You are on page 1of 12

1.

PENDAHULUAN
Jurnal ini adalah terbitan Jurnal Psikologi Malaysia,1996. Dalam jurnal ini mengisahkan
seorang pelajar Universiti Putra Malaysia yang bernama Chua Kim Lian sedang membuat
tesisnya yang bertajuk kesan terhadap latihan motivasi pencapaian dalam kalangan
pelajar sekolah menengah dan dia dipantau oleh mentornya iaitu pensyarah beliau Dr.
Habibah Alias. Dalam kajian ini, Chua Kim Lian telah merujuk beberapa teori dari ahli
teori psikologi Amerika iaitu David Mclelland. Chua Kim Lian telah mengaitkan
beberapa teori Mclelland dalam kajiannya, antaranya ialah teori motivasi pencapaian dan
lokus kawalan.

1.1

PENGENALAN
Dalam kajian ini, kami telah membentangkan bahawa ahli teori Amerika David
McClelland (1985) mentakrifkan motivasi pencapaian adalah sebagai corak perancangan,
tindakan dan perasaan seseorang yang berkaitan dengan usaha seseorang itu untuk
mencapai beberapa jenis kecemerlangan. Pencapaian kecemerlangan individu adalah
kepuasan instrinsik supaya individu dapat melakukan sesuatu yang lebih baik untuk
kepentingan sendiri. Kepentingan dalam kajian ini, individu boleh meningkatkan
keperluannya terhadap pencapaian melalui kaedah pembelajaran dan penerapan
bagaimana cara orang yang mempunyai pencapaian yang tinggi itu berfikir dan
bertingkah laku.
Latihan motivasi pencapaian ini telah dibuktikan dalam bidang pendidikan dimana kajian
ini telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif antara latihan motivasi
pencapaian dengan pencapaian akademik dimana selepas latihan ini, peserta telah
dilaporkan mulai mempunyai suatu peningkatan kepada mereka untuk mencapai prestasi
yang lebih baik dalam kursus-kursus akademik tertentu. Kursus-kursus latihan motivasi
pencapaian yang bertujuan untuk menambahkan keperluan untuk pencapaian individu ini
telah dijalankan ke atas usahawan. Secara realitinya keputusannya kursus ini berkesan
kepada usahawan kerana selepas menghadiri kursus motivasi pencapaian ini usahawan
telah menjana lebih banyak aktiviti perniagaan.

Seterusnya ialah lokus kawalan yang mendefinisikan persepsi seseorang individu


merasakan mereka boleh mengawal hasil tingkah laku mereka ataupun dalam bahasa
yang mudah bagaimana individu kawal diri dengan apa yang sudah terjadi hasil

perbuatan mereka sendiri. Terdapat dua jenis lokus kawalan iaitu Lokus Kawalan Luaran
Lokus Kawalan Dalaman.
Lokus kawalan luaran merupakan kepercayaan pasif yang terhasil. Peristiwa dikawal oleh
pengaruh luar dan bebas dalam tindakan dimana individu percaya bahawa tingkah laku
mereka dipandu oleh nasib, atau keadaan luar iaitu pengaruh persekitaran yang lain.
Contoh, Apabila individu gagal ujian, individu itu sentiasa mempunyai alasan bersedia
seperti menyalahkan bilik yang terlalu panas, dia tidak sihat, ujian adalah tidak adil. Dia
tidak pernah rasa bersalah, walaupun dia sebenarnya tidak membuat ulangkaji yang
mencukupi.
Lokus kawalan dalaman pula merupakan kepercayaan bahawa peristiwa boleh
dipengaruhi oleh tingkah laku peribadi. Individu percaya bahawa tingkah laku seseorang
individu dipandu oleh keputusan peribadinya dan usaha dalaman melihat bahawa
mereka boleh mempunyai beberapa kesan ke atas persekitaran mereka.
Contohnya. Apabila Ali itu gagal dalam ujian, dia mengakui bahawa dia tidak belajar
cukup dan tidak memahami beberapa soalan utamanya. Ali memutuskan untuk bertemu
dengan gurunya untuk mendapatkan nasihat mengenai cara-cara belajar dengan
cemerlang untuk memperbaiki masa depan.
Secara rumusan, McClelland menyatakan interaksi atau hubungan antara lokus kawan
dengan motif pencapaian adalah untuk mempengaruhi tindakan seseorang individu.
Beliau membuat kesimpulan dengan menyifatkan tinggi keperluan pencapaian seseorang
individu itu kerana pencapaian prestasi mereka lebih kepada faktor dalaman iaitu
kebolehan dan usaha manakala rendah keperluan pencapaian seseorang individu itu
apabila cenderung untuk mengaitkan prestasi mereka kepada faktor-faktor luaran seperti
nasib. Dalam pada itu, kajian yang dijalankan sebelum ini juga melaporkan bahawa
terdapat korelasi positif antara lokus kawalan dan prestasi akademik. Selain itu,kajian
mendapati bahawa peserta berikutnya yang mengikuti dalam latihan motivasi pencapaian
ini memperoleh keputusan sebenar yang lebih baik apabila peningkatan dalam lokus
kawalan dalaman seseorang individu itu berlaku.

1.2

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk menyiasat adakah latihan motivasi pencapaian yang
dijalankan ke atas sekumpulan pelajar sekolah menengah ini boleh menambah keperluan
mereka untuk pencapaian, lokus kawalan dan prestasi akademik mereka berdasarkan
keputusan peperiksaan Bahasa Inggeris dan Matematik. Dalam kajian ini, kursus latihan
menggunakan aktiviti yang telah disesuaikan oleh McClelland iaitu untuk
membangunkan sekumpulan pelajar sekolah menengah. Semua aktiviti-aktiviti untuk
latihan motivasi pencapaian ini merangkumi empat input atau pengisian asas yang perlu
diterapkan dalam seseorang individu yang menjalani latihan ini.
Pertamanya perlu untuk sindrom pencapaian yang membawa maksud peserta diberi
pengajaran untuk merancang dan menanam pemikiran pencapaian atau konsep pemikiran
motivasi pencapaian supaya individu lebih memahami dan ada sifat ingin mencapai
kejayaan. Keduanya belajar sendiri dimana peserta telah digalakkan untuk melibatkan
diri dalam introspeksi atau muhasabah diri berhubung dengan keperluan untuk motif
pencapaian. Mereka didedahkan kenapa mereka perlu belajar, untuk siapa, dan
mengaitkan pengorbanan ibubapa serta jasa guru yang tidak putus-putus mendidik dan
membimbing mereke untuk berjaya.
Ketiga pula, Penetapan matlamat. Pengisian ini menggambarkan para peserta telah diajar
bagaimana untuk merancang dan menetapkan matlamat yang sesuai. Contoh bagaimana
untuk membuat perancangan atau strategi untuk mencapai matlamat memperolehi 10 A
dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia nanti. Seterusnya yang keempat
iaitu sokongan interpersonal atau peribadi. Pengisian ini melalui aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan dalam suasana emosi terbuka dan panas yang membolehkan untuk
perubahan pada peserta. Peserta menikmati sokongan interpersonal serta kegembiraan
dan kebanggaan bekerja keras untuk perubahan untuk menjadikan diri mereka lebih
terbuka dan bersemangat untuk mencapai kejayaan.

1.3

SUBJEK
Dalam kajian ini, sejumlah 70 pelajar yang diambil daripada 308 pelajar tingkatan 4
dalam Sekolah Menengah Sungai Besi yang melibatkan kedua-dua jantina (lelaki &
perempuan) sekolah menengah terebut. Rata-rata mereka adalah di antara 15 hingga 16
tahun. Kesemua pelajar ini diberikan ujian peramatan tematik pada mulanya kajian ini di
jalankan. Selepas ujian pra atau ujian peramatan tematik dilakukan pada awal sesi subjek
atau pelajar secara rawak di bahagikan ke dalam dua kumpulan iaitu Kumpulan
Eksperimen dan Kumpulan Kawalan dimana kumpulan eksperimen diberi rawatan atau
latihan motivasi pencapaian dan kumpulan kawalan tidak diberikan rawatan.

1.4

KURSUS LATIHAN

kursus latihan motivasi pencapaian melibatkan aktiviti-aktiviti berikut


1. satu aktiviti yang memperkenalkan dan mengajar konsep pelajar motivasi,
pencapaian dan matlamat.
2. permainan motivasi yang memberi peluang kepada pelajar untuk menetapkan
matlamat dan tanggungjawab dengan maklum balas yang segera.
3. latihan di mana pelajar untuk menilai kekuatan, kelemahan dan matlamat.
4. aktiviti yang memerlukan pelajar untuk menilai dan menetapkan matlamat yang
realistik.
5. latihan ramalan yang menggalakkan pelajar untuk meramalkan dan mempunyai
perspektif futuristik.
6. latihan pertahanan sikap di mana pelajar berhujah dalam mempertahankan apa
yang mereka telah ditonjolkan sebagai sikap dan imej mereka.
7. aktiviti ini menguatkan 6 aktiviti yang memberi penekanan kepada nilai-nilai
kumpulan dan budaya masyarakat di mana pelajar tergolong dalam berhubung
dengan keperluan untuk motif pencapaian.
8. Aktiviti yang membolehkan pelajar untuk mengenal pasti personaliti dengan
motivasi pencapaian yang tinggi dan berfikir bagaimana mereka boleh
membangunkan pada sifat-sifat personaliti yang dikehendaki.
9. aktiviti yang mengajar pelajar kaedah lapan langkah pencapaian matlamat.
10. aktiviti yang memerlukan pelajar untuk mengintrospeksi ke dalam lingkungan
hidup mereka di mana terdapat wujud fikiran negatif menghalang kemajuan
mereka. pelajar diajar imej kejayaan untuk mengatasi pemikiran negatif ini.
Menurut Chua Kim Lian Latihan berstruktur ini dibuat berdasarkan aktiviti aktiviti yang
disesuaikan daripada tradisi McClelland yang telah dijalankan dalam keadaan semangat
kegembiraan dan kebanggaan. Aktiviti latihan ini dijalankan untuk membantu pelajar belajar
tentang keperluan untuk mencapai pencapaian yang lebih baik selepas menamatkan kursus
latihan ini.
1.5

INSTRUMENTASI ATAU KAEDAH

A. UJIAN PERAMATAN TEMATIK @ THE THEMATIC APPERCEPTION TEST


(TAT)
Ujian ini telah diperkenalkan oleh murray dan ditingkatkan oleh McClelland dan
Atkinson untuk mengukur tahap keperluan untuk motivasi pencapaian.
Cara ujian ini terdiri daripada empat gambar dan peserta perlu meneka atau
mempersepsi gambar tersebut dan markah akan diberi berdasarkan apa yang
dipersepsikan oleh peserta.
Ini merupakan contoh gambar di dalam ujian TAT ini.

B. ROTTERS I-E SCALE (RIES)


Ujian Rotter ini pula merupakan skala yang digunakan untuk mengukur lokus kawalan seseorang
individu. Ujian ini mengandungi 29 pasang pernyataan.Ujian ini menyatakan skor yang tinggi

mencirikan lokus kawalan luaran manakala skor yang rendah mencirikan lokus kawalan
dalaman.
Ini merupakan contoh soalan dalam ujian rotter ini. Peserta diminta untuk memilih pernyataan
yang benar untuk menilai tahap lokus kawalan mereka berdasarkan jawapan yang diberi.
1. a. Children get into trouble because their parents punish them too much.
b. The trouble with most children nowadays is that their parents are too easy with them.
2. a. Many of the unhappy things in people's lives are partly due to bad luck.
b. People's misfortunes result from the mistakes they make.
3. a. One of the major reasons why we have wars is because people don't take enough interest in
politics.
b. There will always be wars, no matter how hard people try to prevent them.
4. a. In the long run people get the respect they deserve in this world.
b. Unfortunately, an individual's worth often passes unrecognized no matter how hard he
tries.
5

a. The idea that teachers are unfair to students is nonsense.

b. Most students don't realize the extent to which their grades are influenced by accidental
happenings.

1.6

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA


Prosedur dalam kajian ini dapat kami rumuskan dalam tiga keadaan iaitu sebelum aktiviti
dijalankan, semasa aktiviti dijalankan, dan selepas aktiviti dijalankan. Sebelum Aktiviti
dijalankan semua 70 peserta diberi soal selidik TAT dan Rotters I-E Scale (pre-test).
Kemudian subjek atau peserta diharuskan menjawab soalan matematik
dan bahasa inggeris dibantu dua orang guru. Ujian ini adalah bertujuan untuk
mendapatkan bacaan awal untuk dibandingkan dengan Ujian akhir (post test) selepas
diberi latihan motivasi pencapaian nanti. Seterusnya subjek atau peserta dibahagikan
kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan secara rawak. Dalam kajian ini,
hanya kumpulan eksperimen dilibatkan dengan aktiviti latihan motivasi pencapaian.
Semasa Aktiviti Latihan motivasi Dijalankan peserta dikehendaki mengikuti 10 aktiviti
yang telah dinyatakan di atas tadi. 10 aktiviti ini dibahagikan pada 5 sesi dimana 1 sesi
mengambil masa dua jam setengah dan aktiviti ini mengambil masa selama 2 minggu
untuk menyiapkan kajian ini. Minggu pertama 3 kali aktiviti dijalankan bererti 3 hari dan
melibatkan 3 sesi. Kemudiannya diikuti 2 kali aktiviti dijalankan iaitu 2 sesi pada minggu
tersebut. Aktiviti latihan motivasi pencapaian ini dipantau oleh para pengkaji selepas
waktu persekolahan.
Akhir sekali dalam prosedur ini, selepas aktiviti dilakukan, kedua-dua kumpulan
menjawab soal selidik (post-test) TAT dan ROTTERS diikuti ujian matematik dan
inggeris untuk mendapatkan bacaan akhir antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan
kawalan dan dibandingkan dengan bacaan awal tadi bagi melihat perubahan yang
berlaku. Dalam pada itu, keputusan soalan matematik dan inggeris dikutip daripada guru
yang terlibat tadi.

1.7

KEPUTUSAN

KUMPULAN
EKSPERIMEN

KUMPULAN
KAWALAN

PRETEST

POSTTEST

PRE
TEST

POST
TEST

Pencapai
an Skor
Motivasi

3.22

4.72

3.22

3.47

Lokus
Kawalan

9.81

8.30

9.28

9.53

Matemati
k

33.16 42.11 43.56 32.99

Bahasa
Inggeris

38.50 34.94 35.40 36.09

Berdasarkan keputusan di atas kita dapat lihat bahawa terdapat perbezaan di awal ujian dan
diakhir ujian. Tambahan pula, berdasarkan analisis kovarian jurang perbezaan peningkatan antara
kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan ini membuktikan latihan
motivasi pencapaian telah terkesan ke atas kumpulan eksperimen dan aktiviti latihan yang
diberikan telah meningkatkan motivasi pencapaian mereka.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa persoalan yang akan timbul kepada pensyarah yang
membaca. Persoalannya disini, mengapakah lokus kawalan kumpulan eksperimen menurun dan
kumpulan kawalan menaik. Ini adalah kerana mengikut teori rotter, skor (RIES) menunjukkan
seseorang itu lebih kepada lokus kawalan luaran yang terpengaruh terhadap persekitaran atau
nasib dan ini lebih menggambarkan tingkah laku yang negative berbanding skor lokus kawalan
yang rendah yang menunjukkan seseorang itu lebih kepada lokus kawalan dalaman dimana lebih
kepada tingkah laku yang positif ditonjolkan dengan usaha yang kuat serta kesungguhan dalam
mencapi sesuatu maka skor lokus kawalan yang rendah merupakan skor yang baik untuk pelajar
yang cemerlang.
Selain itu, persoalan yang seterusnya mungkin pembaca akan tertanya-tanya mengapa keputusan
subjek bahasa inggeris bagi kumpulan kawalan eksperimen rendah berbanding kumpulan
kawalan yang meningkat walaupun sedikit. Saya menjawab ini kerana berdasarkan teori
mclelland teori latihan motivasi ini hanya terkesan kepada subjek yang lebih kepada quantitative
dan tiada kesan kepada subjek qualitative kerana sebelum kajian ini pengkaji lain pernah
membuat perbandingan antara subjek matematik dan sains social dan keputusannya sama seperti
in. ini membuktikan bahawa latihan motivasi pencapaian hanya terkesan pada subjek quantitative
yang melibatkan nombor berbanding qualitative yang tiada kesan terhadap peserta selepas
mengikuti latihan ini.

1.8

KESIMPULAN
Selepas kami menerokai kajian yang dibuat oleh Chua Kim Lian ini kami dapat
menyimpulkan bahawa pelajar yang menyertai aktiviti latihan motivasi pencapaian ini
akan dapat meningkatkan tahap motivasi pencapaian mereka dalam bidang yang mereka
ceburi ataupun dalam pembelajaran yang melibatkan subjek quantitative. Dalam pada itu,
pelajar akan lebih berkeyakinan dalam menempuhi hari yang penuh dengan cabaran dan
sesungguhnya latihan motivasi pencapaian ini amat terkesan pada prestasi subjek
matematik untuk meningkat.

Akhir sekali aktiviti ini sesuai diaplikasikan di sekolah untuk meningkat motivasi dan
tanggungjawab pelajar atas tingkah laku dimana akan membawa mereka ke arah
kecemerlangan akademik yang lebih mantap dan membanggakan. Selain itu, tidak
lupa juga di organisasi pekerjaaan dan perniagaan agar mereka lebih bermotivasi untuk
melaksanakan tugas dengan jayanya dan meluaskan pasaran perniagaan untuk menjadi
usahawan yang berjaya

You might also like