You are on page 1of 24

Transkrip Temubual Dengan Special Constable Haji Othman Bin Jamil Mengenai

Peristiwa Darurat Di Bekok, Segamat, Johor Pada Tahon 1948

Norhazura Binti Hamzah


2003659786

Hazlin Binti Ibrahim Khan


2003659779

Projek Dimajukan Kepada Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi


Mara, Kampus Puncak Perdana, Shah AJam
Bagi Memenuhi Keperluan Kursus Imr 603- Sejarah Lisan
Nov-Mac 2004/2005

ISi KANDUNGAN

Isi Kandungan
1.0 Penghargaan

Muka Surat
. I

2.0 Abstrak

11

3.0 Pengenalan

1-10

4.0 Transkrip

12-65

5.0 Log Temubual

66-70

6.0 Lampiran
6.1 Biodata Tokoh

72

6.2 Senarai Soalan

73-86

6.3 Surat Perjanjian

86

6.4 Indeks

88-90

7.0 Lain-Lain

91

IMR 603-Sejarah Lisan

1.0 PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah kami, Encik Mohd
Nazir Bin Ahmad yang banyak memberi panduan, tunjuk ajar dan sabar dengan pelbagai
kerenah kami sepanjang proses pembelajaran dan menyelesaikan tugasan Sejarah Lisan
ini. Tanpa bantuan dan sokongan dari beliau, maka tidak mampu kami menyiapkan
tugasan ini pada masa yang ditetapkan.
Ucapan terima kasih kepada tokoh yang terlibat dalam rakaman wawancara ini,
Tuan Haji Othman Bin Jamil. Budi dan jasa baik beliau sekeluarga memberikan
kerjasama semasa sesi temubual dirakamkan dan melayan kami tidak ubah seperti anak
sendiri akan kami kenang dan sanjung sehingga ke akhir hayat.
Kepada rakan-rakan sekeJas yang turut menyumbangkan idea dan membantu
kami , terima kasih di atas segalanya.
Semoga transkrip temubual dengan bekas Special Constable Haji Othman Bin
Jamil mengenai peristiwa darurat di Bekok, Segamat, Johor pada tahun seribu sembilan
ratus empat puluh Japan (1948) ini memberi manafaat kepada pembaca. Terima kasih.

/MR 603-Sejarah Lisan

2.0 ABSTRAKS

Transkrip temubual ini mengenai zaman darurat di Bekok, Segamat Johor dengan
Tuan Haji Othman B. Jamil yang merupakan seorang bekas Special Constable. Rakaman
ini dijalankan di rumah beliau di Kampung Pancha Jaya, Bekok Johor pada hari Abad
jam satu tiga puluh petang (1.30). Darurat di Bekok bermula pada tahun seribu sembilan
ratus empat puluh lapan (1948) dan berakhir kira-kira tahun seribu sembilan ratus enam
pu1uh (1960) dimana tokoh mula berkhidmat sebagai Special Constabel pada tahun seribu
sembilan ratus lima puluh (1950). Misi ini diketuai oleh Sarjan Dollah B. Abdul Malik.
Selain daripada mengawal keamanan di Bekok, tokoh juga pernah memberikan
bantuan di Bukit Changweng, Paloh ketika diserang komunis.
Darurat, sejarah Tanah Melayu, darurat di Bekok dan darurat di Johor. _

11.

/MR 603-Sejarah Lisan

3.0 PENGENALAN

Projek Sejarah Lisan ini merupakan satu kursus wajib kepada semua pelajar yang
mengambil kursus IMR 603 Documenting Oral Tradition. Projek ini dimajukan kepada
Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam bagi
memenuhi keperluan kursus. Projek ini dijalankan selama dua jam bagi setiap kumpulan
yang mengandungi dua orang ahli. Projek ini telah dijalankan oleh Norhazura Hamzah

dan Hazlin Ibrahim Khan, pelajar tahun akhir bahagian empat, program Pengurusan Pusat
Sumber Maklumat.
Tujuan projek ini dijalankan bagi menyingkap dan menyungkil segala
pengalaman serta kisah yang lalu bagi pemeliharaan serta mengekalkan projek tersebut
untuk tatapan dan pengetahuan generasi akan datang. Selain itu juga ia bertujuan untuk
memahami kepentingan sejarah lisan sebagai dokumentasi , kajian serta sejarah dan
budaya kita. Kursus ini juga memberi kefahaman kepada pelajar bagaimana proses dan
prosedur dalam.mengendalikan sejarah lisan dijalankan. Di sini kami telah memfokuskan
berkenaan dengan peristiwa bersejarah yang membawa kepada zaman darurat di Tanah
Melayu.
Zaman darurat merupakan satu titik hitam dalam sejarah Semenanjung Tanah
Melayu di mana berlakunya peperangan terbuka di antara pihak kerajaan dengan Parti
Komunis Malaya (PKM) yang turut melibatkan semua lapisan rakyat Tanah Melayu.
Banyak penyelidikan dan kajian telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji tempatan dan
luar negeri mengenai zaman darurat di Tanah Melayu yang berlaku selama dua belas
tahun.

/MR 603-Sejarah Lisan

Secara rasminya, zatnan darurat di Tanah Melayu bermula pada tahun

I
pertengahan seribu sembilan ratus empat puluh lapan (1948) dan berakhir pada tahun
seribu sembilan ratus enam puluh (1960). Tetapi pada hakikatnya, sebelum tahun seribu
sembilan ratus empat puluh lapan ( 1948) beberapa peristiwa kacau-bilau telah pun

dilancarkan oleh pengganas-pengganas komunis. Begitu juga, kekerapan dan ketegangan

pertempuran kerajaan dengan pihak komunis telah pun reda lebih kurang pada

I
I

penghujung tahun seribu sembilan ratus lima puluh empat (1954).


Pada awal tahun seribu sembilan ratus empat puluh tujuh (1947) pucuk pimpinan
PKM telah diambil alih oleh Chin Peng. Setahun kemudian Jawatankuasa Pusat PKM
.telah mengambil keputusan untuk berjuang melalui ketenteraan bagi membentuk
Republik Komunis Malaya. Keputusan ini adalah dipengaruhi oleh komunis antarabangsa
yang melaungkan tindakan kekerasan. Akibat tekanan British terhadap perjuangan
mereka, PKM menubuhkan unit gerila dan masuk ke dalam hutan. Pasukan ini dikenali
dengan nama Malayan Races Liberation Army (MRLA). Keganasan komunis mula
berlaku di ladang-ladang getah, lombong bijih timah, dan di kilang-kilang.
Pembunuhan tiga orang Eropah di Sungai Siput, Perak oleh kortmnis pada enam
belas haribulan enam tahun seribu sembilan ratus empat puluh lapan (16.6.1948) telah
membawa kepada pengisytiharan darurat oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward
Gent di beberapa kawasan di Perak dan Johor. Pada lapan belas haribulan enam tahun
seribu sembilan ratus empat puluh Japan (18.6.1948), setelah keganasan PKM menjadijadi, darurat telah diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu apabila PKM melancarkan
pemberontakan bersenjata. Seterusnya, PKM diharamkan secara rasmi pada dua puluh
tiga haribulan tujuh tahun sembilan belas empat puluh lapan (23.7.1948).

I
I

/MR 603-Sejarah Lisan

Pada masa darurat kira-kira empat puluh ribu orang tentera termasuk beberapa
rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka
dilengkapkan dengan alat-alat kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang dan
kapal laut. Selain itu bantuan telah diperolehi daripada kira-kira tujuh puluh ribu anggota
polis dan dua ratus lima puluh ribu home guard di peringkat kampung. Bagi mengawal
keselamatan pengurus-pengurus ladang pula, seramai dua puluh sembilan ribu sembilan
ratus lapan puluh tujuh Special Constables (SC) telah diambil berkhidmat.
Askar-askar asing juga didatangkan dari Australia, New Zealand, Fiji, Afrika
Timur dan juga askar Gurkha bagi membantu gerakan membanteras komunis. Meskipun
.pasukan keselamatan kita telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara
langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini adalah kerana kumpulan
pengganas tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara
perang gerila. Mereka berlindung didalam hutan dan muncul di tempat-tempat yang tidak
terkawal untuk membuat serangan hendap. Antara taktik pasukan keselamatan yang
paling berjaya ialah membuat serangan hendap dengan menunggu pengganas keluar dari
-hutan semasa mendapat_kan bekalan.
Setelah gagal melalui perjuangan bersenjata, PKM di Tanah Melayu mengubah
taktik perjuangan dengan memenangi hati rakyat. PKM meminta rundingan pendamaian
bagi mencari jalan supaya PKM dibenarkan bergiat dalam politik negara secara sah.
Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, undang-undang darurat masih belum
tamat .PKM telah menerima pukulan teruk yang memaksa mereka berundur ke selatan
Thailand untuk mencari perlindungan. Dengan berkurangnya ancaman komunis, satu

IMR 603-Sejarah Lisan

'kawasan putih'. Pada tiga puluh safU haribulan tujuh tahun seribu sembilan ratus enam
puluh (3.7.1960), undang-undang darurat telah ditamatkan.

Strategi-strategi Parti Komunis Malaya (PKM)

Strategi-strategi PKM untuk mengambil aJih kuasa di Tanah Melayu diusahakan


melalui tiga peringkat:
Peringkat pertama, PKM bergiat untuk melwnpuhkan ekonomi Tanah Melayu
dengan memusnahkan estet-estet getah dan lombong-lombong bijih timah yang
merupakan dua industri penting di Tanah Melayu.
Peringkat kedua, menawan dan menguasai kawasan-kawasan dan bandar-bandar
terpencil bagi digunakan sebagai markas untuk menyerang pihak kerajaan.
Peringkat terakhir, dari markas-markas tersebut PKM akan cuba menghalau serta
mengusir pihak British dari Tanah Melayu dan kemudiannya menguasai seluruh Tanah
Melayu. Justeru itu, sebuah kerajaan Republik Komunis Tanah Melayu akan dibentuk
untuk memerintah Semenanjung Tanah Melayu.
Dalam pemberontakan bersenjatanya, PKM menggunakan taktik-taktik perang
gerila di mana pengganas-pengganas komunis beroperasi melalui unit-unit yang kecil di
antara dua ratus hingga empat ratus orang dengan menggunakan senjata-senjata yang
berjaya disorokkan semasa pendudukan Jepun yang telah dibekalkan oleh tentera British.
PKM juga telah menubuhkan satu unit bekalan dan pengintipan awam iaitu Min Yuen.
Min Yuen memainkan dua peranan penting iaitu mendapatkan bekalan makanan dan
perubatan serta memperolehi maklwnat-maklwnat mengenai kegiatan-kegiatan kerajaan
dalam usahanya menentang PKM.

/MR 603-Sejarah Lisan

PKM telah melancarkan serangan-serangan yang hebat ke atas estet-este.t getah,


lombong-lombong bijih timah, balai-balai polis dan orang awam antara tahun seribu
sembilan ratus empat puluh lapan hingga seribu sembilan ratus lima puluh satu ( 19481951 ). Kejayaan paling besar PKM ialah pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir
Henry Gurney di jalan ke Bukit Fraser pada enam haribulan sepuluh tahun seribu
sembilan ratus lima puluh satu (6.10.1951).

Faktor PKM melancarkan pemberontakan bersenjata


Terdapat banyak faktor yang mendorong PKM melancarkan pemberontakan
. bersenjata pada tahun seribu sembilan ratus empat puluh lapan (1948). Salah satu faktor
ialah kegagalan polisi perdamaian Barisan Bersatu di mana PKM telah gagal mencapai
cita.,.citanya melalui cara-cara perlembagaan atau perdamaian di antara tahun seribu
sembilan ratus empat puluh lima hingga seribu sembilan ratus empat puluh lapan (19451948). Dalam tempoh tersebut, PKM melalui kesatuan-kesatuan sekerja yang dikuasainya
telah melancarkan pemogokan bagi melemahkan dan menjatuhkan kerajaan British di
Tanali Melayu.
Menjelang tahun seribu sembilan ratus empat puluh tujuh (1947), pengaruh PKM
ke atas gerakan buruh telah merosot dan oleh yang demikian, PKM terpaksa
menggunakan cara kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan British di Tanah Melayu.
Seterusnya, perubahan pucuk pimpinan dan krisis dalam PKM turut mengakibatkan
pemberontakan komunis. Setiausaha PKM, Lai Teck yang didapati menjadi ejen Jepun
dan British telah menghilangkan diri dengan wang parti pada bulan tiga tahun seribu
sembilan ratus empat puluh tujuh (Mac 1947) menyebabkan ahli-ahli PKM tergoncang

/MR 603-Sejarah Lisan

keyakinan mereka. Untuk memulihkan semangat -p erjuangan komunis, pemimpin baru,


Chin Peng berpendapat perlunya dasar yang lebih aktif dan dramatik untuk
menggerakkan PKM ke hadapan supaya kerajaan British dapat dijatuhkan dan kerajaan
komunis ditubuhkan. Selain itu, PKM juga dipengaruhi oleh pihak luar seperti Kongres
Pemuda Komunis Asia di Calcutta pada bulan dua tahun seribu sembilan ratus empat
puluh lapan (Februari 1948) yang mengarahkan parti-parti komunis untuk melancarkan
pemberontakan bersenjata demi mencapai matlamat masing-masing.
Kemudiannya, PKM juga telah digesa oleh Parti Komunis China untuk
memulakan revolusi di Tanah Melayu. Seterusnya, kejayaan-kejayaan pihak komunis di
_negara China, Greece dan lndo-China telah memberi inspirasi kepada PKM untuk
melancarkan pemberontakan di Tanah Melayu yang pada pendapat mereka akan berjaya.

Langkah-langkab ke arah membanteras pemberontakan bersenjata PKM


Untuk mengatasi pemberontakan bersenjata PKM, kerajaan British di Tanah
Melayu telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya.
Darurat telah diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu dan pertubuhan PKM telah
diharamkan. Di bawahPeraturan-Peraturan Darurat 1949, kerajaan boleh menahan
sesiapa yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa bicara.
Selain itu, perintah berkurung dan pemeriksaan tanpa waran serta pengawalan
pergerakan lalulintas dan makanan dijalankan untuk melemahkan PKM.
Kerajaanjuga memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan di mana semua
penduduk Tanah Melayu yang berumur dua belas tahun ke atas mesti mendaftarkan diri
dan membawa ~ad pengenalan untuk memudahkan pengesanan anasir-anasir komunis.

/MR 603-Sejarah Lisan

Ini menyebabkan rarnai pemimpin komunis melarikan diri ke hutan akibat talq1f diberkas
oleh pihak kerajaan.
Rancangan Briggs telah dilaksanakan oleh Pengarah Gerakan yang baru iaitu
Leftenan-Jeneral Sir Harold Briggs di negeri Johor pada satu haribulan enam tahun seribu
sembilan ratus lima puluh (l .6.1950) dan seterusnya di seluruh Tanah Melayu.
Rancangan Briggs bertujuan menempatkan semula setinggan-setinggan cina dari
kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan ke kampung-kampung baru untuk
melindungi mereka yang dipaksa membantu PKM dan lebih penting lagi bagi
menghapuskan sistem bekalan komunis. Menjelang tahun seribu sembilan ratus lima
puluh dua (1952), seramai empat ratus ribu orang setinggan cina telah ditempatkan
semula di lebih kurang empat ratus buah kampung baru. Penempatan semula ini telah
berjaya melemahkan PKM yang terpaksa keluar dari hutan dan bertempur dengan tentera
kerajaan. Ini telah memudahkan usaha-usaha kerajaan untuk menghapuskan
pemberontakan komunis.
Majlis Perang Persekutuan dan Jawatankuasa Kerja Perang telah ditubuhkan di
peringkat daerah dan negeri melalui Arahan No. I bertarikh enam belas haribulan empat
tahun seribu sembilan ratus lima puluh (16.4.1950). Majlis Perang Persekutuan
dianggotai oleh pegawai-pegawai atasan, polis, tentera udara dan darat bertujuan
merancang dasar perang umum manakala Jawatankuasa Kerja Perang peringkat negeri
dan daerah berperanan mengkoordinasikan rancangan-rancangan operasi dalam
menentang pengganas-pengganas komunis.
Perluasan pasukan tentera di mana mata-mata khas melayu seramai dua puluh
empat ribu orang telah dilatih dengan segera untuk mengawasi ladang, lombong dan

/MR 603-Sejarah Lisan

kawasan-kawasan terpencil. Pasukan Polis Persekutuan diperbesarkan menjadi enam


puluh tujuh ribu orang menjelang tahun seribu sembilan ratus lima puluh dua (1952).

Antara tahun seribu sembilan ratus lima puluh satu hingga seribu sembilan ratus lima
puluh tiga ( 1951-1953), sejumlah dua ratus lima puluh ribu hingga tiga ratus lima puluh
ribu Pengawal Kampung (Home Guards) telah diwujudkan untuk membantu
memperkukuhkan pertahanan menentang revolusi bersenjata PKM. Dalam pada itu,
sebanyak dua puluh tiga batalion askar telah dihantar dari Britain dan negara-negara
Komanwel untuk membantu dalam serang:;m yang lebih agresifterhadap komunis di
hutan. Dalam pada itu, pada tahun seribu sembilan ratus lima puluh satu ( 1951 ), kerajaan
T anah Melayu telah mengadakan langkah pengerahan masuk tentera ke atas rakyatnya
yang sihat dan kuat untuk bersama-sama berjuang menentang pengganas-pengganas
komunis.
Menurut rancangan pengerahan, mereka yang dikerah diwajibkan melaporkan diri
di antara tujuh hingga sepuluh hari di kem latihan dan seterusnya akan dihantar ke pusat
latihan selama tiga bulan untuk latihan ketenteraan asas. Namun demikian, rancangan
pengerahan tidal(berjaya kerana tidak mendapat sambutan baik rakyat terutamanya kaum
cina. Tambahan dalam kekuatan tentera telah berjaya melemahkan dan melumpuhkan
gerila-gerila komunis samaada dalam bentuk serang balas atau mempertahankan
keselamatan negara.
Perang saraf atau perang psikologi telah digunakan oleh Jenera} Sir Gerald
Templer yang menjadi Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu pada bulan satu
tahun seribu sembilan ratus lima puluh dua (Januari 1952). Dalam menjalankan perang
psikologi, Jenera} Templer berharap dapat memenangi hati dan fikiran rakyat untuk

/MR 603-Sejarph Lisan

bekerjasama dengan kerajaan dalam usahanya menghapuskan komunis-komunis. Antara


langkah-Iangkah perang psikologi yang telah dijalankan ialah pindaan peraturanperaturan kewarganegaraan yang membolehk~ Iebih ramai orang bukan melayu menjadi
warganegara dan proses pilihanraya majlis-majlis tempatan bagi mewujudkan rasa
tanggungjawab rakyat terhadap negara mereka dan membawa mereka ke arah berkerajaan
sendiri.
Dengan itu, rakyat digalakkan untuk memberi maklumat-maklumat untuk
membolehkan penangkapan gerila-gerila komunis selain daripada mendapat hadiah wang
tunai yang diberikan kerajaan. Hadiah wang tunai yang paling tinggi ditawarkan ialah
. dua ratus Iima puluh ribu ringgit untuk penangkapan Chin Peng. Gerila-gerila komunis
juga digesa menyerah diri melalui risalah-risalah yang digugurkan dari udara ke dalam
hutan di mana mereka akan diampunkan dan dibantu menyesuaikan diri semula dalam
penghidupan baru mereka. Kemudiannya, Jeneral Templer telah mewujudkan kawasankawasan putih dan hitam di mana kawasan-kawasan putih yang bebas daripada kegiatan
komunis dilonggarkan peraturan.,.peraturan darurat manakala kawasan-kawasan hitam
yang masih aktifkomunis diperketatkan lagi .kawalannya. Dengan itu, berjayalah perang
psikologi Templer dalam inenentang pemberontakan bersenjata komunis menjelang tahun
seribu sembilan ratus Jima puluh Jima (1955).

Perkembangan sosio-ekonomi zaman Darurat


Ketika zaman darurat pada awal tahun seribu sembilan ratus empat puluh ( 1940)
dan awal tahun seribu sembilan ratus Jima puluh ( 1950), kehidupan di bandar-bandar
besar terutamanya tidak terjejas di mana berbagai-bagai hiburan dan pertandingan sukan

/MR 603-Sejarah Lisan

telah clijalankan. Misalnya, joget, pertunjukan bangsawan, cabaret dan opera cina telah
dinikmati penduduk-penduduk bandar besar pada masa itu manakala pertandinganpertandingan sukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, kriket, badminton dan olahraga telah
disertai orang ramai terutamanya pelajar-pelajar sekolah dan orang dewasa dengan penuh
semangat dan penuh kegembiraan. Dalam arena badminton pula, ahli-ahli sukan negara
kita telah mencapai kejayaan gemilang dengan memena.Ilgi Piala Thomas pada masa itu.
Begitu juga dalam sukan hoki, pada tahun seribu sembilan ratus lima puluh enam ( 1956)
negara kita telah layak ke peringkat Sukan Olimpik di Melbourne, Australia. Selain
daripada itu, dalam sukan angkat berat, dalam British Empire Games di Auckland,
. peserta-peserta angkat berat negara telah memenangi dua pingat emas, satu pingat perak
dan satu pingat gangsa.
Kejayaan daJam arena sukan antarabangsa menunjukkan rakyat Tanah Melayu
tidak memberi perhatian yang berat kepada perjuangan komunis. Yang menghairankan
ialah tiada terdapat apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku dalam mensabotaj
perkembangan sukan negara ketika itu oleh agen-agen komunis. Namun demikian,
darurat telah meJambatfan pembangunan kerana kerajaan British Tanah Melayu terpaksa
membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mematahkan revolusi bersenjata PKM yang
sepatutnya digunakan untuk pembangunan infrastruktur negara.

Faktor-faktor kegagalan PKM merampas kuasa


Pada tiga puluh satu haribulan tujuh tahun sembilan ratus enam puluh
(31.7.1960), kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengisytiharkan tamatnya darurat
yang membawa maksud kegagalan PKM daJam pemberontakan bersenjatanya.

IO

JMR 603~ejarah Lisan

Kegagalan PKM dalam merampas kuasa disebabkan keberkesanan langkah-langkah


offensifkerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam menangani PKM seperti
perkembangan pasukan bersenja~ rancangan Briggs, Majlis Perang Persekutuan dan
perang psikologi Templer.
Selain itu, PKM juga kekurangan sokongan meluas rakyat Tanah Melayu
terhadap cita-cita PKM terutamanya daripada kaum bukan cina kerana ideologi komunis
yang anti-agama dan ketiadaan bantuan dari negara-negara komunis lain seperti Rusia
dan negara China. Seterusnya, taktik-taktik PKM dalam menggulingkan kerajaan seperti
serangan pukul lari ke atas pelombong, peladang, balai polis, jalan keretapi dan orang
awam menyebabkan penderitaan dan kesusahan telah menimbulkan perasaan benci
terhadap PKM. Dengan itu, menjelang tahun seribu sembilan ratus lima puluh empat
(1954) pemberontakan bersenjata PKM sudah tertekan dan kelihatan kegagalan PKM
yang mulai merosot dan lumpuh. Kegagalan PKM ialah kemenangan kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu.

11

lMR 603-Sejarah Lisan

4.0 TRANSKRIP
TAPE 1 SIDE A
Berikut adalah rakaman wawanc_ara sejarah li10n mengenai zaman darurat di Bekok,
Segamat Johor dengan Tuan Haji Othman B. Jamil yang merupakan seorang Bekas
Special Constable. Rakaman ini dijalankan di rumah beliau di Kampung Pancha Jaya,
Bekok Johor pada hari Abad jam satu tiga puluh petang (1.30). Wawancara ini
dikendalikan oleh Norhazura Hamzah dan dibantu oleh Hazlin Ibrahim Khan dengan
segala hormatnya kita mulakan rakaman ini.

Zora: Assalamualaikom Warahmatullah hiwabarakatuh, atuk.


Atuk: Waalaikumsalam.

Zora: Soalan pertama, siapakah nama penuh atuk?


Atuk: Haji Othman B. Jamil.

Zura: Bilakah atuk dilahirkan?


Atuk: Enam haribulan sepuluh tahun seribu sembilan ratus dua puluh sembilan
(6.W.1929). [Word deleted]

Zora: Dimanakah atuk dilahirkan?


. Atuk: Di Muar.

Zora: Berapa lamakah atok tinggal di kampong ini?


Atuk: Lebih kurang tiga puluh tahun.

Zura: Apakah pekerjaan atok sekarang?


Atuk: Kerja menoreh getah, usahakan tanah sendiri. [Word deleted] (gangguan
suara kanak-kanak)

12

/MR 603-Sejarah Lisan

Zora: Berapakah bilangan adik beradik atuk?


Atuk: Lima, adik beradik atuk lima orang. (Gangguan suara kanak-kanak dan
motosikal yang lalu)

Zora: Siapakah nama isteri atok?


Atuk: Hura Bt. Bachik.

Zora: Berapakah bilangan anak atuk?


Atuk: Enam.

Zora: Siapakah nama penoh kedoa ibo bapa atok?


Atuk: Jamil B. Truno .

. Zora: Ibonya?
Atuk: Yam Bt. Haji Mustape.

Zora: Bolebkah atuk ceritakan dimanakah atuk mendapat pendidikan awal?


Atuk: Kampung Parit Raja, Muar.

Zura: Bilakah atok mula berkhidmat di dalam pasukan Special Constable?


Atuk: Tahun seribu sembilan ratus lima puluh (1950).

Zora: Berapa lamakah atuk berkhidmat sebagai Special Constable?


Atuk: Mula-mula atuk kerja tiga tahun, lepas itu sambung lagi tiga tahun.

Zura: Apakah yang mendorong atuk masuk Special Constable?


Atuk: Kawan-kawan, masuk kerja ini kerana kawan-kawan.

Zora: Siapakah di kalangan saudara mara yang torut masuk Special Constable
bersama atuk?
Atuk: Nombor satu abang, Mahat B. Kerman, di Kampung Parit Raja.

13

/MR 603-Sejarah Lisaq

Zora: Bolehkah atuk ceritakan kenangan manis dan pahit sepanjang atuk
berkhidmat dengan Special Constable? (ganggoan bonyi motor)
Atuk: Atuk itu jam [pada masa itu] duduk di Bekok lepas itu kena jaga,
satu hari kena empat jam, empat jam jaga lepas itu habis empat jam kita
relax [rehat] tidur, tiada apa-apa benda nanti sudah sampai time [masa]
lagi kena panggil lagi, jaga itu sahaja.

Zora: Agak-agak atuk bilakah darurat di Tanah Melayo berlaku?


Atuk: Time [masa] berlaku seribu sembilan ratus empat puluh lapan (1948),
darurat.

Zora: Di manakah tempat permolaan darurat diisytiharkan?


Atuk: Kawasan Johor, seluruh Johor.

Zora: Kawasan Johor itu dekat (di) mana?


Atuk: Kawasan Segamat, Bekok. (sambil ketawa)

Zora: Siapakab yang mengisytibarkan darorat di Tanah Melayu?


Atuk: Tengku, Perdana Menteri.

Zora: Apakab yang dilakukan

ol~h

komonis semasa darurat?

Atuk: Komunis memang dia nak cari orang putih, dia selalu suka nak kenakan
orang putih, jadi orang kita sini ascot [mengawal] itu sahaja, darurat.

Zura: Adakah rakyat Tanab Melayo membangkang pengisytiharaan darurat?


Atuk: Tidak membangkang, ikut sahaja.

Zura: Siapakah Perdana Menteri Malaysia pada masa itu?


Atuk: Tengku Abdul Rahman.

14

/MR 603-Sejarqh Lisan

Zora: Di manakah tempat atuk mula bertugas sebagai Special Constable?


Atuk: Di Bekok, Balai Polis Bekok.

Zora: Apakah togas pertama atuk sebaik sahaja bergelar Special Constable?
Atuk: Atukjadijaga, round [meronda] kawasan Bekok.

Zora: Adakah peristiwa darurat mendapat liputan meluas dari pihak akhbar?
Atuk: Tiada, itujam [pada masa itu] tiada.

Zura: Di manakah atuk menerima latihan semasa berkhidmat di dalam Special


Constable?
Atuk: Nombor satu di Kulai sana sebulan, lepas itu pergi Tanjung Keling
sebulan, jadi atuk kena dua bulan pergi krusus training [latihan].

Zora: Bagaimakah tahap disiplin Special Constable di Tanah Melayu pada masa
darurat itu?
Atuk: Disiplin memang kuat mahu jaga, nombor satu nyawa kita nak jaga jangan
sampai kena tembak komunis, jadi kita jaga sama jaga [kita sama-sama
menjagaJ disiplin memang kuat hendak jaga.

Zura: Pernahkah atuk dikenakan tindakan disiplin?


Atuk: Tidak

Zura: Siapakah nama ketua misi atuk semasa berkhidmat ketika darurat?
Atuk: Itu jam [pada masa itu] Sarjan Dollah B. Abdul Malik.

Zura: Apakah nama operasi atuk?


Atuk: Itujam [pada masa itu] nama orang putih USA, Jungle Scott.

Zura: Adakah perangkap samar dipasang oleh musuh semasa darurat?


Atuk: Itu sudah memang tentu dipasang, pasal [sebab] apa dia pasang kita dekat
dia mesti meletup, benda jerangkap samar dia ada pasang. (Word deleted)

15

/MR 603-Sejarah Lisan

Zura: Banyak tak jerangkap samar yang dipasang?


Atuk: Banyak, kalau dekat dalam hutan memang banyak, jadi kita hendak dekat

mesti hendak jaga-jaga, kalau tidak kena, dia pasang born itu.
Zura: Adakah alat-alat yang tertentu untuk mengesan jerangkap samar?
Atuk: Alat itu memang susah sedikit, tapi kita tidak ada bawa, yang kita tahu
tengok bekas ditokek kayu, itu benda ada mesti hendak jaga masa masuk
hutan.

Zura: Adakah masyarakat di situ bersobahat dengan musuh?


Atuk: Macam atuk jaga kelmarin [dahulu] tiada, tiada bersubahat apa, kira orang
asli pula ada bagitahu kalau ada macam komunis round [meronda] dekat
tempat clia, clia bagitahu kita pergi ambush [serang).

Zora: Adakah rondaan dibuat setiap hari?


Atuk: Tidak ada, macam seminggu dua kali, sebulan empat kali mesti ada round
[meronda tempat rumah orang asli].

Zora:

Bagaimanak~h

atok membezakan musuh dengan kawan sendiri semasa

bertugas?
Atuk: Bezanya? Bezanya kita nak-iaga-jaga, sama-samakitajaga,jangan sampai
kita lalai, kalau kita lalai kita kena nanti.

Zora: Pernahkah anggota Special Constable di Tanah Melayu tertembak rakan


sepasukan yang disangkakan pihak musuh?
Atuk: Tak ada, itu tak pemah terjadi, di kawasan Bekok, ada orang pergi
sembahyang Jumaat, Sungai Bekok ada lapan orang mati komunis tembak
balik sembahyang Jumaat pukuJ dua.

16

/MR 603-Sejarah Lisan

Zora: Selain Special Constable adakah pertobohan lain yang mengawal


keselamatan Tanah Melayu semasa darurat?
Atuk: Ada, nombor satu Fiji dia memang handal Fiji itu, nombor dua Guruha
[Gurkha] ada stand by [bersedia] sama.

Zora: Boleh atuk terangkan nama penoh Fiji itu?


Atuk: Nama Fiji itu atuk tak faham tapi gelaran yang datang panggil Fiji atuk pun
panggil Fiji. (Sambil ketawa)

Zura: Apakah kesan terhadap Tanah Melayu selepas darurat?


Atuk: Kesan tak ada apa-apa benda, kira sudah baik, sudah habis darurat sudah
baik.

Zora: Adakah tekanan perasaan atau ketakutan di kalangan penduduk Tanab


Melayu ketika itu?
Atuk: Masa darurat takut, tapi sekarang sudah habis sudah kawasan putih sudah
tak takut lagi.

Lin: Bilakah darurat di Bekok berlaku?


Atuk: Darurat di Bekok berlaku tahun empat puluh lapan (1948) .sudah berlaku.

Lin: Apakah yang beriaku di Bekok semasa darorat?


Atuk: Semasa darurat nombor satu komunis banyak simpang siur, komunis dia
nak cari makan dia sanggup pergi dekat area [kawasan] pagar.

Lin: Berapa lamakah tempoh darurat berjalan?


Atuk: Tempoh darurat berjalan berapa tahun, sini saya ingat setahun lebih
darurat. (Gangguan bunyi motosikal)

17

IMR 603-Se}arah Lisan

Lin: Apakah sebab utama darurat berlaku?


Atuk: Pasal [sebab] nombor satunya ada komunis banyak, ada nak cari makan,

itu sahaja.
Lin: Apakah yang dilakukan oleh masyarakat Bekok semasa darurat?
Atuk: Memang tak ada apa benda yang menjaga, nombor satu kira polis yang
jaga mengamankan, askar itu tadi Fiji yang membantu kita.

Lin: Adakah masyarakatBekok keluar bekerja juga semasa darurat?


Atuk: Kerja ada, nombor satu orang menoreh cina dia kerja tapi tidak ada bawa
apa-apa, dia tak boJeh bawa rokok, boleh bawa tapi Jima batang rokok,
makan pun tidak boleh bawa itu jam [pada masa itu] masa darurat.

Lin: Adakah masyarakat di Bekok niengikut arahan pemerintahnya?


Atuk: Ikut- -nombor satu makan nasi kawah, ikut.

Lin: Adakah terdapat masyarakat di Bekok yang melawan polis atau komunis?
Atuk: Yang melawan polis ini komunis sahaja, yang masyarakat kita tidak, tak

ada melawan apa polis, nombor satu komunis sahaja.

Lin: Apakah yang dilakukan oleh komunis

terha~ap

masyarakat yang melawan?

Atuk: Itu kalau dia ~~pat tahu orang yang bersubahat bersama polis dia hukum
tembak sahaja, dia jumpa tangkap tembak.

Lin: Apakah masalah terbesar yang dihadapi oleh masyarakat Bekok sepanjang
ternpoh darurat'?
Atuk: Masalah dia memang banyak, pasal [sebab]nombor satu kita nak keluar
pun tak bebas, pasal [sebab] darurat bukan, masa nak keluar malam tak
boleh- - -

18

/MR 603-Sejarah Lisan

Lin: Adakah masyarakat Dekok yang dipaksa oleh komunis masuk pasukan
mereka?
Atuk: Tapi yang menjaga ini tiada naitlpa.knya, ada pun orang yang seorang dua
orang dia, tapi nyorok-nyorok dia, tak ada heboh-heboh kiranya.

Lin: Adakah diantara masyarakat Bekok yang menghasut rakan mereka untuk
bekerjasama dengan pihak musuh?
Atuk: Itu tiada, memang tak ada.

Lin: Adakah anggota Special Constable yang mengawal Dekok mencukupi?


Atuk: Memang cukup dia beri, menjaga.

Lin: Adakah pihak Special Constable membuat sekatan di jalan-jalan utama bagi
mengawal kemasukan pihak mus uh?
Atuk: Itu pendeknya hari-hari ada, dia dekat gate [pagar] macam ada road block
[sekata.n jalan] apa, kita tahan, macam nak keluar nak masuk naik kereta
kah, basikaJ kah, motor kah periksa semua, agak dia bawa makan kah
tiada bawa mak<l!l kah kita periksa, tapi yang sudah sudah ada juga bawa
makan sikit-sikit kita beri, pasaJ [sebab] nak kerja lapar kan, dia makan
kasi, tapi kalau beras belum masak memang tak boleh bawak keluar, itu
jam [pada masa-hu]. (Ganguan bunyi motorsikal 1alu)

Lin: Siapakah ketua kampung Bekok pada masa itu?


Atuk: Itu jam [pada masa itu] Haji Muniran B. Kroto.

Lin: Apakah perasaan atuk ketika darurat berlaku?


Atuk: Atuk itujam [pada masa itu] tiada perasaan apa-apa, memang makan gaji
kerja sahaja cukup bulan ambil duit. (Sambil ketawa)

19

You might also like