You are on page 1of 3

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KETENANGAN

Aku terus berjalan

tanpa menghiraukan rintangan

cabaran yang menghalang

air mataku menitis

jiwaku meraba

hatiku terseksa

mencari ketenangan jiwa.

Ketenangan

kini ku temui

suasana sepi menjadi riang

suasana gelap menjadi terang.

Kini ku sedari

bahawa ketenangan

bukan datangnya

dari kesenangan

kekayaan dan kemewahan.

Berilmu dan beriman

di situ ia datang

menjadikan jiwaku tenteram

apabila aku mendekati-Nya.

Nor Rasidah Mohd.

Antologi Gema Sepi Gadis Genius,

Dewaan Bahasa dan Pustaka, 2010.


1 Apakah yang dicari oleh peyair di sepanjang perjalanannya?
A Cabaran hidup
B Ketenangan jiwa
C Suasana yang sepi
D Menilai diri sendiri

2 Nyatakan faktor yang menyebabkan jiwa penyair menjadi tenang.


A Mendekati dengan agama
B Memperoleh ilmu yang cukup
C Memahami kepentingan iman
D Akur kepada ketentuan tuhan

3 Berdasarkan frasa ”hatiku terseksa”, unsur gaya bahasa yang digunakan ialah
A simile
B metafora
C sinkope
D perlambangan

4 Penyair menekankan bahawa ketenangan bukan datang dari kemewahan. Namun


ketenangan yang diharapkan akan diperoleh jika kita mengamalkan nilai
A semangat bermasyarakat
B bertanggungjawab
C tolong-menolong
D kesederhanaan

5 Tema sajak Ketenangan ialah


A kemewahan tidak menjanjikan ketenangan
B ketenangan perlu dicari, bukan datang sendiri
C mendapatkan ilmu boleh memberi ketenangan
D menemui ketenangan apabila kembali kepada ajaran Tuhan
1 Berdasarkan frasa ”suasana gelap menjadi tenang ”, unsur gaya bahasa yang
digunakan ialah
A Simile
B Personifikasi
C Metafora
D Anafora

2 Frasa ”kekayaan dan kemewahan” merupakan unsur bunyi


A Aliterasi
B Asonansi
C Personifikasi
D Metafora

3 Berikut adalah benar tentang gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini, kecuali
A Terdapat gaya bahasa sinkope, iaitu ku
B Terdapat pengulangan perkataan menjadi
C Terdapat gaya inversi, iaitu suasana
D Terdapat gaya bahasa personifikasi, iaitu jiwaku meraba

4 Ketenangan yang dicari oleh penyajak diperoleh daripada


A ilmu yang diamalkan
B beriman kepada tuhan
C kemewahan daripada harta benda
D kata-kata semangat daripada kawan-kawan

5 Penyajak berasa sungguh gembira apabila


A ketenangan yang dicari telah ditemui.
B akhirnya memperoleh segulung ijazah.
C penderitaan yang dialami mula berakhir.
D memperoleh kekayaan yang selama ini dicari.

You might also like