You are on page 1of 1

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

2023

Tarikh :27 Jun 2023 (Selasa)


Masa :7.45 pagi-12.45 tengahari
Tempat :Persekitaran Taman Selasih,Kulim, Kedah

Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SK Taman Selasih yang
sering mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah
dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama Unit Sukan .
Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah
sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada
tahun ini, acara merentas desa ini hanya melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja
dimana masing-masing mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Merah, Hijau, Kuning dan Biru.

Aktiviti bermula seawal jam 7.40 pagi.Guru kelas mengambil kehadiran murid terlebih
dahulu.Kemudian,murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan serta aerobik dibawah
tunjuk ajar Pn Puteri Afdzal dan Pn Norasyida. Selepas itu, Encik Rasyidi memberikan
taklimat kejohanan dan keselamatan kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan
Jawatankuasa Merentas Desa.

Tepat jam 8.00 pagi, acara merentas desa bagi kategori perempuan dimulakan terlebih
dahulu. Larian peserta dimulakan oleh Tn Hj Nordin Bin Ab Hamid sebagai
pelepas.Sementara murid-murid Tahap 2 dengan aktiviti merentas desanya , murid –murid
Tahap 1 juga mempunyai aktivitinya sendiri iaitu sukaneka dimana dikendalikan oleh guru-
guru Tahap 1. Ibu bapa juga turut hadir memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak
sekolah.

Setelah murid selesai merentas desa, murid berkumpul di dataran untuk program bersama
MILO Malaysia, iaitu membuat aktiviti senam aerobik dan juga minum air milo.Pada jam
11.30 pagi, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan. Penyampaian
hadiah disempurnakan oleh kesemua barisan pentadbir sekolah. Hadiah disampaikan
mengikut setiap kategori. Secara keseluruhan pungutan mata bagi setiap rumah adalah seperti
berikut;Di kedudukan pertama ialah Rumah Biru (185 mata), kedua ialah Rumah Merah (181
mata), ketiga ialah Rumah Kuning (130 mata) manakala tempat keempat ialah Rumah Hijau
(111 mata).Secara keseluruhan, kejohanan pada kali ini berjalan lancar. Tiada sebarang
kemalangan berlaku. Unit Kokurikulum mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat. Syabas diucapkan. Diharapkan agar kita dapat
merancang dan melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa mendatang. Semoga Allah
membalas jasa baik kalian.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

______________ ________________ ________________


(NURSHAHIRA BT ROSLI) ( ZALIFAH BT IBRAHIM ) (HJ NORDIN B. AB HAMID)
GPK Kokurikulum Guru Besar
SK Taman Selasih. SK Taman Selasih

You might also like