You are on page 1of 4

Artikel 5

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kandungan-jerebu-bahayakan-kesihatan1.175818

Kandungan jerebu bahayakan kesihatan


MOHD RIFAAT ABD HAMD
26 Jun 2013
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing
Services2

Tindakan
semasa jerebu.
<1/1>
SHAH ALAM Kandungan udara dalam jerebu merbahaya kepada kanak-kanak, orang
tua serta pesakit asma, radang paru-paru dan jantung.Pensyarah Jabatan Sains
Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT),
Profesor Madya Dr Marzuki Ismail berkata, jerebu ialah fenomena yang disebabkan
kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat mata kasar dan
terapung-apung di udara.

Katanya, partikel ini hadir secara semula jadi atau akibat kesan sampingan aktiviti
manusia seperti kebakaran hutan. Beliau berkata, kebakaran akan mewujudkan beberapa
jenis gas iaitu karbon dioksida, monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang
boleh menjejaskan kesihatan manusia.

"Antara kesan yang dialami pesakit ialah gatal-gatal di kerongkong, batuk, sukar
bernafas, mata pedih serta berair, kerap bersin, kulit badan gatal-gatal dan terasa sakit di
dada," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Oleh yang demikian katanya, orang ramai dinasihatkan sentiasa mengambil langkah
berjaga-jaga bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas akibat jerebu.

Refleksi Artikel 5
Jerebu mempunyai keupayaan untuk menyebabkan masalah kesihatan yang
serius disebabkan oleh partikel-partikel halus yang terkandung di dalamnya. Partikel partikel pencemar tersebut termasuklah partikel-partikel pepejal dan titisan cecair dan
mereka terdiri daripada pelbagai saiz. Terdapat beberapa jenis partikel; ultra-halus, halus
dan kasar. Apabila tahap partikel ultra-halus adalah tinggi di udara, ia boleh
menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Kita perlu melindungi diri kita dan juga orang-orang tersayang dengan
memastikan bahawa tahap Pencemaran Udara terkini dengan memeriksa Indeks
Pencemaran Udara (API) yang disediakan di laman web Jabatan Alam Sekitar:
http://www.doe.gov.my/apims/ secara lebih kerap.

Kanak-kanak boleh dilindungi dengan mengurangkan aktiviti luar dan


lebihkan berada di dalam rumah. Untuk membersihkan udara di dalam rumah, pasang
peralatan pembersih udara di dalam rumah kerana peralatan tersebut akan dapat
mengurangkan jumlah partikel-partikel halus di dalam rumah ke tahap yang boleh
diterima semasa situasi jerebu yang teruk. Daripada menggunakan kipas, penggunaan
penghawa dingin adalah lebih digalakkan. Walau bagaimanapun, pastikan bahawa
penghawa dingin tersebut berada dalam keadaan yang baik dengan membuat
penyelengaraan secara lebih kerap. Ini adalah untuk mengelakkan penembusan partikelpartikel halus ke udara di dalam rumah anda melalui system penghawa dingin tersebut.
Risiko kesihatan yang dikaitkan dengan jerebu boleh dikurangkan dengan
memakai topeng pernafasan seperti N95 apabila kita berada di luar rumah untuk
melindungi kita daripada bernafas partikel-partikel jerebu halus di udara. Cara lain adalah
dengan menutup semua tingkap dan bukaan yang boleh membenarkan partikel-partikel
halus tersebut untuk memasuki kawasan tertutup. Selain itu, orang ramai dinasihatkan
supaya tidak memakai kanta lekap semasa keaadaan jerebu yang teruk kerana ini boleh
merengsang mata dan mengakibatkan kebutaan. Juga, elakkan memandu apabila
penglihatan anda terjejas teruk oleh jerebu.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk minum lebih banyak air dan makan lebih
buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengeluarkan toksin dari badan kita. Kurangkan
pengambilan kopi dan alkohol untuk mengelakkan kehilangan bendalir badan. Selain itu,
elakkan daripada merokok di kawasan dalaman yang boleh menambah tahap partikelpartikel asap di udara dalaman. Bagi mereka yang mengidap penyakit jantung dan
masalah pernafasan, sila ambil ubat anda secara tetap dan dapatkan rawatan perubatan
dengan segera sekiranya anda mengalami kesesakan nafas.
Marilah kita berdoa agar semoga jerebu cepat pulih dan kita semua dilindungi
dari penyakit yang tidak diingini.

You might also like