You are on page 1of 2

LATAR BELAKANG WAMY

Wamy yang ditubuhkan pada 1972 adalah hasil satu persidangan di Riyadh,
ArabSaudi, yang antara resolusinya mencadangkan penubuhan satu pergerakan yang dapat
menyatukan pertubuhan belia Islam di seluruh dunia. Alhamdulillah, Raja Arab Saudi ketika
itu, Raja Faisal, sangat menyokong penubuhan pergerakan itu. Wamy bergerak sebagai
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ini dinyatakan secara jelas dalam perlembagaannya
sejak peringkat awal penubuhan. Wamy tidak menoleh ke belakang lagi dan berkembang
dengan pesat. Alhamdulillah, kegiatan Wamy diterima dan mendapat sokongan saudara
seagama di seluruh dunia.
Untuk pengetahuan, Dr Saleh dilantik sebagai Setiausaha Agung Wamy
menggantikan Dr Manea al-Jihani. Antara Setiausaha Agung sebelum ini termasuk Dr Abdul
Hamid A Abu Sulayman, yang pernah menjadi Rektor Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM). Sebagai pergerakan belia, sudah tentu Wamy memberi penekanan
terhadap hal ehwal belia, terutama dari segi kebajikan, pendidikan dan sosial, khususnya
mengenai penentangan terhadap penyalahgunaan dadah. Wamy juga bergiat cergas
menghulurkan bantuan kepada umat Islam seluruh dunia seperti di Bosnia-Herzegovina,
Afghanistan, Kosovo, Chechnya dan sekarang di Iraq. Bagaimanapun, Wamy bukan
organisasi bantuan. Ia hanya sebahagian kegiatan yang dijalankan.
Wamy kini mempunyai lebih 100 pejabat di seluruh dunia, sama ada pejabat serantau
atau pejabat lebih kecil di negara tertentu. Sesetengah pejabat khusus untuk wanita. Ini sejajar
dengan hasrat Wamy membantu pertubuhan belia tempatan memajukan program untuk belia
wanita. Perhatian kepada wanita dengan mewujudkan pejabat khusus untuk mereka adalah
kerana mereka lebih mengetahui apa yang wanita inginkan. Di Arab Saudi, kami mempunyai
jawatankuasa belia wanita yang mempunyai pejabat sendiri. Kini ada 17 pejabat demikian di
Arab Saudi dan kami berusaha supaya setiap jawatankuasa belia wanita mempunyai pejabat
sendiri.

Ada tiga jenis kategori keahlian dalam Wamy. Pertama ialah ahli aktif dan mereka
adalah daripada kalangan pertubuhan pelajar dan belia yang layak menghadiri dan mengundi
ketika persidangan agung Wamy. Kedua, ahli bersekutu, iaitu pertubuhan Islam, tetapi bukan
khusus untuk belia, manakala ketiga ialah ahli kehormat, iaitu mereka yang boleh memberi
sumbangan kepada Wamy seperti ulama.
Menurut pandangan Dr Saleh mengenai perkembangan pergerakan belia Islam
sedunia sekarang, secara keseluruhan mula mendapat momentum untuk terus berkembang
maju. Malah, tidak diragukan mempunyai prospek cerah. Perkembangan itu akan lebih
mantap jika pertubuhan belia mendapat sokongan untuk berada pada landasan yang betul,
terutama mengelakkan terbabit dalam kegiatan tidak diingini seperti ajaran songsang dan
ekstremis. Kita tidak mahu kerana terlalu mahu menonjolkan Islam, pertubuhan belia
bersikap melampau. Ini memerlukan kita sentiasa menilai kedudukan sendiri supaya tidak
tergelincir daripada landasan yang ditetapkan oleh Islam.
Program pergerakan belia Islam perlu dibantu. Peranan Wamy dalam hal ini ialah
membantu program seperti dakwah dan ini dilakukan melalui penganjuran pelbagai kursus di
rantau Arab, Afrika, Eropah, Amerika dan tidak ketinggalan di Asia. Melalui cara ini, belia
Islam mendapat pengetahuan untuk menjadi lebih terlatih dan profesional. Sekian sahaja
serba ringkas tentang pertubuhan dan tujuan penubuhan Wamy.
lib.iium.edu.my/mom2/cm/content/view/view.jsp?...

You might also like