You are on page 1of 17

Kajian Kes : Mungkir Pertunangan

Kajian Kes : Mungkir pertunangan


Aisyah telah dipinang oleh keluarga Johan. Semasa upacara peminangan, kedua-dua belah
pihak telah menetapkan mahar RM800 berserta persalinan serba dua kerana melangkah bendul.
Mereka juga telah bertukar-tukar hantaran dimana pihak Johan telah memberikan sebentuk
cincin emas berlian berharga RM13,000 dan wang hantaran sebanyak RM20,000 dan pihak
perempuan telah memberi cincin perak bertatah berlian berharga RM10,000.
Dalam tempoh pertunangan, pihak perempuan telah membuat persiapan perkahwinan dengan
membeli peralatan bilik pengantin, mengecat dan mengubahsuai rumah dan membeli pakaian
pengantin sebanyak 5 pasang. Kesemua persiapan tersebut berjumlah RM200,000.
Seminggu sebelum tarikh perkahwinan, Aisyah mendapat sms daripada Johan bahawa beliau
ingin memutuskan pertunangan kerana beliau terkena santau dan Johan baru mendapat tahu
bahawa Aisyah masih tunangan Kasim. Sedangkan Aisyah telah menyiapkan segala persiapan
perkahwinan dan kad-kad jemputan telah diedarkan.
Pada hari perkahwinan, Aisyah telah ditemuramah oleh wartawan dan disiarkan dimuka
hadapan surat khabar utama dengan tuduhan Johan lelaki dayus. Aisyah juga menyatakan
bahawa beliau tidak memberi jawapan kepada pinangan oleh Kasim.
Nasihatkan Aisyah dan Johan.
3 isu yang perlu diteliti dan dirungkaikan :
1. Adakah sah ikatan pertunangan?
2. Siapakah yang memungkiri? Adakah alasan yang diberikan boleh diterima oleh syarak?
3. Apakah remedi yang boleh dituntut oleh kedua-dua belah pihak?
Isu 1 : Adakah sah ikatan pertunangan?
a. Ulama telah mengharuskan pertunangan sebagai langkah awal kepada ikatan perkahwinan.
Al-Baqarah : 235 `Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara
kiasan) untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam iddah)
Jabir bin Abdullah, Rasulullah saw bersabda : `Jika seseorang kamu mahu meminang seorang
perempuan kalau boleh lihat lebih dahulu apa yang menjadi daya tarikan untuk mengahwininya,
maka hendaklah dilakukannya
b. Syarat-syarat perempuan yang dipinang
i. perempuan yang boleh diakadnikahkan
ii. bukan perempuan yang telah dipinang
iii. tidak dalam iddah

iv. bukan perempuan yang diharamkan berkahwin


c. Dalam kes ini, isu yang ditimbulkan oleh Johan bahawa Aisyah adalah tunangan Kasim.
Persoalannya, adakah pinangan Kasim diterima? Aisyah mengakui bahawa Kasim ada
meminang tetapi beliau masih belum memberikan sebarang jawapan sehinggalah beliau
menerima pinangan Johan.
Hadis : `Janganlah seorang lelaki meminang selepas pinangan saudaranya kecuali setelah
peminang yang pertama itu meninggalkannya (memutuskannya) atau memberi kebenaran
kepada peminang selepasnya
Terdapat 3 keadaan :
i. pinangan pertama telah diterima
- fuqaha sepakat : HARAM bagi peminang baru datang meminangnya kerana dia menceroboh
hak peminang yang pertama dan boleh menimbulkan perkelahian.
- Mazhab Malik : HARAM meminang perempuan yang menaruh minat kepada seseorang lelaki
yang tidak fasik.
ii. pinangan pertama ditolak
- ulama sepakat : HARUS bagi lelaki lain meminangnya kerana hak lelaki pertama tidak sabit.
iii. pinangan yang belum ditolak dan belum diterima
- fuqaha : TIDAK BOLEH orang baru meminangnya, kerana ada unsur mencabar orang
yang pertama yang berkemungkinan pinangan akan diterima, tetapi dengan kedatangan
pinangan yang baru bererti peminang kedua memotong peluang orang yang pertama.
- fuqaha : HARUS bagi orang yang baru meminangnya, kerana pinangan masih belum
diberi keputusan itu belum lagi sempurna dan belum sabit hak peminangnya.
- Hadis Mutttafaq alaih : Fatimah binti Qais telah berjumpa Rasulullah saw menceritakan
bahawa Muawiyah dan Abu Jahm telah meminangnya. Rasulullah bersabda Muawiyah
seorang yang miskin tidak ada harta, manakala Abu Jahm pula seorang yang sentiasa
meletakkan tongkat di atas tengkuknya (garang dengan isterinya), maka kahwinlah dengan
Usamah bin Zaid.
Dalam kes ini, Johan telah meminang Aisyah dalam keadaan beliau tidak tahu bahawa Kasim
ada masuk meminang Aisyah terlebih dahulu. Seterusnya, Johan dan Aisyah boleh berpegang
kepada pendapat (iii) iaitu HARUS bagi Johan meminang Aisyah selagimana Aisyah belum
menerima pinangan orang lain dan berpegang kepada dalil hadis Fatimah binti Qais di atas.
Ikatan pertunangan antara Johan dan Aisyah adalah SAH dari segi hukum syarak.

Isu 2 : Siapakah yang memungkiri? Adakah alasan yang diberikan boleh diterima oleh syarak?
a. Johan yang memungkiri dan ingin memutuskan ikatan pertunangan atas 2 alasan :
i. baru mendapat tahu bahawa Aisyah adalah tunangan Kasim
ii. terkena `santau
Isra : 34 `Dan sempurnakan perjanjian
Hadis : `Tunaikan janji bila kamu berjanji

b. Adakah alasan ini boleh diterima oleh undang-undang dan hukum syarak?
Seksyen 15 AUKI 1984 : `tanpa apa-apa sebab yang sah
Alasan pertama :
Jika benar Aisyah adalah tunangan Kasim, maka Johan mempunyai alasan yang kukuh dan
sebab yang sah untuk membatalkan pertunangan kerana jika Johan meneruskan pernikahannya
dengan Aisyah maka terdapat 3 pendapat fuqaha :
i.
ii.
iii.

Jumhur fuqaha : nikah SAH tetapi perbuatan meminang tunang orang lain itu
BERDOSA
Daud al-Zahiri : nikah TIDAK SAH dan terFASAKH, kerana hakikat larangan
meminang bererti larangan bernikah itu sendiri
Imam Malik : 3 pendapat :
o Nikah SAH
o Nikah TIDAK SAH
o Jika isteri sudah disetubuhi tidak boleh difasakhkan kerana akad telah terjadi
Jika isteri belum disetubuhi hendaklah difasakhkan nikahnya

Jika sekiranya, Aisyah belum menerima pinangan Kasim dan daripada sesiapa sahaja, maka
alasan tersebut bukanlah sebab yang sah untuk membatalkan pertunangan ini.
Alasan kedua :
Johan menyatakan bahawa beliau terkena `santau. Adakah ini alasan yang sah mengikut
undang-undang dan hukum syarak?

Isu 3 : Apakah remedi yang boleh dituntut oleh kedua-dua belah pihak?
a. Dibawah isu ini terdapat 2 persoalan yang perlu diketahui terlebih dahulu iaitu :
1. Apakah persetujuan yang telah dicapai dan hadiah yang telah diberi antara kedua-dua belah
pihak?
a. Persetujuan yang dicapai :
i. mahar sebanyak RM800
ii. persalinan serba dua
b. Barang-barang hantaran pihak-pihak :
i. daripada Johan : sebentuk cincin emas berlian berharga RM13,000 dan wang hantaran
RM20,000
ii. daripada Aisyah : sebentuk cincin perak bertatah berlian berharga RM10,000

2. Apakah perbelanjaan yang telah dibuat oleh kedua-dua belah pihak?


a. perbelanjaan Johan :
b. perbelanjaan Aisyah : peralatan bilik pengantin, mengecat dan mengubahsuai rumah dan
membeli pakaian pengantin sebanyak 5 pasang. Kesemua persiapan tersebut berjumlah
RM200,000.
b. Remedi yang disediakan menurut Undang-Undang dan Hukum Syarak :
i. Hukum Syarak
3 pendapat ulama :
HANAFI : jika hadiah-hadiah masih sempurna dan belum menukar keadaannya atau dimakan
atau dimusnahkan, pemberi boleh meminta balik hadiah tersebut, jika kemungkiran janji oleh
pihak yang lain. (tidak kisah sama ada pihak lelaki atau pihak perempuan yang putuskan, maka
pihak yang dimungkiri janjinya boleh meminta balik hadiah tersebut)
MALIKI : Jika kemungkiran dari pihak lelaki, dia tidak berhak meminta balik hadiah tersebut.
Jika kemungkiran dari pihak perempuan, lelaki boleh meminta balik hadiah yang diberi
olehnya, sama ada hadiah itu masih ada atau tidak. Jika hadiah itu telah dimusnahkan, harganya
harus dibayar. (perempuan mungkir, lelaki boleh minta hadiah)
SHAFIE : Hadiah-hadiah hendaklah dikembalikan sama ada masih wujud atau tidak. Jika
hadiah itu masih ada, hendaklah dikembalikan.Jika telah dimakan atau digunakan atau hilang,
harganya hendaklah dikembalikan. (kena kembalikan hadiah)
ii. Seksyen 15 AUKI 1984 :
`tanpa apa-apa sebab yang sah, `pihak yang mungkir bertanggungjawab memulangkan
pemberian-pemberian pertunangan jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa yang telah
dibelanjakan dengan suci hati untuk persediaan perkahwinan `boleh dituntut melalui tindakan
Mahkamah
iii. Kes-kes :
1. Aishah lwn Jamaludin
2. Hussin lwn Moh
3. Abdul Latiff
4. Norlida lwn Hasmawi
iv. Dalam kes ini, Johan mungkir pertunangan atas alasan santau. Jika sekiranya, beliau berjaya
membuktikannya di Mahkamah kelak, maka beliau boleh memohon agar diketepikan
pemberian dan perbelanjaan yang perlu dibayar kepada Aisyah. Jika beliau gagal, maka Johan
hendaklah memulangkan kesemua pemberian yang telah diberikan oleh Aisyah, dan jika

sekiranya pemberian itu tidak ada, hendaklah dibayar harganya. Jika mengikut pendapat Syafie,
maka Johan juga boleh memohon agar pemberiannya kepada Aisyah dikembalikan semula.
Persoalannya, sama ada Johan perlu membayar sejumlah RM200,000 persiapan perkahwinan
yang telah dibelanjakan oleh Aisyah? (dah bayar hantaran RM20,000 + pendapatan Johan +
g/rugi aib)
Persoalan seterusnya, bolehkah Johan menuntut semula wang mahar sebanyak RM800 serta
gantirugi kerana aib dan malu apabila disiarkan berita `Johan lelaki dayus dimuka hadapan
akhbar utama?

Pasangan `kahwin lari' mesti daftar semula


Berita Harian - Bicara kalbu: Pasangan 'kahwin lari' mesti daftar semula
SAYA sudah beristeri, namun jatuh cinta buat kali kedua. Keinginan untuk 'kahwin lari'
semakin kuat kerana tidak mendapat restu isteri pertama. Apakah pandangan puan mengenai isu
kahwin lari? Bagaimana pula hak isteri dan anak daripada pernikahan ini?

Suami Teringin, Johor.


Jawapan :
Secara umumnya kahwin sorok-sorok atau lari tidak boleh dilihat secara terpisah daripada isu
lain. Ia hanyalah sebahagian daripada gejala penyakit sosial yang membarah dalam masyarakat
pada hari ini.
Menurut Islam, institusi keluarga mesti dibina atas tapak akidah kukuh, disusun mengikut
acuan syariah yang lengkap dan dihias akhlak Islam yang unggul dan murni.
Oleh itu, dari sudut moral dan tanggapan masyarakat kahwin sorok-sorok dan kahwin lari
menjatuhkan maruah diri dan keluarga. Ia akan menjadi sejarah hitam, merosakkan nama,
reputasi dan menjadi sebutan hingga ke anak cucu. Sebaiknya, elakkan daripada melakukannya.
Apabila terjadi perkahwinan yang sah, sama ada secara sembunyi atau terang-terang, hak dan
tanggungjawab tidak boleh dielakkan. Jika ditakdirkan mendapat anak, maka haknya sama
dengan anak isteri pertama dalam serba serbinya.
Bagi pernikahan sorok-sorok, mesti disabitkan sah oleh Mahkamah Syariah (didaftarkan semula
menurut proses biasa dengan membayar denda).
Isteri bagi pasangan yang berkahwin lari atau sembunyi mempunyai hak yang sama dengan
isteri pertama. Ada lapan hak isteri mesti ditunaikan dalam tempoh perkahwinan iaitu:
l) Mahar.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin mereka
sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada
kamu sebahagian daripada mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang
halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya." (Surah an-Nisa', ayat 4)
Ketika Khalifah Umar menganjurkan adanya had mas kahwin, ada seorang wanita tua yang
menyanggah. Dan Umar bersetuju dengan pendapat wanita itu, dengan berkata: "Wanita itulah
yang benar, Umar yang salah."
Seksyen 21 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
memperuntukkan: Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya

kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan


perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.
Seksyen 57 Akta
memperuntukkan:

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

Tiada apa juga yang terkandung dalam akta ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin
ada pada seseorang isteri di bawah hukum syarak terhadap mas kahwinnya dan pemberian
kepadanya atau apa-apa bahagian daripadanya apabila perkahwinannya dibubarkan.

2) Nafkah.
Firman Allah yang bermaksud: "Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah mengikut
kemampuannya. Barang siapa yang sempit (sedikit)rezekinya, hendaklah memberi nafkah
menurut yang diberikan Allah kepadanya.
Allah tidak memberati diri seseorang, melainkan menurut yang diberikan Allah kepadanya.
Nanti Allah mengadakan kemudahan sesudah kesukaran." (Surah at-Talak, ayat 7)
Seksyen 59 Akta
memperuntukkan:

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

(1) Tertakluk kepada hukum syarak, mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki
membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya
(2) Tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah, seseorang isteri tidaklah
berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut
kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain apabila dia menjauhkan dirinya daripada
suaminya; meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; enggan
berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah
mengikut hukum syarak.

3) Perhubungan suami isteri.


Firman Allah yang bermaksud: "Isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu
datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang disukai dan sediakanlah amal yang baik
untuk diri kamu; dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan
menemui-Nya pada hari akhirat kelak. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang
beriman." (Surah al-Baqarah, ayat 223)

4) Perlindungan daripada gangguan/penderaan.


Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
memperuntukkan: Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut hukum syarak adalah
berhak untuk mendapat suatu perintah membubarkan perkahwinan atas satu atau lebih alasan
berikut, bahawa suami menganiayainya, lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya
menderita disebabkan kelakuan aniaya, berkawan dengan perempuan jahat atau hidup
berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak atau cuba memaksa
isteri hidup secara lucah.
Seksyen 107 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
memperuntukkan: Mahkamah berkuasa dalam masa perbicaraan hal ehwal suami isteri masih
belum selesai atau pada atau selepas pemberian sesuatu perintah perceraian, fasakh, atau
pembatalan, memerintahkan seseorang menahan dirinya dari mengganggu atau menceroboh
dengan apa carapun ke atas suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isterinya.

5) Keadilan.
Seksyen 128 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
memperuntukkan: Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut
hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi
RM1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

6) Membubarkan perkahwinan. Seseorang wanita berhak memohon perceraian dalam beberapa


keadaan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan diperuntukkan oleh Undang-Undang
Keluarga Islam iaitu perceraian dengan talak atau dengan perintah, khuluk atau tebus talak,
taklik atau janji, fasakh dan lian.

7) Memiliki harta.

8) Layanan baik dan bimbingan.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Berpesanlah kamu terhadap berbuat baik kepada
perempuan, kerana sesungguhnya perempuan ini dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.
Sekiranya engkau cuba membetulkannya, ia akan patah, sekiranya engkau membiarkannya, dia
akan terus bengkok." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hak-Hak Wanita Semasa Dalam Tempoh Perkahwinan


1. Mahar

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas-mas kahwin mereka sebagai pemberian
yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian
dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat
yang lazat, lagi baik kesudahannya. (An-Nisa : 4)
Ketika Khalifah Umar r.a. menganjurkan adanya pembatasan mas kahwin, ada seorang wanita
tua yang menyanggahnya. Dan Umar r.a. bersetuju dengan pendapat wanita itu, dengan berkata:
Wanita itulah yang benar, Umar yang salah
Seksyen 21 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
memperuntukkan :
Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak
perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan
sekurang-kurangnya dua orang saksi lain
Seksyen 57 Akta
memperuntukkan :

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin
ada pada seseorang isteri di bawah Hukum Syarak terhadap mas kahwinnya dan pemberian
kepadanya atau apa-apa bahagian daripadanya apabila perkahwinannya dibubarkan.
2. Nafkah
Hendaklah orang-orang yang mampu memberikan nafkah mengikut kemampuannya.
Barangsiapa yang sempit (sedikit) rezekinya, hendaklah memberi nafkah menurut yang
diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memberati diri seseorang, melainkan menurut yang
diberikan Allah kepadanya. Nanti Allah mengadakan kemudahan sesudah kesukaran (AtTalak: 7)
Perempuan-perempuan itu hendaklah kamu tempatkan dalam kediaman yang sesuai dengan
kemampuanmu, dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak menimpakan
kesempitan kepada mereka (At-Talak : 6)
Seksyen 59 Akta
memperuntukkan :

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

(1) Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki
membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya
(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah
berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut
kemahuan atau perintah sah suaminya , iaitu, antara lain
1. apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
2. apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;
3. apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,
tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.
3. Perhubungan Suami Isteri
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman
kamu menurut cara yang disukai dan sediakanlah amal-amal yang baik untuk diri kamu; dan
bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya pada hari
akhirat kelak. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman (Al-Baqarah :
223)
Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
memperuntukkan :
(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk
mendapat suatu perintah membubarkan perkahwinan atas satu atau lebih alasan-alasan yang
berikut, iaitu
(d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab munasabah, kewajipan perkahwinannya
(nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
(e) bahawa telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak
tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
(f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau
vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana
suami bersengaja enggan mensetubuhinya.
4. Perlindungan dari Gangguan/Penderaan
Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan
dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan
menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu
telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan
bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika
kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburuburu menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak
menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu) (An-Nisa : 19)
Seksyen 52 Akta
memperuntukkan :

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk
mendapat suatu perintah membubarkan perkahwinan atas satu atau lebih alasan-alasan yang
berikut, iaitu
(h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain
(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya; atau
(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut
pandangan Hukum Syarak; atau
(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau
Seksyen 107 Akta
memperuntukkan :

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

Mahkamah adalah berkuasa dalam masa perbicaraan hal ehwal suami isteri masih belum selesai
atau pada atau selepas pemberian sesuatu perintah perceraian, fasakh, atau pembatalan,
memerintahkan seseorang menahan dirinya darimengganggui atau menceroboh; dengan apa-apa
carapun ke atas suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isterinya
5. Keadilan
`dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum menghalang kamu dari berlaku
adil, maka berlaku adillah kerana ia lebih dekat dengan taqwa (Al-Maidah : 16)
Seksyen 52 Akta
memperuntukkan :

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk
mendapat suatu perintah membubarkan perkahwinan atas satu atau lebih alasan-alasan yang
berikut, iaitu
(h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain
(vi) jika ia mempunyai isteri lebih dari seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara
adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak
Seksyen 128 Akta
memperuntukkan :

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut Hukum Syarak
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu
ringgit atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.
6. Membubarkan perkahwinan
Seseorang wanita berhak memohon perceraian dalam beberapa keadaan yang dibenarkan oleh
Hukum Syarak dan diperuntukkan oleh Undang-Undang Keluarga Islam iaitu :

1. Seksyen 47 : Perceraian dengan talak atau dengan perintah


2. Seksyen 49 : Perceraian khuluk atau tebus talak
3. Seksyen 50 : Perceraian secara taklik atau janji
4. Seksyen 52 : Perceraian secara fasakh
7. Memiliki Harta
Seksyen 52 Akta
memperuntukkan :

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk
mendapat suatu perintah membubarkan perkahwinan atas satu atau lebih alasan-alasan yang
berikut, iaitu
(h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain
(iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari menggunakan hak-haknya di sisi
undang-undang terhadap harta itu
8. Layanan Baik Dan Bimbingan
Sabda Rasulullah saw : `Pesan memesanlah kamu terhadap berbuat baik kepada perempuan,
kerana sesungguhnya perempuan ini dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Sekiranya
engkau cuba membetulkannya, ia akan patah, sekiranya engkau membiarkannya, dia akan terus
bengkok (Riwayat Bukhari dan Muslim)
9. Memberi Pandangan Dalam Poligami
Seksyen 23(4) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
memperuntukkan :
Apabila suami membuat permohonan berpoligami, maka isteri-isteri sedia ada hendaklah
dipanggil oleh Mahkamah supaya hadir apabila permohonan tersebut didengar
p/s :
Pagi tadi suria menghadiri satu kes poligami. Suami hadir berpakaian kemas dan segak sekali
sambil membawa 2 orang isterinya yang masih muda. Turut hadir bakal madu, iaitu bakal isteri
no. 3. Ketiga-tiga wanita tersebut duduk bersama-sama dan berbual mesra sambil menunggu
nama di panggil untuk masuk ke dalam kamar hakim.
Begitulah... nampak seolah-olah mustahil seorang suami untuk membawa isteri-isteri sedia ada
ke mahkamah untuk mahkamah untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum membenarkan
permohonan poligami tetapi `nothing is impossible'. Yang penting, suami berkemampuan, adil
dan bertanggungjawab, berani berhadapan dengan isteri-isteri menceritakan hasrat yang
bersarang di dalam hati dengan penuh hikmah dan kasih sayang.

Hak-Hak Wanita Selepas Perceraian


1. Nafkah Eddah
Dan jika mereka (isteri yang telah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka
nafkahnya hingga mereka bersalin kemudian jika mereka menyusukan anak-anakmu maka
berikanlah mereka upahnya (At-Talak : 6)
Seksyen 59 Akta
memperuntukkan :

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

(1) Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki
membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya
(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah
berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut
kemahuan atau perintah sah suaminya , iaitu, antara lain
1. apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
2. apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;
3. apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,
tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak

(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka
isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz
Seksyen 65(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
memperuntukkan :
Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang
dahulu di bawah suatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh edah atau
apabila isteri itu menjadi nusyuz
2. Hutang Mas Kahwin
Seksyen 57 Akta
memperuntukkan :

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin
ada pada seseorang isteri di bawah Hukum Syarak terhadap mas kahwinnya dan pemberian
kepadanya atau apa-apa bahagian daripadanya apabila perkahwinannya dibubarkan
3. Tempat Tinggal

Tempatkanlah para isteri kamu di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuan dan
janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan hati mereka (At-Talak : 6)
Seksyen 71 Akta
memperuntukkan :

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

(1) Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa
tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai
untuk isteri.
(2) Hak tempat tinggal akan terhenti
(a) jika tempoh eddah telah tamat ; atau
(b) jika tempoh penjagaan anak telah tamat ; atau
(c) jika perempuan itu telah berkahwin semula ; atau
(d) jika perempuan itu telah bersalah melakukan perbuatan yang memberahikan secara terbuka
(fahisyah), dan sesudah itu suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan
rumah itu kepadanya

4. Mutah
dan hendaklah kamu berikan satu mutah (saguhati) kepada mereka. Orang yang mampu
memberikan mutah itu menurut kemampuannya orang yang miskin pula menurut
kemampuannya juga (Baqarah : 236)
Seksyen 2 Akta
memperuntukkan :

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

Mutah ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang
diceraikan. Di dalam kitab Kifayatul Akhyar, mutah bererti `nama bagi harta yang diberikan
oleh suami kepada isteri kerana suami menceraikannya.
Di dalam kitab `Iaanatut Talibin ada menyebut : `suami wajib memberi mutah kepada isterinya
yang telah disetubuhi walaupun isterinya itu seorang hamba, oleh kerana berlakunya perceraian
yang bukannya berpunca daripada isteri dan bukan juga disebabkan mati salah seorang suami
isteri itu.
Seksyen 56 Akta
memperuntukkan

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984
:

Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa
sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mutah atau pemberian saguhati kepada

Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati
bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami
membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak

5. Harta Sepencarian
`Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada
bahagian dari apa yang mereka usahakan (An-Nisa : 32)
Seksyen 2 Akta
memperuntukkan :

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

Harta Sepencarian ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan
berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak
Seksyen 58 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
memperuntukkan :
Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat
suatu perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu
dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya
mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak.

6. Hak Jagaan Anak (Hadhanah)


Dari Abdullah bin Amar, bahawa seseorang perempuan bertanya, Ya Rasulullah,
sesungguhnya bagi anak lelakiku ini perutkulah yang mengandungnya, pangkuan aku menjadi
perlindungannya dan susukulah yangmenyusuinya, tiba-tiba sekarang ayahnya mahu
mencabutnya dari aku. Maka Rasulullah SAW bersabda, Engkaulah lebih berhak terhadapnya
selama engkau tidak berkahwin lain
Seorang perempuan datang kepada Rasulullah SAW katanya, Ya Rasulullah! Sesungguhnya
suamiku mahu membawa anakku pergi padahal dialah yang mengambil air untukku dari sumur
Abu Unbah dan dia pun berguna sekali bagiku. Maka Rasulullah SAW bersabda, Ini ayahmu
dan ini ibumu. Pilihlah mana yang engkau sukai. Lalu anak tersebut memilih ibunya. Lalu
ibunya pergi membawa anaknya
Seksyen 81 Akta
memperuntukkan :

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

Ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu
masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan

6. Nafkah Anak
`Kalau mereka itu (bekas isterimu) menyusukan anakmu maka berilah upah mereka (At-Talak:
6)
`Janganlah seseorang itu menderita kesengsaraan kerana anaknya dari seorang bapa kerana
anaknya dan waris pun berkewajipan demikian (Al-Baqarah : 233)
Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda:
Hindun pernah bertanya, `Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan (suami hindun) seorang
lelaki yang sangat bakhil. Ia tidak pernah memberi belanja kepadaku yang dapat mencukupi
diriku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya itu, sedangkan ia tidak
mengetahuinya. Kemudian Rasulullah saw menjawab, `Ambillah apa yang sekiranya boleh
mencukupi dirimu dan anakmu dengan cara yang makruf
Seksyen 72 Akta
memperuntukkan :

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

Maka adalah menjadi kewajipan seorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu
berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi
mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang
munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar
kosnya
Seksyen 73 Akta
memperuntukkan :

Undang-Undang

Keluarga

Islam

(Wilayah

Persekutuan)

1984

Mahkamah boleh memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana
anaknya
(a) jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya
itu;
(b) jika dia telah meninggalkan langsung isterinya dan anaknya itu dalam jagaan isterinya;
(c) dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri; atau
(d) apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam
jagaan seseorang lain

You might also like