You are on page 1of 3

........

Kini, sektor pelancongan memainkan peranan


penting dari sudut ekonomi negara kita. Pada tiap-tiap
tahun, dianggarkan jumlah pelancong yang berkunjung
ke negara kita adalah melebihi 6 juta orang.
Kebanyakan pelancong adalah terdiri daripada
pelancong asing seperti pelancong Singapura, Amerika
Syarikat, Jepun dan sebagainya selain daripada
pelancong tempatan. Terdapat pelbagai faktor yang
telah menggalakkan kedatangan mereka ke negara kita.
............Antara faktor utama pelancong berkunjung ke
Malaysia adalah disebabkan negara kita mempunyai
pelbagai tempat menarik. Malaysia banyak memiliki
kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh
para pelancong. Antaranya ialah kawasan pantai yang
bersih, cantik dan berpasir putih seperti yang terdapat di
pantai Desaru, pantai Cahaya Bulan dan sebagainya.
Hal ini menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan
tersebut untuk mandi-manda sambil menikmati
keindahan alam.
............ Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak
tempat menarik untuk di kunjungi oleh pelancong. Para
pelancong dapat menikmati bangunan-bangunan tinggi
mencakar langit atau bangunan bersejarah yang sentiasa
terpelihara. Di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya
terdapat bangunan canggih iaitu bangunan KLCC yang
sentiasa menjadi daya tarikan pelancong. Hal ini telah
menyebabkan jumlah pelancong ke negara kita sentiasa
bertambah.

............Pada masa yang sama, kedatangan pelancong ke


negara kita adalah disebabkan oleh kepelbagaian jenis
budaya yang terdapat di Malaysia. Memandangkan
Malaysia mempunyai masyarakat majmuk, pelbagai
jenis makanan terdapat di sini. Pelancong dapat
menikmati makanan kaum Melayu seperti sate, ketupat
dan rendang mahupun makanan kaum India seperti
tosei dan maruku. Mereka juga boleh menikmati tarian
pelbagai kaum seperti tarian zapin dan tarian inang bagi
kaum Melayu dan tarian singa dari kaum Cina.
Keunikan budaya ini telah menggalakkan kunjungan
pelancong ke negara kita.
............Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam
turut menggalakkan kemajuan dalam sektor
pelancongan negara. Kerajaan telah membina jalan raya
untuk menghubungkan kawasan pelancongan agar
dapat dikunjungi dengan mudah. Kerajaan juga
meningkatkan kekerapan penerbangan ke negara-negara
lain untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung
ke Malaysia. Hal ini terbukti berkesan apabila jumlah
pelancong yang berkunjung ke Malaysia sentiasa
bertambah dari setahun ke setahun.
............Faktor terakhir yang menggalakkan pelancong
berkunjung ke Malaysia ialah terdapatnya kemudahan
membeli-belah yang disediakan untuk para pelancong.
Dengan wujudnya kemudahan ini, mereka dapat
berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk
dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang
terdapat di situ juga dijual dengan harga yang

berpatutan. Hal ini menggalakkan pelancong untuk


terus berkunjung ke negara kita.
............Intihanya, sektor pelancongan di Malaysia
semakin meningkat maju kerana disebabkan oleh
pelbagai faktor. Justeru, rakyat jelata perlulah sentiasa
menunjukkan sikap mesra pelancong dan bersopansantun bagi menggalakkan kehadiran mereka ke negara
kita.

You might also like