You are on page 1of 11

Aspek

Perincian

Markah

Pengenalan

1. Pengertian Demokrasi Berparlimen

5 markah

2. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia

15 markah

3. Ciri-ciri badan pentadbiran

20 markah

a) Badan Perundangan (Legislatif)


Isi dan Huraian

b) Badan Pelaksana (Eksekutif)


c) Badan kehakiman (Judisiari)
4. Pengagihan kuasa pentadbiran di Malaysia

20 markah

a) Negara Persekutuan
b) Kerajaan Persekutuan
c) Kerajaan Negeri
5.Peranan rakyat Malaysia untuk mengekalkan sistem 10 markah
Demokrasi Berparlimen.
6. Keistimewaan/Manfaat/Kebaikan yang diperoleh 10 markah
melalui pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen.
7. Cabaran yang dihadapi untuk dalam mengekalkan 10 markah
demokrasi Berparlimen dan langkah/usaha untuk
mengatasinya.
8. Iktibar yang diperoleh daripada sistem Demokrasi 5 markah
Berparlimen
9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan 5 markah
Kesimpulan

(a) Pengetahuan yang diperoleh


(b) Nilai-nilai murni yang diperoleh daripada
amalan sistem demokrasi Berparlimen
(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara
Malaysia cemerlang dan terbilang.

1.

MAKSUD / PENGERTIAN DEMOKRASI BERPARLIMEN


1

Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya


terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan
sistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintah yang
mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh
Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi beraja yang mana kerajaan diketuai oleh
presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Di Perancis, Korea Selatan, India dan
Filipina, presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.
Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun
1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan
negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas
memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau
menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

2.

JELASKAN CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

Demokrasi berparlimen dapat dibahagikan kepada beberapa ciri utama iaitu


Perlembagaan, Raja berperlembagaan, Parlimen, Pilihan Raya, Kuasa Pemerintahan, Partiparti politik dan Kebebasan Asasi. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
lahir yang daripada perjuangan berasaskan kedaulatan negara.
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada
pembentukan kerajaan. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi yang terkandung peraturan
dan prinsip sebagai panduan untuk kerajaan menjalankan atau melaksanakan kuasa
pentadbiran. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan
ini akan menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat. Perlembagaan
Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 dan mengandungi 183 perkara.
Perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senerai Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri, Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan
Kehakiman. Malaysia membahagikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri.
Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran
bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang. Keluhuran perlembagaan mengatasi
Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Mana-mana undangundang yang bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal dengan sendirinya.
Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukan kuasa kepada mahkamah untuk
membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen. Mahkamah berkuasa
menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian
Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan mempunyai beberapa kepentingan, antaranya menjamin kestabilan
dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbiran. Perlembagaan memastikan kecekapan,
kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah
2

kerajaan. Pemimpin memerlukan panduan semasa menjalankan pentadbiran agar menepati


kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia
rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara contohnya Perkara 24 dan Perkara 25.
Tujuannya bagi memastikan rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air.
Perlembagaan juga memastikan hak asasi dan kebebasan rakyat seperti berpersatuan,
beragama dan memiliki harta. Perlembagaan juga menjamin kerjasama, kesepakatan,
keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Selain itu perlembagaan berkepentingan sebagai rujukan utama semasa menggubal undangundang persekutuan dan negeri. Ini dilakukan bagi memastikan tidak akan berlaku
perbalahan. Perlembagaan Malaysia juga menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu
dan bumiputra di Sabah dan Sarawak tidak dipersoalkan. Perkara ini dilakukan sebelum
Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963.
Sejak kita mencapai kemerdekaan pada 1957 Pindaan Perlembagaan telah dilakukan
beberapa kali. Tujuan pindaan perlembagaan adalah melindungi kepentingan rakyat, menjaga
keselamatan negara dan melicinkan pentadbiran negara. Perlembagaan perlu dipinda dari
masa ke masa agar sentiasa releven dan memenuhi keperluan semasa. Tujuan pindaan juga
bagi memastikan undang-undang munasabah dan kandungannya dipatuhi rakyat dengan rela
hati. Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara
terbuka. Antara perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan ialah pemerintahan beraja,
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai asama rasmi. Pindaan
ini dilakukan bertujuan memelihara keselamatan, ketenteraman dan juga keharmonian
masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Bagi meminda perlembagaan terdapat beberapa
kaedah yang perlu dipatuhi. Kaedah pertama memerlukan persetujuan majoriti lebih suara
dua pertiga Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja, antara perkara yang tersenarai
ialah kewarganegaraan dan perubahan sempadan negeri. Manakala kaedah kedua pula
memerlukan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang
Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Antara kaedah yang memerlukan perkara tersebut ialah
keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. Kaedah seterusnya
adalah kaedah ketiga di mana kaedah ini hanya memerlukan lebih suara dua pertiga Dewan
Parlimen. Kaedah terakhir adalah kaedah keempat yang hanya memerlukan persetujuan lebih
suara dewan parlimen.
Ciri lain demokrasi berparlimen ialah Raja Perlembagaan. Raja Perlembagaan
merupakan ciri unik yang hanya terdapat di negara kita. Raja Perlembagaan bermaksud
sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Yang diPertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan atas nasihat Perdana
Menteri. Semasa bertugas baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara
tertentu. Yang di-Pertuan Agong dipilih secara bergilir-gilir mengikut peruntukan
Perlembagaan Malaysia. Antara tugas Yang di-Pertuan Agong ialah sebagai Ketua Negara,
Ketua Tertinggi Angkatan Tentera serta memanggil dan membubarkan Parlimen. Sistem ini
merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak kita mencapai kemerdekaan.
Kuasa Pemerintahan juga merupakan satu ciri lain demokrasi berparlimen. Negara
kita mengamalkan konsep pengasingan kuasa di mana kuasa pemerintahan dibahagikan
kepada tiga cabang iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Fungsi
badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan
3

kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal


undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan
rakyat dan Dewan negara.
Dewan Negara juga dikenali sebagai senat dan terdiri daripada 69 orang ahli yang
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong manakala dewan rakyat terdiri daripada 219 ahli yang
mewakili rakyat. Mereka dipilih melalui satu proses iaitu pilihan raya. Undang-undang yang
dibuat di Parlimen dinamai Akta manakala Enakmen dibuat oleh Dewan Undangan Negeri
kecuali di Sabah dan Sarawak dinamai sebagai Ordinan.
Badan pelaksana adalah badan yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Badan
pelaksana terdiri daripada Jemaah Menteri atau kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri
dan melaksanakan semua dasar-dasar kerajaan. Setiap kementerian diketuai oleh seorang
Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Manakala
suruhanjaya pula ditubuhkan bagi mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan
pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam
Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan
jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit manakala
perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan kehakiman boleh menentukan
kesahihan undang-undang juga mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan
Negeri di negara kita. Sistem mahkamah di negara kita disusun mengikut hieraki piramid.
Semua hakim di negara ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana
Menteri.
Pilihan raya juga merupakan satu ciri demokrasi berparlimen. Pilihan raya adalah
proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau
persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus
dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusan akan direkodkan. Calon yang
mendapat undi terbanyak di kira menang dan ini dikenali sebagai majoriti mudah.
Suruhanjaya Pilihan Raya adalah badan yang mengendalikan pilihan raya di Malaysia.
Pilihan raya terdiri daripada pilihan raya umum dan juga pilihan raya kecil. Semua
warganegara Malaysia yang berdaftar dan layak boleh mengundi dalam pilihan raya bagi
memilih wakil mereka.
3.

TERANGKAN CIRI-CIRI BADAN PENTADBIRAN BERIKUT:

A)

BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)

Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan adalah menggubal
undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan
perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen
terdiri daripada Yang di Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara
merupakan dewan tertinggi dan mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara digelar
senator dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya. Senator
4

memegang jawatan selama 3 tahun dan mesti berumur sekurag-kurang 30 tahun. Taraf
senator sama dengan Ahli Parlimen. Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang mana senator telah
memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau
bidang tertentu. Dewan rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh
rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan rakyat mengandungi 219 orang ahli. Tempoh
jawatan ahli Dewan Rakyat adalah lima tahun. Tugasnya adalah menggubal dan meluluskan
undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen
dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen
kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.
B)

BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)

Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.


Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet
adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua pekara. Perdana Menteri merupakan
Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah
kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,
merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.
Terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua pekara. Setiap
kementerian diketuai seorang Menteri dan dibantu timbalan menteri, Setiausaha Parlimen dan
Setiausaha Politik.
Perkhidmatan Awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau
bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat
kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu
oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam.
Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan
oleh kerajaan.
Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai badan
berkanun. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa
autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini
ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri yang
berkenaan. Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar
untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun
kerajaan.
Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan
pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.
Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman, Suruhanjaya
Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
C)

BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI)


5

Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan
jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara
jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan
undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana. Badan kehakiman
juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Perekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem
mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas
kehakiman di negara ini. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan undang-undang,
mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan
mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undangundang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan
kuasa badan perundangan atau Parlimen. Sistem Mahkamah di Malaysia disusun mengikut
hierarki piramid. Melalui sistem ini individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan
keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli
Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh
dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak
dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya, supaya hakim dilindungi daripada
pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Penasihat
undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi pendakwaraya
atau peguambela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan
Undang-undang dan Kehakiman
4.
HURAIKAN / TERANGKAN PENGAGIHAN KUASA PENTADBIRAN DI
MALAYSIA
A)

NEGARA PERSEKUTUAN

Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan. Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah
negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri.
Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukan dalam
Perlembagaan Malaysia. Pengagihan kuasa pentadbiran Malaysia dapat dibahagikan kepada 3
iaitu Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Sebagai contoh Senarai
Persekutuan merangkumi pertahanan, keselamatan dalam negeri dan kewangan. Senarai
Negeri merangkumi Undang-Undang Islam, tanah dan kerajaan tempatan. Manakala Senarai
Bersama adalah kebajikan sosial, biasiswa dan taman negara.
Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan
mempunyai kuasa terhadapnya. Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang
diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja yang mempunyai kuasa
terhadapnya. Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.
B)

KERAJAAN PERSEKUTUAN
6

Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada kerajaan Persekutuan


berhubung dengan pentadbiran negara. Bidang pentadbiran negara meliputi semua aspek
perkhidmatan seperti perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan. Badan
pelaksana atau eksekutif mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa eksekutif
mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada. Mengikut perlembagaan
Persekutuan kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong.
Kabinet atau jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang
oleh Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri ini di ketuai oleh seorang Perdana Menteri
daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.
C)

KERAJAAN NEGERI

Perlembagaan Malaysia memperuntukan kuasa eksekutif kepada setiap negeri. Kuasa


eksekutif itu terletak pada Raja atau Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. Menteri Besar atau
Ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri daripada kalangan ahli Dewan
Undangan Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.
Urusan pentadbiran peringkat negeri terletak pada perlembagaan negeri sebagaimana yang
diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di
Semenanjung, Majlis Tertinggi di Sarawak dan Kabinet di Sabah mengandungi sebilangan
ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio) iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri,
Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri yang berperanan
menjalankan dasar pentadbiran negara pada peringkat negeri.

5.
PERANAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGEKALKAN SISTEM
DEMOKRASI BERPARLIMEN.
Rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha untuk mengekalkan sistem
demokrasi berparlimen. Antara usaha yang boleh dilaksanakan ialah menjalankan
tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia seperti keluar mengundi pada hari pilihanraya
diadakan, mengamalkan prinsip Rukun Negara dan menghormati lambang-lambang negara.
Di samping itu, rakyat Malaysia juga perlu patuh kepada perlembagaan dan undangundang negara. Contohnya menghargai hak asasi setiap warganegara, menghormati adat
resam dan agama kaum lain serta mendaulatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
kebangsaan. Selain itu, sebagai rakyat Malaysia, kita juga perlu taat dan setia kepada raja
dan negara. Contohnya menghormati institusi kesultanan dan tidak mengkritik institusi
tersebut secara terbuka seperti yang berlaku dalam media sosial pada hari ini. Seterusnya,
rakyat Malaysia juga dilarang membocorkan maklumat dan rahsia negara kepada negara luar.
Kita juga boleh mengamalkan semangat cinta akan negara bagi memastikan sistem
demokrasi berparlimen di negara ini terus terpelihara. Hal ini kerana, dengan menghayati
sejarah negara, rakyat Malaysia akan sentiasa bersyukur dan mengutamakan kepentingan
negara. Oleh itu, kita akan sentiasa berusaha mempertahan negara dari anasir asing yang
cuba mengganggu gugat sistem demokrasi berparlimen yang telah merealisasikan keamanan
yang dinikmati selama ini.
7

6.
KEISTIMEWAAN / MANFAAT / KEBAIKAN YANG DIPEROLEH MELALUI
PENGAMALAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
Pengamalan sistem demokrasi berparlimen memberi pelbagai manfaat
untuk
kesejahteraan rakyat Malaysia. Kewujudan pilihan raya yang dijalankan lima tahun sekali
dan dikendalikan secara telus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membolehkan kerajaan
yang adil dapat dikekalkan. Di samping itu, rakyat juga diberi hak untuk memilih
pemimpin yang disukai. Hal ini, dapat menjamin keamanan negara dan kesejahteraan
masyarakat di negara ini.
Selain itu, pemilihan Yang di-Pertuan Agong daripada sembilan raja-raja Melayu
setiap lima tahun hanya wujud di Malaysia memperlihatkan keistimewaan amalan demokrasi
. Malah sistem raja berperlembagaan dapat mempertahankan warisan kesultanan Melayu
yang telah wujud sejak abad ke 16 lagi.
Sistem pengasingan kuasa yang diamalkan membolehkan wujudnya sistem timbang
tara yang dapat mengimbangi kuasa pemerintahan dalam pentadbiran kerajaan. Hal ini
akan menjamin sistem pentadbiran negara yang cekap . Malah amalan demokrasi
berparlimen juga mengelakkan salah guna kuasa antara ketiga-tiga badan pentadbiran iaitu
badan perundangan,badan pelaksana dan badan kehakiman..
Kebebasan asasi yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen memberi peluang
kepada rakyat untuk hidup secara harmoni dan seterusnya mengukuhkan perpaduan dalam
kalangan warganegara. Hak asasi setiap rakyat terjamin dalam perlembagaan Malaysia
yang menyeluruh. Secara tidak langsung amalan demokrasi berparlimen ini akan melahirkan
rakyat yang taat dan setia serta sentiasa berusaha untuk kesejahteraan negara.
7.
CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGEKALKAN DEMOKRASI
BERPARLIMEN DAN LANGKAH /USAHA UNTUK MENGATASINYA
A)

CABARAN

Cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan demokrasi berparlimen Malaysia berkait


rapat dengan sejarah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang mengamalkan
kepelbagaian adat resam, budaya dan agama. Kebebasan asasi yang dijamin dalam
Perlembagaan Malaysia seringkali dipersoalkan oleh segolongan rakyat yang tidak berpuas
hati dengan hak sedia ada. Sebaliknya mereka mendesak diberikan kebebasan mutlak yang
diperjuangkan seperti hak-hak bersuara dalam mencapai demokrasi permuafakatan dengan
berkumpul dan mendirikan persatuan, di samping rule of law dan sebagainya.
Malah terdapat golongan yang sering membangkitkan isu-isu sensitif seperti hak
keistimewaan orang Melayu dan kaum peribumi. Ketidakpuasan hati ini dipamerkan melalui
perhimpunan haram, demonstrasi jalanan dan sebagainya dianjurkan oleh pihak
berkepentingan.
8

Cabaran mengekalkan demokrasi berparlimen juga datang daripada kewujudan parti


politik yang sentiasa menggunakan sentimen perkauman. Percaturan kuasa yang diamalkan
oleh parti politik dalam menunjukkan kuasa dan pengaruh di negeri-negeri tertentu juga
menyebabkan pilihan raya kecil lebih kerap dijalankan sejak pilihan raya tahun 2008.
Selain itu cabaran mengekalkan demokrasi berparlimen juga berpunca daripada media
massa alternatif seperti facebook, twitter dan lain-lain media alternatif lain. Kepantasan
sebaran maklumat berbaur perkauman dan anasir negatif tanpa tapisan dan tidak diketahui
sumber dan asas kebenarannya boleh memecah-belahkan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia.
B)

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI CABARAN DI ATAS.

Antara langkah untuk mengatasi cabaran tersebut adalah rakyat Malaysia perlu
menghayati dan mengamalkan Rukun Negara. Dengan penghayatan mendalam terhadap
Rukun Negara, akan dapat melahirkan rakyat yang cinta akan negara, justeru rakyat akan
sentiasa berusaha mempertahankan negara.
Seterusnya,
pengenalan Gagasan 1 Malaysia yang berpaksikan prinsip
Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan juga merupakan antara langkah yang boleh diambil
untuk mengatasi cabaran-cabaran di atas. Gagasan ini mementingkan asas keadilan untuk
semua kaum. Oleh itu, nasib semua kaum akan terbela dan tidak ada pihak yang
dipinggirkan. Hal ini seterusnya akan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan
warganegara.
Langkah yang seterusnya ialah pengenalan Akta Keharmonian Nasional yang akan
menggantikan Akta Hasutan 1948 juga dapat menangani cabaran- cabaran di atas. Antara
peruntukan yang dicadangkan dalam akta ini akan memberi penekanan kepada pemupukan
semangat harmoni dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa dan agama. Hal ini membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana
pihak yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

Pengenalan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga dapat mengatasi cabaran
yang digariskan di atas. Dua peruntukan dalam akta ini iaitu Seksyen 211 dan Seksyen 233
yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka yang menyalahguna
media sosial untuk tujuan merendah-rendahkan amalan demokrasi berparlimen di Malaysia.
Akhir sekali, pemahaman yang mendalam mengenai sistem demokrasi berparlimen
yang diamalkan di negara ini boleh diterapkan dalam sukatan mata pelajaran tertentu pada
peringkat sekolah lagi. Contohnya, dalam mata pelajaran sejarah dan pendidikan sivik dan
kewarganegaraan. Kefahaman yang jitu terhadap amalan demokrasi berparlimen dalam
kalangan rakyat di negara ini membolehkan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan adil
dan telus.
9

8.
IKTIBAR
BERPARLIMEN

YANG

DIPEROLEH

DARIPADA

SISTEM

DEMOKRASI

Antara iktibar yang diperoleh daripada sistem demokrasi berparlimen ialah


pengasingan kuasa dapat melahirkan sebuah kerajaan yang cekap dan adil kepada rakyat.
Oleh itu, kebajikan dan hak rakyat Malaysia akan sentiasa terbela. Seterusnya kerjasama
antara pemimpin dan rakyat juga sangat penting demi merealisasikan kestabilan politik dan
kemakmuran ekonomi negara. Di samping itu, pemimpin negara harus bijak mengendalikan
jentera pentadbiran agar negara terus maju dan boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan negara maju yang lain. Selain itu, perpaduan dalam kalangan rakyat juga
sangat penting untuk memastikan agenda negara dapat dilaksanakan dengan adil dan telus.
Akhir sekali, rakyat Malaysia harus bersyukur kerana dapat hidup dengan aman dan
harmoni hasil keberkesanan sistem demokrasi berparlimen yang dilaksanakan di negara kita.

9.

KESIMPULAN
a)

Pengetahuan

b)

Nilai murni

c)

Harapan

Kesimpulannya antara pengetahuan yang saya peroleh ialah Malaysia merupakan


sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Hal ini
bermaksud, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga badan pemerintahan iaitu badan
perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Dalam hal ini, sokongan dan bantuan
yang dihulurkan rakyat sangat penting untuk menjamin kelicinan pentadbiran negara.
10

Seterusnya nilai murni yang diperoleh ialah rakyat haruslah terus mendokong dasar
kerajaan agar aspirasi negara dapat direalisasikan. Selain itu, pemimpin negara juga bersikap
amanah dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan demi kesejahteraan rakyat.
Taat setia yang ditumpahkan oleh rakyat Malaysia dari dulu hingga kini juga telah
melahirkan sebuah negara yang maju dan berdaulat.
Akhir sekali, harapan saya semoga sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di
negara kita terus terpelihara. Hal ini penting kerana kestabilan yang dinikmati hasil
pelaksanaan sistem tersebut sangat penting bagi memastikan kemerdekaan negara terus kekal
selamanya.

11

You might also like