You are on page 1of 2

KERTAS KONSEP

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-59,2010


SMK. RAJA PEREMPUAN, IPOH.
1.0 Pendahuluan :
Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan peristiwa penting dalam kelendar aktiviti sekolah. Aktiviti
yang diadakan setiap tahun ini mampu menggabungkan semua warga sekolah dalam merealisasikan
kecemerlangan sekolah dalam bidang sukan. Selain itu pelajar-pelajar didedahkan dengan
pengelolaan dan pengurusan sukan melalui penglibatan mereka sebagai atlit dan pembantu guru atau
pegawai kejohanan.
2.0 Matlamat :
1. Penyertaan 100% Pelajar dalam aktiviti olahraga dan pengurusan sukan.
2. Meningkatkan dan mengekalkan prestasi kecergasan fizikal pelajar
3.0 Objektif :
3.1 Membentuk dan mencari bakat bagi Pasukan Olahraga Sekolah
3.2 Mempertingkatkan persediaan mental bagi mencapai kecemerlangan dan meningkatkan motivasi
kendiri.
3.3
Memupuk semangat setiakawan, bekerjasama dan bertolak ansur.
4.0 Sasaran :
Semua pelajar Tingkatan 1 hingga 6, SMK. Raja Perempuan, Ipoh.
5.0 Cadangan Tarikh Perlaksanaan :
Tarikh
:
6 MAC 2010 ( SABTU )
6.0 Tempat :
Padang SMK. Raja Perempuan, Ipoh
7.0 Atur cara Program
7.20 Pagi
7.40 Pagi
8.00 Pagi

Guru Mengambil Kedatangan Pelajar


Peserta Mengambil Tempat Perbarisan
- Ketibaan Tetamu Kehormat
- Perarakan Masuk Bendera-bendera
- Perarakan Masuk Pasukan-pasukan
Unit Beruniform
Pasukan Rumah Sukan
Kelab dan persatuan
- Perarakan Masuk Bendera Kejohanan
- Bacaan Doa
- Lagu Negaraku
- Ucapan Pengetua
- Ucapan Tetamu Kehormat
- Memeriksa Perbarisan
- Melafaz Ikrar
- Perasmian Kejohanan
- Perarakan Keluar Pasukan-pasukan
8.45 Pagi Pegawai Sukan Mengambil Tempat Bertugas
- Persembahan
- 4 x 100m Jemputan B.15 dan B.18
- Acara Olahraga Bermula
11.00 Pagi Upacara Penutup
Penyampaian Hadiah
Upacara menurunkan bendera kejohanan
Lagu Sekolah
Sorakan RPS GEMILANG
12.00 Tgh. Jamuan Ringan

Bersurai
8.0 Kewangan :
7.1 Anggaran Perbelanjaan Rujuk lampiran
7.2 Sumber Kewangan
7.2.1Sumbangan Sukan Tahunan
7.2.2 PIBG sekolah
9.0 Perlaksanaan Program :
Dikendalikan oleh :
Guru-guru SMK. Raja Perempuan, Ipoh
10.0

Jawatankuasa Pelaksana :
Pengerusi
Timb. Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha I
Penolong Setiausaha II
Jawatankuasa

11.0

Cik Rusnani bt. Sharuddin ( Pengetua )


Pn. Latipah Ahmad Sudan ( PK Kokurikulum )
Pn. Rohimah Mohd Amin ( Penolong Kanan )
Pn. Zuraidah Ahmad Khulaimi ( PK HEM )
Pn. Hjh. Emsakiah Zulkifli ( PK Petang )
Puan Mashidah bt. Hj. Abu Bakar
Puan Hasnah bt. Hamid
Puan Nor Azliha bt. Noor Azhar Ahli
Penolong Penyelia Petang
Ketua-Ketua Rumah

Penutup :
Diharapkan Kejohanan Olahraga Tahunan 2010 ini akan mendapat kerjasama yang sepenuhnya
daripada semua pihak yang terlibat demi memastikan matlamat dan objektif program akan
tercapai.

Disediakan oleh,
.
( Pn. Mashidah bt. Hj. Abu Bakar )
Setiausaha Majils Sukan 2010

You might also like