You are on page 1of 3

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK SEMERAH 2007


1. Takrif Kejohanan
Kejohanan Merentas Desa 2007 di anjurkan oleh Majlis Sukan SMK Semerah
sebagai satu aktiviti ko-kurikulum untuk melibatkan pelajar kepada aktiviti sukan
dalam pendidikan untuk mencapai kehendak Falsafah Pendidikan Negara serta
memenuhi sasaran kerajaan Sukan Untuk Semua.
2. Penyertaan
2.1 WAJIB kepada semua pelajar SMK Semerah
2.2 Pengecualian penyertaan pelajar berdasarkan faktor kesihatan yang diperakui.
3. Pembahagian Kumpulan
3.1 Kumpulan L/P A : Pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6
3.2 Kumpulan L/P B : Pelajar Tingkatan 2 dan 3
3.3 Kumpulan L/P C : Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan
4. Pendaftaran Peserta
Pelajar-pelajar perlu mengambil bahagian dengan mewakili rumah sukan masingmasing.
5. Pakaian
Mematuhi peraturan pemakaian sekolah.
6. Trek Laluan
Seperti yang disahkan oleh Jawatankuasa Teknik Pertandingan (rujuk peta trek
laluan)
7. Bentuk Pertandingan
Perseorangan dengan mewakili rumah sukan masing-masing.
8. Cara Menentukan Keputusan
8.1 Peserta dikehendaki menamatkan larian dengan melalui trek laluan yang
disahkan.
8.2 Peserta pertama yang berjaya menamatkan larian dalam setiap kumpulan umur
dan bahagian akan diumumkan sebagai johan, serta kedudukan seterusnya kepada
peserta-peserta yang berjaya menamatkan larian (25 kedudukan).
9. Pembahagian Mata
9.1 Sepuluh kedudukan pertama
Johan
- 25 mata
Kedua
- 20 mata
Ketiga
- 17 mata
Keempat
- 15 mata
Kelima
- 13 mata

Keenam
- 11 mata
Ketujuh
- 9 mata
Kelapan
- 7 mata
Kesembilan - 5 mata
Kesepuluh
- 3 mata
11 25- 2 mata
9.2 bagi peserta-peserta lain yang berjaya menamatkan larian dalam tempoh masa
yang ditetapkan akan diberikan 1 mata.
10. Masa Kelayakan
Lelaki A
Lelaki B
Lelaki C
Perempuan A
Perempuan B
Perempuan C

- 45 minit
- 50 minit
- 55 minit
- 50 minit
- 55 minit
- 60 minit

11. Cara Menentukan Johan Keseluruhan


Mata yang terkumpul setiap kumpulan akan dicampurkan untuk Johan Keseluruhan.
12. Bantahan
12.1 Setiap bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus Pasukan 30
minit setelah keputusan diumumkan kepada Setiausaha Kejohanan atau wakilnya
beserta wang cagaran RM 100.00.
12.2 Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.
13. Larangan Mengambil Bahagian
Pelajar-pelajar yang sedang menjalani proses pergantungan sekolah dilarang
mengambil bahagian.
14. Pengenalan Pasukan.
14.1 Setiap peserta dimestikan memakai tanda pasukan dan kumpulan.
14.2 Tanda kumpulan seperti berikut:
Kain
- mengikut warna pasukan.
Tulisan
- Tuliskan A/B/C
Contoh:
} 10 cm

10 cm
14.3 Setiap peserta dimestikan memakai dibahagian dada dan dipinkan dengan
sempurna.
15. Check Point
Peserta diwajibkan melalui semua check point dan dapatkan kad check point sebagai
bukti.

16. Keputusan Hakim


Semua keputusan hakim adalah muktamad.
17. Hak-hak pengelola
Pengelola berhak menambah dan meminda peraturan ini tanpa memaklumkan kepada
Pengurus Pasukan.

You might also like