You are on page 1of 15

BAHAGIAN 1

PENGENALAN

Amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mengikut KBSR


adalah satu sistem penilaian untuk mengukur kebolehan dan prestasi murid-murid di
sekolah. Alat yang digunakan untuk sistem ini adalah alat yang dibina oleh guru sekolah.
Dalam KBSR, penilaian berasaskan sekolah telah diamalkan dalam aktiviti penilaian
digunakan untuk mengesan perkembangan individu secara menyeluruh. Ia juga disebutkan
sebagai Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR) atau Penilaian Kemajuan Sekolah
Menengah (PKSM) mengikut matlamat KBSR atau KBSM masing-masing.
Berdasarkan kajian Suah See Ling, Ong Saw Lan dan Shuki Osman dalam jurnal
Pentaksiran

Pembelajaran

Pelajar:

Amalan

Guru-guru

di

Malaysia,

isu-isu

yang

membelenggu amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mengikut


KBSR adalah seperti berikut:
i. Pengetahuan guru tentang pelaksanaan pentaksiran yang seperti memperoleh
pengetahuan

tentang

pentaksiran

daripada

kursus-kursus

dalam

perkhidmatan,

memperoleh pengetahuan daripada latihan selepas 1-5 tahun dan guru yang tidak pernah
menghadiri sebarang kursus berkaitan dengan pentaksiran.
ii. Keyakinan dan kesediaan dalam melaksanakan pentaksiran seperti guru banyak
menggunakan ujian objektif aneka-pilihan dalam membuat pentaksiran tentang pelajar
mereka dan kurang digunakan adalah soalan pemadanan. Keadaan ini berlaku mungkin
disebabkan pengaruh peperiksaan awam yang kurang menggunakan format item demikian.
iii. Amalan pembentukan dan penggunaan skema pemarkahan.
iv. Guru-guru sekolah rendah lebih banyak menggunakan ujian bertulis. Contohnya, guru
bahasa banyak menggunakan bentuk soalan esei untuk membuat pentaksiran tentang
pelajar.
Kesannya daripada isu-isu di atas, pentaksiran pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu mengikut KBSR telah ditransformasikan kepada pentaksiran berasaskan
sekolah (PBS) mengikut KSSR yang telah dilaksanakan pada tahun 2008.

Selaras dengan transformasi KBSR kepada KSSR telah melihat kepada perubahan
yang berlaku dalam kurikulum pendidikan iaitu pengisian KBAT dalam semua soalan Kertas
1, Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR (2012, 2011, dan 2010) berdasarkan model
Taksonomi Bloom (semakan Anderson dan Krathwohl, 2001).
Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025,
penambahbaikan telah dilakukan kepada kerangka pentaksiran bagi meningkatkan jumlah
soalan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu, KPM juga akan menambah secara
sistematik bilangan soalan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran berasaskan
sekolah dan peperiksaan awam. Soalan ini akan berasaskan Taksonomi Bloom dan akan
menguji kemahiran seperti aplikasi, analisis, penilaian dan penjanaan. Menjelang tahun
2016, soalan yang menguji kemahiran ini akan membentuk 80% daripada soalan UPSR,
80% daripada soalan penilaian Tingkatan 3, dan 75% daripada soalan untuk mata pelajaran
teras SPM serta 50% daripada soalan mata pelajaran elektif SPM.

Definisi istilah
Menurut Pushpalatha A/P Sivamugam dalam jurnalKemahiran Berfikir Aras Tinggi
Dalam Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat: Satu Kajian Kes (2006), menyatakan
domain kognitif Taksonomi Bloom (Bloom, 1956) merangkumi enam aras kognitif atau
peringkat. Dua peringkat yang pertama dilihat sebagai Kemahiran Berfikir Aras Rendah
(KBAR) dan empat aras seterusnya sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) adalah keupayaan individu untuk
mengingat kembali iaitu dengan menguji kebolehan individu mengingat sesuatu semula,
mengecamkan idea, mengenal pasti, menyenaraikan dan menamankan keterangan, prinsip
atau fakta yang telah dipelajari. Selain itu, KBAR juga merupakan keupayaan untuk
memahami iaitu berkaitan dengan kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan
pengetahuan tanpa situasi baharu dan kemahiran menggunakan pengetahuan untuk
memberikan penjelasan bagi suatu situasi baharu.
Menurut Anderson, L. W dan Krathwohl D. R (2001), KBAR merangkumi tiga
peringkat dalam Taksonomi Bloom, peringkat pertama ialah aras mengingat iaitu menguji
kebolehan calon mengingat sesuatu semula, mengecamkan idea, mengenal pasti,
menyenaraikan dan menamankan keterangan, prinsip atau fakta yang telah dipelajari.
Peringkat kedua pula, iaitu aras memahami adalah untuk menguji kebolehan kognitif yang
melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baharu.

Aras memahami juga

melibatkan proses penterjemahan, interpertasi dan ekstrapolasi. Peringkat ketiga ialah aras
mengaplikasikan iaitu untuk menguji kemahiran menggunakan pengetahuan untuk
memberikan penjelasan bagi suatu situasi baharu atau menyelesaikan masalah yang
baharu seperti mengaitkan peristiwa masa kini dengan peristiwa masa lalu.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pula merupakan keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu. KBAT juga merangkumi lima kebolehan kemahiran berfikir iaitu
menaakul, teknik menyoal, kreativiti, penyelesaian masalah dan inkuri.
Menurut Anderson, L. W dan Krathwohl D. R (2001), KBAT merangkumi tiga
peringkat seterusnya dalam Taksonomi Bloom. Peringkat keempat ialah aras menganalisis
iaitu menguji kemahiran mencerakinkan atau mengumpul maklumat atau bahagianbahagian dalam satu set komunikasi sehingga pertalian antara bahagian-bahagian tersebut
dapat ditunjukkan dengan jelasnya. Selain itu, aras menganalisis mengujia kebolehan calon
membandingkan dan menghuraikan fakta-fakta kesamaan, perbezaan dan perhubungan di
antara satu sama lain.
Peringkat kelima ialah aras menilai iaitu menguji kebolehan calon membuktikan,
menilai, mengesahkan, mengkritik, merumuskan atau memberikan pendapat terhadap
sesuatu pernyataan. Calon juga perlu melihat fakta dari aspek pro dan kontra semasa
membuat penilaian. Kemahiran membuat pertimbangan atau memberikan gred dengan
menggunakan kaedah dan kriteria standard tentang kesesuaian, ketepatan, kecekapan,
keberkesanan dan sebagainya.
Peringkat terakhir atau keenam ialah aras mencipta iaitu menguji kebolehan calon
merancang, mereka atau mencipta atau menghasilkan sesuatu yang kreatif dan
penggabungan pelbagai unsur. Hal ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan,
kaedah atau prosedur atau cadangan. Kemahiran yang boleh menggabungkan elemenelemen dan bahagian-bahagian untuk membentuk suatu set maklumat. Selain itu, aras
mencipta juga melibatkan proses menyusun dan membuat keputusan serta lebih bersifat
pemikiran bercapah dan kreatif.

ANALISIS PERBINCANGAN ELEMEN KBAT SOALAN UPSR


Soalan UPSR yang dianalisis hanya mendasari Kertas 1, Tahun 2011.

Analisis

dilaksanakan pada 20 soalan yang dipilih iaitu 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30,
31, 32, 34, 35, 36, 37, 38 dan 40.
Skop analisis KBAT difokuskan dari segi aras soalan, item soalan, kemahiran dan
sistem bahasa. Analisis dan interpretasi elemen KBAT soalan UPSR yang dikaitkan dengan
Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001).
Dimensi Pengetahuan
Pengetahuan fakta
Pengetahuan Konsep
Pengetahuan Proses
Pengetahuan Meta Kognitif

Mengingat
Senarai

Memahami
Ringkaskan

Dimensi Proses Kognitif


Mengaplikasi Menganalisis
Klasifikasi
Aturan

Menilai
Susunan

Mencipta
Gabungkan

List
Terangkan

Summarise
Interpret

Classify
Eksperimen

Order
Hurai Explain

Rank
Taksir

Combine
Rancangkan

Describe
Bentangkan

Interpret
Ramalkan

Experiment
Hitungkan

Bezakan

Assess
Simpulkan

Plan
Gubah

Tabulate
Kegunaan

Predict
Laksanakan

Calculate
Binakan

Differentiate
Rumuskan

Conclude
Tindakan

Compose
Wujudkan

sesuai

Execute

Construct

Achieve

Action

Appropriate
use

No Soalan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
21
22
23
24
25

Model Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001


Mengingat Aras Rendah
Memahami Aras Rendah
Mengingat Aras Rendah
Memahami - Aras Rendah
Mengingat Aras Rendah
Mengingat - Aras Rendah
Memahami Aras Rendah
Mengaplikasi Aras Rendah
Mengaplikasi Aras Rendah
Memahami Aras Rendah
Menganalisis Aras Tinggi
Menganalisis Aras Tinggi
Menganalisis Aras Tinggi
Menganalisis Aras Tinggi
Menganalisis Aras Tinggi

26
27
28
34
38

Menganalisis Aras Tinggi


Menganalisis Aras Tinggi
Menganalisis Aras Tinggi
Menganalisis Aras Tinggi
Menilai Aras Tinggi

Berdasarkan Jadual di atas, terdapat 20 soalan yang telah dipilih untuk dianalisis
berpandukan Model Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001).
Pada pendapat saya, Soalan 1 merupakan soalan berbentuk aneka pilihan. Sistem
bahasa yang terlibat ialah tatabahasa iaitu kata ganti nama orang kedua dan kata ganti
nama orang ketiga. Hal ini kerana soalan bertanya mengenai kata ganti nama diri bagi bapa
Farah. Bapa Farah merujuk kepada orang kedua dalam sistem ganti nama orang kedua.
Bagi aras soalan ini pula, ia merupakan soalan pada aras mengingat kembali kerana murid
sudah mempelajari kata ganti nama diri sejak Tahun 3 dan 4.
Soalan 2 ini merupakan soalan aneka pilihan. Sistem bahasa yang terlibat dalam
soalan ini ialah tatabahasa iaitukata ganti nama orang ketiga. Soalan ini berada pada aras
kefahaman kerana situasi tersebut melibatkan konteks kerabat diraja. Murid perlu
mengetahui dan memahami kata ganti nama yang sesuai dan betul bagi kerabat diraja. Di
samping itu, kata ganti nama tersebut tidak digunakan dalam komunikasi seharian murid
kerana murid merupakan golongan rakyat biasa sahaja. Jadi, murid harus tahu dan faham
mengenai peralihan kata ganti nama bagi kerabat diraja.
Pada pendapat saya, soalan 3 ini merupakan soalan aneka pilihan yang disertakan
bahan rangsangan. Soalan ini menguji sistem tatabahasa murid yang berkenaan dengan
kata kerja pasif berdasarkan aksi pada gambar tersebut. Selain itu, wujud juga imbuhan
awalan meng-, men- dan me- pada pilihan jawapan tersebut. soalan ini merupakan soalan
pada aras mengingat kembali dan pengetahuan kerana gambar jelas menunjukkan aksi
yang dilakukan dan ia sekaligus memberi klu kepada jawapan murid.
Soalan 4 merupakan soalan aneka pilihan yang disertakan bahan rangsangan iaitu
gambar seorang lelaki yang sedang mengetam papan. Sistem bahasa yang terlibat ialah
kata kerja pasif. Soalan ini pada aras kefahaman kerana murid perlu memahami setiap
maksud bagi setiap pilihan jawapan yang diberikan. Murid harus meneliti dan memahami
perbuatan yang ditunjukkan pada gambar tersebut.
Soalan 5 merupakan soalan aneka pilihan. Sistem bahasa yang terlibat dalam
soalan ini ialah kata tugas bagi kata adverba. Aras soalan ini adalah pada aras mengingat
kembali. Hal ini kerana murid tahu bahawa apabila kita hendak berhenti, kita akan menekan

loceng bas. Jadi, jelaslah bahawa soalan ini adalah soalan pada aras meningat kembali
dimana murid menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk menjawab soalan ini.
Soalan 6 merupakan soalan aneka pilihan. Sistem bahasa yang telibat ialah kata
adjektif. Saya berkata demikian kerana jika dilihat pada jawapan pilihannya, keempat-empat
pilihan

jawapan tersebut melibatkan perasaan. Soalan ini adalah pada aras mengingat

kembali. Hal ini kerana jika dibaca soalannya, ia mengatakan bahawa seorang nenek itu
rindu akan cucunya yang telah lama tidak pulang ke kampung. Ini jelas menunjukkan
soalan ini pada aras mengingat kembali dimana murid menggunakan pengetahuan sedia
ada untuk menjawab soalan ini.
Soalan 7 merupakan soalan aneka pilihan. Sistem bahasa yang terlibat dalam
pembinaan soalan ini ialah kata adjektif. Saya berkata kerana soalan bertanyakan mengenai
keadaan air sungai akibat pencemaran. Jadi murid diminta untuk memilih jawapan yang
sesuai. Soalan ini pada aras kefahaman. Saya berpendapat sedemikian kerana jawapan
bagi soalan ini bersifat agak tricky yang mana ia dapat mengelirukan murid. Murid harus
mempunyai kefahaman yang tinggi untuk menjawab soalan ini.
Soalan 8 merupakan soalan aneka pilihan. Sistem bahasa yang terlibat ialah kata
adjektif cara. Saya berkata demikian kerana jika dilihat pada pilihan jawapannya, saya
melihat keempat-empat pilihan jawapan tersebut merujuk kepada sifat atau perlakuan
seseorang apabila dipanggil oleh guru. Soalan ini adalah pada aras aplikasi. Saya berkata
demikian kerana murid tahu akan perkara yang perlu dilakukan jika seseorang guru
memanggil kita ke hadapan kelas. Selain itu, murid juga mungkin pernah mempunyai
pengalaman tersebut dan diaplikasikan dalam konteks soalan ini.
Soalan 9

merupakan soalan aneka pilihan yang berbentuk pemadanan. Hal ini

kerana murid harus tahu untuk memadankan perkataan yang tepat pada kedua-dua
ruangan jawapan tersebut. Jika murid memilih perkataan yang salah pada ruangan yang
pertama, maka jawapan yang kedua juga salah. Jadi, murid harus mencari padanan
jawapan yang sesuai. Bagi sistem bahasa, soalan ini menggunakan Kata Tugas Kata
Hubung Gabungan, kata pancangan keterangan dan kata pangkal ayat. Saya berkata
demikian kerana murid perlu mencari kata hubung yang sesuai dengan kehendak soalan.
Bagi arasnya pula, saya berpendapat bahawa soalan ini adalah pada aras aplikasi. Saya
berfikiran sedemikian kerana murid sudah belajar dan tahu mengenai kata hubung. Jadi,
murid hanya perlu menggunakan pengetahuan sedia ada mereka mengenai kata hubung
untuk menjawab soalan ini.

Soalan 10 merupakan soalan aneka pilihan yang berbentuk pemadanan. Murid


harus tahu mengenai sistem bahasa yang digunakan dalam soalan ini. Sistem bahasa yang
digunakan ialah penanda wacana dan kata sendi nama untuk menjawab soalan ini. Soalan
ini adalah soalan pada aras memahami. Saya berkata demikian kerana jika dilihat pada
konteks situasi yang diselitkan pada soalan tersebut. Seolah-olah memerlukan murid
memahami soalan terlebih dahulu sebelum memilih jawapan yang tepat.
Soalan 21 adalah soalan pada aras menganalisis. Aras kemahiran analisis adalah
menguji kemahiran mencerakinkan atau mengumpul maklumat atau bahagian-bahagian
sehingga pertalian antara bahagian-bahagian tersebut dapat ditunjukkan dengan jelas.
Soalan ini memerlukan murid untuk mencari maklumat yang sesuai berdasarkan makna
perkataan yang dinyatakan pada setiap jawapan. Murid perlu mencari ayat yang betul
berdasarkan penggunaan perkataan deras mengikut pengetahuan dan kefahaman murid.
Kemahiran bahasa yang terlibat dalam soalan ini ialah kemahiran membaca kerana soalan
menekankan aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan
menggunakan teknik-teknik membaca. Sistem bahasa yang digunakan dalam soalan ini
ialah tatabahasa terdiri daripada morfologi iaitu mengkaji golongan kata terdiri daripada kata
adjektif cara bagi perkataan deras.
Soalan 21,23,24,25,26,27,28,dan 34 adalah soalan KBAT pada aras menganalisis.
Aras kemahiran analisis adalah menguji kemahiran mencerakinkan atau mengumpul
maklumat atau bahagian-bahagian sehingga pertalian antara bahagian-bahagian tersebut
dapat ditunjukkan dengan jelas. Soalan 21, contohnya memerlukan murid untuk mencari
maklumat yang sesuai berdasarkan makna perkataan yang dinyatakan pada setiap
jawapan. Murid perlu mencari ayat yang betul berdasarkan penggunaan perkataan Lahir
mengikut pengetahuan dan kefahaman murid. Kemahiran bahasa yang terlibat dalam
soalan ini ialah kemahiran membaca kerana soalan menekankan aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca.
Sistem bahasa yang digunakan dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri daripada morfologi
iaitu mengkaji golongan kata terdiri daripada kata kerja iaitu pembentukan kata kerja tunggal
bagi perkataan lahir.
Aras kemahiran analisis adalah menguji kemahiran mencerakinkan atau mengumpul
maklumat atau bahagian-bahagian sehingga pertalian antara bahagian-bahagian tersebut
dapat ditunjukkan dengan jelas. Soalan 34 memerlukan murid untuk membuat banding
beza mengenai ayat jawapan yang betul daripada empat ayat jawapan disediakan, serta
mencari fakta-fakta yang betul di dalam ayat berdasarkan petikan yang telah disediakan.
Kemahiran bahasa yang terlibat dalam soalan ini ialah kemahiran membaca kerana soalan

menekankan aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan
menggunakan teknik-teknik membaca. Sistem bahasa yang digunakan dalam soalan ini
ialah tatabahasa terdiri daripada kosa kata iaitu mengkaji penguasaan kosa kata dalam
mengungkap maklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahan ilmu.
Aras kemahiran penilaian ( KBAT ) adalah menguji kemahiran murid membuktikan,
menilai, mengesahkan, mengkritik, merumuskan atau memberikan pendapat terhadap
sesuatu pernyataan. Soalan 38 memerlukan murid untuk memberi satu pendapat mengenai
soalan diberikan iaitu bagaimanakah pendidikan mempengaruhi amalan pantang larang
dalam kalangan generasi muda?.Murid diminta untuk memberikan pendapat atau
pandangan dalam mengatasi isu yang dinyatakan pada soalan di atas setelah membuat
pembacaan terhadap petikan yang diberikan. Kemahiran bahasa yang terlibat dalam soalan
ini ialah kemahiran membaca kerana soalan menekankan aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca.
Sistem bahasa yang digunakan dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri daripada kosa kata
iaitu mengkaji penguasaan kosa kata dalam mengungkap maklumat dan buah fikiran
selaras dengan penambahan ilmu.

BAHAGIAN 2
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BM
No

Tatabahasa

Pengetahuan

Kata Nama
Kata Nama
Sinonim
Kata kerja
Kata Abjektif
Antonim
Kata Tanya
Ayat Tunggal
Peribahasa

Pemahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Soala
n
1
2
3
4
5
6
7
8
9

/
/
/
/
/
/
/
/

Penilaian

10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25

Peribahasa
Kata Tanya
Kata Tanya
Kata Perintah
Sinonim
Kata Hubung
Pemahaman
Pemahaman
Pemahaman
Pemahaman
Pemahaman
Pemahaman
Pemahaman
Pemahaman
Pemahaman
Pemahaman

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

SET SOALAN UJIAN BM KSSR TAHUN 4


1. Asyraf membeli beg sekolah dan alat tulisnya di ______. (Aras Pengetahuan)
A.
B.
C.
D.

kedai
kilang
bengkel
perpustakaan
2. Kamal dan rakan-rakannya memang gemar mandi di ______ kerana airnya yang
jernih dan menyegarkan. (Aras Kefahaman)
A.
B.
C.
D.

paya
sawah
sungai
kolam renang

3. Siti merupakan seorang gadis yang bersopan santun. (Aras Aplikasi)


Perkataan yang bergaris sesuai digantikan dengan:
A.
B.
C.
D.

baik
kemas
hormat
lemah lembut

4. Pilih ayat yang menggunakan kata kerja dengan betul. (Aras Aplikasi)

i.
ii.
iii.
iv.

Ibu memasak air di dapur


Ahmad menuggang seekor kuda yang berwarna putih
Hobi Asyraf adalah berenag di pusat renang yang berhampiran
Kamalia sedang melukis gambar pemandangan di kawasan bukit itu

A. i,ii dan iii


B. i,ii dan iv
C. ii,iii, dan iv
D. i,iii, dan iv
5. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. (Aras Analisis)
Musa merupakan seorang kanak-kanak yang ______ dan _______ jika hendak
dibandingkan dengan rakan sebayanya yang lain hinggakan dia tidak menggunakan
kerusi untuk mengambil barang di tempat yang tinggi.
A.
B.
C.
D.

besar dan kecil


tinggi dan besar
segak dan pendek
kurus dan pendek

6. Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang bergaris. (Aras Aplikasi)
Datuk menyimpan koleksi barangan antiknya dalam sebuah bilik khas di rumahnya.
A.
B.
C.
D.
7.

Pilih pernyataan soalan yang tepat. (Aras Sintesis)

i.
ii.
iii.
iv.

Apakah yang kamu buat itu, Nani?


Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?
Siapakah perdana menteri Malaysia yang kedua?
Apakah umur kanak-kanak mengambil peperiksaan UPSR?
A.
B.
C.
D.

8.

baru
buruk
cantik
moden

i,ii, dan iii


i,ii, dan iv
ii,iii, dan iv
i,ii, dan iv

Pilih pernyataan ayat tunggal yang tepat. (Aras Analisis)

10

i.
ii.
iii.
iv.

Kamal membeli sebuah kereta baharu


Adik sedang menyiapakan kerja rumahnya
Ayah sedang memotong rumput di halaman rumah
Ali dan Abu mengail di sungai belakang rumah mereka
A.
B.
C.
D.

9.

i,ii, dan iii


i,ii, dan iv
i,iii dan iv
ii,iii dan iv

Pilih maksud peribahasa yang paling sesuai. (Aras Sintesis)


Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan
A.
B.
C.
D.

Anak kurang didikan yang betul


Menunjukkan contoh yang baik kepada anak
Ayah mengajar anak yang tidak pandai berjalan
Mengajar anak pekara yang betul sedangkan diri sendiri tidak melakukannya

10. Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi berikut. (Aras Penilaian)
Saiful dan Fazli merupakan sahabat baik sejak kecil lagi. Bahkan jika kemanamana pun mereka pasti akan pergi bersama
A.
B.
C.
D.

12.

Bagaikan buku bertemu ruas


Bagaikan aur dengan tebing
Bagai katak dibawah tempurung
Bagaikan enau dalam belukar, melepaskan duri masing-masing

__________________kah yang menjadi johan dalam Pertandingan Pidato Diraja


Peringkat Negeri Pahang Tahun 2007 yang lalu? Pilih kata tanya yang sesuai bagi
ayat tanya di atas
A Apa
B Bila
C Siapa
D Mengapa

13. Siapakah yang bercakap dengan kamu sebentar tadi ?


Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

A Saya tidak dengarlah.

11

B Saya tidak boleh bercakap.


C Saya bercakap dengan kamu tadi.
D Salmah yang bercakap dengan saya tadi.
14. Rejab mengambil kesempatan untuk melarikan diri daripada penculik yang sedang
tidur.
Perkataan seerti bagi kesempatan ialah
A peluang
B peranan
C kehendak
D kesanggupan
15. Kasim seorang murid yang lemah dalam pelajaran, ___________________ dia
sentiasa berusaha untuk berjaya.
A namun begitu
B selain itu
C walaupun
D sekiranya

Jawab soalan petikan di bawah.


Pada minggu lepas, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan secara
besar-besaran. Temasya sukan tahunan ini sungguh meriah kerana dihadiri oleh para
jemputan

khas

yang

terdiri

daripada

Pengarah

Pelajaran

Negeri

Pahang

dan

PegawaiPelajaran Daerah.Acara bermula tepat pada pukul dua petang. Tuan Pengarah
Pelajaran Negeri Pahangtelah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan temasya
sukan tahunan sekolahsaya.Beberapa acara padang seperti lontar peluru,lompat jauh, dan
lompat tinggi telahdiadakan sebelum hari sukan . Manakala acara balapan seperti 100
meter, 200 meter, 4 X 100meter, dan 4 X 200 meter telah diadakan pada hari sukan
.Pasukan beruniform seperti pasukan Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah
telahmenjalankan tugas dengan baik. Mereka membantu menyediakan peralatan sukan
danmemberikan pertolongan cemas kepada peserta yang mendapat kecederaan.Temasya

12

sukan tahunan pada kali ini berjalan dengan lancar. Olahragawan padatahun ini disandang
oleh Hakim bin Bakar daripada rumah Gunung Ledang, manakalaolahragawati pula
disandang oleh Mashitah Mohamad daripada rumah Gunung Benom.Rumah Gunung Tahan
diumumkan sebagai juara keseluruhan sukan tahun ini.Acara penutupan disempurnakan
oleh Pegawai Pelajaran Daerah. Beliaumenyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Acara tamat pada 6.35 petang. Semua murid gembira dan berpuas hati .
16. Siapakah yang merasmikan temasya sukan tahunan?
A Guru Besar
B Pegawai Pelajaran Daerah
C Tuan Pengarah Pelajaran Daerah
D Tuan Pengarah Pelajaran Negeri
17. Pada hari sukan beberapa acara sukan telah dipertandingkan .Antaranya adalah seperti
berikut.
A acara balapan
B acara padang
C acara balapan dan sukaneka
D acara padang dan balapan
18. Johan keseluruhan sukan dimenangi oleh rumah .
A Rumah Gunung Ledang
B Rumah Gunung Benom
C Rumah Gunung Tahan
D Rumah Gunung Kinabalu
19. Berapa lamakah temasya sukan ini berlangsung.
A 3 jam 25 minit
B 4 jam 25 minit
C 4 jam 35 minit
D 5 jam 35 minit
20. Kata disempurnakan dalam petikan bermaksud
A dijalankan
B dilancarkan
C diselesaikan
D dilakukan
21. Suhaila berasa ___________________

meninggalkan ayahnya yang sakit tenat di

rumah seorang diri.

A jauh hati
B berat hati
C besar hati
D berkat hati
22. Setelah berjaya dalam perniagaannya, Ahmad telah melupakan jasa ibu bapanya.
sikap Ahmad ________________________.

13

A bagai menatang minyak yang penuh.


B seperti kacang lupakan kulit
C bagai kaduk naik junjung
D seperti aur dengan tebing.
23. Kasim seorang murid yang lemah dalam pelajaran, ___________________ dia
sentiasa berusaha untuk berjaya.
A namun begitu
B selain itu
C walaupun
D sekiranya
24. Cikgu Nazri mengambil masa selama ______________ hari untuk menanda kertas
ujian penulisan itu.
A setiap
B beberapa
C sebilangan
D sebahagian
25. Kamu _________________ perlu menekan suis yang berwarna hijau untuk
menggerakkan mesin pemotong kayu itu.
A jua
B hanya
C sahaja
D memang

14

RUJUKAN
Kamarudin Hj. Husin. (1988).Pedagogi Bahasa Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah

Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996).Educational Testing and Measurement: Classroom


Application and Practice, (5th Ed). New York: Harper Collins.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2004). Pembinaan Skema. Kuala Lumpur: Lembaga


Peperiksaan Malaysia.

Mohammad Hafizi Zaini (2006) .Jadual Spesifikasi Ujian


http://mohammadhafizizaini-bmm.blogspot.com/

Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan


pengujian Bahasa Malaysia:
Penerapannya pada peringkat sekolah rendah . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian
Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti KebangsaanMalaysia
http://www.ppdhl.net/v2/images/fbfiles/files/pengujian_pengukuran_penilaian.pdf .

15

You might also like