You are on page 1of 1

Ketidaksamaan semula jadi

1. Penilaian terhadap keupayaan seseorang berdasarkan perbezaan-perbezaan


semulajadi seperti cirri-ciri fizikal atau biologi manusia.
2. Pengagihan tugas serta ganjaran yang berbeza dibuat berasakan keupayaan
yang dikaitkan dengan perbezaan semulajadi.
3. Ketidaksamaan ini dibezakan dalam perbagai bidang seperti pendidikan,
peluang pekerjaan, hak-hak dalam keluarga dan banyak lagi
4. Adat dan budaya yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat menjadi faktor
atau punca wujudnya perbezaan semulajadi.
5. Sebagai contoh:-

Kaum lelaki dianggap mempunyai kekuatan fizikal yang lebih dari seorang
wanita.
Kaum lelaki biasa ditugaskan untuk menjalankan pekerjaan yang
memerlukan lebih tenaga fizikal berbanding wanita.
Kaum lelaki diberkan kuasa yang lebih besar serta dipandang tinggi
martabatnya.
Kebanyakan ganjaran diberikan kepada kaum lelaki berbanding kaum
wanita.
Ibu bapa memberi layanan berbeza terhadap anak lelaki dan perempuan
dimana, anak lelaki dihantar ke sekolah manakala anak perempuan
berada dirumah menjalankan kerja-kerja rumah.
Penderaan fizikal dan mental ke atas wanita kerana anggapan bahawa
wanita itu lemah. Contohnya seperti berlakunya kes-kes rogol, penderaan
seksual dan banyak lagi.

You might also like