You are on page 1of 2

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

1)Bangsa
kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya.
Ditakrifkan juga sebagai kaum atau ras.
Bangsa atau kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India
Bangsa dikaitkan dengan nasionaliti, rupa bangsa dan semangat patroitik.
Sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi
yang sama.

2) Jenis Nasionalisme Bangsa


Nasionalisme sebelum negara cth Israel.
Nasionalisme selepas negara cth Switzerland.
Nasionalisme dunia ketiga cth negara Asia.
Nasionalisme menyeluruh cth Pertubuhan Negara Afrika.
Nasionalisme komuniti konflik cth orang Islam di Rusia dan, Bosnia.
Nasionalisme totalitarium cth Jerman semasa pemerintahan Hitler.

3) Bangsa Melayu
Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku
bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan
Madagaskar.
Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk seseorang
yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam.
Istilah "Melayu" untuk merujuk nama bangsa atau bahasa adalah suatu
perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya
Kesultanan Melayu Melaka.

4) Bangsa Cina

Orang Cina Malaysia ialah yang menjadi warganegara atau penduduk tetap
di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan yang datang dari China,tiba di
Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20.
Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara
bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu
atas sebab agama dan budaya kerana batasan agama.
Orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti
etnik, budaya dan politik.

5) Bangsa India
Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan
daripada mereka yang berhijrah dari India semasa pemerintahan British di Tanah
Melayu.
Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu
sebelum dan semasa Kesultanan Melaka, kemudian semasa pendudukan Melaka
oleh orang Portugal dan Belanda seterusnya semasa penjajahan British.
Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah
penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

6) Struktur Masyarakat/ Kelas Sosial


Sekelompok besar manusia yang saling berhubungan & bergantungan
berasaskan satu budaya dan mempunyai matlamat yang sama.
Struktur masyarakat ialah sebuah rangkaian hubungan antara orang yang
membentuk sistem separuh tertutup dan berkongsi kebudayaan, adat-adat, nilainilai, undang-undang dan sebagainya.
Sebuah masyarakat juga boleh merupakan sebuah komuniti yang saling
bergantung antara golongan yang wujud bersama. Makna "masyarakat" ialah
"segolongan orang yang tinggal bersama-sama di sebuah komuniti yang
teratur".

You might also like