You are on page 1of 4

LAPORAN UNIT KOKURIKULUM

SKUASY

1.O PENGENALAN
Setiap tahun Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor akan
mengadakan Kejohanan Skuasy. Sehubungan dengan itu SK Assunta
2 telah mengambil bahagian dalam Kategori Perempuan 12 tahun
ke bawah .

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mengasah bakat dan memberi peluang kepada murid
mempamerkan kehebatan dalam pertandingan Skuasy.
2.2 Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan
Negara dari peringkat sekolah rendah lagi.
2.3 Mendidik murid supaya lebih bersemangat juang untuk
mengharumkan nama sekolah amnya dan nama sendiri khasnya.
2.4 Mewujudkan persaingan yang sihat di antara perserta yang
terlibat.
3.0 RASIONAL
3.1 Dapat mengembangkan bakat murid.
3.2.dapat mengembangkan kemahiran yang dipelajari dalam
Pendidikan Jasmani untuk diserapkan dalam aktiviti luar sekolah.
3.3 Mengenalpasti potensi dan kelebihan diri murid.
3.4 Menambah kemahiran dan pengalaman guru dalam pengurusan
murid yang menyertai pertandingan luar sekolah.
4.0 BUTIRAN KEJOHANAN
Pertandingan Skuasy anjuran MSSS telah diadakan di SMK(L) Bukit
Bintang pada 9 Februari 2015. Seorang murid tahun 4 dari SK
Assunta 2 (M) telah menyertai pertandingan tersebut iaitu
Laalithaambigai A/P Vengadasalam dari tahun 4K.

Tarikh

: 9 Februari 2015

Masa

:8.00 pagi hingga 4.00 ptg

Tempat

: SMK (L) Bukit Bintang

5.0 SASARAN PESERTA


Perserta adalah merupakan pelajar Tahun 4 yang mengikuti latihan
Skuasy diluar sekolah dan mempunyai jurulatih sendiri.
6.0 CATATAN/ULASAN
Peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan skuasy
peringkat MSSS walaubagaimamapun tidak mendapat tempat.
Peserta mempunyai masalah tidak biasa dengan court tersebut
memandangkan sebelum ini sering menjalani latihan dan
pertandingan di Bukit jalil. Perserta kurang senang dengan dinding
court yang berwarna putih menyebabkan beliau hilang fokus. Oleh
itu saya mencadangkan perserta ini diberi pendedahan dengan
keadaan gelanggang skuasy yang berbeza-beza dimasa hadapan
supaya tidak menyebabkan isu sama timbul. Peserta ini mempunyai
kemahiran dan bakat dalam permainan Skuasy, oleh itu semua
pihak harus bekerjasama bagi meningkatkan lagi potensi peserta
ini.

Disediakan oleh:
..
Pengurus Peserta
Skuasy
SK.Assunta 2 (M)
Farhana Bt Muhd.Kamaruddin Peter
Disemak oleh:
.

Penolong Kanan Kokurikulum


SK.Assunta 2 (M)
Pn.Maheran Bt Abu Zahid

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA DUA (M)


UNIT KOKURIKULUM

LAPORAN
PERTANDINGAN SKUASY
PERINGKAT MSSS

TARIKH : 19 FEBRUARI 2015


MASA

: 8.00-4.00 PTG

TEMPAT : SMK (L) BUKIT BINTANG

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:


FARHANA BT MUHD KAMARUDDIN PETER

-----------------------------------------------------------

You might also like