You are on page 1of 24

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PEGAWAI POLIS

CA WANGAN KHAS SARJAN ABD. RAHIM BIN MOHD ALI


MENGENAI PENGLffiATAN BELIAU DALAM OPERASI
PENGHAPUSAN KOMUNIS DI HULU SELANGOR

AHMAD AZHARI B. AMIN NORDIN

2006693902

SITI ZANARIAH BT. RAMZAN

2006874294

PROJEK DIMAJUKAN KEPADA


FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KAMPUS PUNCAK PERDANA
BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS IMR 603- SEJARAH LISAN

SEMESTER 05
(SESI JULAI-NOVEMBER 2007)

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

lSI KANDUNGAN
PERKARA

MUKASURAT

PENGHARGAAN

iii-iv

ABSTRAK

1.0 PENDAHULUAN

1-6

1.1 Pemilihan Tajuk

1.2 Pemilihan Tokoh

1.3 Perhubungan Awal

1.4 Penyelidikan Latarbelakang Tajuk

1.5 Sejarah Komunis di Malaysia

1.6 Darurat di Tanah Melayu

2.0 TRANSKRIP TEMUBUAL

7-55

3.0 LOG TEMUBUAL

56

4.0 RUJUKAN

58

5.0 LAMPlRAN
5.1 Biodata Tokoh

59

5.2 Soalan Temubual

60

5.3 Surat Perjanjian

64

5.4 Foto

66

5.5 Indeks

67

IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

PENGHARGAAN

Segala Pujian hanya bagi Allah Subhanallah Wataalla


Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi kerana limpah kurniaNya kami dapat


menyiapkan projek sejarah lisan ini dengan sempurna mengikut tarikh yang telah
ditetapkan oleh pensyarah kami. Setinggi tahniah dan sekalung penghargaan yang tidak
emilai untuk tokoh yang kami pilih bagi menjalankan projek yang amat bermakna ini.
Beliau adalah Sarjan Abd. Rahim Bin Mohd Ali yang merupakan seorang tokoh yang
mempunyai banyak pengalaman sebagai seorang anggota polis dalam Cawangan Khas.

Beliau adalah seorang tokoh yang amat peramah dan berdedikasi serta
emberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang tempoh temubual ini dijalankan.
Dengan sikap beliau ini, kami dapat menjalankan projek temuramah ini dengan jayanya.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada. Dengan rasa

penuh kesyukuran, kami menghargai mereka yang telah menyumbangkan kepakaran


dan sokongan dalam menyipakan projek ini.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami
Encik Ahmad Nazir kerana memberi tunjuk ajar dan kepada kedua-dua ibu-bapa
..rnmi kerana segala pengorbanan dan sokongan yang telah diberikan kepada kami.

Sesungguhnya kami amat bangga mempunyai ibu-bapa seperti mereka. Ribuan terima

ih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain atas kesudian mereka
mernberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami.

R 603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

iii

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan sekali lagi jutaan penghargaan yang tidak
dmgga kepada mereka-mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
oga Allah SWT membalas budi baik yang telah diberikan.

- .' an, Terima Kasih ,

ad Azhari Bin Amin Nordin


: )()6693 902
- . Zanariah Rarnzan
~
874294

IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

iv

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABD RAHIM BIN MOHD ALI

Ii"flngJlWlman

dan Sumbangan Tokob Dalam Operasi Pengbapusan Komunis di


Hulu Selangor

. Transkrip ini mengandungi temubual dengan Sarjan Abd Rahim Bin Mohd
ngenai pengalaman beliau semasa menyertai Operasi Penghapusan Komunis di
, Hulu Selangor pada tahun 1982 serta pengalaman beliau sebagai seorang
'-~la polis. Beliau dilahirkan di Teluk Intan, Perak pada 26 April 1958. Beliau telah
r."....rrnnTTIaJ cialam pasukan polis selama 30 tahun sejak beliau berumur 19 tahun
a keseluruhannya, temubual bersama beliau adalah begitu menarik dan sesuai
. dikongsi bersama dalam mengenali bagaimana generasi terdahulu sanggup
,. an apa sahaja walaupun terpaksa bergadai darah dan nyawa. Beliau banyak
erirakan bagaimana pihak polis dan dibantu oleh anggota tentera bertungkus
untuk membersihkan Negara in; dari ancaman komunis. Beliau juga
~ eritakan pengalaman beliau sebagai pencari maklumat dalam menjayakan
_ asi Penghapusan Komunis di Daerah Hulu Selangor. Disini juga beliau turut
~","pritakan fungsi dan tanggungjawab Cawangan Khas kepada pasukan polis. Cara
paian beliau amat tersusun dan begitu berhati-hati dalam mengingat kembali
11tZ.i:::.::lG:an situasi yang bersejarah itu. Akan tetapi terdapat banyak maklumat yang tidak
disampaikan kerana sebahagian maklumat itu adalah rahsia kerajaan. Temubual
hagikan kepada tiga bahagian soalan iaitu soalan orientasi, soalan umum dan
."....... nn khusus. Masa yang diambil untuk temubual ini adalah selama dua jam.
Kata kunci: Sarjan Abd Rahim Bin Mohd Ali, Operasi Penghapusan Komunis
di Daerah Hulu Selangor, Parti Komunis Malaya.

R 603
CUMENTING ORAL HISTORY

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

l.OPENDAHULUAN
1.1 Pemilihan Tajuk

Tajuk untuk temubual kami ialah berkaitan Operasi Penghapusan Komunis di


Daerah Hulu Selangor. Tajuk ini dipilih berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh
bmi melalui sumber-sumber yang dipercayai antaranya laman-laman internet dan buku

sejarah. Tajuk ini dipilih kerana kami ingin mengkaji tentang operasi yang dijalankan
oleh pihak berkuasa untuk menghapuskan Komunis di Daerah Hulu Selangor, dimana
daerah ini adalah kawasan terakhir diistiharkan "kawasan putih" oleh pihak kerajaan
pada masa itu. Selain itu, Selangor juga dikesan sebagai kawasan persembunyian

erakhir anggota Komunis. Melalui maklumat ini, maka timbulnya minat kami untuk
mengkaji berkaitan operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa untuk membenteras
-omunis dari berkembang ke seluruh Selangor.

1.2 Pemilihan Tokoh

Tokoh yang kami pilih untuk temubual mengenai tajuk ini ialah Sarjan Abd.
Rahim Bin Ali. Beliau adalah seorang anggota polis yang berpangkat Sarjan, bertugas

dalam Cawangan Khas di Balai Polis Daerah Kuala Kubu Baharu. Kami memilih beliau
erana beliau adalah salah seorang perisik yang ditugaskan untuk merisik aktiviti pihak
Komunis di Hulu Selangor. Beliau juga terlibat dalam operasi penghapusan anggota
Komunis di daerah tersebut. Maka, beliau adalah calon yang sesuai untuk temubual
berkaitan tajuk ini.

IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJ AN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

1.3 Perhubungan Awal

Kami mengenali tokoh melalui bapa ahli kumpulan kami. Beliau adalah kenalan
-epada bapa ahli kumpulan kami. Kami mula membuat perhubungan awal dengan
tokoh melalui penggilan telefon pada 12 Ogos 2007 dan membuat temujanji awal pada
14 Ogos 2007 untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang latarbelakan beliau dan
berkaitan

tajuk

perbincangan kami. Kami juga memohon kebenaran

untuk

menemuramah beliau berkaitan tajuk ini yang akan diadakan pada 11 September 2007.

1.4 Penyelidikan Latar Belakang Tajuk

Kami membuat penye1idikan mengenai tajuk ini melalui bacaan yang terdapat
didalam buku dan laman web. Disini kami sertakan laman-Iaman web yang kami
gunakan untuk penyelidikan tajuk kami di bahagian lampiran.

1.5 Sejarah Komunis di Malaysia


Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember
1941 telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk memperkuatkan
organisasinya. Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930 telah
bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun melalui Tentera Anti-Jepun
Rakyat Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember
1940. Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan
perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MP AJA
dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak
British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran
menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang.
Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil
kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MP AJA. Beberapa siri keganasan
dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya
IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

...

-----------~

--

-------~------

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

-- bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-' as terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai
.e' Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran
-a:rreranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga
.Oak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang

ga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada


~juan

pembubaran tentera MP AJA dan perletakan senjata api disamping

.?ffilbayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.


1.6 Darurat Tanah Melayu

Darurat Tanah Melayu yang berlaku pada tahun 1948 hingga 1960 adalah
persengkatan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British di Tanah
_1elayu. Darurat diisytiharkan pada 7-7-1 948. Bolehlah dikatakan bahawa segala
bennula selepas pendudukan Jepun 1942-1 945. PKM dan MPAJA (Malayan People
.-\Dti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh

g Jepun semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin


kerajaan sendiri.
Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai
iput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di
seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan. Yang paling teruknya,
boleh dikatakan dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap
sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan
hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British
semasa dalam penentangan Jepun.
Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana
kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan
mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Barn (New
Democratic Youth League).

IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh
British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata
untuk mendapatkan apa yang mereka dirasa patut. Pada masa darurat kira-kira 40,000
tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan
anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti
meriam, kapal terbang, dan kapallaut.
Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas
telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak
orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan
tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas
dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.
Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh
komunis. Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh
memudahkan proses mereka .dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah
bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang
ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama
mendapat gelaran Kawasan Putih. Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat
oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai
pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak
merampas barang yang mereka ada. Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh
menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah
mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik
sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.
Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk
membanteras komunis. Rancangannya adalah termasuk penempatan semula orang Cina.
lni adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak
orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk
pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, jadi masalah untuk membanteras

IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

- -

r-

-~~~

---

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

komunis adalah lebih senang. Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan
setinggan orang e ina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan tempat PKM untuk
mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Bam yang dikawal
oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip PKM) untuk
memberi malumat dan barang keperluan kepada PKM yang melancarkan serangan
gerila.
Pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara
langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. lni kerana kumpulan komunis
tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara

gerila.Terdapat juga kumpulan yang membantu dan memberi sokongan kepada Parti
Komunis Malaya iaitu Min Yuen. Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31
Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11000
nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.
,
Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong
oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika
cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu
kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu kesemua rakyat berbilang
kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir musuh.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih
lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis
semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan
Thailand. Penempatan bam komunis di sempadan telah membolehkan mereka
mengurnpul dan memulihkan kekuatannya.
Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya,
maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah
ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan
Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti

IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

Komunis Malaya selama 41 tabun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang
DiPertuan Agung dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.

IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

o 0

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

TRANSKRIP
TAPE 1 SIDE A
Berikut adalah rakaman wawancara sejarah lisan mengenai pengalaman Sarjan
Abd Rahim Bin Mohd Ali dalam penglibatan beliau menyertai Operasi
Penghapusan Komunis di Daerah Hulu Selangor. Rakaman ini telah dijalankan di
rumah beliau di Nombor 1 Jalan 1, Rumah Murah Batu 30, Ulu Yam Lama, Hulu
langor, Selangor Darnl Ehsan. Wawancara ini telah dikendalikan oleh Ahmad
Amari Bin Amin Nordin dan dibantu oleh Siti Zanariah Binti Ramzan.
AA:

Assalamualaikum, encik. Saya Ahmad Azhari dan Zanariah dari Fakulti


Pengurnsan Maklumat Universiti Teknlogi Mara Shah Alam. Tujuan kami
datang pad a petang ini adalah untok menemubual encik mengenai

penglibatan encik dalam Operasi Penghapusan Komunis di Hulu Selangor.


Sebelum ito saya nak tanya sedikit sebanyak tentang encik.
EAR: Ya.
AA:

Boleh encik beritahu nama penuh encik.


EAR: Nama penuh. A. B. D. Rahim.

AA:

Abd Rahim.
EAR: A.B.D.

AA:

Abd Rahim Bin?


EAR: Bin Mohd Ali.

AA:

Encik mempunyai nama gelaran?


EAR: Tiada. Rahim aje [sahaja].

AA:

Family [keluarga] panggil?


EAR: Bukan

IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

AA:

Rakan setugas memanggil?


EAR: Tak de [tiada] dorang [mereka] panggil Rahim aje [sahaja].

AA:

Rahim je [sahajaJ ye [yaJ.Bila encik dilahirkan?


EAR: Dua puluh enam haribulan empat sembilan bel as lima puluh lapan (26hb.
4. 1958).

AA:

So, Uadi] umur encik sekarang?


EAR: Empat puluh sembilan.

AA:

Encik dilahirkan dekat?


EAR: Teluk lntan, Perak.

AA:

Teluk Intan. Encik bukan berasal dari sini?


EAR: Bukan.

AA:

Berapa ramai adik beradik encik?


EAR: Adik beradik saya, saya ada enam lagi, makna tujuh dengan saya.

AA:

Encik anak yang keen am ?


EAR: Pertama.

AA:

Boleh saya tahu nama penuh isteri encik?


EAR: Va.

AA:

Isteri encik?
EAR: Siti Sakniah.

AA:

Siti Sakniah.
EAR: Sak. S. A. K. N. 1. A. H.

IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

AA:

N.I?
EAR: N. I. A. H Binti Sarman. S. A. R. M. A. N.

AA:

Bila encik melangsungkan perkahwinan dengan isteri encik?


EAR: Sembilan belas lapan puluh dua (1982).

AA:

Sembilan belas lapan puluh dua (1982). Apa pekerjaan isteri encik
sekarang?
EAR: Apa dia?

AA:

Pekerjaan isteri encik?


EAR: Tak de [tiada]. Suri rumah sahaja.

AA:

Anak encik sekarang berapa ramai?


EAR: Tiga.

AA:

Semua masih bersekolah?


EAR: Semua sekolah lagi.

'----

AA:

Sekolah rendah?
EAR: Sekolah rendah tak de [tiada]. Sekolah menengah seorang, bistu [habis itu]
IPTA [lnstitut Pengajian Tinggi Awam] dua.

AA:

Boleh tak [tidak] encik ceritakan sedikit tentang latar belakang pendidikan
encik?
EAR: Saya berkelulusan SPM [Sijil Pelajaran Malaysia]. Tahun sembilan helas
tujuh puluh enam (1976).

AA:

Encik bersekolah rendah di mana?


EAR: Sekolah rendah di Teluk Intan. Sekolah Kebangsaan Laki-Laki.

IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

AA:

Sekolah Kebangsaan Laki-Laki.


EAR: Teluk Intan, Perak. Sampai sekarang pun ada lagi Sekolah Kebangsaan

Laki-Laki.
AA:

Selepas itu sejarah pekerjaan encik? Sebelum encik menyertai polis encik
ada kerja-kerja lain tidak?
EAR: Tak de [tiada]. Saya terus memasuki polis dari umur saya sembilan belas

tabun.

AA:

Sembilan belas tab u n.


EAR: Saya lepas aje [sahaja] sekolah saya terus masuk polis.

AA:

Selepas SPM [Sijil Pelajaran Malaysia)?


EAR: Selepas SPM [Sijil Pelajaran Malaysia]. Saya masuk polis tabun tujuh

puluh tujuh (77).

AA:

Apa yang mendorong encik untuk masuk menyertai polis ini?


EAR: Masa itu, kerja yang paling ada itu .. Kilang masa itu tak de [tiada] lagi.

AA:

Ada dorongan keluarga?


EAR: Dorongan keluarga tak ada [tiada]. Saya mohon sendiri.

AA:

So [jadi), apa pendapat keluarga encik bila dapat tabu encik masuk polis?
EAR: Bagus, dia [keluarga] ingat saya tidak terlibat dengan dadah. Itu sahaja.

AA:

Ada sesiapa membantab?


EAR: Tak de [tiada].

IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

10

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

AA:

Dalamfamily [keluarga] encik ada sesiapa yang menganggotai polis?


EAR: Tak de [tiada]. Satu pun tak de [tiada] kerja kerajaan. Semua kerja kilang.
Saya sorang [seorang] sahaja kerja kerajaan. Kerja polis pun saya seorang,
kerajaan pun saya sorang [seorang].

AA:

Boleh encik ceritakan sedikit macam mana encik boleh memohon untuk
menyertai polis ini? Time [masa] itu?
EAR: Time [masa] itu isi borang. Selepas isi borang antar [hantar] borang ke
Bukit Arnan. Pos darlpada Teluk Intan. Selepas itu temuduga, selepas
temuduga masa hendak dapat polis, polis datang kampung bagi tahu
[memberitahu] hendak buat apa untuk pergi ke Depo [Pusat Latihan
Polis]. Dia [polis] bagi surat by hand [dihantar terns]. Surat itu datang dari
Balai Polis Teluk Intan. Dia [polis] carl saya kat [dekat] kampung. Orang
kampung ingat pasal apa polis carl saya kat [dekat] kampung. Pasal dia
[polis] hendak beritahu pada saya pergi ke Depo [Pusat Latihan Polis]
untuk recruit [latihan].

AA:

Pas tu [selepas itu] kelayakan yang diperlukan masa zaman itu?


EAR: Masa itu SRP [Sijil Rendah Pelajaran] rasanya atau darjah enam saya pun
tidak pasti. Tapi saya ingat masa saya mohon itu, SRP [Sijil Rendah
Pelajaran] saya guna. Saya tidak menggunakan SPM [Sijil Pelajaran
Malaysia].

AA:

Pas tu [selepas itu] encik tadi beritahu ada sesi temuduga?


EAR: Ya, ada temuduga.

AA:

Encik, sesi tcmuduga itu kat [dekat] mana?


EAR: Dekat Ipoh.

IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

11

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

AA:

Ibu Pejabat Daerah?


EAR: Tidak. Dekat mana saya lupa. Tapi dia [sesi temuduga] bukan kat [dekat]

pejabat polis dekat bangunan lain. Bangunan mana saya lupa. Tahun tujuh
puluh tujuh (77) atau tahun tujuh puluh enam (76).
AA:

Encik, temuduga itu tahun tujuh puluh enam (76)?


EAR: Va. Tujuh puluh enam (76).

AA:

Encik masih ingat siapa yang menemuduga encik?


EAR: Tak [tidak] ingat.

AA:

Pas tu [selepas itu) berapa lama encik menunggu untuk mendapat


kelulusan?
EAR: Lama juga dekat setengah tahun, enam bulan ada gitu [begitu]. Saya

masuk kerja tengah bulan, pertengahan tahun. Saya masuk dua belas
haribulan Jun sembilan belas tujuh puluh tujuh (12hb. 6. 1977). ltu saya
masuk recruit [latihan].
AA:

Pad a masa itu, memang ada latihan asas polis?


EAR: Ada. Enam bulan.

AA:

Depo [Pusat Latihan Polis) kat [dekat) mana?


EAR: Jalan Gurney. Tempat lain tak ada [tiada]. Bahau tak da [tiada]. Sungai
Besar tak de [tiada]. Mana lagi, di Sabah, Sarawak pun tak de [tiada].
Jalan Gurney sahaja yang ada masa itu dan Polis Hutan di Ulu Kinta.

AA:

Selepas itu boleh encik ceritakan sedikit ten tang latihan asas yang
dijalankan?
EAR: Latihan asas itu, recruit [latihan]. Biasanya, dia [latihan] buat kawad

dengan senaman jasmani, kawad, jasmani, selepas itu undang-undang.


Belajar undang-undang. Selepas itu belajar menembak, semua kategori.
IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

12

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

Selepas itu belajar berenang, itu yang diajar .. ltu untuk kalau kita recruit
[latihan] sahaja, kecuali kita dah dibahagi, dahpassing out [tamat latihan].
Kalau kita trafik kita akan ikut kursus trafik. Kalau kita kursus semboyan,
kursus semboyan, polis hutan kita pergi polis hutan. Kalau kita driver
[pemandu], kita pergi kursus memandu.
AA:

Depo [Pusat Latihan Polis1 itu latihan asas sahaja?


EAR: Ya. Latihan asas sahaja. Selepas sudah habis tamat latihan asas baru dia
kategorikan.

AA:

Latihan as as selama enam bulan ini akan ditentukan bila sudah keluar?
EAR: Dia [polis] kategorikan. Dia [polis] pilih.

AA:

Boleh encik ceritakan sedikit pengalaman encik semasa menjalani latihan?


EAR: Latihan, bagi saya yang asing kawad. Senaman itu, sekolah pun ada.
Selepas itu belajar undang-undang, berenang. Saya orang kampung
memang pandai berenang.

AA:

Selepas itu latihan menembak macam mana?


EAR: Belajar menembak sahaj a.

AA:

Apa perasaan encik bilafirst time [kali pertama] pegang senjata?


EAR: Masa itu tiada apa-apa.

AA:

Dia beri pistol dan senjata lain?


EAR: Masa tu lemah semangat. Dia bagi pistol belajar menembak pistol. Selepas
itu menembak menggunakan senjata berat di Bahau.

AA:

Di POLAPOL [Pusat Latihan Polis1 memang ada padang sasar?


EAR: Padang, tembak pistol sahaja. Senapang panjang tiada. Senapang panjang
kena pergi ke Bahau, Negeri Sembilan.

IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

13

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA SARJAN ABO RAHIM BIN MOHO ALI

AA:

Encik ingat lagi tarikh encik tamat latihan?


EAR: Tidak ingat saya, tahun tujuh puluh tujuh (77) juga.

AA:

Bulan enam?
EAR: Bulan enam masuk. Selepas enam bulan. Saya ingat bulan dua belas. Dua
puluh atau berapa haribulan begitu. Rasa saya.

AA:

Apa jawatan yang encik sandang selepas tam at latihan?


EAR: Saya buat tugas am di Ibu Pejabat Brickfield, Kuala Lumpur.

AA:

Jawatan encik?
EAR: Konstabel tugas am.

AA:

Tadi encik cakap dekat Brickfield?


EAR: Ya. Ibu Pejabat Daerah Brickfield Kuala Lumpur.

AA:

Encik saya hendak tanya bila encik dipindahkan ke Cawangan Khas?


EAR: Saya pindah sini dua haribulan sebelas tabun lapan puluh dua (2hb. 11. 82)
sampai hari ini.

AA:

Encik berpindah atas kerelaan atau atas arahan?


EAR: Atas arahan. Sebab saya telah berpindah dari tugas am ke Cawangan
Khas. Dari tugas am ke Detective [penyiasat] jadi dia sudah jadi lain.
Tugas am dia buat kerja balai, pakai uniform [seragam] ronda cegah
jenayah.

AA:

Pada masa tu ada selection (pemilihan]?


EAR: Ada. Dia ada temuduga. Kita kena isi borang, kena pergi temuduga.
Selepas itu bila sudah layak baru dia hantar ke Depo [Pusat Latihan Polis]

IMR603
DOCUMENTING ORAL HISTORY

14

You might also like