You are on page 1of 19

1.

Harga kos bagi sebuah televisyen berjenama ialah RM 2880. Seorang jurujual
telah menjual televisyen tersebut dengan harga RM 3400. Cari untuk yang
diperolehi oleh jurujual tersebut?

Strategi penyelesaian masalah :


1) Apa yang telah diberi? harga kos dan harga jual
2) Apa yang hendak dicari? untung
3) Bagaimana untuk mencari untung? menggunakan operasi penolakan
Penyelesaian :
Harga kos : RM 2880 harga jual : RM 3400
Untung : Harga Jual Harga Kos
RM 3400 RM 2880
= RM 520
Dalam pendekatan kaedah analisis ini, strategi penyelesaian masalah ialah mengenalpasti
maklumat dan item item yang terkandung dalam masalah tersebut. Analisis ini biasanya
untuk memudahkan pelajar menjawab soalan yang bersiri.
2.

Berapakah biji guli yang terdapat dalam 4 kotak jika setiap kotak mengandungi 5
biji guli?

Penyelesaian :
1) Pelajar perlu untuk membaca dan memahami kehendak soalan.
2) Pelajar melukis gambar rajah untuk menyelesaikan masalah :
kotak 1 kotak 2 kotak 3 kotak 4 = gambar rajah kotak dan guli
3) Dengan menggunakan rajah yang telah dilukis, pelajar akan menulis :
1 kotak ada 5 biji guli
4 kotak ada = 4 x 5 giji guli = 20 biji guli
3.

Cikgu Aiman ada 176 batang pembaris. Dia memberikan 26 batang pensel kepada
Ali. Baki pensel itu dibahagikan secara sama rata kepada Badrul, Chong dan
Danish. Berapakah bilangan pensel yang diterima oleh Danish?

Penyelesaian :
176 batang pembaris

176 26 = 150 26 batang pembaris


150 batang pembaris ( 150 3 = 50 )
50 batang 50 batang 50 batang
4.

Harga bagi 3 buah buku cerita ialah RM12. Berapakah harga bagi 10 buah buku
cerita yang sama jenis?

Penyelesaian :
1) Selapas membaca soalan, pelajar ditanya objektif utama soalan tersebut?
( untuk mencari harga 10 buah buku cerita)
2) Apakah cara atau operasi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut?
( kaedah operasi bercampur yang berkenaan dengan unit wang )
3) Apakah maklumat yang boleh diperolehi daripada maklumat tersebut ?
( harga bagi 3 buah buku cerita = RM 12 )
4) Pelajar telah diberi panduan untuk menggunakan maklumat yang diberi dan
menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah berkenaan dengan unit dibawah
deductive approach.
Harga 3 buah buku cerita = RM 12
Harga 1 buah buku cerita = RM 12 3
Harga 10 buah buku crita = RM 12 3 x 10
= RM 4 x 10
= RM 40
Amy dan Judy menjual 12 keping tiket suatu persembahan bersama. Jika Amy
menjual 2 keping tiket lebih daripada Judy. Berapa keeping tiketkah yang Amy
jual?
STRATEGI 1
LANGKAH 1 : MEMAHAMI SOALAN
Maklumat yang diberi ialah:
Amy dan Judy menjual 12 keping tiket.
Amy menjual 2 keping tiket lebih daripada Judy.
Berapa keping tiket yang Amy jual?

LANGKAH 2 : MERANCANG JALAN PENYELESAIAN


Kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi
operasi matematik.
LANGKAH 3 : MENJALANKAN PENYELESAIAN
x = Judy
x + 2 = Amy
12 = x + ( x + 2 )
= 2x + 2
10 = 2x
x=5
x=5
Amy = x + 2
=5+2
=7
LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA
12 7 = 5
75=2
Amy menjual 2 tiket lebih daripada Judy.

STRATEGI 2
LANGKAH 1 : MEMAHAMI SOALAN
Maklumat yang diberi ialah:
Amy dan Judy menjual 12 keping tiket.
Amy menjual 2 keping tiket lebih daripada Judy.
Berapa keping tiket yang Amy jual?
LANGKAH 2 : MERANCANG JALAN PENYELESAIAN
Kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi
melukis rajah.
LANGKAH 3 : MENJALANKAN PENYELESAIAN
Bahagikan 12 keping kertas ( kertas dianggap sebagai tiket) ke dalam
dua kotak yang ditanda Amy dan Judy untuk mencari jumlah tiket
yang
dijual sekiranya mereka menjual jumlah tiket yang sama.
AMY
JUDY

Kemudian, alihkan sekeping tiket dari kotak Judy ke dalam kotak Amy.
JUDY
AMY

*Rajah menunjukkan bilangan tiket yang dijual Amy lebih 2 keping daripada Judy.
Jadi, Amy menjual 7 keping tiket dan Judy menjual 5 keping tiket untuk
persembahan tersebut.
LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA
Amy = 7 keping
Judy = 5 keping
Jumlah tiket = 12 keping
Perbezaan jualan tiket = 2 keping

STRATEGI 3
LANGKAH 1 : MEMAHAMI SOALAN
Maklumat yang diberi ialah:
Amy dan Judy menjual 12 keping tiket.
Amy menjual 2 keping tiket lebih daripada Judy.
Berapa keping tiket yang Amy jual?
LANGKAH 2 : MERANCANG JALAN PENYELESAIAN

Kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi


asimilasi atau melakonkan semula.
LANGKAH 3 : MENJALANKAN PENYELESAIAN
Mula- mula sekali, 2 keping tiket daripada 12 keping tiket akan
diberikan
kepada A ( Amy) kerana Amy menjual tiket lebih dua keping
berbanding B
(Judy) . Tiket yang selebihnya akan dibahagikan secara sama
rata antara
A dan B.
TIKET
TIKET
TIKET
TIKET
TIKET
TIKET

TIKET
TIKET
TIKET
TIKET
TIKET
TIKET

Amy (A)

Judy (B)

TIKET
TIKET
TIKET
TIKET
TIKET
TIKET
TIKET
TIKET
TIKET
TIKET
TIKET
TIKET

Amy (A)

Judy (B)

Kemudian, kira jumlah tiket yang dimiliki A.


Tiket yang dimiliki A ialah 7 keping tiket.
LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA
12 7 = 5
75=2

Amy menjual 2 tiket lebih daripada Judy.


ULASAN :
Berdasarkan tiga strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah
matematik ini, kami sekumpulan berpendapat jalan kira ataupun strategi yang
paling tepat digunakan bagi soalan ini ialah strategi operasi matematik. Hal ini
kerana, jalan kiranya lebih mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk
diselesaikan. Berbanding dua strategi lain yang mana memerlukan pemahaman
tinggi dan sukar dijalankan.

Setiap 8 pelajar yang memasuki pameran, 2 pelajar tidak akan dikenakan


bayaran. Berapa orang pelajarkah yang dapat masuk ke pameran tersebut
secara percuma jika sekumpulan pelajar seramai 30 orang ingin memasuki
pameran tersebut ?
STRATEGI 1
LANGKAH 1 : MEMAHAMI SOALAN
Maklumat yang diberi ialah:
8 pelajar = 2 percuma
30 pelajar = x orang pelajar masuk percuma
LANGKAH 2 : MERANCANG JALAN PENYELESAIAN
Kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi
melukis rajah.
LANGKAH 3 : MENJALANKAN PENYELESAIAN
Lukis 3 lajur yang mempunyai 8 pelajar dan 1 lajur yang
mempunyai 6
pelajar.

Kemudian, bulatkan 2 pelajar yang berada pada lajur yang mempunyai 8


pelajar.

Dan akhir sekali, jumlahkan pelajar yang telah dibulatkan.


~6 pelajar masuk ke pameran secara percuma.
LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA
Pelajar perlu bayar = 6
Pelajar masuk percuma = 2
Jika 30 pelajar :
30 8 8 8 6 = 0
~setiap kali tolak 8 =2 orang pelajar masuk percuma
2 x 3 = 6 ( 6 orang masuk percuma )

STRATEGI 2
LANGKAH 1 : MEMAHAMI SOALAN
Maklumat yang diberi ialah:
8 pelajar = 2 percuma
30 pelajar = x orang pelajar masuk percuma
LANGKAH 2 : MERANCANG JALAN PENYELESAIAN
Kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi
melukis jadual.
LANGKAH 3 : MENJALANKAN PENYELESAIAN
Kita perlu melukis jadual dengan pendaraban 8 pelajar dan
pendaraban
2 kemasukan percuma.
PELAJAR
KEMASUKAN

8
2

16
4

24
6

PERCUMA
Kumpulan pelajar seramai 30 orang tidak layak untuk 8
kemasukan
percuma. Jadi kemasukan percuma adalah sebanyak 6 orang
pelajar.
LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA
30 8 = 3 baki 6
Setiap satu 1 = 2 kemasukan percuma
~ 2 x 3 = 6 ( 6 kemasukan percuma)
ULASAN :

32
8

Berdasarkan dua strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah ini iaitu
menggambarkan dan membuat jadual, kami sekumpulan berpendapat bahawa
strategi terbaik untuk masalah ini ialah dengan menggunakan jadual. Hal ini
kerana, jalan kiranya lebih mudah dan cepat. Malah, kita dapat memahami jalan
kira dengan hanya melihat jadual tanpa perlu mengira panjang seperti yang
diperlukan oleh strategi menggambarkan.

SOALAN 3
Berapakah biji guli yang terdapat dalam 4 kotak sekiranya setiap

kotak

tersebut mengandungi 5 biji guli?

STRATEGI 1
LANGKAH 1: MEMAHAMI MASALAH
Setiap kotak mengandungi = 5 biji guli
4 kotak guli = y
LANGKAH 2 : MERANCANG STRATEGI
Untuk menyelesaikan masalah ini, ia menggunakan strategi gambar rajah.
LANGKAH 3 : MELAKSANAKAN STRATEGI
Untuk menyelesaikan masalah ini, 4 buah kotak dilukis dan setiap kotaknya
terisi 5 biji guli dalamnya. Seterusnya, jumlahkan setiap guli yang terdapat dalam
setiap kotak tersebut.

=
y
5

= 20
LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA
1 kotak = 5 biji guli
4 kotak = 4 x 5
= 20 biji

STRATEGI 2
LANGKAH 1 : MEMAHAMI MASALAH
Setiap kotak mengandungi = 5 biji guli
4 kotak guli = y
LANGKAH 2 : MERANCANG STRATEGI
Menggunakan strategi persamaan matematik.
LANGKAH 3 : MELAKSANAKAN STRATEGI
Dalam strategi ini, soalan tersebut ditukarkan kepada bentuk persamaan
matematik.
4 = x/5
4 (5) = x
20 = x
x = 20
LANGKAH 4 : SEMAK SEMULA
Jika 1 kotak = 5 biji guli
4 kotak = 5 x 4
4 kotak = 20 biji

KESIMPULAN
Pemilihan strategi penyelesaian masalah adalah banyak bergantung
kepada jenis masalah yang ingin dan hendak di selesaikan. Strategi strategi
yang kerap digunakan dalam menyelesaikan masalah matematik di sekolah
rendah adalah seperti kaedah analisis, kaedah analogi, melukis gambarajah,
bekerja secara songsang, mempermudahkan masalah, melihat kepada pola
matematik, asimilasi dan melakonkan semula, menggunakan operasi matematik
dan membuat jadual. Berasaskan pengalaman dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah rendah, strategi melukis gambar rajah merupakan salah


satu strategi yang amat berguna dan dapat membantu pelajar membuat
perwakilan serta model matematik secara separa konkrit (semi-concrete) dan
seterusnya dapat membantu menyelesaikan masalah dalam matematik.
Secara kesimpulannya, strategi pengajaran yang menggunakan
penyelesaian masalah dalam matematik secara umumnya telah menemui empat
langkah yang diterangkan secara ringkas :
1) Mentafsirkan masalah matematik berdasarkan pemahaman individu itu sendiri
dan menukarkan masalah itu kepada istilah matematik yang paling mudah.
2) Memilih strategi dan kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.
Proses penyelesaian masalah mestilah berkait diantara strategi yang telah dipilih
dan kaedah yang telah digunakan.
3) Memilih dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai,
ini akan membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah matematik.
4) Membuat penilaian berdasarkan kepada keberkesanan strategi dan kaedah
yang telah dipilih dan digunakan sebagai penyelesaian

REFLEKSI OLEH SITI HAJAR BINTI MOHAMAD


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya, berjaya juga saya dan
rakan-rakan sekumpulan menyiapkan kerja kursus pendek ini. Berkat kerjasama
dan sikap saling membantu ahli kumpulan saya, tugasan ini dapat disiapkan
pada tarikh yang ditetapkan dengan jayanya. Bantuan daripada pensayarah
kami, En. Ahmad Poad bin Mohd Said ternyata amat membantu dalam kami
menyelesaikan tugasan ini.Sesungguhnya tugasan yang diberikan kali ini
mungkin kelihatan mudah namun jujur saya akui, secara peribadi tugasan ini
amat mencabar kerana memerlukan saya memahami teknik penyelesaian
masalah yang diperkenalkan Model Polya serta strategi-strategi menyelesaikan
masalah dengan baik.
Sebelum menjalankan tugasan ini, saya hanya berpendapat bahawa
menyelesaikan masalah matematik hanyalah sekadar menyelesaikan masalah.
Sekadar mencari apakah jawapan bagi soalan yang ditanya. Jujur saya katakan,
tidak pernah saya terfikir bahawa menyelesaikan masalah mempunyai langkahlangkah dalam menganalisis maklumat dan merancang strategi.
Semasa menjalankan tugasan ini pula, saya mula mengetahui dengan
lebih lanjut tentang langkah-langkah penyelesaian masalah Model Polya.
Tentang bagaimana penyelesaian masalah harus dimulakan dengan
pemahaman tentang masalah, merancang strategi tentang masalah,
implementasikan strategi yang dirancang dan mengimbas kembali.
Saya juga mula belajar menggunakan strategi-strategi yang ternyata
memudahkan lagi langkah penyelesaian masalah. Antaranya ialah teka dan
semak, menetapkan maklumat dalam carta, jadual atau graf,melihat kepada
susunan,mempermudahkan masalah,simulasi atau melakonkan
melukis rajah dan menggunakan kaedah songsang. Dan segala maklumat yang
saya dapat ini telah saya dan rakan sekumpulan aplikasikan bagi menyiapkan
tugasan kami.

Apabila berjaya menyiapkan tugasan ini saya dapat simpulkan bahawa


tajuk menyelesaikan masalah amat menarik. Saya mula belajar dari bawah
bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Saya juga dapat
lihat, jalan kerja menyelesaikan masalah saya juga lebih teratur kerana Model
Polya memberikan saya cara yang lebih berkesan dan efisien untuk
menyelesaikan masalah kerana seperti diketahui umum ianya mempunyai empat
fasa penyelesaian. Saya juga dapat simpulkan bahawa untuk menyelesaikan
sesuatu masalah matematik, wujud pelbagai cara dan jalan. Jadi kita seharusnya
berfikiran lebih kreatif dan tidak hanya menggunakan jalan kira biasa untuk
menyelesaikan sesuatu masalah matematik.

REFLEKSI OLEH SITI NURHAFIZAH BINTI MAT SAEI


Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek Matematik Asas (MT
2311D1) pada masa yang ditetapkan. Saya rasa amat bersyukur kerana dapat
sekumpulan dengan Siti Hajar binti Mohamad dan juga Mohd Amirul Hairin bin
Mohd Hanafi. Jutaan terima kasih kepada mereka berdua kerana mereka telah
memberikan kerjasama yang cukup membanggakan dalam menyiapkan kerja
kursus ini.
Tajuk tugasan Matematik Asas ini ialah Strategi Menyelesaikan Masalah
dengan menggunakan model Polya. Pensyarah kami iaitu Encik Ahmad Poad bin
Mohd Said telah memberikan maklumat yang cukup lengkap dan tepat kepada
kami dalam menyiapkan tugasan ini. Dalam tugasan ini, kami telah mencari
informasi daripada pelbagai sumber seperti buku-buku yang kami pinjam dari
perpustakaan dan juga menggunakan sumber internet. Menurut Model Polya
(1973), terdapat empat fasa penyelesaian masalah matematik yang merangkumi
pemahaman

tentang

masalah,

merancang

strategi

tentang

masalah,

implementasikan strategi yang dirancang dan mengimbas kembali. Dalam setiap


fasa penyelesaian masalah, beberapa soalan ditanya atau cadangan untuk
membantu para pelajar memahami masalah serta mendapat penyelesaian
tentang masalah tersebut.
Bagi saya, tugasan ini cukup mencabar kerana ia memerlukan
konsentrasi yang begitu tinggi terhadap setiap soalan yang kami cuba selesaikan
dalam tugasan ini. Sepanjang menyiapkan tugasan ini juga, pelbagai masalah
telah kami hadapi. Terutamanya apabila kami dikehendaki membuat tugasan ini
dalam cuti pertengahan semester. Hal ini telah menyebabkan kami sukar untuk
berbincang kerana masing-masing tinggal berjauhan. Tapi, Alhamdulillah berkat
kerjasama dan kesabaran antara ahli kumpulan kami menjadikan halangan
sebagai satu motivasi untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Dalam
menyiapkan tugasan ini juga, banyak ilmu dan pengetahuan baru yang telah
kami dapat. Hal ini menjadikan kami lebih faham terhadap subjek ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu kumpulan kami dalam menyiapkan tugasan ini
dalam jangka masa yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.

You might also like