You are on page 1of 24

IMR 603 - Sejarah Lisan

Sernoga para pernbaca akan rnendapat rnanfaat basil daripada projek ini.
Terirna kasih.
;

UMMI MARLINA BINTI DAUD


AINULHAYATI BINTI INC HE MD. SHAMS UDDIN

11

IMR 603- Sejarab Lisan

2.0

ABSTRAK

Wawancara bersama Tuan Haji Aris b. Haji Musa ini dikendalikan oleh Ainulhayati
bt. Inche Md Shamsuddin dan Ummi Martina binti Daud, pelajar semester 5 Fakulti
Pengurusan Mak:lumat, Universiti Teknologi MARA, Kampus Puncak Perdana, Shah
Alam pada 03 Februari 2005 di rumah pengkisah di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.
Transkrip ini disediakan mengikut temubual yang telah dijalankan bersama Tuan Haji
Aris ketika beliau bertugas dengan tentera Jepun yang memerintah Tanah Melayu
selama 3 tahun 8 bulan menentang keganasan komunis di Bukit Perah, Johor pada
tahun 1944. Beliau menceritakan tentang biodata dan latar belakang pendidikan serta
pengalaman ketika menjalani pemilihan sebagai anggota polis Melayu. Kemudian
beliau menceritakan tentang penglibatan awal beliau sebagai anggota polis Melayu
dan seterusnya berkhidmat dengan tentera Jepun ketika Jepun menguasai Tanah
Melayu mulai tahun 1942. Beliaujuga memberi pendapat mengenai ideologi komunis
dan kesan terhadap Tanah Melayu. Seterusnya beliau menceritakan pengalaman
beliau menyertai operasi menentang keganasan komunis di Bukit Perah, Johor yang.
mengambil masa selama lima hari. Beliau juga ada menceritakan pengalaman beliau
membunuh seorang tali barut komunis. Pelbagai cabaran dan rintangan yang telah
dilalui oleh beliau telah diceritakan. Di akhir wawancara beliau menceritakan tentang
penghargaan yang diterima ketika berkhidmat dalam pasukan polis. Selain itu beliau
menceritakan perihal kekalahan tentera Jepun di Tanah Melayu dan kesan ideologi
komunis. Sebagai penutup, beliau memberi pendapat serta komen mengenai . reaksi
generasi muda dalam menghargai jasa dan pengorbanan anggota polis.

Kata Kunci: Jepun, Komunis, penenlangan, Junsa Bucho, operasi, Bukit Perah;

I'~n Takoda.

--~

Ill

IMR 603 - Sejarab Lisan

Dalam tahun 1934, kaum nasionalis Cina telah melancarkan satu serangan ke atas
kaum komunis yang bertapak di Hunan. Orang-orang komunis berikutan dengan itu
melarikan diri secara beramai-ramai ke utara, dalam "Peijalanan Jauh" yang masyur itu.
Akhimya orang-orang komunis pimpinan Mao Tze Tung dab Chou En Lai tiba di Yenan,
dan di sana mereka mendirikan sebuah pemerintahan serta memperkukuh strategi
peijuangan. Akan tetapi kedua-dua pihak ini nasionalis dan komunis, dalam tahun 1937
telah mencapai persetujuan untuk berganding bahu membentuk sebuah "Barisan
Pertahanan Bersama" bagi menentang pencerobohan Jepun. Pembentukan "Barisan
Pertahanan Bersama" ini merintis jalan ke arah pembentukan sebuah pertahanan yang
kuat dan bersatu.
Perkembangan ini juga mencemaskan pihak

Jep~,~
'

:..

,.

,Akhi{llya dalam tahun 1937


'

itu juga, tanpa berlengah-lengah lagi, Jepun menyerang China. Peking (Beijing) dan
Shanghai menjadi sasaran utama,

dan tentera kaum nasionalis terpaksa berundur ke

pedalaman negeri itu. Mereka mendapat bantuan dari beberapa kuasa Batat seperti
Inggeris dan Amerika Syarikat, yang disalurkan melalui jalan darat melalui negeri

Myanmar.

SERANGAN JEPUN KE ATAS TANAHMELAYU

Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada rancangan


besar Jepun yang bercita-cita untuk menubuhkan sebuah pemerintahan barn Asia Timur
Raya yang berpusatkan negeri Jepun dan meliputi negeri Jepun sendiri, China,
Mancukuo, IndoChina Perancis, Siam, Tanah Melayu, Borneo, Kepulauan Hindia Timur,

lMR 603- Sejarah Lisan

Australia, New Zealand, danjika boleh India juga. Seluruh k.awasan ini, pada perhitungan
.Jepun~ merupakan kawasan yang boleh tegak bersendirian dari segi ekonomi di bawah

. ptmptnan politik dan pemerintahannya.


Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu juga merupakan suatu tindakbalas Jepun

terhadap sikap dan tindak-tanduk Inggeris yang selama ini menyokong kuasa nasionalis
Cina bagi menghalang perhJasan kuasa Jepun di negeri itu. Serangan ini didasarkan pada
sentimen anti Barat atau tegasnya anti Inggeris, yang selama ini telah bern1aharajalela
mengaut kekayaan yang terdapat di negeri-negeri sebelah Timur ini. Penyerangan Jepun .
.

ini juga dodorongkan oleh motif-motif ekonomi, iaitu mahu memperoleh bahan-bahan
mentah dari negeri ini disamping memperluaskan lagi skop perdagangan atau pasaran
mereka. Juga sebagai hendak membalas dendam di samping melumpuhkan segala
kegiatan-kegiatan kaum Cina di Tanah Melayu yang selama ini secara tidak langsung

telah memberi bantuan berupa kebendaan dan sokongan moral terhadap perjuangan
rakan-rakan mereka menentang Jepun di negeri Cina.
.

_Masa pendudukan dan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dari 15 Februari


1942 sampai 15 Ogos 1945 adalah suatu masa yang penuh dengan kucar-kacir, kepahitan
dan kesengsaraan. Oleh kerana pemerintahan Jepun terlalu kejam dan Z<t;lim~ ramai rakyat

ni negara ini melarikan diri lalu masuk ke dalam hutan dan menyusun pergerakan bawah
tanah bagi menentang kerajaan Jepun. Mereka berjuang secara gerila dan membentuk
pelbagai pasukan dan pertubuhan.
Di antara pertubuhan-pertubuhan atau pasukan-pasukan yang menentang Jepun

secara gerila ini tertnasuklah Tentera-Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (The Malayan

People's Anti Japanese Army) ringkasnya M.P.A.J.A. Pasukan atau tentera M.P.A.J.A ini

IMR 603 - Sejarah Lisao

metnpunyai cawangan-cawangan di tiap-tiap buah negeri dan ia dipimpin oleh orangmrang komunis.
Semasa pemerintahan Jepun, Parti Komunis Malaya (PKM) menerusi MPAJA
menentang Jepun secara perang gerila. PKM juga mengambil kesempatan membina
pengaruh diikalangan rakyat dan memperkuatkan tenteranya dengan menambah anggota
barn yang mana senjata-senjatanya dibekalkan oleh British. PKM dapat merasakan Jepun
akhirnya akan tewas. Justeru itu ia bersiap sedia untuk menentang British di medan
perang sekiranya percubaan menguasai Tanah Melayu menerusi saluran politik menemui
kegagalan.

LAT AR BELAKANG DAN PERKEMBANGAN KOMUNIS DlTANAH MELAYU


(1920-AN IDNGGA 1960-AN)

Perkembangan komunisme di Tanah Melayu merupakan sebahagian dari


rancangan perkembangan komunisme sejagat Soviet Union ke wilayah .yang masih di
bawah cengkaman penjajah barat.
K.ekalahan Parti Bolsheviks di Jetman dan Hungary pada tahun 1919 menandakan
kegagalan komunisme untuk berkembang di Eropah. Oleh kerana itu pakartet>ri komunis
mengalihkan perhatian mereka ke Timur. Ini . sej'ajar dengan pembentukan Third

International atau Comintem pada bulan Mac 1919.


Comintern dibentuk oleh Lenin untuk berperanan sebagai organisasi professional
revolusi yang bertindak mengkoordinasi, membantu dan mengarahkan pergerakan
revolusioner kebangsaan. Kegagalan di Eropah mendorong Lenin mep.garahkan

IMR 603 - Sejarah Lisan

~ern.

buat sementara wak:tu, mengalihkan perhatian dari Eropah dan menumpukan

PENYEBARAN KOMUNISME DI T ANAH MELAYU

Percubaan menyebarkan ideologi komunis di kalangan orang Cina di Tanah


,tlfelayu bermula sekitar tahun 1921 hingga 1922. Ini terbukti dengan penemuan beberapa
penerbitan komunis dalam bahasa Cina yang disebarkan di Negeri- Negeri Melayu
<

Bersekutu pada masa itu di antaranya ialah, surat berita terbitan Rosta& Delta New

Agency yang mengandungi berita dari negara China dan Rusia yang dikirim dari Canton.
Terdapat juga surat berita yang diberi nama Buruh dan Wanita diterbitkan di
Canton. Penerbitan ini mengandungi propaganda mengenai kaum wanita dan buruh.
Seterusnya risalah tentang kaedah mengajar ideologi Komunis di Rusia dan juga sebuah
buku disebarkan yang &rtajuk Komunis dan Negara China karya Tsz-Y an yang
menganalisa tentang komunis dalam konteks Negeri China.
Satu lagi risalah komunis bemama parintis (pioneer) yang dikeluarkan oleh Parti
Bolsheviks pada tahun 1922. Risalah itu mengutuk kuasa imperialis kerana memeras dan
mengeksploitasi orang Asia. Risalah itu menganggap Moscow adalah pentas dunia yang
akan berusaha menyelamatkan penduduk dunia yang ditindas.
Kegiatan pertama komunis di Tanah Melayu bukanlah sesuatu yang dirancang
.

tetapi kegiatan ini tejadi secara kebetulan apabila. Alimin seorang pemimpin komunis
Indonesia, singgah di Singapura pada awal tahun 1924 dalam perjalanannya ke CAnton

untuk menghadiri Persidangan Buruh Seluruh Pasifik pada bulan Jun

~un

yang sama.

IMR 603- Sejarah Lisan

Dalam tempoh yang singkat, semasa berada di Singapura dan Tanah Melay~, Alimin
berjaya rnerekrut beberapa orang penduduk tempatan untuk dijadikan kader komunis. Dia
juga mengemukakan laporan lengkap kegiatannya di Tanah Melayu dan Singapura

kepada para perwakilan di persidangan tersebut.


Pada awal tahun 1925, Tan Melaka yang berasal dari Sumatera, mendesak Parti
Komunis China (PKC) yang beribu pejabat di Canton supaya menghantar wakilnya untuk
mengembangkan ideologi komunis di kalangan anasir radikal di Singapura. PKC
memenuhi permintaannya dengan menghantar wakil J4las ke Tanah Melayu dan juga
bertujuan menjalin hubungan antara golongan revolusioner kaum Cina di Singapura
dengan komunis di Indonesia.
Tan Melaka dan beberapa orang pernimpin komunis turut berada di Tanah
Melayu pada tahun

1925~

dengan matlamat untuk mempengaruhi orang Melayu supaya

menerima ideologi komunis. Tetapi Tan Melaka merasa hampa kerana usahanya dan
menyifatkan orang Melayu bodoh dan Tanah Melayu bukanlah tempat yang subur untuk
.

ideologi komunis. Dia merasa bahawa golongan yang memahami ekonomi dan politik
adalah orang Cina aan komunisme boleh berkembang di kalangan mereka.

PEMBENTUKAN PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)

Untuk memperkemaskan lagi kegiatan merek~ kornunis merasa sudilf.t liba

masanya- sebuah parti diwujudkan di Tanah Melayu. Pada 30 April 1930, PKM pun
ditubuhkan. Ho Chin Minh, pemimpin Parti Komunis Vietnam turut hadir dalam
persidangan perasmiannya sebagai wakil Biro Timur Jauh Comintem. Serentak dengan

IMR 603- Sejarah Lisan

kelahiran PKM, Kesatuan Sekerja Umum Malaya (Malayan General Labour Union)
dibentuk untuk menggantikan Kesatuan Sekerja Kelahiran Kesatuan Sekerja Umum
Malaya didalangi oleh pihak komunis dalam usahanya mengekalkan pengaruh komunis
di kalangan kesatuan sekerja.
Dengan tertubuhnya PKM, gerakan komunis di Tanah Melayu tidak lagi di bawah
kawalan PKC tetapi dikawal oleh Biro Timur Jauh Comintern. Semenjak itu PKM tidak
hanya meluaskan pengaruh di kalangan orang Cina sahaja tetapi kaum-kaum lain juga
turut dipujuk menerima fahaman komunis, terutamanya orang Melayu yang terdiri dari
golongan petani.
Oleh yang demikian, PKM berhasrat membentuk dasar perjuangannya yang
berorientasikan Tanah Melayu dan mengenepikan orientasi kecinaan yang dirasakan
sudah tidak sesuai dengan matlamat perjuangannya yang hendak mendirikan sebnah
republik komunis di Tanah Melayu.
Walaubagaimanapun, dasar ketanahmelayuan itu tidak dapat dilaksanakan dengan
berkesan kerana terdapat kelemahan - kelemahan tertentu di kalangan pemimpin PKM
kerana kesemuanya terdiri dari kaum Cina. Maka dengan itu kekallah PKM dimonopoli
oleh kaum Cina.
Pada tahun 1931 PKM telah mengadakan Mesyuarat Kader-Kader Seluruh Tanah
Melayu (Pan Malayan Cadres Meeting). Mesyuarat itu membuat ketetapan untuk
meneruskan perjuangan pembebasan nasional dengan cara program ketenteraan iaitu
keganasan bersenjata bagi menggulingkan pemerintah imperialis dan menegakkan sebuah
Kerajaan Republik Soviet Malaya

IMR 603- Sejarab Lisan

Pada tahun yang sama, Jepun menyerang Manchuria. Hal ini telah menaikkan
8emangat kebangsaan orang Cina di Tanah Melayu. Dengan itu PKM . segera
mengeksploitasi luapan semangat kebangsaan orang Cina untuk meluaskan pengaruhnya.
PKM bukan sahaja menyokong malah meniupkan lagi semangat kebangsaan itu dengan
menganjurkan dan mendalangi beberapa tunjuk perasaan serta rusuhan anti-Jepun di
Tanah Melayu.

PEMBERONTAKAN BERSENJATA PERTAMA PKM

Pada bulan Mac 1948 komunis telah mengatur persiapan untuk melancarkan
pemberontakan yang pertama yang

disifatkan sebagai 'perjuangan bersenjata yang

dimulai dengan gerakan pembunuhan, terorisme dan seterusnya melancarkan perang


bersenjata menentang golongan yang tidak menurut arahan komunis.
Pada bulan April dan Mei 1948 bennulalah pemogokan di Singapura dan
kemudiannya merebak ke seluruh persekutuan. Di samping itu komunis juga menjadikan
perusahaan asas sebagai sasaran tindakan mereka apabila buruh estet dan lombong bijih
diugut, kilang . getah dibakar, kontraktor dan pengurus serta buruh yang enggan akan
dibunuh.
Pengganas komunis

juga telah menjalankan sabotaj dan keganasan seperti

melakukan pembunuhan atau percubaan membunuh pengurus ladang atau lombong,


serangan ke atas balai polis dan pusat kawalan pasukan keselamatan yang terpencil,
serang hendap ke atas pasukan keselamatan, ugutan, penculikan dan lain-lain lagi bentuk

IMR 603 - Sejarah Lisan

J(eganasan. Pengganas komunis juga mencuri dan merompak barang makanan untuk
keperluan mereka.
Pertubuhan ini kemudiannya telah diharamkan pada Julai 1948 berikutan dengan
pengisytiharan darurat bagi Tanah Melayu yang telah diisytiharkan oleh Pesuruhjaya
Tinggi British, Sir Edward Gent, yang berpunca daripada pemberontakan bersenjata oleh
pihak pengganas komunis. Dengan itu bennulalah Peperangan Melawan Insurgensi
(Counter Insurgency Warfare) di Persekutuan Tanah Melayu. Kerajaan British telah
melaksanakan berbagai langkah bagi menggagalkan pemberontakan komunis di
Persekutuan Tanah Melayu.
Pada akhir tahun 1959, semua anggota pengganas komunis (PGK) yang
beroperasi di Persekutuan Tanah Melayu telah berundur ke Selatan Thailand untuk
mengelak daripada kehancuran PKM sama sekali. Di waktu itu Chin Peng, pemimpin
PKM merasa amat kecewa kerana pemberontakan bersenjatanya tidak langsung
membawa hasil dan kedua-dua tuntutan untuk berjuang di arena politik sepertimana yang
dikemukakan dalam syaratnya di dalam perbincangan Baling pada 28 dan 29 Disember
1955 telah tidak diterima.
Di atas kegagalan tuntutan itu Chin Peng telah membawa saki baki anggotanya
yang penuh dendam yang tidak kesampaian yang dianggarkan berjumlah 400 hingga 500
orang ke selatan Thailand.
Di antara beberapa faktor kegagalan Parti Komunis Malaya (PKM) bertapak di
Persekutuan Tanah Melayu ketika itu adalah disebabkan oleh kurangnya sokongan di
kalangan rakyat terhadap cita-cita PKM. PKM terutamanya tertumpu di kalangan kaum
Cina kerana ideologi komunisme yang tidak berteraskan ketuhanan yang Esa

10

IMR 603 - Sejarah Lisao

Sela.in itu PKM tidak menerima bantuan material dari negara-negara komunis
.lain seperti China dan Rusia. Taktik jahat dan ganas PKM juga telah menimbulkan
boo.ci rakyat Persekutuan Tanah Melayu terhadap PKM.
Di samping itu kegagalan PKM juga telah berpunca dari dalaman. Fahaman
llm.wris merupakan sesuatu yang asing untuk segelintir masyarakat agrarian Melayu

_pg memasuki PKM dan rangkaian unit bawah tanah yang bertanggungjawab bergerak
_ ~a

sulinidak berkesan membantu perjuangan bersenjata kumpulan militan PKM.

KEJATUHAN KOMUNIS DI TANAH MELA YU

Perubaan komunis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak digagalkan oleh


.pasukan polis dan tentera di mana mereka memainkan peranan utama untuk memerangi
komunis di. seluruh pelusuk tanah air sama ada di belantara, di desa, dan di bandarbandar. D~ngan tindakan ketenteraan yang berkesan pasukan keselamatan telah berjaya
membunuh gerila-gerila komunis di hutan dan ramai juga yang tertangkap atau menyerah
diri akibat tidak tertahan oleh tekanan pasukan keselamatan. Di samping itu pasukan
keselamatan juga (menerusi tindakan -Cawangan Khas) berjaya memusnahkan rangkaian
_Barisan Bawah Tanah Komunis dan Barisan Bersatu yang bergerak di bandar-bandar dan
di desa-de$a. Akibat tindakan pasukan keselamatan yang telah berjaya membunuh ramai
pengganas komunis dan memaksa mereka menyerah diri serta kejayaan memusnahkan
Barisan Bawah Tanah dan Barisan Bersatu Komunis, telah menyehabkan percubaan
komunis $tuk meranpas kuasa secara kekerasan telah berjaya dipatahkan. Ini betmakna
pasukan p(>lis yang bertanggungjawab untuk menghadapi insurgensi dalam negeri dengan
dibantu ol~h tentera berjaya menyelamatkan negara dari jatuh ke tangan komunis.

lMR 603- Sejarah Lisan

4.0

TRANSKRIP W AW ANCARA

TAPE 1 SIDE A
Berikut adalah rakaman wawancara sejarah lisan mengenai operasi menentang
komunis di Bukit Perah, Kota Tinggi, Johor pada tahun 1944. Bersama-sama kami
ialah Yang Berbahagia Tuan H<Yi Aris bin Tuan Haji Musa yang merupakan seorang
tokoh yang amat beijasa kepada negara. Rakaman ini dijalankan di rumah beliau yang
beralamat di No.89, Jalan Bukit Masjid, 86100 Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.
Rakaman ini bennula pada jam 3.00 petang pada 3 Februari 2005. Wawancara ini
dikendalikan bersama oleh saya Ainulhayati bt Inche Md. Shamsuddin dan sahabat

saya Ummi Marlina bt Daud. Dengan segala hormatnya kita mulakan wawancara ini.
Sekarang kami mulakan soalan wawancara dengan soalan orientasi .
.

AIMS: Atuk apa khabar hari ni?


Atuk: Allhamdulillah, bersyukur atuk pada Allah, sihat walafiat.

AIMS: Apakah nama penuh atuk?


Atuk: Nama atuk sebenar ialah hari ini Haji Aris bin Haji Musa.

AIMS: Apakah nama samaran atuk?


Atuk: Nama samaran dulu-dulu dipanggil oleh kedua-dua ibu bapa
atuk dipanggil bujang.

AIMS: Berapakah umur atuk sekarang?


Atuk: Umur atuk masa ini masuk Iapan puluh empat tahun.

AIMS: Bilakah atuk dilahirkan?


Atuk: Dilahirkan pada enam betas haribulan tujuh tahun sembilan
bel as dua puluh satu ( 16.7.1921 ).

AIMS: Di manakah atuk dilahirkan?


Atuk: Di daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

AIMS: Di manakah atuk dibesarkan?


Atuk: Atuk dibesarkan mengikut allahyarham ayah kepada atuk masa itu
beketja dengan kerajaan sebagai kerani, kerani kecil duduk di dalam

12

.'

JMR 603- Sejarah Lisan

negeri Johor iaitu satu daripadanya sebelah Panchong, Muar, Gersek,


Bukit Kepong, Bukit Pasir, Sungai Mati, dan Daerah Batu Pahat:
Tanjung Semerung, Daerah Mersing: Mersing, Kahang, dan Daerah
Kota Tinggi: Pengerang, Panchor, Kota Tinggi dan Kota Tinggi. Jadi
di mana kedua ibu bapa atuk bekerja di situlah atuk membesarkan,
bersekolah pun tak dapat tempat tetap mengikut di mana dia punya
pertukaran.

AIMS: Di manakab atuk menetap sekarang?


Atuk: Sekarang atuk menetap di alamat rumah No.89, Jalan Bukit
Masjid, poskod 86100, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

AIMS: Apakah nama allahyarham ayah atuk?


Atuk: Allahyarham ayah atuk nama Haji Musa bin Kimon.(batuk)

AIMS: Apakah nama allabyarhamab ibu atuk? .


Atuk: Ibu atuk nama Hajah Miah binti Haji A wang.

AIMS: Atuk mempunyai berapa orang adik-beradik?


Atuk: Mempunyai dua betas orang adik-beradik iaitu enam laki-laki
dan enam perempuan.

AIMS: Boleb atuk sebutkan nama mereka?


Atuk: Boleh kalau tak silap atuk sebutkan: satu daripadanya Aris, dua: Mohd
Syarip, tiga: Ismail, empat: Mohd Don, lima:
Kamariah, enam:

Hasnah, tujuh: Khatijah, Iapan: Zaharah, sembilan: Fatimah, sepuluh:


Maheran, sebelas: Kassim, dua belas: Abdul

AIMS: Atuk mempunyai berapa orang anak?


Atuk: Atuk mempunyai sembilan orang anak dengan dua isteri. Isteri pertama
(bunyi ketukan) dapat tiga orang anak laki-laki. Isteri yang kedua dapat
enam orang anak perempuan.

AIMS: Apakah nama isteri atuk?


Atuk: Isteri atuk yang pertama namanya Hajah Zawiyah binti Pandak.

l3

IMR 603 - Sejarah Lisan

Isteri yang kedua nama Hajah Kisom binti Haji Yahya.


AIMS: Apakah pekerjaao atuk sekaraog?
Atuk: Atuk sekarang bersara daripada PDRM, Polis DiRaja Malaysia.
AIMS: Boleh atuk ceritakao latar belakaog peodidikao atuk?
Atuk: Boleh, sedikit yang atuk ada ingat. Atuk dibesarkan merata-rata
bagaimana disebut tadi. Bila masa (batuk) umur atuk cukup sepuluh
tahun iaitu tahun sembilan betas tiga puluh satu (1931), atuk rnulai
disekolahkan di Sekolah Melayu Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Bila
atuk naik darjah dua, atuk sekolah ugama darjah satu. Sekolah selama
empat tahun, sekolah Melayu hanya sampai setakat darjah empat
sahaja. Bila sampai darjah ernpat, dinasihat oleh guru boleh belajar
sekolah lagi sekolah ugama. Meneruskan sekolah ugama sampai darjah
lima (merujuk kepada sekolah Melayu setakat darjah lima) sahaja tapi
atuk sekolah ugama sampai darjah ernpat, sekolah Melayu sampai
darjah empat Kemudian atuk sambung sekolah lagi di Kota Tinggi
sekolah Melayu (batuk). Dalam darjah empat juga atuk dapat sijil
kelulusan pangkat dua dalam sekolah Melayu dan . atuk ada
bersimpati[berminat] dengan scout[pengakap] sekolah Melayu dan
sekolah ugarna diteruskan sarnpai darjah empat. Bila umur atuk masuk
enam belas tahun, atuk meneruskan sekolah lagi dalam darjah lima
diadakan sekolah Melayu tapi guru pasukan beritahu pada atuk
beramai-rarnai dengan murid tu bila katanya kamu semua sudah
berumur enam betas tahun lebih, boleh bersekolah tetapi tak boleh
dapat peluang masuk kelas pelatih kerana umur sudah lebih enarn be las
tahun, sebab masuk kelas pelatih belum umur enam betas tahun selama
dua tahun dalam kelas pelatih. Bila periksa pass[lulus] pelatih baru
boleh menjadi guru pelatih bila umur Iapan belas tahun. Jadi atuk
dikecualikan daripada meneruskan belajar di sekolah. Darjah lima atuk
berhentilah, mengikutlah orang tua atuk di mana dia bertukar atuk ikut
bersama-sama menunggukan umur atuk rernaja rnakna tadi mencapai
. ke angka Iapan betas tahun. Atuk bercita-cita nak mencari kerja
sendiri.

14

IMR 603 - Sejarab Lisan

AIMS: Apakah hobi atuk pada masa lapang?


Atuk: (batuk) Masa lapang atuk suka main bola sepak, main bola... bulu
ayam badminton, main boxing sama-sama kengkawan dan
berlari-lari itu yang jadi kegemaran pada atuk sampailah atuk
dewasa.

AIMS: Kalau atuk masib ingat boleh atuk sebutkan nama an tara
sahabat-sababat atuk?
Atuk: Sahabat-sahabat atuk itu banyak di mana atuk berada ada sahabat tapi
banyak yang atuk lupa namanya tapi yang atuk ada ingat namanya
masa ini pun mereka-mereka sudah meninggal dunia tetapi yang
kawan yang ikrab[akrab] baik dengan atuk sama-sama bersekolah
boleh atuk sebutkan satu daripadanya sudah menjadi allahyarham ialah
Mokhtar bin Rajah, Yunus bin Yaakob, Yusufbin Yaakob, Ahmad bin
Abu Aman, Abdullah bin Haji Habibun, Abdul Rahman bin Haji
Habibun, Ahmad bin Yahya, Salleh bin Ahmad, Yusuf bin Ahmad,
Mohd Taib bin Awang, Ibrahim bin Haji Awang, Daud bin Haji
Awang, Mahmood bin Abdullah, Hamid bin Ahmad, dan ada lagi
beberapa orang kengkawan atuk dia belum membesar lagi dia dah
meninggal dunia masa lepas bersekolah, jadi nama-nama itu ingat
tetapi bin nya tak ingat. Itu saja yang atuk dapat nyatakan yang cukup.
ilcrab[akrab] dengan atuk.

AIMS: Apakab pengalaman paling manis dalam bidup atuk?


Atuk: Pengalaman atuk masa hila itu?- (batuk). Pengalaman atuk
sernasa atuk bersekolah dulu yang atuk ingat atuk dalam drujah tiga
sekolah Melayu di Pengerang. Guru besar Sekolah Melayu Pengerang
namanya cikgu itu Cikgu Osman bin Yahya, dia pilih ramai murid jadi
satu daripadanya dia tarik atuk nakjadikannya guide yakni pandtf
sepasukan kecil senarnan mengandungi[mernpunyai] dua puluh lima
orang termasuk atuk. Dua puluh empat orang anggota satu menjadi
ketua pandu, pandu senarnan ialah atuk dipilihnya. Jadi atukrasa
gembira, bahagia dan atuk kenang-kenangan itu mernang atuk tak lupa

15

IMR 603 - Sejarah Lisao

sebab atuk terpilih daripada begitu ramai menjadi panduan[ketua]


senaman dengan membawa bendera menggunakan wise I memberi
hukuman kepada orang yang dua puluh empat orang. Diadakan
peraduan daerah lepas itu peraduan negeri, itu yang atuk ingat.

AIMS: Apakah pengalaman pabit atuk dalam hid up?


Atuk: Pengalaman pahit atuk ingat dalam hidup atuk masa atuk berkawan

dengan
orang yang besar daripada atuk. Dia suka main sampan belayar ke taut,
jadi atuk gila-gila j~ga nak mengikutnya bersama-sama pergi berdua.
dengan dia naik sampan gunakan layar ditiup oleh angin. Bila sampai di
tengah laut dekat air yang biru tak semena-mena[dengan tiba-tiba
tanpa disedari] sampan itu karam. Bila karam, atuk ini dia pegang tangan
atuk suruh atuk pegang tepi sampan kuat-kuat, dia suruh kaki atuk
berbuai-buai dalam air supaya atuk tidak tenggelam. Dia menegakkan
sampan tu membuang air separuh air sudah keluar, atuk dinaikkannya
sampan terns berdayung balik semula ke darat lebih kurang jauhnya
daripada laut tu ke daratan hampir satu batu. Bila sampai di darat atwah
ayah atuk marah atuk. Nasib baik kata dia tidak mati. kalau sudah mati
apa jadi. Itu atuk kenangkan itu sungguh pahit pada diri atuk yang serik
pada atuk dan dengan itujuga atuk tahu bagaimana caranya nak
meringankan badan dalam air, goyang-goyang kaki berenang begitu. Jadi
taulah[tahulah] atuk berenang, lepas pada atuk sudah karam tu.

AIMS: Terima kasih atuk. Sekarang kita beralih pula kepada soalan
umum. Bilakab atuk mula menyertai pasukan polis?
Atuk: Atuk ini daripada budak-budak sekolah dulu memang gemar melihatlihat keadaan orang polis bila dia berbaris-baris sebab Rumah
Pasung[balai polis] Pengerang dengan rumah tempat ayah atuk bekerja
bersebelah-menyebelah. Jadi hila mata-mata[polis] pagi-pagi dengan
terpekik-peki~

berbaris-baris, atuk tengok[merasakan] atuk ada minat

nak menjadi seorang mata-mata[polis], berazam mau[mahu] menjadi


seorang mata-mata[polis]. Bila atuk sudah membesar umur atuk sudah

16

IMR 603- Sejarah Lisan

pun Iapan belas tahun atuk pun bercakap dengan allahyarham ibu atuk,
"Mak, Jang (nama panggilan beliau) nak pergi Johor Bharu
besok[esok] ada pilihan[pemilihan] polis dekat Depoh Johor Bharu."
Jadi mak atuk benarkan atuk pergi, atuk pun pergilah dengan
menunggang[mengayuh] sebuah basikal daripada Bandar Kota Tinggi
ke Johor Bharu sejauh dua puluh enam batu seorang diri sahaja atuk
menunggang[mengayuh] basikal dengan membawa bekalan dengan
baju sepasang, kain dan anak baju, anak seluar, sapu tangan, songkok,
dan dibekal oleh ibu atuk wang tunai tujuh ringgit. Jadi atuk pun pergi
ke Johor Bharu pada tiga puluh satu haribulan dua belas tahun tiga
puluh sembilan (3 L 12.39) atuk berlepas. Pada satu haribulan satu
tahun empat puluh (1.1.40) atuk masuk pilihan. Bila masuk pilihan,
berjaya atuk dipilih seorang daripadanya.

AIMS: Di manakah atuk mula-mula ditugaskan sebagai anggota polis?


Atuk: Pada pertengahan bulan Januari tahun empat puluh satu atuk diberitahu
ditukar ke Batu Pahat Police Station[balai polis] menjadi seorang
mata-mata[polis] di police station[balai polis] tersebut.

AIMS: Bilakah tarikh persaraan atuk dari pasukan polis?


Atuk: Tarikh persaraan atuk pada tiga puluh satu haribulan dua belas tahun
sembilan betas tujuh puluh enam (31.12.1976).

AIMS: Sudah berapa lamakah atuk berkhidmat dalam pasukan polis


.

dibawah pemerintahan tentera Jepun?- Tempoh masa yang atuk


bertugas?
Atuk: Bertugas dalam pemerintahan Jepun selama tiga tahun Iapan
bulan.

AIMS: Pada pendapat atuk, bagaimanakah layanan tentera Jepun


terbadap anggota polis Melayu pada masa ito?
Atuk: Masa itu atuk menjadi seorang polis Melayu dibawah pemerintahan
kerajaan Jepun. Pada diri atuk sendiri dapat layanan yang baik semasa

17

lMR 603 - Sejarah Lisan

atuk beketja daripada mula sampai Jepun kalah atuk tak ada kena apaapa salah pun, tak ada kena tempeleng sekalipun tak ada kena
tempeleng, lain-lain kengkawan atuk ada juga kena tapi atuk tak ada.
Jepun masa tu dia kalau salah dia punya pandangan dia 'sampeng
daro'[tempeleng] katanya jadi dia tempeleng lah. Jadi .atuk daripada
mula dia[Jepun] merintah[memerintah] sampai tamat tak adalah atuk
tak ada kena tempeleng. Atuk dapat layanan yang baik dan atuk pun
diakui katanya. "Omaiwa kengkidaro" kata dia awak ni seorang yang
cergas. Jadi atuk betul atuk menjaga diri atuk memang pantas dengan
cergas atuk buat jadi atuk berpuas hatilah semasa pemerintahan Jepun
yang atuk berkhidmat dengannya selama tiga tahun Iapan bulan itu.

AIMS: Siapakab yang menjadi ketua polis di Jobor pada masa itu?
Atuk: Ketua polis Johor orang Jepun ke orang Melayu?

AIMS: Orang Melayu.


Atuk: Orang Melayu ialah Dato' Musa Dia pun sudah meninggal dunia
sekarang. Masa tu dia jadi pembesar dalam pasukan polis di Negeri
Johor. Dato' Musa.

AIMS: Semasa melaporkan diri untuk bertugas dengan tentera ~epun,


apakab jawatan atuk pada masa itu?
Atuk: Masa itu atuk bekas seorang mata-mata[polis]kerajaan negeri Johor jadi
atuk menjadi mata-mata[polis] kerajaan Jepun. Tidak lama pada itu
lebih kurang satu tahun setengah atuk menjadi mata-mata[polis]
kerajaan Jepun, atuk dihantar training[latihan] ke Singapura, Polis
Depoh Thompson Road, Singapura, belajar polis Jepun [belajar
mengenai cara-cara polis Jepun], undang-undangnya, berbarisnya,
cara-cara peraturan-peraturan disiplin Jepun. Jadi atuk selama tiga
bulan sepuluh hari training[latihan] di Thompson Road Polis Depoh,
Singapura. Atuk berjaya ada kelulusan dan balik atuk dapat pangkat
Junsa Bucho[sarjan mejar] memakai nombor '176'. Jadi atuk
berkhidmat di Police Station[balai polis] Kota Tinggi dalam bahasa
Jepun 'Kota Tinggi Kitsatsuka'. Jadi Kota Tinggi punya police
18

IMR 603 - Sejarah Lisan

station[balai polis] katanya sampailah Jepun menyerah kalah. Di Kota


Tinggi lah tempatnya atuk mulakan kerja sampai tamat.

AIMS: Berapa ramaikah anak-anak melayu yang melaporkan diri


bersama- sama dengan atuk pada masa itu?
Atuk: Ramai kawan-kawan atuk yang bekerja bersama-sama daripada kerajaan
Johor terns melaporkan diri pada kerajaan Jepun. Jadi atuk dengan
kawan-kawan atuk, beberapa orang dihantar ke Police Station[balai
polis] Pengerang daerah Kota Tinggi juga. (batuk sedikit)

AIMS: Boleh atuk sebutkan antara nama-nama mereka yang atuk masib
ingat?
Atuk: Satu c\aripadanya kawan atuk namanya Abdul Rahman bin Habibun,
Abdullah bin Habibun, Ahmad bin Habibun, sebab ini tiga orang saudara
rapat kepada atuk dan ada lagi Daud bin Haji Awang, Haji Ahmad bin

Abu Aman, lagi Isa bin Osman, Mahmood bin Abdullah lagi Ahmad bin
Abdul Samad.

END OF TAPE 1 SIDE A: TAPE 1 SIDE B


AIMS: Boleb atuk bagitabu [beritabu) apakab tarikb atuk melaporkan
(,Jiri pada tentera Jepun?
Atuk: Atuk bersama-sama kengkawan atuk yang f!tuk sebutkan dulu tu
..

[sebelum ini] bila dipanggil oleh Jepun melaporkan diri ialah pada
lebih kurang pada dua puluh haribulan dua tahun sembilan betas empat
puluh dua (20.2.1942) di Kota Tinggi, Johor. Lepas itu atuk dan
beberapa orang kawan atuk dihantar ke police station[balai polis]
Pengerang daerah Kota Tinggijuga dibawah seorang OCPD[Officer in
Charge Police District]

Police Station[balai polis] Pengerang.

OCPD[Officer in Charge Police District] itu ialah Benggali Islam


berpangkat sub inspektor, namanya Tawazs Khan. Jadi atuk duduk di
Pengerang

dibawah

jagaan

dia,

tukar

ke

outstation

Rumah

Pasung[balai polis] Sungai Buntu mengandungi em pat orang anggota

19

IMR 603 - Sejarah Lisan

iaitu satu lans koperal dan tiga mata-mata[polis]. Di situ atuk duduk
tidak lama lebih kurang dua bulan sahaja atuk ditukar pula ke Tanjung
Surat, atuk seorang ditukar ke Tanjung Surat, Police Station[balai
polis] Tanjung Surat dengan menggunakan perjalanan laut ikut
sampan. Tak sampai satu tahun atuk duduk [tinggal] di Police Station
[balai polis] Tanjung Surat, atuk ditukar ke Police Station[balai polis]
Kota Tinggi. Dari sanalah atuk dihantar pergi training[latihan] ke
Singapura kerana pandangan pendapat daripada ketua-ketua atuk
katanya atuk ada menunjukkan pekerjaan yang baik, jadi atuk dihantar
pergi training[latihan], dia harap atuk berjaya boleh mendapat pangkat.
Itulah selama sembilan bulan sepuluh hari training[latihan] di
Thompson Road, Singapura. Balik-balik atuk sudah lulus interview
[temuduga] dapatlah pangkat Junsa Bucho[sarjan mejar] bagaimana
.

yang atuk katakan sampailah dekat-dekat Jepun nak menyerah kalah


atuk ada juga dicalonkan naik lagi pangkat tapi tak sempat menerima
pangkat, Jepun pun sudah kalah begitulah keadaannya.

AIMS: Bagaimana keadaan pada masa atuk melaporkan diri?


Atuk: Masa melapor diri sukalah kerana diterima balik bekerja, kalau tak ada
bekerja tak ada makanlah sebab masa dalam masa peperangan bila
kerja dengan kerajaan Jepun dia ada beri ration[catuan makanan],
dapat beras, dapat gula, dapat rokok, gaji pun dapat bekerja pun dapat,
dapatlah meneruskan pekerjaan atuk menjadi seorang mata-mata[polis]
daripada kerajaan negeri Johor sampailah kepada kerajaan Jepun.

AIMS: Di manakah atuk dikehendaki melaporkan diri?


Atuk: Atuk melaporkan diri di Balai Polis Kota Tinggi kepada Encik Harun
bin Hassan, pegawai Melayu yang kekanan sekali di Police
Station[balai polis] Kota Tinggi.

20

IMR 603- Sejarah Lisan

AIMS: Berapakab gaji yang atuk terima ketika mula-mula atuk menyertai
pasukan polis?
Atuk: Mula-mula atuk menerima gaji orang barn polis kerajaan negeri Johor
dua

puluh

enam

ringgit

sebulan.

Bila

sudah

pass[lulus]

training[latihan] masuk tahun kedua naik dua puluh Iapan ringgit jadi
dua ringgit sahaja satu tahun naik. Jadi dua puluh Iapan ringgit sebulan _
(batuk).

AIMS: Berapakab gaji yang terakbir yang atuk terima?


Atuk: Bila masa Jepun punya pemerintah dalam pangkat atuk Junsa
Bucho[sarjan mejar] bergajinya empat ratus lima puluh yen satu bulan.

AIMS: Pada waktu itu, apakab kelayakan yang diperlukan untuk


menyertai pasukan polis? Boleh atuk ceritakan?- Maksud saya
apabila seseorang itu menjadi polis apa kelayakan yang
diperlukan?
Atuk: Mengikut pada ingatan atuk pemilihan oleh ketua-ketua di situ
pertamanya dia ukur tinggi kita cukup bagaimana dik&Qendaki iaitu tak
kurang lima kaki tiga inci, dada sebelum tarik nafas tiga puluh tiga inci
-

bila tarik nafas tiga puluh empat inci sekurang-kurangnya tapi atuk
lebih tiga puluh lima inci dengan tiga puluh empat inci dan dia suruh
-

berjalan dengan segak gaya berjalan kita pada pandangan dia layak.
Kemudian suruhnya berlari pada pendapat dia lari kita layak kerana
kalau mengejar seseorang yang lepas lari kita dapat mengatasinya.
Lepas itu kita punya pennainan sukan kita: bola sepak dia buat ujian,
boleh cara-cara kita menendang, cara-cara stop[berhentikan] bola,
cara-cara kita passing[memberi], kemudian badminton, cara-cara
bagaimana kita memukul bola, bagaimana kita membalas pukulan.
Kemudian atuk pun ada juga daripada budak-budak memandangkan
kerja orang boxing, atuk minat juga boxing atuk diuji juga dalam
boxing bersama-sama dengan kengkawan, ada bakat katanya. Lain-lain
pennainan atuk tak minat, semua itu tiga pennainan: bola sepak,
badminton, boxing dan bunyi-bunyian atuk tak tahu. Lepas itu
21

You might also like