You are on page 1of 4

BAB 5 : KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

5.1

Rombongan Kemerdekaan

Dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, sebagai Ketua Menteri telah
berunding dengan Raja-raja Melayu dan British untuk mengadakan suatu mesyuarat rasmi. Satu
rombongan yang dinamakan Rombongan Kemerdekaan telah dibentuk.Rombongan ini terdiri
daripada empat orang wakil raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan.
Namakan wakil anggota Rombongan Kemerdekaan (m.s. 148)

Empat orang wakil Parti Perikatan :


Tunku Abdul Rahman,
Tun Dr. Ismail,
Tun H.S. Lee
Tun Abdul Razak Hussein.

Empat orang wakil raja-raja Melayu:


Dato Panglima Bukit Gantang,
Abdul Aziz Othman,
Dato Mohd. Seth
Dato Nik Ahmed Kamil.

Apakah matlamat Rombongan Kemerdekaan ? (m.s. 149)


Untuk merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan pihak British
Perjanjian London ( m.s. 150 )
Semasa di London, rundingan telah diadakan dengan dipengerusikan oleh Setiausaha Tanah
Jajahan British .
Pengerusinya ialah Lord Lennox-Boyd . Berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956.
Hasilnya termetrailah Perjanjian London.
Antara perkara penting yang dipersetujui ialah (m.s. 151)
Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Perlantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal Perlembagaan Merdeka.
Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat di
Persekutuan Tanah Melayu.
Satu perjanjian pertahanan dengan British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan
kepentingan ekonomi British di Persekutuan Tanah Melayu.
Konsep Raja Berpelembagaan dikekalkan.
Pembahagian kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri diteruskan
Rombongan Kemerdekaan telah kembali ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956.
Rombongan ini disambut dengan meriah di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka. Tarikh
kemerdekaan telah diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di sini dengan seruan merdeka.

5.2.

Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah Perlembagaan?(m.s. 153)


Perlembagaan ialah peraturan atau undang-undang utama sebagai panduan untuk
menguruskan pentadbiran institusi, organisasi atau pemerintahan.

Parti Perikatan telah bersetuju dengan perlantikan sebuah suruhanjaya bebas iaitu Suruhanjaya
Reid untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka demi keadilan
semua kaum.
Suruhanjaya Reid (m.s. 153)
Bilakah ia dibentuk? Mac 1956.
Siapakah Pengerusinya ? Lord William Reid.
Nyatakan Tugas Suruhanjaya Reid (m.s. 154)
Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.
Membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri.
Menjamin kedudukan khas raja-raja Melayu.
Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu
Suruahnjaya ini menerima 131 memorandum (dokumen yang mengandungi cadangan tentang
sesuatu perkara ).
Antara perkara yang dipersetujui dari cadangan Suruhanjaya Reid ialah : (m.s. 155)

Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa pusat


dan negeri.

Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu.
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain.
Institusi raja-raja Melayu dan konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.
Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun bahasa
Cina dan Tamil boleh dikembangkan dan menjadi bahasa pengantar di sekolah masingmasing.

Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan. Walau bagaimanapun,


agama lain boleh terus diamalkan.
Hasil semangat tolak ansur dan pemuafakatan antara kaum di Tanah Melayu, negara kita berjaya
mencapai kemerdekaan dengan mengamalkan konsep demokrasi dan Raja Berperlembagaan.
Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957. Draf Perlembagaan
Merdeka telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Perjanjian Merdeka 1957
telah ditandatangani pada 15 Ogos 1957 antara raja-raja Melayu dengan British di Kuala Lumpur.

Perlembagaan Malaysia
Mengandungi beberapa fasal penting, antaranya ialah:

Sebuah kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu.


Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
Pembentukan sebuah Parlimen yang mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran negara dengan dibantu oleh sebuah kabinet.
Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu.
Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan.
Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak warganegara
yang lain.
Namakan tokoh-tokoh negara yang sewajarnya kita sanjungi dan berterima kasih atas usaha
mereka mencapai kemerdekaan .

YDA Pertama DYMM Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku


MuhammadTunku Abdul Rahman dan Raja-raja Melayu.

Tunku Abdul Rahman


Tun Abdul Razak
Tun V.T. Sambanthan
Tun H.S. Lee
Dato Onn Jaafar
Dato Panglima Bukit Gantang
Dr. Burhanuddin al Helmy

5.3. Pemasyhuran Kemerdekaan


Tepat pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala
Lumpur, bendera Union Jack telah diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu telah
dinaikkan oleh beberapa orang pemuda UMNO. Pada siang harinya, 31 Ogos 1957, pemasyhuran
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah dilakukan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Parti Perikatan, yang bakal menjadi Perdana Menteri
pertama negara telah membaca perisytiharan kemerdekaan. Tunku kemudian melaungkan seruan
MERDEKA! sebanyak tujuh kali

Antara kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan ialah (m.s. 166 )

Persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf sebagai sebuah negara yang berdaulat
setaraf dengan negara-negara lain di dunia.

Raja-raja Melayu dengan Ratu England menandatangani Perjanjian Persekutuan


Tanah Melayu 1957 bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

Semua penguasaan Baginda Ratu England dan Parlimen British ke atas Negeri-negeri
Selat terbatal.

Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957.


Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka mengandungi negeri Johor, Pahang, Negeri
Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau
Pinang.

Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah negara demokrasi yang


mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.

Pemasyhuran Kemerdekaan adalah pernyataan kemerdekaan yang penting sebagai tanda


pembebasan negara daripada penjajah British. Kita kini bebas menentukan bentuk pemerintahan
negara kita mengikut acuan dan hala tuju negara kita sendiri.

((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

You might also like