You are on page 1of 24

Transkrip Temubual

Bers~a

Dengan Tuan Haji Mansor Bin H~ji Jalil Mengenai

Peristiwa Pertempuran Ang~ota Polis Dengan Komunis Di Keroq Pada Tahun 1968

Annisa Binti Miskon


2003322847

Siti Faridah Binti Abdullah


2003322781

Projek Dimajukan Kepada Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi


MARA, Kampus Puncak Perdana, Shah Alam,
Bagi Memenuhi Keperluan Kursus IMR 603 - Sejarah Lisan

Nov- Mac 2004/2005

lSI KANDUNGAN

MUKASURAT

l.OPENGHARGAAN
2.0ABSTRAK
3.0 PENGENALAN

II

4.0 TRANSKRIP

11

5.0 LOG TEMUBUAL

63

6.0 LAMPIRAN
6.1 BIODATA TOKOH

73

6.2 SENARAI SOALAN

74

6.3 SURAT PERJANJIAN

88

6.4 INDEKS NAMA

89

6.5 GAMBAR TOKOH

94

IMR 603 - Sejarah Lisan

1.0 PENGHARGAAN
Alhamdullaillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya
akhimya kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya. Sepanjang
kami menyiapkan tugasan ini, kami akui banyak menghadapi halangan dan masalah
yang kami anggap sebagai cabaran. Walau bagaimanapun, segala cabaran dan
halangan tersebut dapat kami hadapi dengan bantuan serta sokongan yang penuh
daripada pensyarah kami iaitu Encik Mohd. Nazir Ahmad. Segala tunjuk ajar dan
bantuan daripada beliau tidak dapat kami balas.

Tidak lupa terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Mansor bin
Haji Jalil dan isteri, Hajah Che Su bin Hassan yang sedia meluangkan masa dan
tenaga dalam menjayakan temuramah ini. Kami juga ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada ibu bapa dan ahli keluarga kami yang tidak jemu-jemu memberikan
sokongan semangat dan kewangan. Kepada rakan seperjuangan, terima kasih yang
tidak terhingga kerana bersama-sama menghadapi cabaran dan dugaan.

Akhir sekali, kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan tugasan m1,
hanya Allah yang dapat membalas budi baik dan jasa kalian.

Sekian, terima kasih.

IMR 603-Sejarah Lisan

Mengapa PKM memberontak

PKM tidak bergerak secara terbuka tetapi menggunakan barisan hadapan. Antara
pertubuhan yang digunakan termasuklah GLU (General Labour Union) atau Kesatuan
Buruh Am dan pada 15 Februari 1946 ditubuhkan Pan Malayan GLU. Satu lagi
pertubuhan ialah MDU (Malayan Democratic Union) yang ditubuhkan pada bulan
Disember 1945. Apabila kerajaan British merancang penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu, PKM menentang dengan menubuhkan Barisan Bersatu yang merupakan pakatan
AMCJA-PUTERA. Kegagalan AMCJA-PUTERA dalam menuntut hak perlembagaan
mereka merupakan tamparan PKM. Peluang PKM untuk mencapai matlamat politik dan
membentuk kerajaan akan sukar. Oleh itu PKM ada dua pilihan iaitu melihat saJa
organisasi depannya dihancurkan begitu sahaja atau memilih untuk melawan.
Terdapat juga spekulasi mengatakan pengaruh luar juga mempengaruh PKM
memberontak. Pada Mei 1948, PKM mengarahkan ahli-ahlinya bersifat militant. Ahliahli PKM mula melakukan pembunuhan, sabotaj ekonomi dan sebagainya.

Pengisytiharan Darurat

Sebenarnya sejak pendudukan Jepun, PKM. memang biasa dengan tindakan


pell_Ibunuhan dan pelbagai bentuk sabotaj. Antara tahun 1945-1947 dilaporkan 191
penculikan dan pembunuhan dilakukan oleh pihak komunis. Dalam masa enam bulan
pertama 1948 terdapat 107 penculikan dan pembunuhan dilakukan oleh PKM.
Kebanyakan keganasan ini berlaku di Johor, Perak, Pahang, dan Selangor. Pengusahapengusaha ladang getah dan lombong merungut kerana pihak berkuasa tidak mengambil
langk:ah berkesan membendung keganasan di ladang-ladang, lombong dan kilang.
Mereka mendakwa polis tidak diberi kuasa secukupnya membuat tangk:apan. Mereka
juga mahu PKM diharamkan kerana dianggap menghasut dan menjadi dalang
kegelisahan pekerja. Para pengusaha menuduh pihak polis Tanah Melayu terutama
gabenor tidak bertindak dengan berkesan dan mahu beliau mengisyhtihar darurat sebagai
usaha memulihkan keamanan dan undang-undang. Pada 16 Jun 1948, tiga orang peladang
Inggeris dibunuh di Sungai Siput, Perak. Pembunuhan ini dianggap dirancang oleh PKM
dalam usahanya merampas kuasa. Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent

IMR 603-Sejarah Lisan

mengisytiharkan darurat pada 18 Jun 1948 bagi seluruh Tanah Melayu menerus1
kuatkuasa undang-undang BMA ( Essential Regulation Proclamation). Akan tetapi,
undang-undang itu kemudiannya dimansuhkan dengan berkuatkuasanya Rang Undangundang Peraturan Darurat (Emergency Regulation Bill) yang diluluskan oleh Sidang
Majlis Perundangan (Legislative Council) pada 5 Julai 1948.
Pengisytiharan darurat telah memberikan kuasa yang luas kepada kerajaan dan
membolehkan kerajaan mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang membantu
pengganas komunis, termasuk hukuman mati bagi merka yang membawa senjata api.
Selanjutnya kerajaan Tanah Melayu dan Singapura juga bertindak mengharamkan PKM
pada 23 Julai 1948. Disamping itu, tindakan kerajaan Inggeris menguatkuasakan undang. undang barn pada bulan Mei 1948, bertujuan untuk menyekat kesatuan sekeija daripada
diresapi dan dikuasai ofeh komunis sehinngga menyukarkan pergerakan PKM.
Pengisytiharan darurat inin memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk memerangi
komunis, juga menjadi cabaran yang besar kepada PKM, kerana sebaik sahaja darurat
diisytiharkan, pasukan keselamatan bertindak menangkap kurang lebih seribu anggota
PKM dan organisasi barisan hadapannya termasuklah Liew Pit Vit Fan, wakil
Jawatankuasa Pusat PKM, diantara 17 dan 21 Jun 1948 . Keadaan ini menyebabkan
ramai pemimpin kanan PKM melarikan diri ke dalam hutan.

Rancangan Briggs

Apabila Lt Jeneral Harold Briggs dilantik sebagi Pengarah Gerakan pada bulan
April 1950, beliau diberi kuasa penuh keatas pasukan polis dan angkatan tentera
disamping kuasa menyelaras tindakan jabatan-jabatan dalam soal keselamatan. Pada 1
Jun 1952, beliau melancarkan Rancangan Briggs. Matlamat utama rancangan ini ialah
untuk menyekat bekalan jatuh ketangan komunis. Briggs rnenggunakan strategi
peperangan sekatan menyeluruh dengan matlamat untuk mengebulurkan gerila komunis.
Dengan ini gerila komunis akan kelaparan, kekurangan senjata dan ubat. Ini adalah satu
daripada taktik-taktik terpenting Briggs dalam usahanya menghapuskan komunis dengan
lebih berkesan lagi. Strategi itu dinamakan Rancangan Briggs, yakni mengambil nama
Leftenan General Briggs. Kawalan makanan diperketatkan dengan mengadakan sekatan
jalan raya dan catuan makanan

IMR 603-Sejarah Lisan

,;:Ruodiogan Baling

Chin Peng ( Setiausaha Agung PKM ) telah menghantar surat kepada pemimpin' pmimpin parti politik sejak kempen pilihanraya 1955 supaya diadakan perundingan

,;~fuia PKM dengan kerajaan. Tawaran ditolak dengan alasan cadangan tersebut hanya

taktik PKM sahaja. Apabila Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah
Melayu, beliau bersedia berunding untuk membincangkan syarat-syarat pengampunan.
Rundingan-rundingan awal telah diadakan antara Chien Tien wakil PK,M dengan I.S
Waylie ( Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Polis) di Klian Intan sebanyak tiga kali.
Rundingan awal ini membawa kepada perjumpaan di Baling pada 28 Disember
1955, bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Tunku Petra. Wakil-wakil
daripada kerajaan ialah Tunku Abdul Rahman Putera, Tan Cheng Lock (MCA) dan
David Marshall (Ketua Menteri Singapura). Wakil-wakil daripada PKM ialah Chin Peng,
Chen Tien (Ketua Bahagian Propaganda) dan Rasyid Maidin.
Dalam perjumpaan itu Tunku Abd Rahman menekankan tentang kesediannya
berjumpa PKM bukan untuk berunding tetapi untuk menjelaskan syarat-syarat

pengampunan. Tetapi ditolak dengan Chin Peng.


Chin Peng mahu PKM diberi status yang sama dengan parti-parti lain dan
dibenarkan aktif mengikut perlembagaan. Dalam pengertian yang lain PKM mahu
diiktiraf dan dianggap sah dari segi undang-undang. Tunku Abd Rahman meminta PKM
meletakkan senjata terlebih dahulti dan keluar dari hutan. Tunku Abd Rahman juga mahu
PKM menyatakan taat setia kepada Tanah Melayu terlebih dahulu dan bukan kepada
negara lain. Beliau juga mahu PKM dibubarkan.
Perjumpaan di Baling berlangsung selama dua hari (28 dan 29 Disember) dan
dibahagikan kepada empat sesi. Perjumpaan ini gagal mencapai matlamat untuk
penyelesaian. Tunku berpendapat sememangnya PKM tidak boleh bekerjasama dan
kerajaan

mengambil

keputusan

untuk

berperang

pengampunan juga ditarik balik pada 8 Februari 1956.

habis-habisan.

Syarat-syarat

IMR 603-Sejarah Lisan

Kegigalan PKM
Bagi jangka pendek pemberontakan PKM memang mengugat kerajaan British
retaniftelah enam tahun PKM mula mengalami kejutan . Strategi-strategi PKM tidak
rKesan lagi manakala langkah-langkah kerajaan Persekutuan mula membuahkan hasil
rumdarufat ditamatkan pada tahun 1960.
Dari segi organisasi PKM didapati kompleks dan untuk mengawal ahli strata
~*f>ungan

ketat bertentangan dengan slogan komunis. Kesulitan ditambah lagi dengan

ktJrang berkesan dan tidak cekapnya perhubungan antara unit-unit tentera MRLA.
flubungan yang dibuat melalui radio 'transistor" sering dapat dikesan oleh kerajaan.
Doniinasi orang Cina juga melemahkan kekuatan PKM. Bahkan hal m1
menimbulkan pula masalah perkauman. PKM menghadapi masalah besar untuk
menambahkan anggota daripada kaum Melayu. Orang Melayu begitu taksub dengan
Islam dan menolak komunisme. Propaganda menggunakan anggota Melayu dalam PKM
atau yang beragama Islam juga gagal mengubah pendirian orang Melayu.
Strategi tentera PKM yang bermodelkan strategi Mao Tze Tong juga gagal.
Pembunuhan, penculikan, memusnahkan sumber-sumber ekonomi pada mulanya
menakutkan rakyat tetapi akhimya amenimbulkan kebencian. Rakyat yang tidak tahan
dengan tindak tanduk PKM memberi sokongan kepada kerajaan. Dalam strategi PKM
menggunakn

taktils:

berundur

apabila diserang

dengan

meninggalkan kawasan

perkhemahan. Apabila hal ini sering terjadi pengkalan tetap tidak dapat diwujudkan dan
tidak boleh bergantung kepada peralatan dan senjata berat. PKM juga terlalu
mengharapkan bantuan makanan daripada masyrakat khususnya masyarakat Cina.
Sedangkan orang Cina ramai yang beketja sebagai penoreh getah dan pdombong. PKM
cuba mengatasi dengan berbaik dengan orang Asli tetapi pihak kerajaan terlebih dahulu
mengambil langkah awal untuk mendekati mereka.
Kejayaan-kejayaan pasukan tentera kerajaan memberi kesan psikologi kepada
gerila komunis. Ramai diantaranya yang berpaling tadah termasuk tokoh-tokoh penting.
Pada 30 Disember 1954, Osman Cina dan Hor Leung menyerah diri. Osman Cina
dianggap orang kelima penting dalam PKM dan seorang ahli propaganda.
Pembesaran pasukan keselamatan telah dipertingkatkan. Angkatan tentera
ditambah menjadi 20 batalion. Jumlah pasukan polis ditambah menjadi 49 ribu orang.

IMR 603-Sejarah Lisan

Bantuan angkatan tentera juga diperoleh dari Fiji, Kenya, Australia dan New Zealand.
PKM pula gagal untuk mendapat ahli barn. Bantuan yang diharapkan dari Rusia dan
China juga tidak diperolehi. Dilihat dari kekuatan dan jumlah tentera sahaja, PKM tidak
boleh mengatasi.
Beberapa rancangan kerajaan untuk melumpuhkan PKM nampaknya berkesan.
Rancangan yang penting ialah Rancangan Briggs yang dilancarkan pada 1 Jun 1954.
Matlamat utama Briggs membiarkan gerila kelaparan dan menderita. Oleh itu segala
punca bekalan perlu diputuskan. Langkah-langkah yang dibuat untuk mengumpulkan
setinggan-setinggan di pinggir hutan satu kawasan yang dikenali sebagai kampung barn.
Kampung ini dikawal oleh pasukan keselamatan. Usah dipertingkatkan lagi dengan
mengadakan sekatan jalan raya dan catuan makanan. Kesannya ramai gerila PKM mati
kelaparan dan sakit. Ramai juga yang menyerah diri.
Pihak gerakan berjaya melancarakan perang saraf (operation psychological
waifare). Ahli-ahli PKM sendiri menjadi sasaran perang saraf ini. Tawaran-tawaran
hadiah untuk pemberi maklumat dan layanan baik kepada pengganas menggalakkan
mereka menyerah diri. Disamping mewujudkan kawasan putih dan kawasan hitam pada
tahun 1953 bukan sahaja berguna dari segi ketenteraan tetapi juga memudahkan rakyat.
Kejayaan Perikatan dalam pilihan raya kebangsaan dan seternsnya membentuk
kerajaan menjadi pukulan hebat kepada PKM. Dengan jaminan mempercepatkan
kemerdekaan PKM telah kehilangan modal dalam slogan anti-imprelis. Gerakan terpaksa
bernndur ke utara dan menubuhkan pangkalan di utara Thailand.
Pada 31 Julai 1960 darurat diisytiharkan tamat. Walaupun kegiatan gerila
berterusan tetapi tidaklah sehebat seperti akhir tahun 1940 dan awal 1950-an. Pada tahun
1991 gerila komunis dengan rasminya meletakkan senjata.

Penghujung Darurat (1954-1960)

Kejayaan kerajaan menentang komunis semakin terserlah pada tahun 1954


bilamana kawasan putih pertama diisytiharkan di Tanah Melayu. Pada tahun itu dua
pertiga daripada kekuatan PKM yang dianggarkan 4 000 daripada 12 000 anggota telah
dileburkan. Jumlah insiden dan pembunuhan telah menurun ke angka dua peratus sahaja.
Sementara itu, saki-baki Rejimen. Kesepuluh PKM yang turut menerima pukulan ternk

,,
l

,.,

IMR 603-Sejarah Lisan

juga berundur ke Selatan Thailand. Ramai anggota telah menyerah diri pada 1952 dan
fl~53. Anggota-anggota komunis semakin sukar untuk membuat hubungan dengan rakyat
~p~ mendedahkan diri mereka tanpa mendedahkan diri kepda pasukan keselamatan.
~;jaa.n juga semakin melancarkan strategi baru dalam gerakan menentang komunis.
fpfuia:tahun 1953 dan 1954, komunis terns menerima pukulan teruk di setiap medan dan
.i

~njuru.

Terutama sekali dengan pelancaran operasi besar-besaran pihak polis dan Home

Guard di Kelantan, Timur Pahang di Barat Perak. Kawasan putih semakin banyak
diisytiharkan terutamanya di Pantai Timur. Sebanyak 10 pangkalan hutan (jungle port)
telah diwujudkan. Pasukan keselamatan memperhebatkan tindakan dengan menumpukan
gerakan memburu komunis jauh ke dalam hutan.

Kesan Darurat
Untuk membuat penilaian sejauh manakah akibat darurat keatas kemasyarakatan dan
ekonomi di Tanah Melayu. Kedua-dua aspek ini perlu ditinjau dari kesan jangka panjang
dan jangka pendek. Kesan yang paling besar adalah berhubung dengan penempatan

semula hamper 650 000 setinggan kepada lebih 550 buah kampung barn. Selain daripada

..

itu penempatan semula setinggan Cina ini penting kerana kebanyakan orang Cina tinggal
berselerak di pinggir. hutan akibat pemerintahan Jepun. Proses urbanisasi juga berlaku
basil petempatan semt.ila yang begitu banyak di bawah rancangan Briggs. Penempatan ini
menukarkart struktur demografi di Tanah_Melayu sebagai salah satu negara contoh yang
termaju di Asia Tenggara. Rancangan penempatan semula ini menghasilkan sebanyak
216 pusat bandar yang mempinyai 1 000 orang atau lebih. Selain daripada itu, penubuhan
pasukan keselamatan yang begitu besar jumlahnya untuk kepentingan pertahanan bagi
menentang gerila komunis.
Aspek yang kedua ialah keadaan ekonomi. Darurat membawa keadaan yang
buruk kerana ia membekukan perkembangan ekonomi. Sebenamya begini amat
digalakkan oleh komunis supaya pentadbiran komunis tidak dapat berjalan dengan lancer.
Kesannya telah dialami oleh pemerintah dan juga orang awam. Selain daripada itu.,
kerajaan juga terpaksa berbelanja dalam usahanya untuk menghapuskan komunis. Selain
untuk menghapuskan komunis kerajaan juga membelanjakan sejumlah wang bagi
menubuhkan penempatan-penempatan yang baru.

IMR 603-Sejarah Lisan

Dipihak lain pula pengeluaran getah dan timah agak terganggu dan nilai
eksportnya jatuh dengan begitu besar kerana banyak estet ditinggalkan kerana takut
diancam komunis. Begitu juga halnya dengan sektor perlombongan dan pembukaan
tanah. Selain daripada itu darurat juga memberi makna yang besar kepada kesatuan
seketja kerana pihak majikan mulai memberi perhatian terhadap golongan pekerja.
Sebagai kesimpulan dapat dikatakan bahawa darurat telah membawa implikasi
yang besar kepada kemsyarakatan dan ekonomi Tanah Melayu dalam merencanakan
dasar luar Tanah Melayu sebaik sahaja Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

10

-~

IMR 603 - Sejarah Lisan

,,;110 TRANSKRIP
tAPE 1-SIDE A
~ssalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh. lui adalah rakaman temubual

b~rsama Tuan Haji Mansor bin Haji Jalil mengenai peristiwa pertempuran

!(nggota polis dengan komunis di Keroh pada tahun sembilan belas enam pulub
Iapan (1968).
SFA: Assalamualaikum, pakcik.
HM: Waalaikummussalam.

SFA: Siapakah nama pakcik?


HM: Haji Mansor bin Haji Abdul Jalil.

SFA: Bilakah pakcik dilahirkan?


HM: Dilahirkan tahun seribu sembilan ratus tiga puluh empat (1934).

SFA: Berapakah umur pakcik sekarang?


HM: Sekarang dalam tujuh puluh tahun.

SFA: Pakcik berasal dari mana?


HM: Daripada Kampung Sungai Terap, Tanjung Karanp, Kuala Selangor.

SF A: Pakcik mempunyai berapa orang adik-beradik?


HM: Adik beradik lebih kurang sembilan, sepuluh orang.

.r
SFA: Pakcik anak yang ke berapa?
HM: Lebih kurang saya anak yang ke Iapan.

SFA: Siapakah nama bapa pakcik?


HM: Haji Abdul Jalil bin Haji Abdullah.

11

IMR 603 - Sejarah Lisan

SFA: Apakah bentuk latihan yang dijalankan semasa pakcik mula-mula


menyertai anggota polis?
HM: Apa itu?

SFA: Bentuk latihan yang pakcik jalani semasa pakcik mula-mula menyertai
anggota polis?
HM: Latihan itu lah yang saya sebagai saya latihan sampai latihan polis
selama Iapan bulan itulah lepas itu tamat itulah barn jadi konstabel jadi
mata-mata. [Latihan saya selama Iapan bulan, selepas itu barulah jadi
Konstabel jadi mata-mata]

SFA: Keseluruhannya berapa lamakah pakcik me_.jadi seorang anggota polis?


HM: Itulah saya cakap tadi.

SFA: Sampai pakcik bersara lah?


HM: Ha [Ya]. Sampai bersara, selepas itu jadi saya lepas tamat saya training
di depoh (Pusat Latihan Polis) selepas itu saya bertugas di situ
mengawal rumah ~pa ini Tunku Abdul Rahman. Pada masa itu lepas itu
saya ditukarkan di Alor Setar. Selepas tukar di Alor Setar saya pun abis
daripada Alor Setar macamana saya minta Bahagian Polis PPH,
Pasukan Polis Hutan. Itu jam saya ini lebih kurang empat bulan di
Dusun Tua. Selepas itu saya dah habis training empat bulan saya
ditukarkan di Johor di Pulai. Selepas itu saya tugas saya di sana masuk
hutan keluar hutan.

SFA: Apakah jawatan terakhir pakcik yang pakcik sandang?


HM: Sekarang ini?

SFA: Sebelum bersara apakah jawatan terakhir yang pakcik sandang?


HM: Tugas saya banyak tempatnya tugasnya aku ceritakan. Belum habis lagi
cerita lagi ini.

14

IMR 603 - Sejarah Lisan

SFA: Ya. Yang terakhir sekali?


HM: Saya tugas selepas itu masuk: PPH. Tadi yang aku ceritakan tadi, masuk
PPH selepas itu ditukarkan di Johor lepas itu dituk:arkan di Alor Setar.
Selepas di Alor Setar saya tuk:ar entah macamana saya buat tugasan nak
buat keija di sana saya tuk:ar pergi di Kuantan di Johor saya sudah lupa
perkara itu lama sangat

SFA: Bilakah pakcik bersara dari pasukan polis?


HM: Bersara barn tahun seribu sembilan ratus Iapan puluh tiga. (1983)

SFA: Apakah anugerab yang pernah pakcik terima sepanjang perkhidmatan


pakcik?
HM: Itu saya tunjuk:kan pingat saya tiga itu yang saya dapat. Itulah pangkat
saya itu Koperal itu saja.

SFA: Boleh pakcik sebutkan tempat-tempat yang pernah pakcik dihantar


bertugas?
HM: Tempat tugas itu saya memang banyak. Itu yang pertama tadi lepas itu
saya balik tugas daripada Kedah tadi, daripada Alor Setar, Al_or Setar
tuk:ar di, Alor Setar dituk:ar ke masuk PPH. Ya, lepas masuk PPH lepas
itu saya togas beralih di pergi ke Ulu Kinta. Ulu Kinta selepas saya tugas
di Ulu Kinta saya tuk:ar pergi ke mana ini Ulu Kinta selepas itu saya
pergi ke Kuantan.

SFA: Berkenaan dengan komunis, bilakah pada pendapat pakciklah bilakah


komunis mengganas di Tanah Melayu?
HM: Itu tahun lima puluh tujuh (1957) memang banyak pengganas. Saya yang
perta.ma bertempur di negeri Siam. Tempatnya di Geluk: di Betong. Di
situlah saya bertempur. Pada masa itu saya tugas entah macamana itu
hari jadi Komunis bagitau sama saya. Apabila saya anggota saya di
dalam khemah itu tidak cuk:up. Saya minta bantuan lebih kurang dalam

15

IMR 603 -Sejarah Lisan

dua puluh orang. Apabila dua puluh orang minta bantuan di ambil
daripada Keroh hendak pergi masuk ke Betong. Tapi hila masuk ke

...

Betong, belum sampai ke situ, komunis serang saya. Ditembak macam


hujan jadi mati orang saya Iebih kurang dalam situ lebih kurang dalam
dua belas orang.
:Sf:l\i!>~ Apa

pendapat pakcik faktor, sebab yang menyebabkan komunis

mengganas di Tanah Melayu? Pada pendapat pakciklah.


HM: Sebab dia mengganas? Engkau tahu sajalah di sini dulu diperintah orang
putih. Jadi komunis tidak suka dengan orang putih. Apabila kita sudah
merdeka komunis dia hendak berdamai dengan kita, hendak baik-baik
dengan kita. ltu jam dia tidak suka dengan orang putih. Itulah sebab
pengaruh komunis pengaruh. Jadi tidak suka negeri kita ini dipengaruhi
di jajah dengan orang putih.
SFA: Bila PKM ditubuhkan? Parti Komunis Malaya.
HM: Saya ingat tahun itu saya tidak boleh ingat sudah.
SFA: Adakah PKM ditubuhkan bagi menentang kerajaan pada masa itu?
HM: Apadia?
SFA: Adakah PKM, Parti Komunis Malaya ditubuhkan bagi meneotang
kerajaan pada masa itu?
HM: Itu pun saya pun tidak berapa, tidak berapa ingat sudah.
SFA: Adakah PKM ini, Parti Komunis Malaya ditubuhkan hanya untuk orang
Cina sahaja?
HM: Ha [Ya], itu betul. Orang kita sahaja. PK.M itu parti komunis. Jadi kita ini
memanglah kita apa ini --SFA: Memang untuk orang Cina sajakah Parti Komunis itu memang untuk
orang Cina ataupun ada orang lain?

16

IMR 603 - Sejarah Lisan

.
HM: Parti Komunis itu campur. Cina ada, orang Melayu pun ada, Siam pun
ada, dia campur.
SFA: Bagaimaoakah peoerimaan rakyat, orang ramai masa itu, terutamanya
orang Melayu terhadap komunis ini?
HM: Terhadap orang Melayu, komunis memang elok, memang tidak ada apaapalah.
SFA: Adakah terdapat orang Melayu yang terlibat dalam komunis?
HM: Ada juga yang terlibat masllk komunis ini. Ada yang tidak ada.
SFA: Pakcik tabu tak siapa Ketua Parti Komunis Malaya?
HM: Saya Ketua Parti Malaya ini yang saya tahu Chin Peng. Yang nombor
dua itu yang ketua dia Rasyid Maidin.
SFA: Negeri manakab yang mempunyai paling ramai jumlab anggota komunis?
HM: Anggota komunis saya itu tidak tahu bilangan dia berapa ramai pun saya
tidak tahu.
SFA: Biasanya mereka bersembunyi di kawasan mana?
I ,

HM: Selalu sembunyi masa dalam tahun lima puluh tujuh (1957) dia sembunyi
memang di dalam hutan. Di dalam hutan dia sembunyi.
SFA: Rutan sajalab? Biasanya hutan itu kawasan bukit ke atau macamana?
HM: Dia suka hati saja dalam hutan itu, ada yang bukit, bukitlah.
SFA: Adakah mereka mendapat bantuan daripada rakyat setempat?
HM: Komunis itu? Itu tidak tabu dia dapat bantuan itu tidak tahu. Itu dia curi-

curilah. Dia keluar masuk keluar masuk dia curilah.

17

IMR 603 - Sejarah Lisan

SE:K'f' Pada pendapat pakcik yang pakcik tabu macamana mereka mendapat
bantuan bekalan makanan?

HM: Komunis kan. Ha [Ya] itu dia menyeluduplah, curi-curi keluar masuk
keluar masuk curi-curi dia dapat berunding dengan orang keluar-keluar
Cina ke apa ke. Dialah bagi bekalan Cina-cina itu. Bagi bekalan masuk
makan bagi komunis. Itulah, dia keluar masuk keluar masuk .

S"EA: Pada pendapat pakcik, adakah di Perak mempunyai pengaruh komunis


yang kuat?

HM: Pengaruh komunis kuat sini --SFA: Masa itulah dekat Perak kuat tak pengaruh komunis dia?
~:

Sarna saja. Perak boleh tahan juga, kuat dia.

SFA: Dimanakah tempat di Perak yang terdapat ramai komunis?

HM: Itu saya tidak tahu. Tempat dia itu saya tidak tahu.
SFA: Boleh pakcik ceritakan bermulanya serangan komunis di Keroh?

HM: Oh, di Keroh. Di Keroh tahun masa itu, itu saya ceritakan tadi. Masa itu
apa ini di Keroh masa saya pergi menyeberang --SFA: Pada tahun bila itu pakcik?
HM: Tahun enam puluh Iapan (1968).
SFA: Macamana pakcik mula hendak bertempur dekat Kerob itu?

HM: Itu jam saya satu kompeni. Jadi yang saya ini di dalam Betong lagi
apabila komunis dia serang kita tadi, dia bertempur dengan kawan saya
satu kompeni tadi, jadi dalam trak tadi daripada Keroh ada dalam trak,
ada tiga biji trak, dia lalu minta bantuan diserang di komunis di Betong
belum kita masuk ke Betong, sempadan lagi. Apabila diserang di

18

IMR 603 - Sejarah Lisan

komunis, ada orang saya mati semua bergelimpang di bawah kenderaan.


Yang lain-lain itu mati di bawa pergi ke Ulu Kinta.

SF.A: Siapa yang memberi araban kepada pasukan pakcik pada masa ito?
. HM: Itu pegawailah. Pegawai yang tinggi.
SFA: Siapakab Perdana Menteri ketika ito?
<}:::_;'

HM: Ketika itu Tunku Abdul Rahman.


SFA: Apakab persediaan pihak polis lakukan untuk mengbadapi komunis pada
masa ito? Persediaan yang polis lakukan:

HM: Selalunya pergi dalam hutan memburu itu "keluar masuk keluar masuk cari
komunis dalam hutan, PPH. Selalunya keluar masuk keluar masuk dalam hutan.
Dalam hutan kita burn. Itulah ketja saya memburu dalam hutan cari komunis.
SFA: Kalan pakcik ingat bila tarikb serangan Kerob ito terjadi?

HM: Tarikh tidak ingat tapi tahun ingat, tapi jam pukul empat. Dalam empat
setengah ke, empat setengah, tahun seribu sembilan ratus enam puluh
Iapan (1968). Ha[Ya] di Keroh. Yang mati orang saya tadi yang lebih
kurang dalam tiga belas orang ke em pat be las orang.
SFA: Ada tak pibak polis mendapat maklumat terlebib dabulu sebelum
serangan tersebut berlaku?

HM: Ha [Ya] memang sudah dapat maklumat. Komunis sudah beritahu


harijadi dia. Dia hendak buat macam macamana pun dia hendak serang
orang kita tapi tempat di mana-mana tidak tahu. Entah di bandar ke
[atau] di dalam hutan. Ha [Ya], itu kita tidak tahu.
SFA: Berapa orang anggota polis yang terlibat dalam serangan bersama pakcik
ito?

HM: Itu saya dalam Betong lagi itu satu platun lebih kurang tiga puluh dua
orang satu platun. Jadi dia punya headquaters [ibu pejabat] keduduk:an di
19

I.i I
I

IMR 603 - Sejarah Lisan

Betong. Jadi dalam hutan itu memanglah satu kompeni, satu kompeni itu
kira dalam lebih kurang dalam seratus orang. Jadi satu kompeni itu
berpecah-pecah. Satu platun bagi platun menggerakkan berpecah-pecah
di dalam hutan, bergerak di dalam hutan. Tiga puluh dua orang satu
platun. Itu jam dalam Siam, saya buat tugas campur dengan Siam. Saya
ada dua puluh orang, dia ada sepuluh. Cari sama-sama cari komunis
dalam hutan di Betong. Itu jam yang lcita kena serang hari itu, dia sudah
cakap, komunis sudah beritahu, harijadi dia.

SFA: Pada anggaran pakcik, berapa ramai komunis yang melakukan serangan
masa itu?
HM: Lebih kurang saya ingat komunis dia turun hari itu lebih kl.rrang adalah
dalam dua puluh orang adalah. Dia turun dia tembak-tembak orang kita
gelimpang dia turun ambil barang-barang kita, perkakas kita, senjata kita
dibawa naik atas bukit, cabut Iari. Lepas itu orang kita, kita burulah.
Diburu sampai ke sudah malam tidak dapat apa-apa sudah, dia cepat lari.
\

Dengan heli [helikopter], kapalterbang pun pusing, p\_,pu\pu, (sambil


.

menggayakan helikopter) diatas pun, dia hendak tolong bantu tapi tidak
dapatjuga.
SFA: Biasanya berapa orang anggota polis yang diarahkan bagi Satu:-satu

operasi? Biasanya.
HM: Arahkan macamana itu?

SFA: Biasanya berapa orang anggota polis yang diarahkan bagi satu-satu
operasi?
HM: Oh, itu ramai. Satu platun_ __..pergerakkan kita ini dalam lebih kurang
dalam tiga puluh orang. Satu kumpulan tiga puluh orang menjadi satu
kompeni itu ada seratus jadi berpecah-pecah dalam hutan itu. Ha [Ya],
berpecah-pecah. Jadi yang seorang ini saya tiga puluh, bergerak. Masa
duduk di dalam di Bentong hari itu, itu jam anggota kita tidak cukup.
Kita tempat markas, tempat duduk situ. Jadi komunis sudah beritahu.

20

IMR 603 - Sejarah Lisan

rS,EJr;~r~pakah

senjata yang digunakan oleh pihak polis untuk menentang

komunis?
HM: Senjata, senjata Bring Gun, ada Brand, itu saja lah.
sifS~ Brand itu apa pakcik?

HM: Brain Gun itu ada gambar itu, Stink Gun, Sterling, ha [ya] itu sajalah,
yang pistol pun ada. Tengoklah pegawai ke, tengoklah senjata. Senjata
ini macam-macam, SAR yang panjang itu, Brain gun itu besar sikitlah.
Makan banyak pelurulah.

SFA: Bagaimana pula pihak komunis, adakah senjata yang digunakan setanding
dengan pihak polis?
HM: Ha [Ya], tidak setanding.

SFA: Biasanya apa yang digunakan?


HM: Dengan mana? Dengan PPH dengan polis?

SFA: Dengan PPH.


HM: Ha?

SFA: Dengan PPH pada masa itu.


HM: Pasukan polis hutan ke polis GD [General Duty]?

SFA: Polis hutan.


HM: Ha [Ya], polis hutan lengkap dengan GD [General Duty] lain. Lengkap
lagi senjata PPH. Semua cukup senjata dia dengan born semua ada.

SFA: Pihak komunis guna senjata macam pihak polis juga ke? Pistol contohnya.
Pihak komunis.

HM: Komunis senjata dia macam-macam senjata.

21

IMR 603 - Sejaralz Lisan

daripada Keroh masuk ke Betong itu macam peluru, bunyi yang cukup
bising. Prupruprupru (sambil menggayakan menembak) tembak. Itu jam
saya

duduk

belum

masuk

ke

Siam,

sempadan

Jadi

orang_ _ imigresen Siam hendak telefon komunis_ _. Siapa angkat


telefon,siap. Mampus [mati] kau,ditembak. Ha itu dia dalam situ. Tetapi
saya ada di dalam, dalam Siam belum keluar lagi, dalam situ lagi. Itu
kawan-kawan saya hendak bantu hendak masuk ke Siam.

SFA: Biasanya sebelum operasi menyerang komunis itu dijalankan, ada tak
pihak polis merancang strategi, langkah-langkah ke, cara-cara ke sebelum
bermula serangan itu?

HM: Memang ada langkah dia cari masuk dalam hutan itu cari.
SFA: Pakcik plan, pihak polis plan tak apa-apa?

HM: Polis tidak ada apa-apalah. PPH tidak ada apa-apalah. Pasukan Polis
Hutan taulah keluar masuk keluar masuk dalam hutan.
SFA: Kira masuk serang sajalah, macam itu saja?

HM:: Ha [Ya], kalau jumpa memang saya serang. Dia nampak, cabut lari dia
komunis. Dia tembak dia bukan tembak hendak melawan, dia tidak ada
melawan, dia takut lagi, dia pukul curi. Asal kita bergerak saja dia
nampak dia menyorok tembak, itu saja dia. Sampai mati orang saya itu
di Keroh itu. Dia pukul curilah.Hendak lari ke sana ada gaung (sambil
mendepa tangan), hendak lari sebelah ini jalan

lari sebelah kanan

bukit, sebelah kiri gaung. Jadi kita tidak boleh hendak jalan situ. Itu
komunis atas bukit tembak. Lori itu bergelimpang di bawah Iori itu
orang kita mati. Selepas habis itu _ _habis sudah tembak-tembak barn
orang kita pun datang bawa selamatkan orang yang mati-mati yang
orang luka itu bawalah pergi ke heli [helikopter] bawa pergi ke Ulu
Kinta. Itu saya punya kompenilah itu tapi saya di dalam itu lagi, tidak
keluar lagi.

IMR 603 - Sejarah Lisan

~Fi.~~li.ranya

orang komunis ni takutlah dengan pihak polis masa itu?

HM: Takut apa dia pukul curi, itu_ _.pukul curi. Apa yang takut, kita yang
takut dia kalau tidak hati-hati. Hahahaha (ketawa). Kita yang takut tidak
hati-hati.

SFA: Ada tak pihak komunis ini tabu bila masa-masa polis hendak datang
hendak serang dia orang?
HM: Dia tidak tahu. Dia duduk dalam hutan. Kita yang dalam. hutan kita
mencari, kita bergerak. Satu batch seminggu, seminggu, seminggu
bergerak. Dia tidak tahu,

kumpulan komunis tidak ramai, lima enam

orang saja, tidak ramai. Bukan macam Bukit Kepong yang mati itu, yang
itu dah dikumpulkan semua sekali sampai habis anak bini keliling.
Dibantai [diserang] di Bukit Kepong hari itu. Itu jam saya tidak ada di
situ lagi. Orang kita mati dalam balai itu habis diserang. Komunis itu
ramai-ramai serang. Masa itu saya tidak ada, hutan masuk: hutan, masuk:
hutan cari komunis. Dalam hutan bergerak saja. Kadang-kadang jumpa,
kadang-kadang tidak jumpa. Itu sajalah. Nak melawan tidak ada,
melawan dia tidak boleh. Dia takut lagi, hendak melawan tembak-tembak
bel urn lagi. Dia takut lagi.

SFA: Pakcik rasa macamana orang komunis ini dia bergetak dalam hutan?
Seorang seorang ke, berkumpulan ke --- ?
HM: Dia bergerak tidak ramai dalam hutan itu. Dalam lima enam
orang_ _tidak ramai. Komunis ini yang sebetulnya buk:an di dalam.
Bila ada dia masuk: ada orang luar, ada buat ketja dia masuk: dalam. Dia
memang, kadang-kadang kita kadang-kadang dia keluar, kita tidak tahu
Cina itu._ _tapi dia komunis masuk: dalam hutan. Kadang-kadang
bawa bekalan

makanan

apa-apa.

Macam

itulah

dia

komunis.

Kumpulannya tidak ramai dalam hutan itu, komunis tidak ramai.

SFA: Ada tak pihak polis gunakan bahasa isyarat masa bertempur?

27

IMR 603 - Sejarah Lisan

IN{~::$elepas

tu keluarlah dia. Tidak ada apa-apa, keluar saja. Komunis itu dia

rnengacau dengan orang putih saja, komunis itu.


~!:P~>JISaha

kerajaan untuk menangani keganasan komunis ini?

fiM: Kerajaan apa nak untukkan, dia itulah komunis sudah tamat tahun lima
puluh tujuh (1957). Yang tamat yang Tunku Abdul Rahmanjumpa Chin
Peng dengan Rasyid Maidin di Baling. Itu berdamai itu. Jadi tidak ada
apa-apalah. Di Dewan Tun Razak di Baling. Tunku Abdul Rahman
jumpa Chin Peng dengan Rasyid Maidin.
SE~:yP2)kcik

tabu tak apa perang saraf?

HM: Perang?
sara f.

HM: Perang saraf Perang saraf itu saya tidak berapa ---.
Ada tak penduduk Tanah Melayu yang berkerjasama dengan pihak
kerajaan, dia orang bekerjasama tak dengan pihak kerajaan ? Orang
Melayu masa itu.

HM: Orang Melayu, memangla dia _ _kerajaan. Samalah bekerja dengan


orang Melayu.
SJ1A: Kira dia ikut arahanlah orang Melayu ini masa itu?

HM: Dia ikutlah, orang Melayu tidak ada apa-apa dia.


SFA: Ada tak kaum Melayu yang jadi tali barut komunis ini?

HM: Ada Ada juga yang tali barut pun ada juga. Yang tidak ada, ada. Yang
tali barut pun ada juga.
SFA: Pada pendapat pakcik kenapa dia orang jadi tali barut komunis'k

29

IMR 603 - Sejarah Lisan

HM: Dia takut dibunuh. Kalau kau tak nak ikut cakap aku, kau tidak bagi
maklumat di mana aku, nanti kau mati. Dia takut. Dia ikutlah tali barut
komunis.
SFA: Siapa yang bekalkan makanan, ubat-ubatan

pada anggota polis masa

bertugas?
HM: Polis? Seminggu sekali barang-barang kerajaan hantarlah dalam PPH,
hantar barang-barang makanan diberi kita seminggu sekali kapal terbang
bawa. Selepas itu bawa ke hutan, kita di dalam hutan jadi seminggu
sekali lesen diambil daripada Taiping dibawa bagi bekalan kita, makan
dalam hutan, dihantar. Habis kalau tidak ada

kalau tidak dihantar

bekalan makan, mampuslah [mati] kita. Seminggu sekali dihantar.


Makanan dalam plastik dalam seminggu. Dalam tin itu beras sikit, semua
adalah, lauk-lauk dalam tin. Semualah beras ke apa semua adalah
makanan dalam Itu. Itulah bekalan kita dalam apa bagi kerajaan makan.
[Itulah bekalan makanan kita yang kerajaan berikan].
SFA: Pakcik rasa cukup tak bekalan makan dengan ubat-ubat tu?
HM: Ha [Ya], Alhamdullillah, bolehlah tahan. Masak-masak sendiri dalam
hutan. Ha [Ya]masak sendiri pakai _ _ masak sendiri, beras apa
makanan itu, roti ke apa ke masak sendirilah.Tidak ada benda dalam
hutan itu. Itu sajalah bekalan kita.
SFA: Senjata a pi pula, pakcik rasa cukup tak?
HM: Bawa saja semua bawa senjata itu dengan peluru semua kita bawa.
SFA: Cukuplah?
HM: Ha [Ya] cukuplah, jarang bukan kita komunis, kita can komunis
meronda di dalam hutan.
SFA: Apa yang polis selalu lakukan bila ada anggota komunis yang mati?

30

You might also like