You are on page 1of 1

LAPORAN PERMAINAN BOLA DALAM GELUNG

Pada 11 April 2013, pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah dijalankan. Aktiviti aktiviti ini telah dilaksanakan bertempat di padang bola jaring IPG Kampus Tuanku Bainun. Salah satu aktivitinya ialah permainan bola dalam gelung. Aktiviti ini melibatkan penyertaan seramai 25 orang kanak-kanak Pra-Sekolah Mithali. Permainan bola dalam gelung telah berlangsung pada jam 10.45 pagi, iaitu selepas berakhirnya pertandingan antara guru-guru pelatih. Kanak-kanak Pra-Sekolah Mithali dibahagikan kepada lima buah

kumpulan yang terdiri daripada kumpulan merah, biru, hijau, ungu dan kuning. Setiap satu kumpulan mempunyai lima orang ahli. Permainan ini mengkehendaki pemain berlari atau berjalan sepantas yang mungkin sambil menarik sebiji bola menggunakan gelung plastik. Kedudukan bola harus berada di dalam gelung berkenaan. Keadaan cuaca yang baik pada hari itu melancarkan perjalanan aktiviti ini. Kumpulan merah telah menjuarai permainan ini diikuti oleh kumpulan biru dan tempat ketiga ialah kumpulan kuning. Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru pelatih, malah juga merapatkan hubungan kasih sayang di antara guru pelatih dengan kanak-kanak pra-sekolah tersebut. Hal ini sejajar dengan hasrat program Bina Insan Guru (BIG) iaitu bagi melahirkan bakal guru yang berkualiti dari segi mental,fizikal, rohani dan sahsiah.

Laporan disediakan oleh: __________________________ (SHAHIRAH IZZATI BINTI SHAIK OSMAN)

12 April 2013

You might also like