You are on page 1of 14

NOTA PENUBUHAN MALAYSIA

7.1

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa negara kita ini merupakan sebuah entiti politik
yang merangkumi beberapa buah negeri yang mempunyai banyak
keseragaman dan juga beberapa perbezaan yang tersendiri. Keseragaman
tersebut antara lain ialah dari segi bentuk populasi, iaitu dari segi jenis
etnik dalam masyarakat, amalan agama, dan adat resam, manakala
perbezaannya ialah dari segi pengaruh politik dan corak pembangunan.
Malaysia telah diisytiharkan penubuhannya secara rasmi pada 16
September 1963. Sebelum itu negara kita dikenali sebagai Tanah Melayu
atau Malaya atau dikenali juga sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Negerinegeri yang berada dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah terdiri dari
negeri-negeri yang berada di Semenanjung. Semasa pentadbiran British,
ia terdiri dari Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-negeri Selat,
dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.Bab 7 ini akan mengajak anda untuk
sama-sama membincangkan mengenai latar belakang penubuhan
Malaysia.
Penyatuan Malaysia dengan wilayah-wilayah jiran bukanlah merupakan
satu idea yang baru malah ia merupakan antara matlamat perjuangan
Kesatuan Melayu Muda.
Dari segi sejarah perkembangannya sejarah kerajaan Melayu, ia
merangkumi ruang lingkup geografi-politik yang agak luas. Lingkungan
pemerintahan Melayu yang pernah wujud ialah seperti Kerajaan Majapahit,
Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Srivijaya, Kerajaan Melayu Melaka, dan
Empayar Johor-Riau. Namun demikian, penyatuan ini telah
terpisah berikutan dengan termeterai Perjanjian Inggeris-Belanda tahun
1824. Ia secara langsung telah memecahkan Empayar Melayu yang telah
wujud sejak sekian lama.
Cadangan pengabungan negeri-negeri Melayu termasuklah Negeri-Negeri
Selat dan wilayah-wilayah Borneo telah timbul semasa penguasaan British
ke atas Tanah Melayu. Cadangan yang pertama diutarakan oleh Lord
Brassey pada abad yang merupakan seorang pengarah Syarikat Borneo
Utara. Ideanya ialah penyatuan wilayah-wilayah Borneo dengan negerinegeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat yang dinaungi oleh British bagi
memudahkan pentadbiran dan ekonomi British dan membentuk sebuah
jajahan yang besar. Namun demikian, cadangan ini ditolak oleh pemegang
saham syarikat tersebut pada tahun 1894.
Seterusnya pada tahun 1950-an, Malcolm Mac Donald iaitu Pesuruhjaya
Tinggi British di Tanah Melayu (1949-1952) juga turut mencadangkan
perkara yang sama. Seterusnya Ketua Menteri Singapura, David Marshall
juga memberikan pandangan mengenai perkara tersebut. Pemikiran
terhadap pencantuman Tanah Melayu dengan wilayah-wilayah jiran
akhirnya turut dikemukakan oleh tokoh tempatan. Pada tahun 1954,

Ghazali Shafie yang pada masa itu baru sahaja tamat pengajian undangundang di Britain telah menyuarakan pendapatnya mengenai penyatuan
Singapura, Tanah Melayu, dan wilayah-wilayah Borneo Utara.

Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 telah memberikan


kesedaran kepada negara-negara jiran yang masih dijajah oleh Inggeris.
Pada masa itu, Singapura, Sabah, dan Sarawak masih dikuasai oleh
Inggeris, manakala Brunei merupakan negara naungan. Oleh kerana Tanah
Melayu terlebih dahulu mencapai kemerdekaan, maka ramai pemimpinpemimpin dari negara-negara jiran yang belum merdeka datang ke Tanah
Melayu untuk berunding dengan tujuan untuk mencapai kemerdekaan
bagi negara tersebut.

Usaha-usaha gigih Tanah Melayu dalam ancaman menghapuskan komunis


pada masa itu masih dalam tempoh Darurat, serta usaha-usaha mula
diadakan oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat
khususnya bagi mereka yang berada di luar bandar merupakan antara
faktor yang telah mendorong pemimpin-pemimpin negara jiran untuk
mengenali lebih jauh Tanah Melayu pada masa itu.

Walaupun banyak pandangan yang menyarankan mengenai keperluan


bagi menyatukan Tanah Melayu dengan negara-negara jirannya, namun
pendapat yang di anggap paling serius ke arah usaha-usaha ini telah di
lihat berikutan dengan ucapan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul
Rahman dalam satu majlis makan tengahari yang dianjurkan oleh
Persatuan Penulis-Penulis Luar Negeri Asia Tenggara yang di adakan di
Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961.3 Dalam ucapan tersebut,
Tunku Abdul Rahman antara lain menyatakan bahawa adalah penting bagi
Tanah Melayu membentuk satu kerjasama yang lebih erat dengan negaranegara jiran, khususnya Singapura dan Borneo dalam aspek ekonomi dan
politik. Ucapan Tunku Abdul Rahman telah mendapat liputan yang meluas
di kalangan media tempatan dan luar negeri dan disifatkan sebagai
bayangan kepada rancangan penubuhan Malaysia.

7.1

FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENUBUHAN MALAYSIA

Terdapat empat faktor utama yang mendorong penubuhan Malaysia, iaitu


imbangan kaum, kemerdekaan bagi negara-negara baru, meningkatkan
taraf hidup bumiputera Sabah dan Sarawak, dan mengeratkan hubungan
yang sedia ada. Kita akan ikuti faktor-faktor yang disebutkan dengan lebih
mendalam lagi.

7.1.1

Imbangan Kaum

Rancangan penubuhan Malaysia telah menimbulkan pelbagai reaksi dari


banyak pihak. Antara perkara yang paling diperdebatkan ialah mengenai
kemasukan Singapura ke dalam Malaysia. Dalam soal ini, parti UMNO tidak
bersetuju kerana mempertimbangkan mengenai soal imbangan kaum iaitu
antara kaum Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu. Selain itu,
pemimpin-pemimpin UMNO juga merasa ragu-ragu mengenai keadaan
politik di Singapura pada masa itu yang agak kekirian kerana ia telah
dipengaruhi oleh parti Barisan Sosialis. Oleh demikian, penggabungan
dengan Singapura merupakan sesuatu yang agak bertentangan dengan
dasar kerajaan Tanah Melayu yang bersifat sangat anti-Komunis dan proBarat.

Namun demikian, senario tersebut telah berubah berikutan dengan kajian


yang dijalankan oleh Nordin Sopiee mengenai kebaikan-kebaikan
sekiranya penggabungan Tanah Melayu dengan Borneo berjaya dilakukan.
Ia telah semakin mendapat sambutan dan sokongan berikutan dengan
wujudnya pandangan oleh Dato Senu Abdul Rahman, Duta Tanah Melayu
ke Indonesia. Beliau menyatakan bahawa penduduk Bumiputera di Sabah
dan Sarawak boleh dikelaskan sebagai Melayu. Oleh yang demikian,
kemasukan negeri-negeri tersebut tidak akan menggugat kedudukan
orang Melayu sebagai majoriti. Tambahan pula, sememangnya wujud
persamaan dari segi ras dan kebudayaan di kalangan penduduk di wilayah
Borneo dengan Tanah Melayu yang merupakan sebahagian dari rumpun
Melayu yang mendiami Nusantara.4

Menjelang tahun 1961, satu perkembangan baru telah berlaku dalam


politik Singapura yang memperlihatkan parti pemerintah, Peoples Action
Party (Parti Tindakan Rakyat - PAP) telah terancam kedudukannya apabila
mengalami kekalahan di kawasan Hong Lim yang sebelum ini merupakan
kubu kuat parti tersebut. Kekalahan ini berpunca akibat dari perpecahan
yang berlaku di kalangan ahli PAP yang sayap kirinya diketuai oleh Ong
Eng Guan yang telah membentuk Barisan Sosialis yang di katakan telah
dipengaruhi oleh komunis.

Perkembangan ini sangat membimbangkan Tunku Abdul Rahman yang


menyifatkan sekiranya Singapura jatuh ke tangan komunis maka akan
wujud Cuba 3 batu ataupun "Cuba Kedua" dari Tanah Melayu.5 Namun
begitu, pada awalnya Tunku merasakan kemasukan Singapura adalah
sesuatu yang merbahaya jika dinilai dari sudut nisbah penduduk Melayu
dan bukan Melayu di Tanah Melayu. Tunku telah dipujuk oleh Lee Kuan Yew
yang menyatakan bahawa adalah lebih merbahaya sekiranya Singapura

dibiarkan berada di luar Tanah Melayu. Oleh yang demikian, penyatuan


kedua-dua negeri difikirkan perlu bagi mengawal keselamatan Singapura
dan juga untuk kepentingan ekonomi bersama.

Walaupun begitu Tunku masih mempertimbangkan soal kemasukan


Singapura dari aspek kesannya kepada komposisi penduduk di negara ini.
Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, maka Sabah dan
Sarawak perlu diajak untuk sama-sama menganggotai Malaysia. Ini kerana
dengan kemasukan Singapura akan mewujudkan ketidakseimbangan dari
segi komposisi kaum di negara ini nanti. (Rujuk Jadual l dan 2).

Jadual 1
Komposisi Kaum di Malaysia dan Singapura

Malaysia(
Bancian
1975)

Singapura
(Bancian
1975)

Jumlah

Melay
u dan
Bumip
utera
yang
lain

Cin
a

Indi
a

Lain Jum
lah
lain

3 125
474

2
333
756

696
186

123
342

(11.
1%)

(20.
0%)

124
084

34
190

(8.6
%)

(2.7
%)

820
270

157
532

(10.
6%)

(2.1
%)

(49.8
%)
197
060
(13.6
%)
3 322
534
(43.0
%)

(37.
%)
1
090
575
(71.
5%)
3
424
351
(44.
3%)

6
278
380

1
445
929

7
724
687
(10
0%
)

Jadual 2
Komposisi Kaum di Malaya, Singapura, dan Borneo

Melayu
dan
Bumiput
era yang
lain

Cina

Lainlain

Juml
ah

Malaya
dan
Singap
ura

3 322
534

3 424
351

977
802

7
724
681

Borneo

872 853

355
491

54
383

1
282
827

Jumlah

4 195
387

3 779
842

1 032
185

(46.6%)

(41.9
%)

(11.5
%)

9
007
514
(100
%)

Sumber: Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustafa, & Fuziah Shafie.


(1994). Sejarah pembangunan bangsa dan negara, 111.

7.1.2

Kemerdekaan Bagi Negara-Negara Baru

Penubuhan Malaysia juga di lihat sebagai mampu untuk membantu


negara-negara yang masih dijajah untuk mencapai kemerdekaan. Ia
selaras dengan prinsip dasar luar Tanah Melayu yang ingin menolong
negara-negara yang sedang dijajah bagi mencapai kemerdekaan. Prinsip
ini adalah selaras dengan Resolusi 1514 Persidangan Agong Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah diluluskan pada tahun 1960.

7.1.3

Meningkatkan Taraf Bumiputera Sabah dan Sarawak

Keadaan golongan bumiputera Sabah dan Sarawak adalah jauh


ketinggalan berbanding dengan kedudukan golongan yang sama di

Semenanjung Malaysia. Semasa pentadbiran British, sektor ekonomi dan


sosial di wilayah itu telah dimonopoli oleh golongan pendatang. Oleh
kerana mereka mendapat lebih banyak peluang daripada British, maka
golongan pendatang tersebut merupakan mereka yang berjaya dalam
pendidikan dan menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran negeri. Selain
itu, pentadbiran negeri Sabah dan Sarawak dikuasai oleh pegawaipegawai British.
Bagi golongan bumiputera pula, mereka merupakan golongan yang terbiar
di tanah air mereka sendiri. Oleh yang demikian, terdapat mereka yang
berjaya dalam Tanah Melayu yang berhasrat untuk membantu pendudukpenduduk Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang pada masa
tersebut kedudukan mereka cukup merosot dan tidak ada hak
keistimewaan sebagai penduduk Melayu dan Bumiputera tempatan.
Sungguhpun kebanyakan penduduk Borneo tidak beragama Islam dan
bukan Melayu, namun masyarakat Melayu di Tanah Melayu menganggap
mereka sebagai saudara dan berkemungkinan mampu dipujuk untuk
menyokong penubuhan Malaysia dan Parti Perikatan.6

7.1.4

Mengeratkan Hubungan yang Sedia Ada

Pencantuman wilayah-wilayah Borneo dangan Tanah Melayu juga dilihat


sebagai lebih mengeratkan hubungan baik yang telah sedia terjalin. Ramai
para pegawai, pentadbir, guru, serta hakim telah dihantar untuk
mendapatkan latihan di Kuala Lumpur. Sementara itu, penggunaan satu
mata wang yang sama memang telah wujud di antara Tanah Melayu dan
Sabah serta Sarawak.

7.1

REAKSI-REAKSI AWAL PENUBUHAN MALAYSIA

Pada masa awal penubuhan Malaysia, terdapat beberapa reaksi daripada


pelbagai pihak seperti dari parti-parti politik dan pemimpin-pemimpin
barat. Kita akan teliti reaksi golongan-golongan ini dengan lebih teliti lagi.
7.1.1

Parti-Parti Politik

Cadangan penubuhan Malaysia telah mendapat reaksi yang berbagaibagai dari banyak pihak. Parti Rakyat Singapura telah menentang gagasan

ini dan menuduh ia sebagai bersifat neo-kolonialisme. Manakala di


Sarawak pula, Donald Stephen, pengarang Borneo Times telah mengecam
Tunku Abdul Rahman. Sementara itu di Sarawak, semua parti politik telah
menentang idea penyatuan ini dan penentangan ini diketuai oleh Stephen
Yong. Brunei juga telah menentang gagasan ini. Antara pihak yang
menentang ialah Parti Rakyat Brunei yang diketuai oleh Hafiz Laksamana.
Beberapa orang dari tokoh yang menentang ini telah membentuk satu
Barisan Bersatu (United Front) pada Julai 1961 yang bertujuan mencabar
Malaysia. Barisan ini telah dianggotai oleh Ong Kee Hui, Pengerusi SUPP,
A.M. Azahari dari Parti Rakyat Brunei, dan Donald Stephens yang
kemudiannya menubuhkan United National Kadazan Organization (UNKO).
Pembentukan Barisan Bersatu lebih didorong oleh kebangkitan semangat
kesedaran kebangsaan mereka sendiri yang ingin merdeka secara
bersendirian tanpa Tanah Melayu. Selain itu, tentangan tersebut adalah
disebabkan oleh tanggapan bahawa penubuhan Malaysia adalah sebagai
satu jalan bagi Tanah Melayu untuk meluaskan kuasa.7

7.1.2

Pemimpin-Pemimpin Barat

Di peringkat antarabangsa pula, terdapat negara-negara yang menyokong


cadangan penubuhan Malaysia. Contohnya, Australia telah menyokong
langkah Tunku Abdul Rahman, manakala Britain dan Amerika Syarikat pula
tidak menyatakan sokongan mereka lebih awal kerana bimbangkan
tuduhan bahawa rancangan penubuhan Malaysia adalah lebih merupakan
idea dari mereka dan bersifat neo-kolonialisme. Namun begitu, pada Jun
1961, Perdana Menteri Britain, Mc Millan telah menyatakan pandangannya
bahawa idea penubuhan Malaysia merupakan sesuatu yang menarik.

7.2

LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN MALAYSIA

1.
Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
(Malaysian Solidarity Council Comitee - JPPM)
JPPM ditubuhkan bertujuan untuk menerangkan kepada rakyat mengenai
gagasan pembentukan Malaysia dengan lebih jelas lagi. Walaupun pada
peringkat awal Sabah dan Sarawak serta sesetengah pihak di Singapura
menentang penubuhan Malaysia, namun sikap ini telah agak berubah
apabila wakil Tanah Melayu yang hadir di Persidangan Komanwel di
Singapura yang diketuai oleh Kapten Dr. Abdul Hamid Khan,
dan berpeluang menerangkan tentang gagasan penubuhan Malaysia.
Hasilnya satu jawapan positif telah diterima dan selanjutnya Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah dibentuk pada 23 Julai 1961
yang telah dipengerusikan oleh Donald Stephen. Jawatankuasa ini
bertanggungjawab dalam usaha untuk mendapatkan persetujuan dari
pemimpin-pemimpin Singapura, Sabah, dan Sarawak dan juga bertujuan

untuk mendapatkan pandangan-pandangan yang berkesan mengenai


penubuhan Malaysia.

Pembentukan JPPM merupakan satu kejayaan diplomasi yang besar dan


merupakan pembuka jalan kepada rundingan-rundingan selanjutnya.
Usaha-usaha yang lebih giat telah dijalankan oleh jawatankuasa ini melalui
empat rundingan yang telah dijalankan, iaitu

(i)
(ii)

21 Ogos 1961 di Jeselton;


18 Disember 1961 di Kucing;

(iii)

6 Januari 1962 di Kuala Lumpur; dan

(iv)

1 Februari 1962 di Singapura.

Dalam ke empat-empat rundingan ini, Brunei tidak menghantar wakil dan


pada tahun 1962 mereka telah menyatakan pendirian bahawa mereka
tidak berminat terhadap rancangan ini.

Dalam perjumpaan-perjumpaan ini, wakil-wakil dari Tanah Melayu seperti


Ismail Yusof dan Datuk Ong Yoke Lim serta Perdana Menteri Singapura, Lee
Kuan Yew telah memainkan peranan yang penting dalam memberikan
maklumat kepada pemimpin Sabah dan Sarawak tentang kebaikan
menyertai penubuhan Malaysia. Di samping itu, mereka telah diundang
dalam lawatan-lawatan muhibah ke Kuala Lumpur dan diberikan
penerangan mengenai kemajuan-kemajuan yang telah dicapai oleh Tanah
Melayu sepanjang tempoh kemerdekaannya.

2.

Suruhanjaya Cobbold

Lanjutan daripada persetujuan yang telah dicapai dalam JPPM dan


keputusan kerajaan Britain menyokong gagasan penubuhan Malaysia, satu
suruhanjaya telah dibentuk dengan untuk tujuan meninjau dan mengkaji
pandangan penduduk Sabah dan Sarawak pada 16 Januari 1962. Ia telah
dipengerusikan oleh Lord Cobbold, manakala ahli-ahli yang dilantik oleh
Britain ialah Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Selain dari itu
jawatankuasa ini juga turut dianggotai oleh ahli-ahli yang dilantik oleh
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Ghazali Shafie dan Datuk Wong
Pow Nee. Hasil dari tinjauan yang telah dilakukan oleh jawatankuasa ini
menunjukkan bahawa 81 peratus dari penduduk Sabah dan Sarawak
menyokong dan mahu menyertai Malaysia.

Pada perkiraan rakyat negeri itu dengan menyertai Malaysia, maka Sabah
dan Sarawak akan dapat mencapai kemerdekaan lebih awal dari Britain.
Selain itu, mereka juga bimbangkan ancaman komunis yang semakin
merbahaya. Sekiranya Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, ancaman
komunis lebih mudah diatasi dengan bantuan Kuala Lumpur nanti. Selain
dari faktor kemajuan dan kemakmuran yang telah dicapai oleh
Persekutuan Tanah Melayu sejak mencapai kemerdekaan, penampilan
Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri dan ketegasan kerajaan
Persekutuan terhadap komunis telah menarik sokongan penduduk Sabah
dan Sarawak untuk menyertai Malaysia.

Jumlah peratusan ini meliputi satu per tiga dari penduduk di negeri-negeri
ini yang menyokong, satu per tiga tidak menentang, tetapi mensyaratkan
hak-hak mereka dijamin terlebih dahulu, manakala satu per tiga lagi tidak
bersetuju dan mahukan kemerdekaan secara berasingan. Kebanyakan
kumpulan yang menentang merupakan golongan minoriti dan golongan
bukan Bumiputera. Mereka bimbang akan kehilangan hak-hak mereka juga
takut akan didiskriminasikan oleh kerajaan yang bakal terbentuk nanti. Di
samping itu, juga mereka bimbangkan soal dominasi Melayu. Singapura
pula telah menghantar referendum menyokong penubuhan Malaysia.

Setelah meninjau pandangan rakyat serta para pemimpin Sabah dan


Sarawak, maka satu persetujuan telah dicapai oleh suruhanjaya tersebut.
Persetujuan tersebut ialah

(i)
Perlembagaan yang bakal di tubuh hendaklah berasaskan
kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
(ii)

Malaysia adalah nama persekutuan yang bakal dibentuk.

(iii)
Persetujuan dalam soal penghijrahan baik luar negeri mahupun
dari Semenanjung dan Singapura, di mana kerajaan negeri Sabah dan
Sarawak mempunyai kuasa dalam menentukan kemasukan orang luar.
(iv)
Majlis Undangan Sabah dan Majlis Negeri Sarawak diberi hak
untuk menentukan hal-ehwal yang berkaitan dengan agama.
(v)
negeri.

Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan di kedua-dua

3.

Pungutan Suara Singapura

Oleh kerana Singapura merupakan negeri yang telah mencapai taraf


berkerajaan sendiri, maka ia tidak termasuk dalam bidang penyiasatan
Suruhanjaya Cobbold. Walaupun barisan pemimpin Singapura mengalualukan rancangan penubuhan Malaysia dan mengatakan kesediaan
mereka untuk bergabung, namun banyak pihak di Singapura menentang
hebat rancangan ini. Antaranya ialah kumpulan kiri dan Parti Barisan
Sosialis. Bagi membuktikan bahawa tidak ada sebarang paksaan dalam
menyertai Malaysia oleh pihak Singapura ke atas rakyatnya, maka satu
pungutan suara telah dibuat dan mendapati bahawa 71 peratus penduduk
Singapura memilih untuk menyertai Malaysia.8

4.

Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)

Setelah persetujuan telah dicapai di kalangan pemimpin dan penduduk,


satu usaha telah dijalankan bagi merangka serta membentuk syarat
pembentukan kerajaan Persekutuan yang terperinci. Sehubungan itu, pada
Ogos 1962 Jawatankuasa Antara Kerajaan telah dibentuk. Ia telah
dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan dianggotai oleh Tun Abdul
Razak, Donald Stephen, Abang Haji Mustapha, Temenggung Jugah, dan
seorang wakil dari Britain, serta seorang wakil dari Persekutuan Tanah
Melayu. Dalam jawatankuasa ini, pemimpin-pemimpin Parti Perikatan
Sabah mahukan kepentingan dan masalah rakyat Sabah yang
dikemukakan dan Tuntutan 20 dipertimbangkan. Tuntutan tersebut antara
lain mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan agama,
pendidikan, imigresen, bahasa, dan perwakilan ke Parlimen.

JAK telah menubuhkan lima jawankuasa kecil bagi mengkaji dan meneliti
aspek-aspek perlembagaan, kewangan, perundangan, kehakiman, dan
organisasi jabatan. Setelah bersidang beberapa kali dan mengambil kira
semua perkara yang berkait dengan tuntutan rakyat dari negeri yang akan
bergabung dengan Tanah Melayu, maka satu laporan telah dikeluarkan
dan menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia. Penubuhan
Persekutuan Malaysia kemudiannya diisytiharkan di Stadium Negara pada
16 September 1963.

7.5

REAKSI-REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA

Walaupun telah diisytiharkan penubuhan Malaysia, namun terdapat juga


reaksi-reaksi negatif daripada beberapa pihak. Antaranya, tentangantentangan dari dalam negara sendiri, Kerajaan Brunei, Kerajaan Filipina,

dan Kerajaan Indonesia. Kita akan teliti dengan lebih lanjut reaksi-reaksi
tersebut.

7.5.1

Tentangan Dalaman

Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 telah berjaya dilaksanakan


walaupun mendapat tentangan dari beberapa pihak, sama ada dari dalam
ataupun luar negeri. Tentangan dari dalam negeri telah diterima dari
kerajaan Kelantan, iaitu Parti PAS yang telah mengambil tindakan
mahkamah dan mendakwa penubuhan Malaysia sebagai tidak sah ke atas
Kelantan. Saman yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan yang bertarikh
10 September 1963. Walau bagaimanapun, tuntutan saman tersebut telah
gagal.
7.5.2

Kerajaan Brunei

Reaksi penentangan juga datang dari Brunei yang pada peringkat awalnya
menyokong malah menunjukkan minatnya untuk bersama-sama Sabah
dan Sarawak, serta Singapura untuk menyertai Malaysia. Persetujuan ini
lahir dari pertimbangan Sultan Brunei, Sultan Ali Sarifuddin yang
memikirkan bahawa negara Brunei adalah sebuah negara yang kecil dan
memerlukan perlindungan. Namun, Brunei akhirnya menolak pelawaan
penggabungan ini atas beberapa faktor seperti tentangan rakyat Brunei
yang diwakili oleh Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari.
Tentangan kuat yang diberikan oleh Parti Rakyat Brunei ini juga mendapat
sokongan dari Partai Komunis Indonesia.10 Parti Rakyat Brunei telah
melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan Brunei dan
mencadangkan penubuhan Kerajaan Borneo Utara bagi menggantikan
penubuhan Malaysia. Pada pandangan pemerintah Brunei, sekiranya
menyertai Malaysia dibimbangi pemberontakan akan lebih merebak.
Walau bagaimanapun, pemberontakan akhirnya berjaya ditumpaskan oleh
kerajaan Brunei dengan bantuan Britain.

Faktor lain ialah keengganan Sultan Brunei untuk membayar cukai ke atas
pendapatannya hasil dari petroleum seperti yang dicadangkan oleh
kerajaan Persekutuan, iaitu Brunei hanya berhak sepenuhnya ke atas
pendapatan petroleum untuk jangka masa sepuluh tahun. Sebaliknya,
kerajaan Brunei menuntut untuk menguasai sepenuhnya hasil petroleum
tersebut. Selanjutnya, Sultan Brunei menolak kedudukannya dalam
senarai raja-raja yang akan menjadi Yang Di Pertuan Agong. Baginda
mahukan kedudukan yang lebih tinggi dan tempoh pemerintahan yang
lebih lama, iaitu sejak pemerintahannya di Brunei dan bukannya sejak
Brunei menyertai Malaysia.

7.5.3

Kerajaan Filipina

Selain dari Brunei negara jiran yang lain yang menentang penubuhan
Malaysia ialah Filipina. Tentangan yang telah ditunjukkan oleh negara ini
adalah dengan cara mengemukakan tuntutan ke atas Sabah. Tuntutan ini
bermula dari idea Filipina, iaitu Presiden Machapagal yang merupakan
seorang tokoh yang sememangnya berminat dalam soal-soal kewilayahan.
Subjek utama beliau ialah Sabah yang di dakwa sebagai sebahagian dari
wilayah Filipina. Filipina juga menuntut Sabah bagi pihak keluarga Sultan
Sulu yang pada masa dahulu merupakan penguasa ke atas negeri ini.
Walau bagaimanapun, Sabah telah diserahkan kepada pedagang Austria
dan kemudiannya telah berpindah milik kepada British. Dalam soal ini
juga, Sultan Sulu dan kemudian pewaris-pewarisnya telah menerima
bayaran $5,000,000 setahun. Pada pandangan kerajaan Malaysia isu ini
telah selesai.11
Sebagai tindak balas kepada sikap Filipina, kerajaan Malaysia telah
tinjauan dari rakyat Sabah dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu dan didapati bahawa majoriti rakyat negeri itu memilih untuk
berada di bawah kerajaan Malaysia. Namun, kerajaan Filipina telah
menolak hasil laporan tersebut.

7.5.4

Kerajaan Indonesia

Tentangan yang paling hebat yang diterima oleh Malaysia berhubung


dengan penubuhan Malaysia ialah dari Indonesia yang telah melancarkan
konfrontasi dari tahun 1963 hingga 1966. Pada peringkat awal, Indonesia
tidak mahu campurtangan dalam soal penubuhan Malaysia kerana ia tidak
melibatkan wilayah negara itu. Pada 20 November 1961, kerajaan
Indonesia yang diwakili oleh Menteri Luar, Dr. Subandrio
pernah mendoakan selamat maju jaya kepada usaha-usaha kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia dalam satu
ucapannya di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu.12 Tetapi
pendirian ini telah bertukar kemudiannya, dan Indonesia telah mengecam
penubuhan Malaysia dan menganggap ia sebagai neo-kolonialisme atau
satu bentuk penjajahan baru.13

Parti Komunis Indonesia memainkan peranan yang penting dalam


penentangan dan kecaman terhadap pembentukan Malaysia.14 Sokongan
pihak Indonesia terhadap pemberontakan Parti Rakyat Brunei merupakan
susulan kecaman Indonesia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Tuduh
menuduh antara pemimpin-pemimpin Malaysia dan Indonesia telah
dilemparkan dalam akhbar-akhbar di negara masing-masing. Hubungan
Malaysia dengan Indonesia menjadi semakin tegang dan pada 20 Januari
1963 Menteri Luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio telah mengumumkan

konfrontasi ke atas Malaysia dengan melancarkan kempen Ganyang


Malaysia!.15

Konfrontasi ialah satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan


penentangan. Presiden Sukarno memilih istilah ini untuk menunjukkan
tentangannya terhadap Malaysia. Indonesia telah melancarkan konfrontasi
ke atas Malaysia dalam aspek kemasyarakatan dan ekonomi. Walaupun
pada asalnya Indonesia menyatakan tidak akan melancarkan konfrontasi
ala-tentera tetapi keadaan menjadi semakin genting apabila tenteratentera Indonesia telah menyusup masuk ke wilayah-wilayah Malaysia,
seperti di pantai Pontian dan pantai Muar di Johor.16

Terdapat beberapa usaha yang telah dijalankan bagi menamatkan


konfrontasi Indonesia dan Malaysia serta memperbaiki hubungan Malaysia
dan Filipina. Ia termasuklah usaha Tunku menubuhkan gagasan
Maphilindo dalam satu Sidang Puncak yang di adakan di Manila pada 30
Julai hingga 5 Ogos 1963, tetapi pertubuhan ini berkubur di tengah
jalan17. Selain itu, perundingan antara ketiga-tiga ketua pemimpin negara
ini juga turut diadakan di Tokyo pada 20 Jun 1964. Perundingan ini juga
menemui jalan buntu.

Konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia akhirnya tamat berikutan dengan


kejatuhan Sukarno akibat kegagalan cubaan coup-de-tet yang telah
dilancarkan oleh Parti Komunis Indonesia pada 30 September 1965 dalam
satu peristiwa yang dikenali sebagai G30S/PKI.18 Rundingan perdamaian
dan pemulihan hubungan Indonesia dengan Malaysia telah diadakan di
Bangkok pada tahun 1966.19

7.5

KESIMPULAN

Penubuhan Malaysia jelas menunjukkan keinginan rakyat Sabah, Sarawak,


dan Singapura, malah Brunei sendiri untuk mencapaian kemerdekaan
melalui Malaysia. Ia juga menunjukkan hasil dari satu persetujuan yang
telah diterima oleh pihak yang terlibat. Walaupun usaha-usaha untuk
menubuhkan Malaysia terpaksa menghadapi banyak halangan, satu
perkara penting yang dapat diperhatikan bahawa penggabungan wilayahwilayah ini adalah dibentuk secara demokratik, iaitu melalui pungutan
suara dan tidak ada unsur ugutan dari mana-mana pihak. Oleh yang
demikian, kita dapati apabila Singapura kemudiannya menimbulkan
pelbagai masalah kepada kerajaan pusat, negara itu akhirnya diizinkan
keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.

You might also like