You are on page 1of 1

BIOGRAFI SULAIMAN BIN SYARIFUDDIN

Sulaiman bin Syarifuddin dilahirkan pada hari Isnin tanggal 15 Februari 1988 di Kg. Air,
Semporna, Sabah. Anak jati kelahiran negeri Sabah ini dibesarkan di Kg Wallace Bay, Pulau Sebatik,
Tawau, Sabah. Anak lelaki kepada pasangan Syarifuddin dan Hajah Puttiri ini merupakan anak bongsu
daripada lima orang adik-beradik.
Ketika berusia dua tahun, beliau membesar bersama ibunya setelah kehilangan ayahandanya
yang tercinta. Anak berdarah kacukan Bugis ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Wallace Bay dari tahun 1996 hingga tahun 2001 dan melanjutkan pengajian menengah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Wallace Bay selama lima tahun (2002-2006). Selepas tamat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), beliau mendapat tawaran untuk belajar di Tingkatan Enam di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tawau, Sabah.
Selepas tamat STPM, beliau merantau ke Semenanjung untuk berkerja sementara menunggu
untuk melanjutkan pengajian. Berbekalkan keputusan STPM yang cemerlang, beliau dapat melanjutkan
pelajarannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Geografi (major) dan Ekonomi
(minor) selama empat tahun.
Setelah bertungkus-lumus selama empat tahun belajar di UPSI, akhirnya beliau tamat belajar
dengan jayanya pada tahun 2013. Dengan sifat ketekunan yang ada pada dirinya, beliau pernah
berkerja sebagai guru ganti di dua buah sekolah menengah di Selangor.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak kini merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Baru Miri,
Sarawak setelah mendapat tawaran pelantikan oleh Suhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) pada 1
Julai 2014.
Falsafah yang digunakan dalam kamus hidup anak kelahiran Sabah ini adalah Rasa manis
akan sesuatu hal yang terjadi pada diri kita akan lebih terasa manis bila kita sudah merasakan pahitnya
terlebih dahulu.

You might also like