You are on page 1of 11

Manusia merupakan pembangun sesebuah tamadun, sesuai dengan hakikat kejadiannya

sebagai al-insan madaniyyun lil tabiyy. Oleh itu, tamadun mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai
sejagat sesuai dengan fitrah dan keperluan asas kehidupan manusia. Manusia sudah
difitrahkan hidup dengan mempunyai pegangan dan kepercayaan. Namun kepercayaan
antara kelompok manusia adalah berbeza. Perbezaan wujud pada sudut fahaman dan anutan
serta cara melahirkan ketundukan dan kepatuhan, kesan dari latar belakang, persekitaran dan
pengalaman hidup yang berbeza. Perbezaan ini merangkumi persoalan falsafah dan konsep
sesuatu pegangan dan kepercayaan.
Biarpun begitu, kerana berlainan latar belakang ilmu dan disiplin para sarjana, menyebabkan
wujudnya penafsiran yang berbeza. Walaubagaimanapun, focus utama tajuk perbincangan
esei ini adalah merangkumi aspek-aspek seperti latar belakang tamadun Cina, Islam, dan
India dan impak tamadun ini kepada pembentukan tamadun Malaysia. Ini diikuti dengan
pengenalan konsep dialog and nilai-nilai universal antara tamadun serta cabaran yang
menjadi tribulasi kepada proses pembentukan tamadun Malaysia. Secara tidak langsung,
pengertian tamadun menekankan dua perkara yang penting iaitu kehalusan budi pekerti dan
pembangunan perbandaran atau penempatan. Tamadun Islam ialah tamadun yang bermula di
timur tengah atau Asia Barat dan didokong oleh bangsa Arab sebelum berkembang ke dalam
tamaduntamadun lain seperti Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan lain-lain. Tamadun
Islam adalah berdasarkan sumber wahyu iaitu al-quran dan al-hadis dan tamadun ini didirikan
oleh masyarakat yang menggelarkan diri mereka muslim.
Salah seorang tokoh tamadun Islam ialah Ibn Sina. Nama penuh beliau ialah Abu Ali alHussain Ibn Abdallah Ibn Sina. Beliau dilahirkan pada 981M di Afshara berhampiran Bukhara,
seterusnya mendapat pendidikan awal di sana. Sewaktu usianya 10 tahun, beliau telah dapat
menghafal Al-Quran dan dilantik menjadi Doktor Di Raja pada umur 18 tahun.
Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek,
Muslim dan buku-buku lain mengenai subjek ini serta mempelajari logik dan subjek lain
daripada Abu Abdallah Natili iaitu seorang ahli falsafah terkenal pada waktu itu. Beliau telah
memperkembangkan

ilmu

diagnosis

melalui

denyutan

jantung

untuk

mengenalpasti

ketidakseimbangan dalam beberapa detik sahaja. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981)
telah melaporkan bahawa doktor-doktor di Afganistan, China, India dan Parsi adalah sangat
berkebolehan dalam menentukan penyakit melalui denyutan jantung. Kaedahnya bukan sahaja
membilang denyutan di tempat yang dirasa tetapi mutunya yang pelbagai merangkumi kuat

atau denyut yang lemah, masa antara denyutan dan kandungannya lembap di paras kulit
berhampiran denyutan itu dan lain-lain lagi.
Tamadun Cina merupakan sebuah tamadun yang besar dan telah dibentuk oleh masyarakat
yang berbilang kaum. Mengikut sejarah, bangsa yang banyak menyumbang dalam
pembinaan dan perkembangan Tamadun China adalah bangsa Tionghua iaitu bangsa
moden yang terdiri daripada pelbagai kaum di Negara China. Konfusianisme diasaskan oleh
Konfusius (551 SM-479 SM) yang merupakan ahli fikir serta ahli falsafah yang termasyur di
China. Falsafah Konfusius menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan hubungan
social, keadilan dan keikhlasan. Konfusianisme memfokuskan kepada hubungan organik
antara individu dan masyarakat yang dilihat sebagai saling bertautan dan tidak dapat
dipisahkan. Beliau menegaskan bahawa satu masyarakat hendaklah dipimpin atau diatur
dengan baik. Konfusius juga menegaskan bahawa masyarakat hendaklah berjalan
mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Mengikut Konfusius, seseorang hendaklah bertindak mengikut nama (Zhengming) atau
kedudukan masing-masing. Perlaksanaan tanggungjawab dan peranan tersebut haruslah
pula diasaskan kepada nilai kebaikan (yi) dan nilai kemanusian yang berpaksikan kepada
kasih saying (ren). Dalam menjalankan hubungan dengan orang lain, Konfusius
mengajarkan supaya seseorang itu menggunakan ukuran diri sendiri sebelum membuat
kebaikan atau kejahatan kepada orang lain. Konfusius juga berpegang kepada konsep
Ming atau takdir. Seseorang yang mengetahui Ming, bermakna dia mengetahui perkaraperkara yang tidak dapat dielakkan di dunia ini. Dengan itu, dia akan bebas dari
kebimbangan dan duka, dan dia akan memperolehi kegembiraan.
Tamadun India wujud antara tahun 2500-1800 S.M. Selepas tempoh ini tamadun Indus telah
mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa
satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai
Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat
tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setelah beberapa ketika bertapak di
Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih
ke Lembah Ganges. Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada
golongan raja. Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan
mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaankerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di

India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah
disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.
Tamadun India merupakan tamadun yang tertua di dunia dan proses perkembangannya
mengalami masa yang panjang. Tamadun India mempunyai keunikan yang tersendiri
meliputi pola perkembangan sejarah, budaya dan sosial masyarakatnya.
Salah satu tokoh Tamadun India ialah Rabindranath Tagore. Beliau juga dikenal dengan
nama Gurudev. Beliau adalah seorang Brahmo Samaj , penyair , penulis drama , ahli
falsafah , seniman , pemuzik dan sasterawan berbangsa Bengali . Dia lahir dalam sebuah
keluarga Brahmana Bengali , iaitu Brahmana yang tinggal di wilayah Bengali. Tagore
merupakan

orang

Asia

pertama

yang

mendapat

hadiah

Nobel

dalam

bidang

sastera .Pandangan politik Tagore sangat kompleks. Beliau mengkritik penjajahan kuasakuasa Eropah , serta mendukung semangat nasionalisme India. Namun, beliau juga
mengkritik gerakan Swadeshi oleh para pemimpin gerakan nasionalis.
Selain itu beliau menekankan atas peningkatan taraf pendidikan masyarakat dan sikap
berdikari di untuk bangsa India. Beliau juga menyeru rakyat India agar menerima bahawa
"tiada apa-apa yang perlu dipersoal mengenai revolusi, selain berpendidikan tinggi dan
bermatlamat". Namun, ramai yang tidak menyukai pemikirannya ini. Tagore juga banyak
menggubah lagu-lagu perjuangan dan pujian untuk gerakan kemerdekaan India. Dua
buah karya muzik Tagore yang berbau politik adalah Chitto Jetha Bhayshunyo dan Ekla
Chalo Re , mendapatkan perhatian orang ramai, yang mana belakangan disukai dan dipuji
oleh Gandhi. Walaupun hubungannya dengan Gandhi mengalami pasang surut, Tagore
merupakan kunci terpenting dalam pembaikan semula hubungan Gandhi- Ambedkar yang
berselisihan, serta berurusan dengan proses pengasingan golongan kasta rendah dalam
pemilihan umum.
Interaksi antara tamadun Islam, China, dan India berlaku kerana wujudnya sifat toleransi yang
tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain.
Sifat terbuka sesebuah tamadun memberi peluang berlakunya percambahan pemikiran dan
budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut kepada pelbagai aspek. Menerusi
interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan
kebudayaan antara satu sama lain. Interaksi antara tamadun merupakan asas kepada
persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama. Usaha untuk mengenali antara satu
sama lain perlu dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan, bahasa dan kebudayaan

tamadun. Tamadun Islam, Tamadun Cina dan Tamadun India merupakan antara tamadun yang
saling berinteraksi antara satu sama lain yang membantu dalam pembentukan tamadun
Malaysia.
Interaksi Tamadun Islam dengan China memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan.
Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Sebagai
contoh, berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita
tempatan. Hasil daripada interaksi ini, wujud penyebaran agama Islam di Tanah Melayu yang
akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Interaksi antara tamadun India dan Cina
juga meninggalkan kesan positif kepada masyarakat Malaysia. Dari segi kepercayaan, agama
Buddha berjaya disebarkan ke Negara Cina melalui interaksi ini dan secara tidak langsung
agama tersebut dibawa ke Tanah Melayu. Selain itu, berlaku juga pemindahan dan perkongsian
ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, kemahiran
membuat gula daripada tebu dengan menggunakan teknik dari India telah diperkembangkan
kepada

orang-orang

Cina.

Selain

itu,

dalam

aspek

matematik

pula,

India

turut

memperkembangkan bidang astronominya di negara Cina melalui ahli-ahli astronominya.


Kesan interaksi tamadun India dan Melayu ialah melalui penyebaran agama. Agama Hindu dan
Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang
keapada kepercayaan animisme. Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang merupakan
tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah. Seterusnya adalah
melalui sistem pemerintahan. Konsep Dewaraja iaitu konsep ketuhanan agama Hindu yang
membesarkan keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan kedudukan serta status Raja
sebagai jelmaan Tuhan. Upacara pertabalan dijalankan bagi mengekalkan status tinggi Raja.
Aspek bahasa dan kesusteraan pula adalah melalui pengaruh bahasa Sanskrit. Contoh-contoh
perkataan ialah bhakti iaitu perkataan abkti pada masa kini. Kesusteraan Sanskrit seperti epic
Ramayana dan Mahabharata. Karya sastera Melayu tradisional mementingkan aspek kesenian,
keromantisan, keagungan raja-raja dan menyelitkan unsur epik dan mitos. Selain itu, ia turut
diadaptasikan dalam wayang kulit. Melalui adat resam dan budaya, kedatangan agam Hindu
juga mempengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu seperti amalan
jampi dan mantera.
Amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga,
bersanding dan berinai. Interaksi tamadun Cina dan Melayu pula banyak memberi kesan dalam
bidang kemahiran, teknologi dan kebendaan. Tamadun Cina membawa teknologi membuat tebu

ke Kepulauan Melayu. Selain itu, ia juga memperkenalkan perusahaan sutera. Dalam aspek
kemahiran, tamadun Cina membawa kemahiran membuat tembikar serta pertukangan logam.
Interaksi-interaksi antara tamadun ini telah banyak membawa kepada perkembangan dan
kemajuan tamadun Malaysia. Setiap kesan interaksi ini juga mempunyai pro dan kontranya
ataupun impak positif dan negatif terhadap sesuatu tamadun. Malaysia dikenali di serata dunia
kerana penduduknya yang berbilang kaum dan agama tetapi hidup dengan suasana harmoni.
Ikatan yang terjalin antara penduduk di Malaysia sangat erat dan dari sinilah wujudnya
perpaduan.
Perkataan dialog ialah istilah bahasa Inggeris iaitu dialogue. Maksud perkataan tersebut ialah
perbicaraan , perbualan, percakapan; pertukaran pendapat, dan; tanya jawab. Berasaskan
maksud tersebut, dialog boleh diertikan sebagai suatu percubaan antara dua belah pihak yang
berlainan pendapat, kepercayaan atau pandangan untuk melakukan satu aktiviti pertukaran
pendapat, dengan tujuan menambahkan pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan
seterusnya membolehkan wujudnya sikap saling memahami antara kedua-dua belah pihak.
Dialog antara peradaban adalah suatu perbincangan yang dilakukan oleh dua pihak atau lebih,
yang mempunyai pandangan yang berbeza. Tujuan utamanya adalah untuk saling belajar
antara satu sama lain sehingga pihak masing-masing dapat mengubah pandangannya dan
meningkatkan kefahaman agamanya.
Dalam dialog ini, kejujuran amat penting dalam menghadapi perbezaan-perbezaan asas dan
bersama-sama mencari suatu kebenaran yang tidak sepenuhnya dimiliki oleh mana-mana
kelompok. Hal ini demikian kerana kebenaran yang hakiki itu hanya ada di sisi Allah s.w.t. Untuk
menjadikan dialog sebagai mekanisme perpaduan yang berkesan, kita memerlukan
pendedahan ilmiah untuk membolehkan membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan
tamadun masing-masing. Penilaian yang tepat ini bukan hanya akan membantu kita
meneruskan semangat muhibah antara tamadun sekalipun kita mengakui wujud perbezaan
antara kita, tetapi apa yang penting dapat membantu membentuk konsep tamadun Malaysia.
Dialog peradaban berperanan penting di dunia ke arah menwujudkan masyarakat yang aman
dan harmonis, hidup damai dalam kepelbagaian ragam tapi masih dapat memelihara prinsip
dan nilai peradaban masing-masing. Bagi memastikan kehidupan ini terus mengecapi
keamanan dan keharmonian maka nilai-nilai persefahaman, toleransi, hormat- menghormati
dan kerjasama antara satu sama lain harus nterus dipupuk oleh semua peringkat lapisan
masyarakat dan organisasi.

Persamaan nilai universal antara Tamadun Melayu, Cina dan India ialah semua tamadun
tersebut adalah berasaskan kepada ketuhanan dan kerohanian. Bagi Tamadun Melayu, aspek
kerohanian amat dipentingkan. Kerohanian iaitu spiritual dan kebendaan iaitu material mestilah
seimbang dan bersepadu. Matlamat utamanya adalah untuk mencapai keredhaan Allah,
manakala material berfungsi sebagai alat penghubung dalam mencapai matlamat utama
tersebut. Bagi Tamadun Cina pula, mereka percaya kepada konsep ketuhanan. Terdapat
banyak agama yang dianuti dalam masyarakat Cina seperti penyembahan nenek moyang,
Konfucius, Taoisme dan Buddhisme. Kesemua agama ini menekankan konsep ketuhanan
(kecuali agama Buddhisme) dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan
baik dan sebaliknya. Bagi Tamadun India, orang Hindu menekankan konsep ketuhanan dan
kerohanian. Mereka percaya kepada konsep trimurti iaitu Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu
(Tuhan Pemelihara) dan Siva (Tuhan Pemusnah). Namun begitu, kuasa agung bagi mereka
adalah Brahma yang bersifat sat kit ananda. Buddha tidak menekankan konsep ketuhanan
kerana ia lahir ketidakpuashatian terhadap system kasta. Kedua-dua agama ini percaya kepada
konsep karma dan kelahiran semula, di mana seseorang akan hidup semula mengikut balasan
perlakuan mereka.
Persamaan yang kedua ialah semua tamadun tersebut menekankan aspek kemanusiaan. Bagi
agama Islam, semua manusia adalah sama di sisi Allah kecuali orang yang bertaqwa. Islam
menetapkan agar sentiasa menjaga akhlak antara manusia yang merangkumi akhlak dengan
ibu bapa, guru, kawan, jiran, sesama Islam dan bukan Islam, malah akhlak terhadap musuh
Islam juga perlu dijaga. Agama Cina, Konfucius, menekankan konsep ren/jen iaitu kasih sayang
dan juga perikemanusiaan. Ia merangkumi kasih saying terhadap diri dan juga kepada orang
lain. Nilai dalam ren ini membezakan antara manusia dengan haiwan. Moisme pula percaya
kepada cinta sejagat tanpa mengendahkan hubungan keluarga dan kedudukan. Agama Hindu
percaya kepada konsep karma dan kelahiran semula. Ini mendorong mereka berbuat baik
sesama manusia, Konsep Ahimsa pula melarang Hindu membunuh sesuatu yang bernyawa
walaupun binatang untuk mengisi perut. dan ini dapat melahirkan konsep kasih sayang sesama
manusia.
Persamaan ketiga yang wujud antara tamudun-tamadun ialah semuanya mementingkan
institusi kekeluargaan. Bagi agama Islam, umatnya perlu membina keluarga yang sakinah
kerana disitu lahirlah individu yang berjati diri mukmin sebenar sebagai generasi pembina
tamadun. Tanggungjawab anak untuk mentaati kedua-dua ibu bapa diletakkan selepas taatkan
Allah dan rasul. Masyarakat tradisional Cina juga mementingkan konsep kekeluargaan. Mereka

menekankan wu lun yang merupakan lima hubungan asas manusia yang harus dikekalkan.
Antara tiga bentuk hubungan yang wujud adalah antara suami dan isteri, antara keluarga dan
anak-anak, antara adik-beradik. Kesetiaan kepada ibu bapa melahirkan amalan penyembahan
nenek moyang. Bagi agama India, dalam asramadharma (peringkat hidup), peringkat kedua
ialah grhastra iaitu peringkat berumahtangga. Sebelum kahwin, orang Hindu diharapkan dapat
menghasilkan kekayaan yang secukupnya dan memelihara keharmonian keluarga merupakan
tanggungjawab utama dalam tahap ini.
Persamaan yang keempat adalah beretika dalam aspek kehidupan. Bagi umat Islam, syariat
diturunkan Allah sebagai panduan dan mengatur kehidupan agar harmoni. Akhlak merupakan
system nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Rasulullah diutus sebagai model akhlak
yang terbaik kepada manusia. Bagi orang Cina pula, mereka amat menekankan moral dan etika
yang

perlu

dipatuhi

masyarakat.

Konfucius

menekankan

konsep

zhong

yong

iaitu

kesederhanaan, segala perlakuan manusia perlulah bersederhana dan tidak setuju kekerasan
sebagai jalan penyelesaian. Bagi agama Hindu, mereka mementingkan etika yang mereka gelar
sebagai dharma iaitu peraturan moral bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh
seseorang. Masyarakat juga perlu mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya
lebih baik dan mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa.
Persamaan yang kelima adalah kepimpinan yang berteraskan keadilan dan kebijaksanaan.
Bagi Islam, politiknya menggariskan sistem dan corak pemerintahan seperti asas dalam
berpolitik konsep tauhid, risalah dan khilafah. Prinsip politik Islam ialah keadilan, persamaan,
syura dan akaunbiliti. Bagi orang Cina, mereka perlu memerintah dengan adil dan jika gagal,
mandate akan ditarik semula. Mereka juga menekankan konsep wu lun yang mana satu bentuk
hubungan di dalamnya berkaitan dengan etika dalam pemerintahan iaitu pemerintah dengan
rakyat. Konfucius menegaskan bahawa politik merupakan pengurusan tentang kebenaran dan
perlu memerintah berasaskan akhlak. Orang India pula mementingkan pemimpin yang adil dan
bertanggungjawab sebagaimana termaktub dalam dharma yang dinamakan rajadharma. Tugas
beliau adalah memerintah demi kebahagiaan rakyat.
Persamaan yang terakhir ialah semua tamadun mementingkan aspek menghargai alam sekitar.
Bagi agama Islam, alam merupakan tanda kekuasaan Allah. Hubungan dengan alam perlu
dijaga di samping hubungan dengan Allah untuk mendapat syurga. Orang Cina pula
menegaskan perlunya menjaga alam sekitar, malah menganggap bintang di langit sebagai
nenek-moyang mereka yang menjadi dewa di langit setelah meninggal dunia. Bagi penganut

India pula, mereka amat menghargai alam malah menganggap ada kuasa di dalamnya. Alam
sekeliling mempunyai dewa seperti Indra (Tuhan Cuaca), Surya (Tuhan Matahari), Varuna
(Tuhan Langit) dan sebagainya. Konsep ahimsa mengajar mereka sayangkan bintang sama
dengan hargai nyawa mereka.
Perpaduan rakyat di Malaysia adalah satu cabaran terbesar bagi kerajaan Malaysia. Isu
perpaduan adalah salah satu perkara utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat
Wawasan 2020. Dalam proses dialog peradaban di Malaysia, terdapat beberapa cabaran yang
menjadi tribulasi kepadanya. Cabaran pertama ialah, kedudukan negara Malaysia atau faktor
geografi. Bentuk muka bumi Malaysia yang bergunung-ganang di Sabah dan Sarawak telah
mengasingkan kaum bumiputera dengan kaum yang lain. Permukaan jalan yang tidak rata
menyebabkan mereka susah untuk bergerak ke mana-mana tempat. Oleh itu, orang ramai
tidak suka tinggal di sana dan semua berkumpul di negeri yang lebih maju dengan teknologinya
seperti Kuala Lumpur. Jurang perbezaan antara kaum sudah berlaku secara tidak langsung.
Selain daripada itu ialah cabaran sosio-budaya yang wujud akibat kebanjiran pengaruh budaya
Barat. Menurut Osman Bakar (2002), globalisasi yang akan berlaku dalam gelombang yang
ketiga ini tentunya akan terkesan bukan sahaja dalam bidang ekonomi, perdagangan, teknologi
maklumat dan sosio-budaya tetapi juga dalam bidang kebudayaan, cara hidup dan
kepenggunaan.

Keadaan

ini

jelas

berlaku

dalam

kehidupan

seharian

kita

seperti

penguasaannya dalam makanan. Jenama-jenama makanan transnasional seperti McDonalds,


Kentucky Fried Chicken, A&W, Pepsi, Coca Cola dan sebagainya sudah begitu sinonim dengan
rakyat di negara kita. Ini menujukkan penguasaan budaya Barat keatas budaya Timur di negara
kita. Disebabkan budaya Barat yang begitu dominan pengaruhnya, maka masyarakat di negara
kita akan mengalami perasaan rendah diri, malah meninggalkan budaya dan warisan bangsa
mereka sendiri.
Di samping itu, faktor ekonomi juga merupakan tribulasi kepada proses dialog peradaban di
Malaysia. Penjajah Inggeris pada masa feudal telah mengaplikasikan dasar pecah dan perintah
terhadap penduduk di negara kita bagi memisahkan kaum-kaum untuk mengelakkan dan
menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.
Akibat daripada dasar itu, penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk
mengerjakan sektor pertanian tradisional, Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi
menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan dan Kaum India ditempatkan di estet untuk
mengerjakan ladang-ladang British. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak

seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan
ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.
Tambahan lagi, peristiwa 13 Mei 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak
masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta
benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu
sejarah hitam dalam sejarah negara Malaysia. Isu perkauman ini tidak dapat dilupakan oleh
sesetengah orang. Mereka kekal hidup dalam cara hidup masa lampau dan tidak ingin bangun
dari peristiwa itu. Oleh itu, perpaduan kaum masih kurang tercapai. Perbezaan politik mengikut
bangsa, kaum dan etnik juga menjadi tribulasi kepada proses dialog peradaban. Kewujudan
persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah
memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka
kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu
sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu
sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi
masalah perpaduan.
Seterusnya, sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan juga merupakan
salah satu cabaran. Laporan Razak pula menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan
nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke
sekolah yang menggunakan bahasa ibunda. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada
pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang
sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang
berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping
mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan
warga negara yang beridentitikan satu negara. Selain itu, faktor agama dan kepercayaan tidak
dapat dikecualikan sebagai salah satu cabaran tersebut. Walaupun agama Islam telah dijadikan
sebagai agama rasmi Malaysia, tetapi kaum lain boleh mengamalkan agama masing-masing
dengan tidak mempersoalkan agama lain. Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan
kebudayaan yang berlainan. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali
menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang
menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.
Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi
menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun

terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih
dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan
bersifat pro aktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional
akan tercapai.

Rujukan

Arif, S., Mohd Noor, A. R., Sulaiman, N., Abu Hassan, M., & Mohamad Rawi, A. H. (2007).
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam, Selangor, Malaysia: McGraw Hill.
Abdul Halim Ramli. (2008). Pemikiran Falsafah Klasik Cina: Aliran dan Ajarannya. http://
abdulhalimramli.blogspot.com/2008/10/pemikiran-falsafah-klasik-cina-tokoh.html
Cerdiknet. (n.d.). Perkembangan di Eropah. Retrieved Februari 19, 2011, from Cerdik.net:
http://www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/lamanutama.htm
Majid, M. S. (2008, Julai 28). Kepentingan dialog antara peradaban (Bhg. 1). Retrieved Februari
19, 2011, from Umatanwasatan.net: http://ummatanwasatan.net/2008/07/kepentingandialog-antara-peradaban-bhg-1/
Mohaj. (2009, Mac 4). Tamadun China. Retrieved Februari 19, 2011, from Tamadun China:
http://m-mohaj.blogspot.com/2009/03/tamadun-china.html
MyMalaysia. (n.d.). Interaksi Antara Tamadun. Retrieved Februari 19, 2011, from MYMalaysia:
http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%202%20Interaksi%20Antara%20Tamadun.pdf
Osman Bakar, Azizan Baharuddin, Zaid Ahmad. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Syed Mahadzir Syed Ibrahim. (2009). Islam di tengah tamadun global. http://www.yadim.
Com.my/Social/ScialFull.asp?Id=585

You might also like