You are on page 1of 10

HKN210 – KESUSASTERAAN TRADISIONAL NUSANTARA

SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2022/2023

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

TUGASAN
Berdasarkan Teks Syair Perahu (2007) oleh Hamzah Fansuri. Hubungkaitkan Makna

Tersirat Serta Nilai Keindahan Yang Terdapat Dalam Teks Dengan Budaya Hidup

Masyarakat Melayu di Alam Nusantara.

Nama Pelajar: ROSHAFIZA BINTI RUSLI

No. Matrik: 157078

Nama Pensyarah: DR WAN HASMAH

6 JANUARI 2023
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1-2

2.0 MAKNA TERSIRAT SERTA NILAI KEINDAHAN SFERA ROHANI


DALAM TEKS SYAIR PERAHU.

2.1 Memberi nasihat kepada manusia tentang agama.

2.2 Mengatur kehidupan dengan bijak 2-6

2.3 Memperkukuhkan amal ibadah

2.4 Mempercayai tentang kewujudan Allah

2.5 Mendalami ucapan kalimah syahadah

3.0 PENUTUP 7

RUJUKAN 8
1.0 PENGENALAN

Syair perahu merupakan sebuah karya terkenal yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri

iaitu seorang sasterawan yang berasal daripada Acheh, Indonesia. Beliau merupakan

sasterawan sufi atau digelar juga sebagai ulamak yang hebat kerana telah banyak melahirkan

karya-karya sufi baik yang berbentuk prosa ataupun yang berbentuk puisi dan syair. Syair

perahu ini merupakan salah satu karya sastera sufinya yang terkenal kerana mengandungi

nilai-nilai tasawuf yang sangat tinggi. Oleh itu, syair ini berkait rapat dengan sfera rohani

yang mempunyai banyak nila-nilai keindahan. Menurut pandangan V.I Braginsky (1994),

sastera kerohanian merujuk kepada sastera yang mempunyai keindahan rohani seperti

keindahan perasaan, keindahan dalam berfikir serta suatu tindakan secara terbuka untuk

menajamkan akal fikiran dan menyucikan jiwa untuk menjadi teladan dan panduan kepada

generasi pada masa akan datang. Menurut beliau juga sastera kerohanian merupakan satu

karya atau syair yang baik dan boleh mempengaruhi rohani setiap manusia. Sebagai contoh,

keindahan dalaman yang paling mulia iaitu doa yang dianggap mengandungi keindahan

rohani. Seseorang manusia dalam bentuk lahiriah belum menepati tahap kesempurnaan dan

keindahan yang sebenar jika tidak disusuli dengan keindahan rohani iaitu doa.

Braginsky telah membahagikan sistem genre sastera Melayu kepada tiga kedudukan

dimana sfera rohani berada pada kedudukan paling tinggi dan diikuti oleh sfera faedah dan

sfera indah. Syair perahu ini tergolong dalam sfera ketiga iaitu sfera rohani yang menduduki

tangga yang paling tinggi dalam hierarki sfera. Sfera rohani bermatlamat untuk menyucikan

kalbu rohani dan nurani serta jiwa seseorang yang bertujuan untuk menerima ilham dari Ilahi

serta memperoleh pengetahuan berkaitan ketuhanan dengan sempurna. Kebanyakan karya

yang tergolong dalam sfera rohani adalah karya yang melibatkan kitab agama dan tasawuf,

hikayat alegori sufi dan sebagainya. Menurut V.I Braginsky (1994), sastera kerohanian

mempunyai ciri-ciri khusus yang tersendiri dimana ianya merupakan sebuah karya

1
kerohanian yang berlainan daripada karangan sfera keindahan luaran dan sfera faedah. Oleh

itu, esei ini bertujuan untuk mengkaji makna tersirat serta nilai keindahan dalam sfera rohani

yang terdapat dalam syair perahu dengan budaya hidup masyarakat Melayu di alam

Nusantara.

2.0 MAKNA TERSIRAT SERTA NILAI KEINDAHAN SFERA ROHANI DALAM


TEKS SYAIR PERAHU.

2.1 Memberi nasihat kepada manusia tentang agama.

Melalui “Syair Perahu” karya Hamzah Fansuri, antara makna tersirat yang terdapat

nilai keindahan dalam sfera rohani ialah memberi nasihat kepada manusia tentang agama.

Pengarang sangat mementingkan aspek keagamaan dalam menulis syair ini untuk kehidupan

seharian manusia. Agama membawa maksud kepercayaan kepada tuhan atau sesuatu

kekuasaan yang ghaib dan sakti. Agama juga merupakan satu sistem kepercayaan yang

kohensif dan kepercayaan yang dimaksudkan adalah mengenai aspek ketuhanan. Setiap

manusia kebiasaannya mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing serta tiada agama

yang mengarahkan umatnya melakukan perbuatan yang tidak baik. Perkara ini menunjukkan

nilai keindahan yang berkait rapat dalam sfera rohani dan ianya sepertimana yang dapat

dilihat pada rangkap kedua dalam syair tersebut.

Wahai muda kenali dirimu,


ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Berdasarkan rangkap ini, pengarang ingin menyampaikan perkara tersirat terutama

kepada golongan muda supaya mengenali diri sendiri agar dapat mengenali tuhan yang esa.

Golongan muda terutamanya tidak boleh leka dengan permainan duniawi kerana dunia

bukanlah segala-galanya dan yang pasti akhirat itulah tempat yang akan ditujui nanti.

2
Keimanan dan ketakwaan kepada agama perlu dipupuk pada usia yang muda agar tidak

terpesong kearah perkara yang tidak baik kerana keteguhan iman sukar untuk dipertahankan.

Pengarang juga mengibaratkan golongan muda sebagai sebuah perahu yang perlu

mengharungi sungai yang penuh dengan cabaran dan liku-liku sama seperti kehidupan muda

yang harus dilalui dengan pelbagai dugaan dan masalah sebelum sampai ke hari akhirat. Oleh

itu, keimanan dan mempunyai agama yang kukuh sangat penting sepanjang hidup manusia

untuk melalui pelbagai rintangan yang dahsyat dengan penuh kesabaran.

2.2 Mengatur kehidupan dengan bijak

Makna tersirat yang terdapat nilai keindahan dalam sfera rohani yang seterusnya ialah

mengatur kehidupan dengan bijak. Setiap manusia terutamanya fokus pengarang kepada

golongan muda seharusnya mempunyai kebijaksanaan dalam menyusun atur kehidupan

mereka dengan sebaik mungkin supaya kehidupan sentiasa aman dan tidak terpesong ke arah

perkara yang negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana, golongan muda pada zaman dahulu

dan zaman kini sangat berbeza. Golongan muda kini dilihat sangat membimbangkan kerana

suka mengikut budaya-budaya barat yang tidak baik dari segi berpakaian, dari segi kehidupan

yang suka akan kebebasan dan bersosial. Oleh itu, golongan muda perlu pandai dalam

menentukan kehidupan. Perkara ini dapat dilihat pada rangkap ketiga dalam syair tersebut.

Hai muda arif budiman,


Hasilkan kemudi dengan pedoman,
Alat perahumu jua kerjakan,
Itulah jalan membetuli insan.

Melalui rangkap tersebut, pengarang menulis perkataan yang indah iaitu arif budiman

yang ditujukan kepada golongan muda. Hal ini bertujuan untuk memberi satu lambang

kepada generasi muda untuk menjadi pemuda yang bijaksana, berhati mulia, cerdik dan

sebagainya untuk menjalani susur galur kehidupan di dunia. Bukan itu sahaja, malah

pengarang ingin menyampaikan bahawa dalam menjalani kehidupan di dunia, pedoman


3
hidup berlandaskan agama Allah iaitu al-quran dan al-hadis perlu dititikberatkan oleh

generasi muda serta generasi lain agar kehidupan di dunia ini diberkati dan tidak terombang

ambing apabila ditimpa perkara yang boleh memesongkan akhlak dan akidah seseorang.

2.3 Memperkukuhkan amal ibadah

Selain itu, sfera rohani yang mempunyai nilai keindahan dalam syair ini ialah

memperkukuhkan amal ibadah. Dari segi bahasa, ibadah membawa maksud tunduk dan patuh

kepada Allah S.W.T manakala dari segi istilah ianya merujuk kepada semua perkataan dan

perbuatan yang zahir atau batin yang disukai serta diredhai oleh Allah. Setiap manusia perlu

sentiasa membuat amal ibadah untuk mengukuhkan keimanan dan ketakwaan sebagai

seorang hamba yang akur akan perintah yang Maha Esa. Perkara ini dapat dilihat dalam syair

tersebut pada rangkap kesepuluh.

Baiklah perahu engkau perteguh,


hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Berdasarkan rangkap tersebut, pengarang ingin menyampaikan sfera rohani yang

tersirat dimana manusia perlu sentiasa memperkuatkan serta memperkukuhkan iman serta

melakukan amal ibadah sebanyak-banyaknya kerana mereka yang beribadah dengan kerap

akan mendapat pahala kebaikannya yang tersendiri. Tidak mudah untuk setiap manusia

mendapat kebajikan di akhirat kelak jika tidak melakukan amal ibadah. Jika kurangnya amal

ibadah maka sukarlah seseorang hamba menerima pahala kebaikan. Malah di dunia yang

penuh dengan dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi ini, mereka yang kurang beribadah

semestinya sukar untuk menempuhinya. Pengarang juga ingin memberi kesedaran kepada

manusia bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah bersifat sementara. Justeru itu, manusia

perlu mengumpulkan amal ibadah sebanyak mungkin untuk bekalan akhirat kelak.

4
2.4 Mempercayai tentang kewujudan Allah

Makna tersirat nilai keindahan seterusnya yang mempunyai sfera rohani ialah

mempercayai tentang kewujudan Allah. Umat islam terutamanya sudah mempercayai akan

kewujudan Allah S.W.T kerana penurunan wahyu al-quran pada ketika dahulu adalah

bertujuan untuk memperakukan tentang kewujudan Allah dengan sifat-sifat keesaan dan

kekuasaannya. Namun, tidak semua manusia mempercayai bahawa Allah itu wujud atas

faktor pemikiran dan tanggapan serta yang paling penting kerana agama dan kepercayaan

masing-masing. Penganut agama lain selain agama islam sudah semestinya akan

mempercayai dan mengikut tuhan masing-masing. Namun, umat islam mempunyai

kepercayaan kepada Allah dan ianya merupakan salah satu daripada rukun iman.

Mempercayai tentang kewujudan allah ini disampaikan oleh pengarang pada rangkap ke-23.

Wujud Allah nama perahunya,


ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

Berdasarkan rangkap di atas, pengarang ingin menyampaikan tentang kewujudan

tuhan dengan manusia dimana akan tiba pada suatu masa Allah dan manusia akan bertemu

iaitu di padang mahsyar. Perkara ini merupakan kepercayaan umat islam bahawa mereka

akan melalui peristiwa bertemu dengan Allah kelak. Jika umat islam mempercayai akan hari

akhirat serta perkara-perkara ghaib yang berlaku hanya dengan kekuasaan Allah, maka

mereka mungkin akan mengetahui tentang kewujudan Allah S.W.T. Bukan itu sahaja, malah

pelbagai bentuk kebesaran yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T selama ini menunjukkan

bahawa Allah itu sememangnya wujud kerana jika tidak perkara-perkara seperti musibah,

bencana, serta kejadian-kejadian pelik tidak akan berlaku.

5
2.5 Mendalami ucapan kalimah syahadah

Akhir sekali, makna tersirat nilai keindahan yang mempunyai sfera rohani ialah

mendalami ucapan kalimah syahadah. Menurut huraian beberapa kamus arab, syahadah

membawa maksud kesaksian seseorang yang hadir dalam sesuatu peristiwa dengan

menceritakan, memberitahu serta mengakui perkara yang diketahuinya melalui pancaindera

sama ada melihat, merasakan, mendengar atau menyentuh akan sesuatu perkara. Mengucap

dua kalimah syahadah juga merupakan rukun yang pertama dalam rukun islam. Dalam islam,

syahadah merupakan pintu gerbang yang suci bagi seseorang untuk memeluk agama islam

dengan melafazkan ucapan kalimah syahadah yang maknanya ialah “Bahawa Tiada Tuhan

Yang Berhak Disembah Melainkan Allah”. Sfera rohani ini disampaikan oleh pengarang pada

rangkap ke-35.

La ilaha illallahu itulah firman,


Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

Berdasarkan rangkap syair di atas, pengarang ingin memberitahu bahawa kalimah

syahadah merupakan kalam Allah. Justeru itu, barang siapa yang menanamkan kalimah

tersebut di dalam hati, maka setiap pertolongan dan kebergantungannya perlu diminta hanya

kepada Allah S.W.T sahaja. Umat islam terutamanya wajib dan tidak boleh meminta serta

menyembah melainkan Allah yang esa. Keimanan, ketakwaan serta kepercayaan umat islam

hanyalah kepada Allah. Umat islam perlu menjaga keimanannya dan beriman kepada Allah

sentiasa dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang

supaya tidak lalai dalam mengingati Allah. Oleh itu, kegunaan dan fungsi kalimah syahadah

itu sangat besar dan penting dalam agama islam yang suci.

6
3.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulan, teks “Syair Perahu” yang merupakan hasil karya Hamzah

Fansuri ini sememangnya mempunyai nilai keindahannya yang banyak mengetengahkan

unsur-unsur kerohanian. Pengarang banyak menyampaikan perkara-perkara dan isu-isu

berkaitan agama yang sangat bermanfaat untuk dijadikan garis panduan. Syair ini juga

banyak memberi pengajaran dan pedoman hidup kepada manusia serta memberikan faedah

kepada si pembaca. Setiap perkataan yang ditulis oleh pengarang dalam setiap baris memberi

makna tersirat yang boleh menusuk ke dalam hati mereka yang membacanya kerana

mempunyai ajaran-ajaran agama yang baik. Syair ini memberi satu pengajaran kepada

manusia agar tidak mementingkan dan menumpukan kehidupan sehari-harian kepada perkara

duniawi semata-mata kerana masih panjang perjalanan yang harus ditempuhi untuk menuju

ke akhirat kelak.

7
RUJUKAN

AGAMA - Definisi agama dalam kamus Melayu. (n.d.). Educalingo.com.


https://educalingo.com/ms/dic-ms/agama

(2023). Coursehero.com. https://www.coursehero.com/file/60145411/SYAIR-PERAHUdocx/

Konsep ibadah dan jenis hukum - Flip eBook Pages 1-8 | AnyFlip. (n.d.). Anyflip.com.
https://anyflip.com/vptl/hpyq/basic

Khairulddin, A. (2020, May 30). Mengucap Dua Kalimah Syahadah: Penjelasan Lengkap.


Aku Muslim. https://akumuslim.asia/mengucap-dua-kalimah-syahadah-penjelasan-dan-
huraian-lengkap/

MAKNA SYAIR PERAHU. (n.d.). Salamjasmerah.blogspot.com. Retrieved January 2, 2023,


from http://salamjasmerah.blogspot.com/2017/11/makna-syair-perahu.html

You might also like