You are on page 1of 4

Bahagian

1-

memerlukan anda menelusuri

perkembangan bahasa

mengikut era tertentu, membuat perkaitan, menjelaskan


perkembangan
Melayu

dan

dan

badan

kemajuan,
yang

serta

terlibat

kedudukan

bagi

bahasa

menggambarkan

penggunaan bahasa yang diucapkan oleh 70 juta manusia.


1 Perhatikan kemajuan, pertimbangkan kedudukan bahasa Melayu
dan kaitkan penggunaannya dalam fasa-fasa tersebut.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ERA SEBELUM MERDEKA


Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu mencapai kedudukan
yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa
pengantar di pusat pendidikan Islam. Seterusnya, jika ditelusur kedudukan bahasa Melayu
selepas keruntuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka iaitu pada zaman penjajahan
Portugis (1511-1640) dan Belanda (1640-1820), didapati bahawa bahasa tersebut tetap
digunakan dalam hubungan antara pemerintah (penjajah) dengan rakyat, barangkali dengan
perantaraan jurubahasa. Jika tidak, komunikasi tidak mungkin berlaku antara pemerintah
(penjajah) dengan rakyat.
Dalam konteks ini, bahasa Portugis dan Belanda juga turut digunakan, namun secara
terhad yang melibatkan urusan pemerintahan sesama bangsa pemerintah (penjajah) itu sendiri
(Asmah Omar 2008: 31). Ini bermakna pada zaman penjajahan tersebut bahasa Melayu masih
digunakan sebagai bahasa perhubungan rakyat jelata, bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran.
Surat-surat raja Melayu pada abad ke-16 ditulis dalam Bahasa Melayu kepada Raja Portugis.
Dengan demikian raja-raja daripada kerajaan Aceh juga menggunakan Bahasa Melayu dalam
urusan diplomatik untuk berhubung dengan kerajaan asing. Bahasa Melayu juga telah
menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Hal demikian
memaparkan kewibawaan dan kemampuan bahasa Melayu sekalipun dalam cengkaman
penjajah.
Namun, situasi ini berbeza pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu pada
awal abad ke-201 apabila bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa utama. Ketika zaman
penjajahan, Bahasa Inggeris merupakan bahasa pentadbiran yang rasmi dan juga bahasa
persekolahan, ini merupakan suatu keadaan yang umum bagi semua daerah yang dijajah oleh

Inggeris, dan juga kuasa-kuasa barat yang lain. Oleh itu, Bahasa Inggeris mendapat
kedudukan yang tinggi. Hal ini mendatangkan kesan buruk ke atas perkembangan Bahasa
Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu menjadi terbatas iaitu hanya digunakan sebagai bahasa
perhubungan di rumah dan bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah.

Akibatnya, Bahasa Melayu tidak mempunyai peluang yang cukup untuk berkembang
menjadikan kedudukan sosialnya lebih rendah daripada Bahasa Inggeris, dan dari segi fungsi,
Bahasa Melayu dianggap kurang kerana ketiadaan istilah-istilah yang lengkap dan bersifat
khusus. Dorongan untuk mempelajari Bahasa Melayu juga hampir tidak ada kerana kerana
kemajuan sosial dan ekonomi seseorang individu tidak bergantung kepada pengetahuan
Bahasa Melayu tetapi sebaliknya bergantung kepada pengetahuan Bahasa Inggeris yang ada
dalam dirinya.
Kedudukan bahasa Melayu pada masa ini semakin merosot dan hanya menjadi bahasa
pengantar untuk peringkat persekolahan yang paling rendah. Selain itu, bahasa Melayu
menjadi bahasa perhubungan untuk golongan bawahan sahaja. Kewibawaan bahasa Melayu
pada waktu ini telah hilang dan tenggelam dalam tangan penjajah. Bahasa Melayu hilang
maruah dan hala tuju. Namun keadaan mula berubah apabila berlaku perjuangan mengangkat
bahasa Melayu serentak dengan perjuangan membebaskan tanah air daripada penjajah oleh
para nasionalis yang terdiri daripada guru-guru Melayu, para wartawan, para sasterawan dan
ahli-ahli politik.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ERA SELEPAS MERDEKA


Perjuangan oleh para nasionalis telah membuka lembaran baharu kepada
nasib bahasa Melayu apabila bahasa tersebut isytiharkan sebagai Bahasa
Kebangsaan dalam Perlembagaan Merdeka Tanah Melayu 1957. Perkara 152
Perlembangaan Persekutuan telah mengangkat bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dan wajib digunakan dalam urusan rasmi. Bahasa Melayu juga telah
diangkat sebagai bahasa pengantar pendidikan dari peringkat sekolah rendah
sehinggalah ke peringkat universiti.

Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.

Oleh yang demikian, hubungan bahasa dan perpaduan rakyat ditekankan oleh Penyata
Razak1956 demi membina identiti bangsa melalui pendidikan. Menurut Prof. Abdullah
Hassan dalam buku Mohd.Taib Osman (2004), penyampaian ilmu secara berkesan hanyalah
dapat dilakukan dalam bahasa ibunda kerana bahasa dapat memupuk perkembangan emosi
manusia.
Status bahasa Melayu ini telah diperkukuhkan lagi dengan pengubalan
Akta

Bahasa

Kebangsaan

1963/1967.

Selain

digunakan

dalam

institusi

pendidikan, bahasa Melayu juga telah diperluaskan penggunaannya dalam


urusan kehakiman, persidangan Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan
Dewan Negara.

Meskipun telah menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan dan
digunakan sebagai bahasa ilmu serta bahasa perpaduan namun, bahasa Melayu perlu
disemarakkan dan diberi penghormatan bagi memperkasakan kedudukannya.

You might also like