You are on page 1of 1

Laporan Aktiviti Kokurikulum

Pada 10 April 2013 yang lalu, aktiviti kokurikulum bagi badan unit beruniform pengakap sekolah telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Lanai. Pada pukul 1.15, semua murid yang terlibat telah berkumpul di ruang kantin sekolah mengikut kumpulan masing-masing. Setelah guru bertugas memberi taklimat, semua murid bergerak masuk ke tapak kawasan perkhemahan yang berdekatan dengan sekolah. Di sana, mereka telah diberi sekali lagi taklimat berkenaan dengan aktiviti yang akan dilakukan. Pada minggu ini, aktiviti ikhtiar hidup dilaksanakan. Melalui aktiviti ikhtiar hidup ini, setiap kumpulan diberi 4 biji telur. Mereka dikehendaki memasak telur tersebut dan menghidupkan api menggunakan apa jua benda yang ada di sekeliling mereka. Setiap kumpulan akan dipantau oleh 3 orang guru yang bertindak sebagai fasilitator. Setelah hampir setengah jam berlalu, semua murid berkumpul semula mengikut kumpulan masing-masing. Guru bertugas bersoal jawab bersama murid seterusnya membuat rumusan berkaitan dengan aktiviti ikhtiar hidup. Pada pukul 2.15 petang, aktiviti kokurikulum dihentikan dan ditangguh pada minggu hadapan.

You might also like