You are on page 1of 17

MTE3101 Knowing Numbers

Nombor Asli

Topik 3

3.0 Sinopsis
Topik

ini

mengenai

Nombor

Asli

yang

merangkumi

Nombor

Perdana,Nombor

Modular,Teorem Asas Arithmetik dan rekreasi nombor. Dalam Nombor Perdana peraturan
kebolehbahagi

dan

pemfaktoran

perdana

dengan

menggunakan

pokok

faktor

dititikberatkan. Cara yang lain untuk mencari gandaan sepunya terkecil dan faktor sepunya
terbesar khasnya untuk nombor besar dicari dengan menggunakan Algoritma Euclidean.
Manakala, Nombor Modular melibatkan operasi asas dan aplikasinya dalam kehidupan
juga dibincangkan. Perkaitan antara Nombor Fibonacci dengan Nisbah Keemasan (Golden
Ratio) dan alam semula jadi akan dibincangkan dan diaplikasikan dalam rekreasi nombor
dan penyelesaiaan masalah.
3.1 Hasil Pembelajaran
1. Menggunakan peraturan kebolehbahagi untuk menentu faktor bagi sesuatu
nombor.
2. Mencari hasil darab faktor perdana bagi sesuatu nombor dengan menggunakan
pokok faktor.
3. Mengguna algoritma Euclidean untuk mencari gandaan sepunya terkecil dan faktor
sepunya terbesar.
4. Menggunakan Nombor Modular untuk menyelesaikan masalah harian.
5. Mengaplikasi nombor Fibonacci, nisbah Keemasan dan petak abjad dalam rekreasi
nombor dan penyelesaian masalah.

26

MTE3101 Knowing Numbers

3.2 Kerangka Konsep

3.3 Nombor Perdana


3.3.1 Bahagi
Katakan a dan b adalah sebarang nombor bulat dengan keadaan a 0. Kita kata a bahagi
b, dan ditulis sebagai a b jika dan hanya jika terdapat satu nombor bulat x dengan
keadaan ax = b. Simbol a b bermakna a tidak bahagi b.
Dalam perkataan lain, a bahagi b jika dan hanya jika a adalah faktor bagi b. Apabila a
bahagi b, kita juga katakan a adalah pembahagi (divisor) bagi b, b adalah gandaan
(multiper) bagi a, dan b boleh dibahagi oleh a.
Contoh:
Faktor bagi 12 adalah 1, 2, 3, 4, dan 12 kerana 1 x 12 = 12, 2 x 6 = 12, 3 x 4 = 12.
Pembahagi 12 = 1, 2, 3, 4, 12 ( sama dengan faktor)
Gandaan bagi 12= 12,24,36,...

27

MTE3101 Knowing Numbers

Tentukan sama ada yang berikut benar atau palsu. Jelaskan.


(i)

3 12

(ii)

8 adalah pembahagi bagi 96

(iii)

216 adalah gandaan bagi 6

(iv)

7 bahagi 34

Penyeleasaian
(i)

Benar. 3 12 kerana 3.4.= 12

(ii)

Benar. 8 adalah pembahagi bagi 96 kerana 8. 12 = 96

(iii)

Benar. 216 adalah gandaan bagi 6 kerana 6. 36 = 216

(iv)

Palsu. 7 34 kerana tiada nombor bulat x dengan keadaan 7 x = 34

3.3.2 Kebolehbahagi
Pernahkah anda lihat atau fikir bagaimana seseorang dapat menentukan sesuatu nombor itu
boleh dibahagi dengan nombor tertentu secara cepat dan pantas? Pasti anda berasa ghairah,
bukan?
Mari kita lihat ujian kebolehbahagi bagi nombor yang besar sertai contohnya.
Ujian Kebolehbahagi

Contoh

Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 2 jika


digit akhirnya ialah 0, 2, 4, 6 or 8.

168 boleh dibahagi oleh 2 kerana digit


akhirnya ialah 8.

Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 3 jika


jumlah semua digit boleh dibahagi oleh 3.

168 boleh dibahagi oleh 3 kerana jumlah


digitnya ialah 15 (1+6+8=15), dan 15 boleh
dibahagi oleh 3

Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 4 jika


dua digit akhir nombor itu dibahagi 4.

316 boleh dibahagi oleh 4 kerana 16 boleh


dibahagi oleh 4.

Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 5 jika 195 boleh dibahagi oleh 5 kerana digit
digit akhir ialah 0 atau 5.
akhirnya ialah 5.
Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 6 jika 168 boleh dibahagi oleh 6 kerana nombor
nombor itu boleh dibahagi oleh 2 DAN 3.
168 boleh dibahagi oleh 2 DAN 3.
Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 8 jika 7,120 boleh dibahagi oleh 8 kerana 120
tiga digit akhir boleh dibahagi oleh 8.
boleh dibahagi oleh 8.
Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 9 jika
jumlah semua digit boleh dibahagi oleh 9.

549 boleh dibahagi oleh 9 kerana jumlah


semua digit ialah 18 (5+4+9=18), dan 18

28

MTE3101 Knowing Numbers

boleh dibahagi oleh 9.


Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 10 jika 1,470 boleh dibahagi oleh 10 kerana digit
digit akhirnya ialah 0.
akhirnya ialah 0.

Adakah anda sudah faham begitu mudah untuk menguji kebolehbahagi sesuatu nombor
dengan mengingati beberapa peraturan di atas?

Nyatakan nombor-nombor yang boleh membahagi nombor berikut:


1.

450

2.

102,

3.

168,

4.

535,

5.

144,

6.

256

3.3.3 Algoritma Euclidean


Dalam sekolah menengah anda telah didedahkan cara mencari gandaan sepunya terkecil
(GSTK) dan faktor sepunya terbesar(FSTB) (sila rujuk buku teks Matematik Tingkatan 1)
.Terdapat satu cara lain untuk mencari GSTK dan FSTB khasnya untuk nombor yang
besar. FSTB boleh dicari dengan mengaplikasi algoritma bahagi secara berulang.Cara ini
dipanggil Algoritma Euclidean. FSTB bagi dua integer boleh dicari dengan membahagi
pembahagi dengan baki secara berulang sehingga mendapat baki 0. FSTB adalah baki
terakhir yang bukan sifar dalam algoritma ini. Contoh berikut menunjukkan algoritma
Euclidean:
Contoh:
Cari FSTB bagi 81 dan 57 dengan menggunakan cara Algoritma Euclidean:
(Algoritma ini menggunakan nombor yang lebih kecil membahagi nombor yang lebih besar
secara berulang dan cari bakinya)
FSTB(81,57), 81 = 1(57) + 24
57 = 2(24) + 9
24 = 2(9) + 6

29

MTE3101 Knowing Numbers

9 = 1(6) + 3
6 = 2(3) + 0.
(Mendapat baki 0 menunjukkan langkah akhir dalam algoritma Euclidean)
Jadi FSTB(81,57) = 3 iaitu baki terakhir yang bukan sifar. 3 adalah faktor bagi 6.
Keputusan di atas diperoleh berdasarkan algoritma Euclidean asas yang dinyatakan di
bawah:
Jika a dan b adalah integer, di mana a 0, dan
b = a q + r, di mana q dan r adalah integer,
maka FSTB(a,b) =FSTB(a,r)

Berdasarkan contoh di atas, FSTB (81,57) = FSTB(57,24) =FSTB(24,9)= FSTB(9,6) =


FSTB(6,3).
Seterusnya, gandaan sepunya terkecil boleh dicari dengan menggunakan rumus berikut:
GSTK (a,b) =

Maka,, GSTK (81,57) =

a.b
FSTB ( a, b)

81.57
= 1539
3

Cari FSTB bagi pasangan nombor berikut dengan menggunakan algoritma


Euclidean dan seterusnya mencari GSTK bagi pasangan nombor tersebut.
(a) FSTB(239, 51) ;
(b) FSTB(1403,549) ;
(c) FSTB(2160,999) ;
(d) FSTB (819,322)

30

MTE3101 Knowing Numbers

Perkara yang perlu dibuat:


Rujuk bahan resos dan baca
1. S.Groves (2006). Exploring Number and Space. Deakin University. Divisibility: m.s
201-205
2. S Groves (2006).Topic 2 The natural numbers- Additional notes. Prime
Factorization: The Euclidean Logarithm
3. Buat Tutorial 3.
4. Cari sumber yang lain untuk membuat latihan yang berkaitan.

3.4 Teorem Asas Aritmetik


Sebelum kita faham teorem di atas kita perlu faham beberapa definisi penting yang akan
dibincangkan di bawah
Definisi Nombor Perdana
Nombor perdana adalah integer positif p, dimana p > 1 (p lebih besar daripada 1) jika
ia hanya boleh dibahagi oleh nombor positif 1 dan p (dirinya sendiri).
Dalam perkataan yang lain, nombor perdana adalah nombor yang mempunyai hanya dua
faktor sahaja.
Maksud boleh dibahagi ialah, apabila dibahagi akan menghasilkan integer (rujuk atas) .
Definisi Nombor Komposit (Composite Number)
Nombor komposit adalah integer q, dimana q > 1 dan boleh dibahagi dengan nombor
selain 1 dan dirinya sendiri.Biasanya nombor komposit boleh ditulis sebagai hasil darab
nombor perdana. Sebagai contoh : 30 = 235
Dalam 10 integer positif pertama, 2,3,5,7 adalah nombor perdana dan 4,6,8,9,10 adalah
nombor komposit (composite number). Integer 2 adalah satu-satunya nombor perdana
yang genap (even). Cuba fikir kenapa 1 bukan nombor perdana?

31

MTE3101 Knowing Numbers

3.4.1 Teorem Asas Aritmetik (TAR) memberitahui kita hubungan antara nombor komposit
dengan nombor perdana. Teorem ini menyatakan bahawa
Nombor asli boleh difaktorkan secara unik sebagai hasil darab nombor
perdana dalam cara yang unik.
Apa maksud kenyataan di atas? Mari kita melihat contoh berikut:
60 = 2 2 3 5 atau
=3x5x2x2
TAR memberitahui kita bahawa tiada cara untuk memfaktorkan 60 dalam nombor perdana
yang lain selain daripada yang ditulis di atas. Pemfaktoran ini adalah unik. Susunan faktor
adalah tidak penting. ( Adalah benar kita boleh faktor 60 menjadi 4 x 15 tetapi 4 dan 15
bukan nombor perdana).
Seterusnya, mari kita lihat cara yang mudah untuk menulis sebarang nombor komposit
dalam bentuk hasil darab nombor perdana.

3.4.2 Pokok Faktor


Bahagian ini menerangkan cara menulis nombor komposit dalam bentuk hasil darab
nombor perdana dengan menggnakan pokok faktor.
40
2

630
20

2
10

315
3

105
3

35
5

Gambarajah di atas menunjukkan pokok faktor bagi 40 dan 630. Pokok faktor ini dibina
dengan mencari satu faktor dahulu dengan menggunakan peraturan kebolehbahagi yang
telah anda belajar dalam bahagian 3.3.2. Setiap faktor itu mungkin nombor perdana atau
komposit. Jika nombor itu komposit teruskan pemfaktoran sehingga ia tidak dapat
difaktorkan.
Jadi,
dan

60 = 2 x 2 x 2 x 5 ( atau 23 x 5)
630 =2 x 3 x 3 x 5 x 7 (atau 2 x 32 x 5 x 7)

32

MTE3101 Knowing Numbers

(Hasil darab faktor yang ditulis dalam kurungan itu adalah notasi eksponen.)
Dengan demikian kita boleh merumuskan bahawa,
Jika m adalah nombor komposit, maka terdapat nombor perdana p1 , p2 ,..., pn
dengan keadaan
m = p1 x p2 x ...x pn
Ini dipanggil pemfaktoran perdana bagi m.

Cari pemfaktoran perdana bagi (a) 200, (b) 75, (c) 36 dan tuliskan jawapan
dalam bentuk notasi eksponen.

3.4.3 Konjektur Goldbach


Pernahkah anda dengar tentang konjektur Golbach? Konjektur ini berkaitan dengan
nombor perdana. Konjektur Goldbach berbunyi seperti berikut:
Semua nombor asli genap yang besar daripada 2 boleh ditulis sebagai
jumlah 2 nombor perdana.
Contoh:
4 = 2 +2, 10 = 3 + 7 atau 5 + 5, 100 = 89 + 11
Perhatikan nombor-nombor yang ditambahkan adalah nombor perdana.
Bolehkah anda memberi contoh-contoh yang lain? Ataupun anda boleh membuktikan
konjektur ini salah?

Perkara yang perlu dibuat:

33

MTE3101 Knowing Numbers

1. Baca dari Bahan Resos: The Fundamental Theorem of Arithmetic in Susie


Groves (2006). Exploring

Space and Numbers Study Guide. p.24.

2.

Baca dari Bahan Resos: Prime Numbers in Richard J.B. Number Systems: An
elementary approach. p. 142 145

3.

Buat sipnosis dari bacaan Ryans primes in B. Juraschek & A.S. Evans (2000).

4.

Cari sumber yang lain untuk membuat latihan yang berkaitan.


Selamat belajar dan Selamat meneroka!

Peringatan: Anda digalakkan melayari laman web atau cari dari buku rujukan di
pusat sumber untuk meningkatkan pemahaman anda. Segala latihan yang dibuat
perlu dimasukkan dalam portfolio masing-masing.

3.5 Nombor Modular


Dalam bahagian ini kita akan membincang tentang aritmetik jam, operasi asas yang
melibatkan aritmetik jam dan kekongruenan mod. Aritmetik modular adalah matematik
yang hanya menggunakan set nombor yang finit. Banyak masalah boleh diselesaikan
dengan menggunakan nombor modular antaranya menentukan hari apa yang anda lahir
pada tahun tertentu, mencari kod rahsia, hari tertentu pada tarikh tertentu dan sebagainya.

3.5.1 Aritmetik Jam


Aritmetik jam (atau modular) adalah aritmetik yang anda buat pada jam.
Pada jam - 12 (12-hour clock), terdapat 12 nombor iaitu 1, 2,3,4,5,6,7,8,9.10,11 dan 12.
Biasanya kita mengguna nama piawai untuk nombor-nombor pada jam, dan mula dengan
0 bukan 1. Maka nama piawai pada jam-12 kita guna 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11.

34

MTE3101 Knowing Numbers

Untuk memudahkan kefahaman anda kita menggunakan jam-12 di atas untuk membuat
aritmetik yang mudah.
Jika sekarang pukul 3 (3 oclock) dan kita tambah 5 jam dan jam akan menunjukkan pukul
8 (8 oclock), jadi kita tulis 3 + 5 = 8. Tetapi jika sekarang pukul 11 dan kita tambah 5 jam
dan jam akan menunjukkan pukul 4 (4 oclock), jadi kita perlu menulis 11 + 5 = 4 bukan 16
kerana tidak terdapat nombor 16 pada jam-12.
Setiap kali kita melepasi 12, kita membilang jam mulai 1 semula. Jika kita menambah
nombor dengan cara kita menambah jam dengan menggunakan jam, kita sebenarnya
melakukan aritmetik jam. Maka, dalam jam aritmetik 8 + 6 = 2 kerana 6 jam selepas
pukul 8 adalah pukul 2.
Dengan menggunakan model jam di atas sebagai panduan, lengkapkan Jadual 1 di
bawah.

35

MTE3101 Knowing Numbers

Jadual 1 Penambahan pada Jam-12


+

10

11

12
1

2
3

4
5
6

12

11

10
11
12

Apakah yang anda perhatikan nilai-nilai yang diperoleh dalam Jadual 1? Apa yang anda
telah lakukan ialah menambah nombor berdasarkan jam-12 dan elemen-elemen
dalam jadual itu adalah finit yang terdiri daripada set {1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12}.
Berdasarkan Jadual 1 yang anda telah lengkap, selesaikan soalan berikut:
1. 7 + 6 = _____
2. 11 + 7 = _____
3. 3 + 6 = _____
4. 5 + 12 = _____
5.

7 + 13 = _____

6. 12 + 9 = _____
7. 1 + 8 = _____
8.

9 + 4 = _____

3.5.2 Operasi Asas Aritmetik Jam

36

MTE3101 Knowing Numbers

Penolakan, pendaraban, dan pembahagian dalam aritmetik jam boleh ditakrifkan


sebagaimana dalam aritmetik biasa
(a)

Penolakan

: a b = x bermakna a = b + x

(b)

Pendaraban

: a x b = ab bermakna b + b +... + b
tambah a kali

(c)

Pendaraban sifar

: Jika a = 0, maka a x b = 0 x b = 0

(d)

Pembahagian

: a b = a / b = x bermakna a = bx mempunyai songsang


pendaraban

Dengan menggunakan takrifan operasi asas aritmetik jam seleasaikan soalan berikut
berdasarkan jam-12.
(i)

49

(ii)

4x9

(iii)

47

(iv)

4/9

Penyelesaian
(i)

49=x
Bermakna 4 = 9 + x.
Dari Jadual 1, x = 7

(ii)

4 x 9 bermakna 9 + 9 + 9 + 9 =12 ( dari Jadual 1)

(iii)

47=y
Bermakna 4 = 7 y
Dengan cara cuba jaya, 7 x 1 = 7; 7 x 2 = 2; 7 x 3 = 9; 7 x 4 = 4.
Maka y = 4

(iv)

4/9 = t
Bermakna 4 = 9 t
Dengan cara cuba jaya, 9 x 1 =9; 9 x 2 = 6; 9 x 3 = 3; 9 x 4 = 12;
9 x 5 =9; 9 x 6 = 6; 9 x 7 = 3; 9 x 8 = 12;
9 x 9 =9; 9 x 10 = 6; 9 x 11 = 3; 9 x 12 = 12
Oleh kerana tiada nilai t apabila 9 t = 4, maka 4/9 tidak wujud.

37

MTE3101 Knowing Numbers

Pertimbangankan sistem matematik berdasarkan jam-5 dengan set finitnya = {0, 1, 2, 3,


4}. Proses penambahan pada jam-5 adalah sama dengan jam-12 kecuali nombor-nombor
dalam set ini adalah {0, 1, 2, 3, 4}.
Laksanakan proses penambahan dan pendaraban untuk jam-5 (modulo 5 arithmetic)
dengan melengkapkan Jadual 2 dan Jadual 3 masing-masing.
Jadual 2 Penambahan pada jam-5
+
0
1
2
3
4

Jadual 3 Pendaraban pada jam-5


x
0
1
2
3
4

Proses penambahan atau pendaraban di atas juga dikenali modulo 5 atau mod 5
Dari Jadual 3, didapati
4 + 9 = 3 dan 2 + 1 = 3
Maka, 4 + 9 = 2 + 1
Untuk menjadi pernyataan di atas benar, kita menggunakan notasi berikut:
4 + 9 = 2 + 1, (mod 5)
Dibaca sebagai 4 + 9 adalah kongruen kepada 2 + 1, mod 5. Dengan demikian
kekongruenan mod m ditakrifkan seperti berikut:

Kekongruenan Mod m
Nombor nyata a dan b adalah kongruen modulo m, a b, (mod m), jika beza a dan
b adalah gandaan bagi m.

38

MTE3101 Knowing Numbers

Contoh
Tentukan pernyataan berikut sama ada benar atau palsu.
(i) 3 8, (mod 5)

(ii) 3 53, (mod 5)

(iii) 3 19, (mod 5)

Penyelesaian
(i) 3 8, (mod 5) kerana 8 3 = 5, dan 5 adalah gandaan bagi 5.
(ii) 3 53, (mod 5) kerana 53 3 = 50, dan 50 adalah gandaan bagi 5.
(iii) 3 19, (mod 5) kerana 19 3 = 16, dan 16 bukan gandaan bagi 5.
Terdapat cara yang lain untuk menentukan sama ada dua nombor itu kongruen mod m.
Bahagikan setiap nombor dengan m dan semak bakinya. Jika baki mereka adalah sama
maka nombor-nombor itu kongruen mod m. Contoh, 3 5 bakinya 3, dan 53 5 bakinya 3
juga, jadi 3 53, (mod 5).
Contoh:
Selesaikan persamaan berikut.
1. 4 + 9 x, (mod 5)

2. 15 + 92 x, (mod 5)

3. 2 + 4 x, (mod 5)

4. 2 4 x, (mod 5)

5. 7 x 5 x, (mod 7)

6. 3 5 x, (mod 12)

Penyelesaian
1.

4 + 9 = 13 3, (mod 5)
Maka, x = 3.
(Panduan: 13 5 dan dapatkan bakinya)

2.

15 + 92 = 107 2, (mod 5)
Maka, x = 2.

3.

2 + 4 =6 1, (mod 5)
Maka, x = 1.

4.

2 4 7 4, (mod 5) kerana 2 7, (mod 5)


3 , (mod 5).
Maka, x = 3

5.

7 x 5 =35 0, (mod 7)
Maka, x = 0

39

MTE3101 Knowing Numbers

6,

3 5 = 15 5, (mod 12) kerana 3 15, (mod 12)


10, (mod 12)
Maka, x = 10.

Contoh:
Februari 2011 mempunyai 28 hari dan 1 Februari adalah hari Selasa. Tentukan hari apakah
pada 13 Februari dan 28 Februari ?
Penyelesaian
Bina jadual berikut:
Hari
Hari

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

Isnin

(mod 7)

Hari Selasa kita letak nilainya 1 kerana 1 hb bersamaan 1 1, (mod 7).


Maka 14 Feb , 13 6, (mod 7)
Jadi, 14 Feb jatauh pada hari Ahad (rujuk jadual di atas)
Untuk 28 Feb, 28 0, (mod 7)
Maka, 28 Feb jatuh pada hari Isnin.

Untuk melihat aplikasi modulo aritmetik dalam kehidupan harian yang lain sila baca contoh
5 dan 6 dalam

Clock Arithmetic

and Modulo Five Arithmetic in Smith

(2001). The Nature of Mathematics, p.216 221. m.s 220 dan 221 masing-masing.

1. Pernyataan mana yang benar?


(a) 5 + 8 1, (mod 6);

(b) 5 + 4 1, (mod 7);

(c) 108 12 , (mod 8)

(b) 7 -11, (mod 12);

(c) 4 x 3, (mod 5)

2. Selesaikan:
(a) 9 + 6, (mod 5);

40

MTE3101 Knowing Numbers

(d) 1 2, (mod 5)
3. Cari nilai x jika (i) x 2 3, (mod 6); (ii) 3x 2, (mod 7);
(iii) x 4 5, (mod 9)
4. 1 Mac 2011 jatuh pada hari Selasa. Bina jadual modulo 7 untuk bulan Mac.
Seterunya, tentukan hari apakah (i) 9 Mac, (ii) 22 Mac dan (iii) 31 Mac ?

Perkara yang perlu dibuat:

1. Baca dari Bahan Resos: Clock Arithmetic and Modulo Five Arithmetic in Smith
(2001). The Nature of Mathematics, p.216 221 dan Modular Arithmetic p.118 - 134
2. Buat latihan dari Problem Solving in Smith (2001). The Nature of Mathematics. 9 th
ed. p. 225-226
3. Baca A card trick in Miller, Heeren & Hornsby (1990). Cuba helah dengan kawan
anda.Tuliskan satu ringkasan bagaiman helah aritmetik modular boleh digunakan
untuk menerangkan helah itu.

SELAMAT BELAJAR!

Peringatan: Segala latihan yang dibuat perlu dimasukkan dalam portfolio masingmasing.
Rujukan
S.Groves (2006). Exploring Number and Space. Deakin University. Divisibility: m.s 201205
S Groves (2006).Topic 2 The natural numbers- Additional notes. Prime
Factorization: The Euclidean Logarithm
The Fundamental Theorem of Arithmetic in Susie Groves (2006). Exploring
Numbers Study Guide. p.24

41

Space and

MTE3101 Knowing Numbers

Prime Numbers in Richard J.B. Number Systems: An elementary approach. p. 142 145
Clock Arithmetic and Modulo Five Arithmetic in Smith (2001). The Nature of
Mathematics, p.216 221 dan Modular Arithmetic p.118 - 134
Problem Solving in Smith (2001). The Nature of Mathematics. 9th ed. p. 225-226

Laman web yang berkaitan:


1. Aritmetik Jam (clock arithmetics):
http://www-math.cudenver.edu/~wcherowi/clockar.html
2. Matematik Modular:

http://www.shodor.org/succeedhi/succeedhi/modularmath/introduction.html
3. Kekongruenan modulo:
http://syssci.atu.edu/math/faculty/finan/4033/absalg10.pdf
4. Encode and decode secret messages
http://www.antilles.k12.vi.us/math/cryptotut/modarithmetic.htm

42

You might also like