkan bnah
fikiran dan membantu kami dalam menyempumakan projek ini. Jasa kalian amat
dihargai.
Terima kasih.

/MR 603 - Sejarah Lisan

2.0ABSTRAK
Abstrak:Sejarah lisan ini dihasilkan oleh Zuraini binti Ghani dan Suzilawati binti Sarif
sebagai penemubual dengan Tuan Haji Mohammad Suji bin Abdul Latif. Transkrip ini
mengandungi pelbagai peristiwa kedatangan komunis ke Tanah Melayu dan serang
hendap komunis di sekitar Perak pada tahun 1948. Peristiwa dan pengalaman ini telah
diceritakan dengan sukarela dan penuh kerjasama oleh Tuan Haji Mohammad Szgi bin
Abdul Latif. Beliau turut menceritakan pengalaman berharga beliau ketika menyertai
'Jungle Squad'. Sepanjang temubual diadakan, terdapat pelbagai gangguan seperti
. gangguan bunyi enjin kenderaan dan kicauan burung, namun gangguan-gangguan ini
. tidak menjejaskan mutu suara rakaman ini. Untuk memudahkan kami mendapatkan
maklumat yang diperlukan, kami . telah membahagikan soa/an-soalan kepada tiga
bahagian iaitu soalan orientasi, soa/an umum dan soalan khusus.

Kata kunci: Komunis, Jungle Squad. Jungle Company, darurat, Chin Peng.

ll

IMR 603 - Sejarah Lisan

l':tfti~iti

komunis di Kajang dan Semenyih, Selangor

!Rada
tahun
.
'

--

... ...

1948 pihak berk:uasa telah menjumpai satu tempat simpanan senjata komunis

r,<.ajang. Senjata ini dipercayai senjata yang dibekalkan oleh British semasa

pepd,.udukan Jepun dahulu.


Pada 27 Jun 1948, seorang mandur penoreh getah berbangsa Cina di Estet Braemar,
\JGljCUlg telah ditembak mati di luar sebuah kedai di sebuah kampung kecil di Sungai
,Kantan pada 10.15 malam. Dalam badannya diselitkan secebis nota dalam bahasa Cina
.

yang berbunyi "to destroy labour thief'_ Estet Braemar ialah Taman Saujana Impian,
Kajang sekarang ini.
Pada 23 Julai 1948, pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan telah
diperkenalkan di seluruh Tanah Melayu. Ia bertujuan untuk membezakan penduduk yang
mematuhi undang-undang dengan mereka yang berniat untuk menyebarkan unsur
subversif Mereka yang tiada kad pengenalan akan dituduh sebagai komunis.
Bulan Julai - 2 November 1948: beberapa kejadian subversif berlaku di Kampung
Kachau, Semenyih.
Pada Julai 1948, seorang kanak-kanak lelaki British telah dibunuh di Kampung Kachau,
Semenyih_
Sejak 10 Ogos 1948, kedai-kedai Cina yang meriah di Kajang ditutup dan jalan raya yang
sibuk menjadi lengang kerana ancaman dan ugutan komunis.
15 Ogos 1950: pengurus ladang getah Sir Day dari Ladang Glenshiled, Kajang dibunuh.
Turut terbunuh 2 orang polis konstable dan keraninya, Lee Bien Chee. 13 orang
pengganas komunis membunuh mereka ketika dalam peijalanan ke Sungai Reko. Turut
hilang ialah wang RM4062.30, selaras senapang rifle ienis 313 dan senapang pendek.
Pada sekitar jam 2 pagi, 2 November 1948, segerombolan komunis telah membakar
rumah asap dan gudang getah di Ladang Dominion, Semenyih. Mereka berbuat demikian
semata-mata untuk mengancam seluruh penduduk Semenyih .

IMR 603- Sejarah Lisan

Pada 2 November 1948 rumah-rumah setinggan Cina dan kedai-kedai di Kampung


Ka.chau, Semenyih telah dibakar oleh pasukan keselamatan British dan diarahkan
berpindah ke pekan Semenyih, Seremban dan negeri Johor. Sebahagian yang lain
. dia.rahkan berpindah ke Kampung Baru Semenyih. Kampung Kachau ini disyaki menjadi
tempat persembunyian komunis. Di belakang Kampung Kachau terdapat sebuah bukit

dan dijadikan sebagai kubu komunis. Kini, tempat tersebut dijadikan Tanah Perkuburan
Nirwana, Semenyih. Seluruh kampung telah hangus dijilat api. Lebih kurang 500
penghuni kehilangan tempat tinggal. Mereka diarahkan berpindah dalam tempoh sejam

pada malam itu juga. Mereka turut berdepan dengan masalah kekurangan makanan.
Sebanyak 61 buah rumah di Kampung Kachau (berhadapan dengan rumah Cikgu Abdul
Azis bin Mohd Noor di Kampung Pasir I Kampung Kachau) telah dibakar. Kesan-kesan
peninggalan tapak rumah yang terbakar masih ada sehingga sekarang. Contohnya perigi,
batu lapik tiang rumah, tapak kedai dan lain-lain. Kebanyakannya ialah rumah setinggan
Cina dan deretan beberapa buah kedai Cina.
Pihak pengganas komunis telah melancarkan serangan hendap ke atas penduduk
kampung di Kajang dan Semenyih sehingga menyebabkan seorang pengurus ladang
terbunuh.
2 November 1949: Polis menangkap 500 orang yang disyaki menjadi talibarut komunis di
Semenyih dan Kajang. Polis telah menemui 10 buah khemah dan 13 pondok atap.
Kebanyakan mereka ialah orang tua, kanak-kanak dan kaum wanita. Sedangkan kaum
lelaki majoritinya telah masuk ke hutan menyertai pengganas komunis. Penahanan dan
pembakaran pondok atap setinggan-setinggan Cina ini telah menyebabkan penghuni
mencari perlindungan di bandar atau di Kuala Lumpur dan menyebabkan kesesakan di
bandar.
Seramai 2000 penduduk Balakong diarahkan pindah kerana bersimpati dengan komunis.
Mereka turut memberi bantuan ubat, makanan, wang dan pelbagai peralatan lain kepada
pengganas komunis. Sebahagian mereka membantu komunis secara paksa atau sukarela.

-4-

IMR 603 - Sejarah Lisan

Bada 1950 seramai 60 penduduk setinggan sekitar Semenyih telah ditahan oleh pihak
Komunis atas tuduhan kerana memberi bantuan kepada komunis. Mereka merahsiakan
'iffiildumat tentang pergerakan komunis di Semenyih. Sebaliknya mereka memberi

pett>a.gai jenis bantuan secara sukarela kepada pengganas komunis.


28 Februari 1950: Berlaku pembunuhan seorang guru di sebuah sekolah Melayu di
Semenyih. Tapi kes ini tidak dilaporkan kerana penduduk setempat ketika itu mahu
merahsiakan kes pembunuhan tersebut oleh pengganas komunis.
Pada 12 Mac 1950 kira-kira jam 11 pagi, tiga pengganas Cina bersenjata menembak mati

dua orang Melayu di Ladang Kampung Kachau,

Semenyi~

Selangor ketika mangsa

.sedang memetik buah kelapa.


Sebuah Iori yang membawa susu getah dalam peijalanan menuju Estet Sungai Tangkas,
Bangi telah diserang hendap oletl pengganas komunis. Pemandu Iori dibunuh dan Iori
telah dibakar. Semua penoreh getah di ladang itu enggan untuk keluar bekeija kerana
bimbang akan dibunuh ketika menoreh getah lagi.
Pada Disember 1950, seorang Pegawai Daerah Mantin, Negeri Sembilan bersama 5 orang
polis konstable dan seorang polis berbangsa Cina telah diserang hendap di Batu 11,
Semenyih. Tempat itu berhampiran dengan Kampung Sungai Pening berhampiran dengan
Perkuburan Cina Nirwana dan air terjun Sungai Tekala, Semenyih.
Pada tahun 1950 Saijan Blenkinsop, seorang pegawai British bersama SC Jarmari, SC
Haji Abdul Ghani, SC Akri dan SC Basir dan seorang pekeija ladang dan jip polis
mereka telah diserang hendap di Batu 15, Jalan Jekang, Dengkil ketika dalam peijalanan
ke Ladang Teras Jernang, Bangi. Sarjan Blenkinsop dan SC Abdul Ghani telah terbunuh.
Sir Harold Brigg mengklasifikasikan Kampung Kachau sebagai kawasan komunis yang
aktif Tambahan pula sejak 30 Oktober 1948, bilangan setinggan Cina meningkat secara
mendadak di Semenyih. British telah mengadakan operasi menyoal siasat di Kampung
Kachau pada 20 Julai 1948. Rumah-rumah setinggan ini disyaki menjadi rumah
persembunyian komunis.

-5-

!MR 603- Sejarah Lismt

z~

latiuari 1950: Seorang penghulu Hulu Langat telah ditembak . Beliau telah cedera dan

IeetetattYa rosak teruk. Beliau ketika itu dalam pe.rjalanan pulang dari pejabat ke
tcampungnya.
[250 kerajaan bertindak melaksanakan Peraturan Darurat liD untuk memutuskan
b:tibungan penduduk Semenyih dengan pihak komunis. Di bawah peraturan tersebut,
seramai 1500 penduduk Semenyih telah dipindahkan dan dihantar ke pusat pemulihan di
Khwng, Johor.
seramai 6 orang penduduk Sungai Long, Kajang telah ditangkap oleh polis berikutan
penemuan
enam
buah
khemah
komunis.
Mereka
telah
ditahan
di
Kajang
dan
kemudian
...
-

dihantar pulang ke negara China. Tindakan ini dibawah Peraturan Darurat 170. Beberapa
orang penduduk di Sungai Jelok. Kajang turut dikenakan tindakan yang sama Terdapat
banyak ladang getah dan kawasan bukit-bukit di Sungai Jelok. Sebahagian- kawasan
Sungai Jelok telah dibina Penjara Kajang dan lebuhraya Seremban - Kajang ( Kajang seremban Highway KASEH ).
15 Februari 1951 seramai 1500 penduduk Melayu Jenderam, Sepang, Selangor telah
dipindahkan ke kern tahanan Kluang, Johor. Kebanyakan pengganas komunis Melayu
yang beroperasi di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan terdiri daripada pemuda
Melayu Kampung Jenderam. Mereka mempunyai pertalian persaudaraan atau berasal dari
-

tempat yang sama dengan tokoh komunis seperti Tan Malaka dari Sumatera, Indonesia.
Pada 28 Mac 1951, jam 9 pagi, Wong Kim Poh yang bertugas sebagai Timbalan Pegawai
Penempatan Semula telah ditembak mati oleh pengganas komunis dalam satu serang
hendap di Balakong. Beliau ketika itu sedang bertugas bersama dengan kontraktor dan
beberapa orang pekerja penempatan semula.
Pada 1 Julai 1951, perintah darurat dilaksanakan di Kajang, Semenyih dan Broga akibat
pembunuhan enam pegawai polis dalam satu kejadian serang hendap.
Menurut W.G.S Cony, terdapat 46 buah kampung baru di Selangor. Antaranya ialah
Kampung Bam Semenyih dan Kampung Baru Melayu (Kampung Sentosa ), Semenyih.

-6-

IMR 603 - Sejarah Lisan

t3: Jaltuari 1953, kerajaan mengumumkan catuan dan kawalan makanan di selatan
~lil.ilgor bagi

menghapuskan saki-baki gerombolan pengganas komunis di Kajang.

Rolis memburu secara besar-besaran ketua pengganas komunis bernama Liew Kon Kim
~

SlJn.gai Pelek, Sepang. Liew Kon Kim digelarnya sebagai Janggut oleh orang Melayu

S~t;nenyih kerana mempunyai janggut.

Ra'da 1954 pengasas pengganas komunis

bemama Liew Kon Kim dan Lau Cheng telah

:l]aya dibunuh di Kuala Selangor. Tempat operasi Liew Kon Kim ialah di sekitar
~Jpigai Jelok. Dia telah melarikan diri ke Kuala Selangor.

fp Januari

1956: Timbalan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya bernama Yeong

'l~.wo telah beijaya dibunuh. Kawasan utama operasinya ialah di Semenyih dan Kajang.

!P&mbunuhan ini memberi tamparan hebat kepada pergerakan pengganas komunis. Moral
l:riereka semakin merosot untuk beijuang. Pengganas komunis yang terselamat telah
menyerah diri dan keluar dari hutan. Sebahagiannya pula berundur ke kawasan sempadan
Thailand.
31 Julai 1960: Darurat diisytiharkan tamat setelah mendapati pergerakan komunis
semakin lemah dan beijaya dipatahkan.

Namun saki-baki komunis masih wujud dan bertempur dengan tentera Malaysia di
Lebuhraya Timur Barat terutama dalam Operasi Gonzales.
2 Disember 1989: Peijanjian Perletakan Senjata antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan
Thailand dengan Parti Komunis Malaya telah dibuat di Hotel Le Garden, Haadyai,
Thailand ditandatangani. Peijanjian ini dinamakan Peijanjian Haadyai. lni berikutan
keruntuhan kerajaan komunis di Rusia, maka Kerajaan Komunis China tidak lagi
betminat untuk membantu Parti Komunis Malaya. Antara mereka yang menghadiri majlis
peijanjian tersebut ialah Chin Peng, Rashid Maidin, Dato Rahim bin Noor, Dato Megat
Junid Megat Ayub dan lain-lain.

-7-

lMR 603 - Sejarah Lisan

Secant rasminya, zaman Damrat di Tanah Melayu bermula pada bulan Jun 1948 dan
pada Julai 1960. Darurat di Tanah Melayu sebenarnya merupakan pepernngan

.aimttara pihak kerajaan dan pihak British dengan Parti Komunis Malaya (PKM) tennasuk
setn\la Iapisan rakyat Tanah Melayu akibat kekejaman pihak komunis. Pihak komunis

te1ab

bertindak membunuh pemilik ladang, lombong dan anggota keselamatan seperti

fa.n'S berlaku di Bukit Kepong sebelum darurat diisytiharkan lagi. Pada tahun 1951, Sir
U~!lfY

Gurney, pesuruhjaya Tinggi Persekutuan turut dibunuh dalam satu serangan

hendap. Pihak kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah seperti penggunaan kad
penempatan semula (kampung bam) dan pengisytiharan kawasan-kawasan

IUtam (di mana terdapat banyak aktiviti komunis) bagi menumpaskan pibak komunis.

P~nqtiduk

yang berada di kawasan hitam akan menghadapi sekatan seperti tempoh

beda.trung di waktu malam, sementara di kawasan di mana komunis telah di1umpuhkan,

setcatan tersebut akan ditarik kemba1i. Ini menggalakkan penduduk untuk bekerjasama

dettgan pihak kerajaan untuk menentang komunis. Pada 18 Disember 1955, Ketua
Mertteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertemu dengan Chin Peng, ketua kanan
k:(.)fl.lunis Malaya di Baling. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menolak pennintaan
Chin Peng untuk menghalalkan Parti Komunis Malaya dan pertempuran dengan komunis
berterusan sehingga J ulai 1960 apabila darurat diisytiharkan tamat.

Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 -1989)


Perang Dunia Kedua dan ~ndudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 .
telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk memperkuatkan
or~nisasinya. Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930 telah

bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun melalui Tentera Anti-Jepun
Rakyat Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember
1940.
Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan
telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA
dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku, pihak

-8-

IMR 603- Sejarah Lisan

IJtffiS}l dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran


sek:umpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang.

SeteP3S Jepun menyerah

kala~

Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan

untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA Beberapa siri keganasan dan rusuhan
S<;(iu rpergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu. Kembalinya British dengan
pentadbiran tenteranya (BMA) telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera
MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila
terbabit.
fer:bentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan
tccpada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti

Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui
mogok dan rusuhan. Beberapa siri serangan telah berlaku. Bagaimanapun, insiden pada
16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai
Siput, Perak telah membawa kepada pengisytiharan darurat oleh Sir Edward Gent.
Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diisytiharkan ke seluruh
riegara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948.
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis
Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan
.

Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputuSa.n
drastik.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi
berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin
berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand
Penempatan barn komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan
memulihkan kekuatannya.
Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka
pada 2 Disember 1989, Petjanjian Damai (Peijanjian Haadyai) telah ditandatangani di
antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand

-9-

lMR 603 - Sejarah Lisan

ee1jauJian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya
stfama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang DiPertuan Agung dan
kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.
(~Jill {>eng

k~na

kini berada di negara China. Sekiranya beliau pulang, beliau pasti di tahan

mengetuai sebuah pertubuhan haram yang terbabit dalam kegiatan subversif,

penculikan, pembunuhan dan rompakan. Oleh kerana tiada had masa bagi jenayah
pembunuhan, beliau boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati sekiranya pulang ke

Malavsta.

-10-

IMR 603- Sejarah LisaJr

Tuan Haji Mohammad Suji bin Abdul Latif telah dilahirkan pada tahun sembilan
~Jelas dua

puluh lima (1925) di Pekan Batu 12, Kajang, Selangor. Beliau telah dibesarkan

n1eh kedua-dua ibu bapanya iaitu Tuan Haji Abdul Latif bin Mohammad Amin dan Hajah
Munah binti Hitam. Beliau mula mendapat pendidikan awal pada tahun sembilan betas
uga puluh empat (1934) di Sekolah Melayu Kajang. Beliau telah mendirikan rumah
dengan Hajah Kalsom binti Ahmad pada tahun sembilan belas lima puluh (1950)

dan telah dikurniakan tujuh orang anak (seorang telah meninggal dunia).
Tuan Haji Mohammad Suji bin Abdul Latif menyertai pasukan polis pada tahun
sembilan belas empat puluh dua (1942) dengan jawatan sebagai mata-mata (pengintip).
.

Pada tahun sembilan betas empat puluh tujuh (1947), ketika beliau bertugas di Taiping,
beliau telah diserapkan ke dalam "Jungle Squad". "Jungle Squad" adalah satu kumpulan
pasukan polis yang ditubuhkan untuk mengawal keganasan komunis. Sepanjang
menyertai "Jungle Squad", pelbagai pengalaman pahit manis ditempuhi yang tidak
mungkin dapat beliau dilupakan sampai bila-bila. Berdasarkan pengalaman itulah kami
telah mengambil kata sepakat untuk menemuramah beliau untuk tujuan penyelidikan ini
<bln berkongsi suka duka yang ditempuhi beliau ketika menyertai "Jungle Squad". Beliau
menamatkan tugas sebagai anggota "Jungle Squad" pada tahun sernbilan belas enarn
puluh(1960).
Sepanjang temurarnah dijalankan, terdapat pelbagai gangguan seperti bunyi
kicauan burung, bunyi enjin kenderaan yang lalu lalang, suara onp1g bercakap, bunyi
peralatan jatuh dan sebagainya. Narnun begitu, gangguan-gangguan berkenaan tidak
menjejaskan kualiti suara wawancara ini.

- 11-

lMR 603- Sejarah Lisatz

r~ElSIDEA

Bertikt adablh rakaman wawancara sejarah lisan mengenai serangan komunis di


:Rii:ibl.r .rerak dengan Tuan Baji Mohammad Suji bin Abdul Latif yang merupakan
bekas Konstable Polis. Rakaman ini dijalankan di rumah beliau di
Sungai Tekali pada 31 ogos 2005 jam 12.10 tengah hari. Wawancara ini
dibndalikan oleh Zuraini biDti Ghani dan dibantu oleb Suzilawati binti Sarif.
J)engan segala bormatnya kita mulakan wawancara ini.
Assalamualaikum pakcik.
Pakcik:

,f.G::

Boleh saya tabu siapakah nama penuh pakcik?


Pakcik:

ZG::

Waalaikumussalam.

Nama penuh pakcik, Mohammad Suji bin Abdul Latif

Pakcik ada nama samaran tak?


Pakcik:

Tak ada. Nama samaran itulah mereka panggil, Suji. Suji sahaja. Entah
apa yang Suji tidak tahulah itu.

ZG:

Bilakah pakcik dilahirkan?


Pakcik:

Kalau mengikut kad pengenalan, tetapi, pasal [sebab] ada tipu


sedikitlah, yang sebenamya atuk lahir tahun sembilan betas dua puluh
lima (1925), tetapi dek [oleh kerana] masuk polis dia hendakkan umur
lapan belas tahun, dia tambah, ubah lahir masa itu surat beranak tak

ada dia taruknya [masukkan] tahun sembilan belas dua puluh tujuh
( 1927). Ha, macam itulah masuk polis British, senang, tapi polis masa
Jepun masuk begitu sahaja. Macam itulah.

ZG:

Di manakah pakcik dilahirkan?


Pakcik:

ZG:

Di Kajang. Batu 12, Cheras, Kajang.

Siapa nama ayah pakcik?


-12-

IMR 603 - Sejarah Lismz

Pakcik:

ZG:

Apakah pekerjaan beliau masa itu?


Pakcik:

ZG:

Munah binti Hitam.

Apakah pekerjaan beliau?


Pakcik:

ZG:

Bersawah.

Siapakah nama ibu pakcik?


Pakcik:

ZG:

Nama ayah, Haji Abdul Latif bin Mohammad Amin.

Pun bersawah juga.

Berapa orangkah adik-beradik pakcik?


Pakcik:

Adik beradik enam, lima lelaki, satu perempuan. Tinggal sekarang ini

tinggal empat.

ZG:

Pakcik anak yang ke berapa?


Pakcik:

ZG:

Bilakab tarikb pakcik berkahwin?


Pakcik:

ZG:

Lapan belas.

Siapakah nama isteri pakcik?


Pakcik:

ZG:

Kalau mungkin dua puluh enam atau dua puluh t!ljuh begitulah.

Umur isteri pakcik masa itu pula?


Pakcik:

ZG:

Kahwin tahun sembilan belas lima puluh (1950).

Masa itu umur pakcik berapa tahun?


Pakcik:

ZG:

Anak yang kelima.

Kal nama dia, Kalsom, Hajah Kalsom binti Ahmad.

Berapa orang anak pakcik?

-13-

IMR 603 - Sejarah Lisan

Pakcik:

Lapan ke tujuh, ya tujuh. Yang ada sekarang ini, empat lelaki dua
perempuan. Yang ada sekarang enam, seorang sudah meninggal,
seorang meninggal (berdehem), enamlah sekarang ini.

ZG:

Bila pakcik mula mendapat pendidikan awal?


Pakcik:

ZG:

Di mana?
Pakcik:

ZG:

Di Kajang, Sekolah Melayu Kajang.

Pelajaran ketika itu diajar dalam Bahasa Inggeriskah?


Pakcik:

ZG:

Tahun sekolah Melayu, tahun tiga puluh empat (1934).

Bahasa Melayu, Bahasa Melayu.

Sekolah itu sekolah campurankah atau untuk anak-anak Melayu sahaja?


Pakcik:

Sekolah anak Melayu sahaja. Masa itu tidak campur lelaki perempuan.
Perempuan, perempuan, lelaki, lelaki.

ZG:

Pakcik ingat tidak nama sekolah itu?


Pakcik:

Sekolah Lelaki Kajang. Masa itu tiada sekolah kebangsaan, Sekolah


Melayu Lelaki Kajang itu macam itu sahaja. (Gangguan bunyi enjin
kereta)

ZG:

Kenapa pakcik belajar kat [di) situ?


Pakcik:

ZG:

Hmm? Tiada sekolah lain.

Habis belajar itu pakcik buat apa?


Pakcik:

Habis belajar tahun tiga puluh Japan (38), ke tahun tiga puluh sembilan
(39) kan perang Jepun, hila perang Jepun sampai tahun empat puluh
(40) Jepun datang kemudian pakcik dibawa dek (oleh] Jepun ke
Singapura Pergi sekolah Jepunlah kononnya Tetapi di Singapura,
bukan belajar sekolah, dia bagi sampan sebiji [sebuah] duduk satu
sampan dua orang, dia bagi berus mencuci karat-karat kapal (meniru

- 14-

IMR 603 - Sejarah Lisan

gaya orang mencuci dinding) di Neigbour Best di Singapura. Lama itu


kerja, tapi adalah dia ajar sekolah-sekolah ini. Bila petang-petang kang
[nanti] dia ajarlah sekolah. Belajar cakap Jepun semualah. Lama-lama
atuk tidak tahan, lari, lari balik kampung Kajang ini, cari pula dek
[oleh] Jepun, tangkap pula. Lama-lama lari pi [pergi] Kuala Lumpur
masuk polis Jepun tahun em pat puluh dua (42) masuk polis Jepun.

lG:

Kenapa pakcik menganggotai polis?


Pakcik:

Sudah tiada kerja lain.

sekolah pun sekolah atap. Bila sudah

masuk polis Jepun macam rajalah. (sambil ketawa)

lG:

Cita-cita pakcik masa sekolahdahulu apa?


Pakcik:

Masa sekolah bercita-cita itu hendak jadi gurulah. Jadi bila Jepun
menyerah

kala~

atuk pergilah sekolah. Ikuf kawan-kawanlah pergi

sekolah, tapi kawan-kawan pakai kasut awak tidak berkasut. Baju pun
buruk sahaja. Jadi malu dekat kengkawan [kawan-kawan] ya
perempuan-perempuan pun ada, malu, satu hari sahaja sekolah. Esok
tidak datang lagi sudah. Padahal masa sekolah dulu, pakcik pernah
dapat nombor satu pertandingan mengarang. Jadi bila buat karangan,
cikgu suruh datang ke rumah dia, dia ajarlah buat. Kawan-kawan
semua pergi. Cikgu itu Cikgu Mahmud nama dia. Xawan-kawan
semua pergi belajar dia ajar petang-petang. Pakcik tidak pergi, pakcik
buat sendiri sahaja. Bila sudah hantar karangan itu esok; oh, dia tak
nak [tidak mahu] ambit Kemudian ada cikgu seorang Cikgu Sukor
nama dia, ambillah, pedulikan dia hendak masuk biarkan dia masuk
kata dia. Dia ambil jugalah. Bila sudah hantar masa itu, Warta Malaya
Suratkhabar. Bila hantar ke situ dia orang [mereka] hantarkan, tahutahu dua minggu sudah itu keluar suratkhabar, datang ke sekolah orang
suratkhabar hendak ambit gambar orang yang menang. Pakcik yang
dapat nombor satu seluruh Semenanjung Malaysia. Tajuk karangan
pakcik itu, "Apa kerja saya buat apabila saya besar". Itu tajuk dia. Jadi

- 15-

lMR 603- Sejarah Lisan

dapat nombor satu. Dia punya hadiah duit sepuluh ringgit, buku Ilmu
Mengarang Melayu karangan Zaaba. Buku tebal macam ini baa
(menunjukkan tanda ukuran seinci dengan jari), ada Iagi buku itu.
ItuJah hadiah dia buku itu. Jadi biJa suratkhabar menyerahkan buku
hadiah itu, eh cikgu itu pula hendakkan buku itu, cikgu yang marahkan
pakcik tadi, dia hendak. Pakcik hendak bagilah (berilah]. Datang
Cikgu Sukor tadi dia nampak dari belakang dia tunjuk macam ini
(menggoyang-goyangkan tangan tanda tidak membenarkan). ..Bak
[beri] batik buku itu" kata dia, jadi cikgu pun sudah senyapkan,
macam inilah cikgu, saya bawa batik dulu buku ini, bapa hendak
tengok, bawa balik dululah. Tetapi hila sudah bawa balik, tidak bawa
balik ke sekolah lagi sudah. (Gangguan bunyi orang batuk) Pakcik pun
berhenti sekolah. Itu masa selepas Jepun menyerah kalah. Bila sudah
berhenti seko1ah itu, masuk ke polis, polis Orang Putih pula di Kuala
Lumpur. Bulan satu tahun empat puluh enam (46) atuk masuk polis.

ZG:

Di mana tempat mula-mula pakcik bertugas?


Pakcik:

Di Ipoh. Lepas [selepas] daripada training [latihan] di Depot Kuala


Lumpur, dia tukarkan ke Ipoh. Duduk Ipoh dua bulan, tukar ke
Taiping.

ZG:

Apakah nama jawatan pakcik masa itu?


.

Pakcik:

ZG:

Haa? (Tak dengar)

Apakah nama jawatan pakcik masa itu?


Pakcik:

Mata-mata. Polis mata-matalah polis mata-mata bodoh. Gaji tanyalah


gaji berapa, dua puluh empat ringgit gaji masa itu. Boleh kirim kat
[kepada] emak lima ringgit masa itulah. (Sambil ketawa)

ZG:

Cukup ke gaji pakcik itu?

- 16-

IMR 603 - Sejarah Lisan

Pakcik:

Itu cukup tidak cukup macam mana. Tetapi masa itu kerajaan ada
bagilah (berilah] beras satu tin kecil itu,

lab, beras, ikan bilis,

cili kering, gula, garam, susu semua dia bagilah (berilah] tiap-tiap
orang setiap orang seminggu sekali seminggu sekali dia bagi. Ttu masa
itulah (berdehem ).

W:

Sejak bila pula pakcik masuk "Jungle Squad" ini?


Pakcik:

Bila sudah tukar di Taiping. Tukar di Taiping tahun empat puluh tujuh
(47), masa itu komunis belum berapa keratlah. Dia yang kuat komunis
tahun empat puluh Iapan (48). Jadi tahun empat puluh tujuh (47) itu
kerajaan bersiap sedia agaknya mana yang bujang-bujang mata-mata
ini muda-muda dia bagilah (berilah] baju hijau, dia kira "Jungle
Squad"lah masa itu, masa itu belum ada polis hutan, belum ada
"Jungle Company" belum ada masa itu. Bila kerajaan ambil sepuluh
orang itu satu-satu ibu pejabat polis kan, kami sepuluh orang masa
itulah (berdehem).

ZG:

Berapa lama pakcik terlibat dengan "Jungle Squad" ini?


Pakcik:

"Jungle Squad" sampai tahun em pat puluh sembilan (49), dua tahunlah
lebih kurang. Tetapi dia tukamya pakcik ke Mahang, ke Ulu Kerian.
Itulah pakcik kata tadi OCPD yang baik itu, pegang tap.gan pakcik,
awak .sarjan, angkat

tangan.

Orang-orang

pakcik

ini

semua

tetmenunglah sahajalah, sarjan, padahal sama-sama. Tetapi kawankawan ridak kecil hatilah. Dia kata awak sarjan, tapi tidak bergaji. Gaji
tiada, gaji mata-mata, baru (ketawa) bam lima puluh dua. Dia .
hantamya pakcik ke Mahang, sama kawan-kawan tadilah sembilan
orang, pakciklah incharge (bertanggungjawab]. Dia buat satu post
[tempat pengawalan], ada kedai-kedai buruk Cina, kedai ilu sebuah
sahaja, itu buat post [tempat pengawalan]. Masuk telefon apa
semualah situ, di kalau kira negeri Peraklah, dia Mahang Kedah,
Sungai Ke1ian, kami sebelah sana. Kira negeri Peraklah. Di situlah

- 17-

You might also like