You are on page 1of 3

Anugerah

Anugerah Sri
Kandi Persatuan
Pandu Puteri

Anugerah
Pandu Puteri
Raja
Anugerah
Lain

1. Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri


Malysia
Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia disampaikan setiap dua
tahun sebagai:

Penghargaan kepada seorang ahli yang pernah atau sedang terlibat


dalam Persatuan Pandu Puteri sehinggakan boleh dijadikan sebagai
teladan (role model) dalam kerja sukarela dan berjaya menaikkan
nama dan martabat Persatuan Pandu Puteri sama ada di peringkat

Daerah, Cawangan atau Kebangsaan.


Penghormatan kepada wanita yang kerap menggunakan sumber, bakat
dan pengaruh yang ada padanya secara efektif untuk membantu

wanita lain mencapai potensi mereka.


Penghormatan kepada wanita bukan warga negara Malaysia yang
memberi sumbangan meningkatkan imej Persatuan Pandu Puteri
Malaysia di negara Malaysia

Anugerah Srikandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada:


Pingat Emas Sri Kandi
Sebuah Trof
Sijil

2. Anugerah Pandu Puteri


Raja
Anugerah Pandu Puteri Raja merupakan Anugerah tertinggi dalam Program
Pandu Puteri yang diberi kepada Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri
Renjer yang berkualiti. Antara prasyarat untuk Anugerah Pandu Puteri Raja
ialah:

Calon telah lulus Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya Malaysia.


Calon telah memperoleh Bintang Pandu Puteri II dan Bintang Pandu

Puteri III.
Calon berjaya merancang dan mengendalikan satu projek khidmat
masyarakat selama sekurang-kurangnya tiga bulan secara berterusan

dengan memberi tumpuan minimum empat jam seminggu.


Calon telah menyertai dengan jayanya Bengkel Selalu Sedia sebelum
calon meningkat umur 18 tahun.

Anugerah
Lain
Layang-layang
Penghormatan yang tertinggi kepada
sesiapa yang membuat jasa terbaik
kepada Persatuan Pandu Puteri
seluruhnya

Lebah
Diberi kepada sesiapa yang membuat
jasa istimewa kepada Persatuan Pandu
Puteri Malaysia

Pingat Jasa
Diberi kepada sesiapa yang membuat
bakti luar biasa kepada Persatuan Pandu
Puteri Malaysia

Tangkai Padi
Diberi kepada orang yang membuat jasa
terpuji kepada Persatuan

Pingat Bintang
Diberi kepada ahli periman yang
membuat jasa terbaik kepada Persatuan
Pandu Puteri seluruhnya.

Pingat Terima Kasih


Diberi kepada ahli periman yang memberi
perkhidmatan terpuji kepada Persatuan
Pandu Puteri Malaysia

You might also like