You are on page 1of 12

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT

BERUNIFORM & 1 MURID 1 SUKAN (1M1S)


2013
Unit Kokurikulum SKTPP telah menjalankan
aktiviti perkhemahan selama 2 hari bermula
pada hari Sabtu (26.10.13) sehingga Ahad
(27.10.13). Kem komandan yang bertugas ialah
En. Tarmiji bin Sabali, Pn. Mazzaini binti Muda
dan Pn. Azwani binti Mohamed Noordin.
Sebanyak 217 orang peserta telah hadir
mengikuti aktiviti perkhemahan ini. Para peserta
terdiri daripada:
1. Unit Pengakap : 45 orang
2. Unit BSMM : 40 orang
3. Unit PPIM : 45 orang
4. Unit Puteri Tunas : 42 orang
5. Unit TKRS : 39 orang
6. Unit Pengakap PPKI : 6 orang
Sabtu (26.10.13)
Seawal jam 7.30 pagi, para peserta telah mula
mendaftarkan diri. Aktiviti dimulakan dengan icebreaking bawah kelolaan Pn. Norhafizah Binti

Ismail dengan dibantu oleh guru-guru yang


bertugas.
Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti Masakan.
Semua peserta bekerjasama menyediakan
menu telur dadar dan cekodok bilis dan jagung
dengan menggunakan kayu api.
Selain daripada itu, murid mendirikan khemah di
dataran perhimpunan, menjalankan latihan
kawad kaki dan aktiviti ketahanan. Pada
sebelah malam pula, para peserta menjalani
latihan persembahan di bawah bimbingan Pn.
Arnny Yusnita untuk Persembahan Malam
Kebudayaan.
Berikut adalah gambar aktiviti sekitar hari Sabtu.

Solat berjemaah

Ujian Ketahanan

Ujian Ketahanan

Ujian Ketahanan

Ujian Ketahanan

Ahad (27.10.13)
Murid dikejutkan pada pukul 5.00pagi untuk
solat subuh berjemaah.Sebelum aktiviti
seterusnya dijalankan, ketua bagi setiap

kumpulan diminta melaporkan bilangan ahli


kepada kem komandan.
Para peserta menjalankan aktiviti 1M1S yang
merupakan salah satu aktiviti utama dalam
program Perkhemahan Unit Beruniform 2013.
Seterusnya diikuti dengan aktiviti Pertolongan
Cemas bagi memberi pendedahan kepada para
peserta.
Acara kemuncak Perkhemahan Unit Beruniform
2013 ialah Perasmian penutupan oleh En. Wan
Roswandy bin Wan Ibrahim dan penyampaian
hadiah.
Berikut senarai pemenang bagi keseluruhan
aktiviti:
Kumpulan terbaik : 1) Kumpulan 7
2) Kumpulan 6
3) Kumpulan 8

Peserta terbaik (L) - Muhammad Azri Afiq bin


Mohd Yusof (Kump. 6)
Peserta terbaik (P) - Athirah Diyana binti Mat
Luwi (Kump. 9)
Berikut adalah gambar aktiviti pada hari Ahad.

Penyampaian hadiah saguhati PPKI

Penyampaian hadiah peserta terbaik (L)

Penyampaian hadiah peserta terbaik (P)

Penyampaian hadiah

Penyampaian hadiah

Aktiviti Pertolongan Cemas oleh Pn. Najmi

Nyanyian lagu Negaraku

Nyanyian lagu Negaraku

Ketua kumpulan (L) melaporkan diri

Ketua kumpulan (P) melaporkan diri


Disediakan oleh
Zainur Jimah binti Abdullah & Noor Azila binti
Ngah
AJK Dokumentasi
Perkhemahan UB & 1M1S 2013

You might also like