You are on page 1of 2

Jarak

Jarak ialah jumlah panjang lintasan yang dilalui oleh sesuatu objek.
Ia merujuk kepada berapa banyak kawasan yang dilalui oleh sesuatu objek samasa
sepanjang pergerakannya.
Jarak merupakan kuantiti skalar (mempunyai magnitud sahaja).
Unit S.I bagi jarak ialah meter.
Jarak tidak boleh dinyatakan dalam bentuk nombor negatif.
Jarak boleh dikira dengan hanya menambah panjang laluan.
Sesaran.
Sesaran ialah jarak terdekat antara titik akhir dari titik mula pada satu garis lurus.
Sesaran merupakan kuantiti vektor (mempunyai magnitud dan arah).
Unit S.I bagi sesaran ialah meter.
Pertimbangkan gerakan di bawah:
Seorang pelajar berjalan 4 m ke timur , 2 m ke selatan, 4 m ke barat dan akhirnya 2 m ke
utara,

Walaupun pelajar itu telah berjalan sebanyak 12 m, tetapi sesarannya ialah 0 m. Ini
kerana dia telah balik semula ke tempat asalnya dan tidak bergerak dari tempat
permulaannya walaupun jarak yang dilaluinya ialah 12 m.
Jarak : 12 m.
Sesaran: 0 m.
Sesaran boleh dinyatakan dalam nombor negatif.
Jika Ali berjalan 5 m ke hadapan dan kemudiannya berundur 6 m ke belakang, sesaran
Ali ialah -1 m. Sesaran Ali = 5 m + (-6 m) = -1m
Tanda negatif menunjukkan arah sesaran berlawanan dengan arah asal dari
titik mula.

Laju
Laju ditakrifkan sebagai kadar perubahan jarak terhadap masa.
Unit S.I bagi halaju ialah meter persaat
Laju ialah kuantiti skalar maka ia hanya melibatkan magnitud dan tidak ditulis
dengan tanda negatif.
Halaju
Halaju ditakrifkan sebagai kadar perubahan sesaran terhadap masa.
Unit S.I bagi halaju ialah meter persaat
Halaju melibatkan arah dan magnitud, oleh itu halaju adalah kuantiti vektor.
Jika halaju sesuatu objek pada arah asal pergerakannya adalah positif, maka halaju
dalam arah yang bertentangan perlu ditulis dengan tanda negatif.
Apabila sesuatu objek berada dalam keadaan pegun, maka halajunya adalah sifar.
Pecutan
Pecutan ditakrifkan sebagai kadar perubahan halaju terhadap masa.
Pecutan ialah kuantiti vektor.
Suatu objek mengalami pecutan sifar jika halajunya sifar atau tiada perubahan halaju
(malar) dalam gerakannya.
Pecutan malar / seragam jika perubahan halaju adalah seragam.
Pecutan bernilai positif : halaju objek bertambah
Pecutan bernilai negatif: halaju objek berkurang (juga dipanggil sebagai
nyahpecutan)

You might also like