You are on page 1of 5

RESEPI MURUKU

Muruku
Bahan-bahan:
250g tepung muruku
250g tepung pulut
50g ke 80g bijan
1 sudubesar serbuk cili
1 sudubesar jintan putih - boleh blend
1 sudubesar jintan manis - boleh blend
1 sudubesar lemuju / jemuju - boleh blend
2 sudubesar mentega / butter
2biji telur
250 ml santan + setengah sudubesar garam
daun kari untuk tabur masa menggoreng
minyak untuk menggoreng
nota* untuk tambah wangi dalam adunan boleh juga ditambah sedikit daun kari yang
dikeringkan kemudian dikisar halus. (tips dari dapur semasa menggoreng muruku bersama
Uncle)

MURUKU MELAYUBahan-bahannya:500g tepung muruku(1 kampit)


500g tepung ubi
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar biji lemuju(kat kedai india ada jual)
1/2 biji kelapa diambil 3 cawan santan-dimasak sehinggan terbit minyak.sejukkan
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
acuan muruku
cara membuatnya:Satukan tepung muruku+tepung ubi dan rempah-rempah tadi, masukkan
garam dalam santan kacau hingga larut..pastu masukkan kedalam adunan hingga jadi doh
yang paling lembut. Panaskan minyak..tekan acu muruku kedalam minyak tadi.jangan kacau
dulu biar seketika sebab takut patah.goreng sampai kekuningan..kalau nak pedas letak cili
kering pun boleh.

Muruku
Melayu 2
Bahan-bahan:
350gm gram flour - kalau kat msia guna tepung muruku
200gm tepung beras
2 camb sesame seeds
2 camb serbuk cili (chillie powder)
2 camt serbuk kunyit
2 camt jemuju (caraway seeds)

2 camt garam
6 camb minyak masak
300ml air atau secukupnya
acuan muruku
minyak untuk menggoreng
cara:
satukan semua bahan sehingga menjadi adunan yang lembut
masukkan sedikit adunan ke dalam acuan muruku
goreng dengan minyak yang banyak (terendam) sehingga keperangan dan garing
angkat dan toskan di atas kitchen towel
kemudian biarkan sejuk dan simpan ke dalam bekas kedap udara

Muruku Resepi dari Aishah ng


Bahan2:
1 cwn tepung kacang kuda
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
2 sudu besar minyak sapi
3-4 sudu besar serbuk rempah tandoori/serbuk kari
Sdkt bijan
Sdkt jintan manis
Sdkt garam
Sdkt udang kering (dikisar menjadi serbuk)
Air suam secukupnya
Caranya:

1) Tepung kacang digoreng tanpa minyak sekejap dgn api perlahan dan diayak.
2) Panaskan minyak sapi hingga cair dan tuangkan ke atas tepung dan rempah2 tugaul
hingga rata..barula masukkan air secukupnya.
3) Uli hingga adunan boleh dipegangjgn terlalu keras..nanti susah nak guna acuan tu.
4) Panaskan minyakpastikan betul2 panas barula tekan adunan ke dalam minyak tu.Goreng
hingga betul2 masak dan garing.Kalau tak cukup garing..murukku kurang rangup dan tak
sedap dikunyah.Simpan dalam bekas kedap udara.

MURUKU BERBEZA Diambil dari Intanshahirah's Weblog

MURUKU 1(dgn gram flour)

Bahan-bahannya
2 cawan tepung beras
1/2 cawan gram flour
1/2 cawan tepung kacang hijau
1 camb jintan putih
1 camb ajwan
1/2 camt serbuk cili
Secubit serbuk penaik
Garam secukup rasa

Minyak sapi untuk menguli (jadi doh)

MURUKU 2
Bahan-bahannya
3 biji telur, dipukul sedikit
600 g tepung kacang dal
250-300 ml air + 1 camt garam
240 g tepung beras
2 camb serbuk cili
1 camb serbuk jintan putih
1 1/2 camb serbuk jintan manis
160 g marjerin
Minyak utk menggoreng
3-4 pelepah daun kari

Caranya
Apa beza kedua-dua resipi muruku di atas?
Resepi yg menggunakan telur lebih lemak tetapi muruku tanpa telur lebih 'asli' rasanya.
Lagipun, ia mudah untuk digoreng kerana muruku dengan adunan telur akan berbuih
minyaknya.

You might also like