You are on page 1of 3

Pengendalian Istiadat-Istiadat

Istiadat sepatutnya dikendalikan daripada daya ingatan juga pengalaman dan


bukan daripada buku ini. Ianya telah dikenalpasti bahawa Pemimpin dan individu
kanak-kanak yang mengambil bahagian, kadangkala menjalankannya di bawah
pengaruh emosi dan melakukan kesilapan dalam sesuatu istiadat tertentu. Ini
semua tidaklah begitu penting asalkan kanak-kanak yang berkenaan tidak
menyedarinya dan juga tidak merosakkan daya ingatannya berhubung upacara
tersebut.
Kepentingan istiadat dalam latihan berpengakap amat ketara kerana kebanyakan
istiadat-istiadat yang dijalankan menunjukkan tanda peningkatan seseorang dan
sebagai tanda pengikhtirafan kepada mereka yang menyertainya. BP sendiri
menunjukkan bahawa Istiadat-istiadat dalam semua peringkat Pengakap
mempunyai istiadat tersendiri tertakluk kepada Unit-unit atau sessinya. Walau
bagaimanapun kita tidak sepatutnya berfikir bahawa istiadat-istiadat dalam
Pengakap adalah sesuatu yang sulit dalam latihan Pengakap; semuanya
hendaklah dibuat secara terbuka. Seorang Pengakap dilantik di hadapan
"troopnya" dan dia diakui sebagai Pengakap Raja dan lazimnya dibuat di
hadapan satu majlis yang dihadiri ramai. Adalah sangat penting bahawa apabila
sesuatu Persetiaan dibuat ianya mencerminkan tatalaku seorang Pengakap yang
baik boleh diteladani oleh rakan-rakannya, tetapi dia juga sedar bahawa orang
lain turut menyedari atas Persetiaannya.
Sungguhpun istiadat Pengakap adalah bercorak upacara terbuka, perlu diingat
bahawa apa jua istiadat dalam Pengakap, adalah lebih baik tidak dijadikan
sebagai satu majlis atau upacara "publik". Jika istiadat itu bertujuan untuk
pertunjukan (demonstrasi), istiadat sedemikian itu hendaklah dijalankan oleh
mereka yang sudah dilantik, orang yang dipilih kerana mereka itu dipercayai
boleh menjalankan sesi demonstrasi itu dengan sempurna.
Kita kerap kali dipersoalkan sama ada ibu bapa sepatutnya hadir dalam sesuatu
Istiadat. Bagi kita tidak ada perkataan "patut" mengenai perkara itu, tetapi jika
kanak-kanak berkenaan mahukan Ibubapa mereka hadir, kita boleh
menjemputnya. Sudah tentulah mereka tidak sepatutnya hadir tanpa
persetujuan kanak-kanak itu sendiri.
Persediaan untuk sesuatu Istiadat adalah perkara yang amat penting, dan ianya
memerlukan perancangan yang rapi, latihan yang cukup kepada kanak-kanak
berkenaan supaya suasana sesuatu istiadat itu benar-benar dijalankan
sebagaimana dirancangkan dalam program agar ianya menepati dengan
suasana perjumpaan itu. Begitu juga penerangan yang ringkas dan lengkap
mengenai prosedur mengendalikan mana-mana istiadat juga penting diberikan
kepada semua pembantu.

HORMAT PENGAKAP
Hormat Pengakap ialah salah satu daripada tiga tradisi asas Pengakap (yang
lainnya: isyarat Pengakap dan Berjabat tangan Pengakap)
Pengasas Pergerakan Pengakap, Lord Baden-Powell berkata:
"Hormat ialah menunjukkan seseorang itu dihormati,
ia adalah hak keistimewaan untuk menghormati
dan ianya tidak mengabdikannya"
Rakan kita sering memberi salam antara mereka. Jika anda melihat seorang
kawan diseberang sebatang jalan raya, anda kadang-kadang memberi salam
dengan melambai-lambaikan tangan. Ini juga satu tanda hormat yang mudah.
Pengakap ada cara khas hormat kepada saudar Pengakap yang lain.
Cara Hormat Pengakap
* Pertama - tunjukkan isyarat Pengakap dengan tangan kanan, kemudian angkat
tangan kanan dengan pantas sehingga ke sisi topi forage selama satu atau dua
saat dengan permukaan jari menghadap ke hadapan. Kemudian turunkan tangan
ke bawah dengan pantas secepat yang boleh. Jika anda tidak memakai topi
forage, sentuh dahi anda dibahagian atas mata kanan.
Mana dan bila memberi Hormat
* Memberi Hormat Pengakap pada masa berseragam penuh. Ianya bererti tanda
kehormatan, berbudi bahasa dan persahabatan. Bererti tanda kehormatan,
berbudi bahasa dan persahabatan.
Tanda hormat kepada:
* apabila lagu Kebangsaan dinyanyikan.
* apabila bendera Kebangsaan dinaikkan / dikibarkan.
* apabila bendera Kebangsaan dilintaskan dalam upacara berbaris.
Sebagai salam
* Bila anda melihat sesiapa memakai lencana Pengakap atau berpakaian
seragam samada anda mengenalinya atau tidak - sentiasa cuba menjadi orang
pertama memberi Hormat Pengakap.

ISYARAT PENGAKAP

Isyarat Pengakap menandakan suatu isyarat Pengakap dalam unit anda sebagai
seorang Pengakap di seluruh dunia. Ia adalah tradisi Pengakap dalam
berkomunikasi pada masa dahulu sehingga kini dan untuk ahli-ahli Pengakap
mengenali antara mereka dalam sesuatu aktiviti yang tersendiri

You might also like