You are on page 1of 24

BAB 11

PERBANDINGAN MIN DUA KUMPULAN SAMPEL

OBJEKTIF BAB
Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:
1.
Memahami konsep asas perbandingan min dua kumpulan
sampel.
2.
Menjelaskan beberapa metode analisis perbandingan min dua
kumpulan sampel.
3.
Membincangkan
langkah-langkah
pengujian
hipotesis
perbandingan min dua kumpulan sampel.
4.
Menerangkan keputusan analisis statistik dengan tepat.
5.
Menggunakan metode analisis yang paling tepat sesuai dengan
tujuan dan jenis data.
11.1

PENGENALAN

Dalam penyelidikan kita, akan sering terlibat untuk membandingkan prestasi


antara satu kumpulan sampel dengan kumpulan sampel yang lain. Bab ini
akan membincangkan cara kita boleh membuat perbandingan min antara
satu kumpulan sampel dengan satu kumpulan sampel yang lain. Dua
kumpulan yang dibandingkan mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah
kumpulan bebas dan kumpulan berhubungan. Varians kepada kumpulan
pula ada yang sama dan ada pula yang berbeza. Kita mulakan perbincangan
dengan membandingkan min dua kumpulan sampel bebas yang mempunyai
varians yang sama ataupun seragam.
11.2

VARIANS DUA KUMPULAN SAMPEL BEBAS

Untuk memulakan pengujian, yang pertama ialah kita perlu mempastikan


bentuk taburan kedua-dua kumpulan populasi yang ingin dibandingkan
sama ada kedua-dua taburan populasi tersebut normal ataupun tidak kerana
statistik parametrik hanya sesuai digunakan kepada taburan normal dan
hampir normal sahaja. Sekiranya taburan mengarah kepada tidak normal,
statistik bukan parametrik lebih sesuai digunakan.
Yang kedua kita pastikan varians kumpulan. Secara relatif apabila nisbah
varians kumpulan pertama dengan kumpulan kedua tidak melebihi dua kali
ganda (1:2), varians tersebut dianggap sebagai seragam. Sebaliknya jika
nisbahnya lebih daripada dua kali ganda, varians dua kumpulan tersebut
dianggap tidak seragam ataupun berbeza. Jika variansnya seragam, nilai ralat
piawai perbezaan dua min akan dianggar dengan nilai varians tergembeling
135

(pooled variance). Sebaliknya jika kedua-dua varians tidak seragam, nilai varians
setiap kumpulan digunakan. Metode analisis statistik perbandingan min dua
kumpulan bebas bagi kumpulan varians seragam berbeza dengan kumpulan
yang varians tidak seragam.
11.3

PERBANDINGAN
SERAGAM

MIN

SAMPEL

BEBAS

VARIANS

Bahagian ini akan menunjukkan analisis data untuk membandingkan min


dua kumpulan sampel bebas varians. Perbincangan dibuat berdasarkan
kepada pernyataan kajian dan tahap-tahap pengujian hipotesis seperti yang
telah dibincangkan dalam bab-bab sebelum ini.
11.4

PERNYATAAN KAJIAN

Kemurungan dikatakan sebagai satu daripada masalah psikologi yang pernah


dialami oleh golongan remaja di sekolah. Penyelidik di Barat sering
mendakwa pelajar perempuan mempunyai darjah kemurungan yang lebih
tinggi berbanding dengan pelajar lelaki. Berdasarkan hakikat ini maka kita
berminat untuk menguji dakwaan ini di kalangan remaja tempatan.
11.5

SUMBER DATA

Data kemurungan remaja diukur dengan alat ukuran Reynolds Adolescence


Depression Scale (RADS) yang dibina oleh Reynolds (1985). Datanya
ditunjukkan dalam Jadual 11.1 berikut:
Jadual 11.1
Skor Kemurungan Pelajar Remaja Lelaki dan Perempuan
Remaja Lelaki
N1
15
Min
7.000
Sisihan Piawai ( S.P)
2.236
Varians S21
5.000

11.6

Remaja Perempuan
N2
17
Min
13.000
Sisihan Piawai ( S.P)
2.828
Varians S22
8.000

METODE ANALISIS

Pelajar remaja lelaki dan perempuan dikatakan sebagai dua kumpulan


sampel bebas. Varians kemurungan remaja lelaki 5.0 adalah dianggap
seragam dengan varians perempuan 8.0. Untuk membandingkan min
kemurungan mereka, ujian t digunakan. Nilai ralat piawai perbezaan dua
min (Sx1-X2) dianggar dengan menggunakan nilai varians tergembeling S2p.
Formula ujian t sampel bebas adalah seperti berikut:
t = Min1 Min2

136

iaitu
Min1 = min kumpulan pertama
Min1 = min kumpulan kedua
SX1 - X2 ialah ralat piawai perbezaan dua min. Formulanya ialah
SX1 - X2

S2p (1/N1 + 1/N2)

S2P ialah varians tergembeling. Bagi data mentah tidak terkumpul, formula
pengiraannya adalah seperti berikut:
S2p

= [X12 (X1)2/ N1] + [X22 (X2)2/ N2]


N1 + N2 - 2

Pengiraan varians tergembeling boleh dipermudahkan seperti berikut


dengan menggunakan nilai varians yang telah dikira seperti dalam Jadual
11.1
S2p
11.7

= (N1 1)(S12) + (N2 1)((S2)2


N1 + N2 - 2

HIPOTESIS

Berdasarkan pernyataan kajian di atas, hipotesis nul (H0) boleh dinyatakan


seperti berikut:
Min kemurungan pelajar lelaki tidak berbeza dengan min
kemurungan pelajar perempuan.
Hipotesis pilihan (H1) pula menyatakan bahawa
Min kemurungan pelajar perempuan lebih tinggi
berbanding dengan min kemurungan pelajar lelaki.
Ingatan: Dalam kenyataan hipotesis, pelajar dinasihatkan untuk
menyatakan dahulu pemboleh ubah terikat yang diuji, kemudian diikuti oleh
aras pemboleh ubah bebas. Ramai pelajar yang menyatakan aras pemboleh
ubah bebas dahulu dan baru diikuti oleh pemboleh ubah terikat contohnya,
Terdapat perbezaan lelaki dan perempuan dalam kemurungan atau Terdapat
perbezaan jantina dalam aspek kemurungan. Sedangkan aras pemboleh ubah
bebas tidak diuji dan sememangnya telah berbeza. Persoalannya, bukankah
aras pemboleh ubah jantina lelaki dan perempuan memang berbeza dan
tidak perlu diuji?
Hipotesis pilihan di atas menyatakan dengan jelas bahawa min kemurungan
pelajar perempuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Kenyataan ini
137

menunjukkan pengujian terarah. Dalam bentuk simbol, hipotesis pilihan


terarah boleh ditulis seperti berikut:
Ho:
H1:

1 = 2
1 < 2

iaitu
1 ialah min populasi bagi lelaki
1 ialah min populasi bagi perempuan
Kenyataan hipotesis yang dibina dalam penyelidikan sepatutnya berdasarkan
liputan kesusasteraan yang disorot oleh penyelidik. Jika liputan tidak begitu
pasti darjah kemurungan antara remaja lelaki dan perempuan sama ada ia
berbeza atau pun tidak, hipotesis nul sesuai digunakan.
Hipotesis pilihan tidak terarah boleh dinyatakan dalam bentuk simbol
seperti berikut:
H1:

1 2

Bina satu kenyataan hipotesis pilihan terarah. Nyatakan


pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah terikat yang
terdapat dalam kenyataan hipotesis yang anda bina.
11.8

KRITERIUM MENOLAK Ho

Andaian yang dibina di awal tadi menyatakan bahawa kedua-dua sampel


adalah normal, bebas dan variansnya seragam. Oleh sebab itu, taburan
sampel dianggar dengan taburan yang diperkenalkan oleh William S. Gosset
dengan nama penanya Student, kemudiannya ia dipopularkan oleh beliau
dan R. A. Fisher. Taburan tersebut dinamakan sebagai taburan Students t
(Hinkle, Wiesma dan Jurs, 1998). Kita telah gunakan taburan ini untuk
menguji signifikannya pekali regresi (Lihat Jadual 10.1 dalam Bab 10).
Darjah kebebasan (dk) untuk ujian t ini ditentukan oleh bilangan sampel (N)
kedua-dua kumpulan sampel bebas iaitu (N1 - 1) + (N2 - 1) = N1 + N2 - 2.
Nilai dk ialah 15 + 17 - 2 = 30. Dengan menggunakan aras signifikan ( =
0.05) dan pengujian terarah satu hujungan nilai kritikal t ialah 1.697.
Kawasan pengujian yang ditunjukkan dalam Rajah 11.1 berada di sebelah
kiri taburan. Hal ini bermakna jika statistik t yang dikira sama atau lebih
kecil secara mutlak daripada 1.697 hipotesis nul ditolak.

138

Rajah 11.1
Kawasan Penerimaan dan Penolakan Ho Pengujian Satu Hujungan Statistik t

11.9

PENGIRAAN STATISTIK

Varians tergembeling dikira menggunakan nilai varians bagi setiap


kumpulan, iaitu
S2p

(N1 1) S12 + (N2 - 1)S12


N1 + N2-2

(15 1) 5.0 + (17.1)8.0


15 + 17 -2

(15 1) 5.0 + (17.1)8.0


32-2

(14) 5.0 + (16)8.0


30

70 + 128
30

129
30

4.30

139

Nilai ralat piawai perbezaan dua min dikira seperti berikut:

Nilai statistik t ialah


t

Min X1 Min X2
SX1 X2

7.0 13.0
0.7346

6.0
0.7346

- 8.168

Nilai t 8.168 berada di kawasan penolakan dan ia lebih kecil secara negatif
daripada nilai kritikal -1.697. Hipotesis nul yang dibina ditolak.
Ingatan: Nilai t yang dikira ialah negatif - 8.168 kerana min pertama lebih
kecil iaitu 7.0 dan min kedua lebih besar iaitu 13.0. Jika kita tolakkan 13.0
dengan 7.0 maka jawapannya menjadi positif 8.168. Yang penting ialah
memahami konsep bahawa statistik t menunjukkan perbezaan dua min. Jadi
untuk menerima atau menolak hipotesis nul (H0), nilai mutlak t dan nilai
mutlak kritikal boleh digunakan. Cara ini kurang mengelirukan.
11.10

KEPUTUSAN UJIAN HASIL CETAK KOMPUTER

Analisis ujian t boleh dibuat melalui aplikasi komputer pakej SPSS for
Windows. Kita teliti hasil cetak analisis ini dan cuba menerangkan keputusan
analisis dan interpretasinya. Jadual 11.2 menunjukkan hasil cetak analisis
perbandingan min kendiri pelajar lelaki dan perempuan.

140

Jadual 11.2
Hasil Cetak Analisis Ujian t Sampel Bebas Lelaki dan Perempuan

Kategori Umur
Perempuan
Lelaki

N
43
27

Mean
18.1860
16.5185

Std. Deviation
3.55404
2.59245

Std. Error Mean


.54199
.49892

Independent Samples Test


Levene's Test for
Equality of Variances

Kendiri

Equal
variances
assumed
Equal
variances not
assumed

Sig.

Df

Sig. (2tailed)

2.543

.115

2.109

68

.039

2.264

66.362

.027

Varians kendiri pelajar perempuan 3.55404 dan lelaki 2.59245 dianggap


sebagai seragam. Nilai statistik yang dibaca ialah pada lajur equal variances
assumed dengan nilai t = 2.109, dk nya 68 dan nilai kebarangkalian untuk
signifikan ialah 0.039 iaitu lebih kecil daripada 0.05.
11.11

INTERPRETASI KEPUTUSAN

Hipotesis nul yang dibina ditolak. Hipotesis pilihan yang menyatakan min
kemurungan pelajar perempuan lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki
diterima. Merujuk kepada data yang dipaparkan dalam Jadual 11.1 jelas
menunjukkan min kemurungan pelajar remaja perempuan lebih tinggi, iaitu
13.0 berbanding dengan min kemurungan pelajar remaja lelaki, iaitu 7.0.
Perbezaannya adalah signifikan (t(30) = 8.168, p < .05).
Keputusan yang ditunjukkan dalam hasil cetak komputer Jadual 11.2 juga
menunjukkan kendiri pelajar lelaki 16.5185 dan perempuan 18.1860 berbeza
secara signifikan (t(68) = 2.109, p < .05).

141

SOALAN DALAM TEKS

1. Data berikut menunjukkan ingatan jangka pendek


kanak-kanak kelas menengah dan kelas bawahan.
Berdasarkan data ini anda diminta menjawab soalansoalan yang dikemukakan.
Kelas Menengah
52
87
76
62
81
71
55
67

(a)
(b)

(c)
(d)
(e)
(f)

Kelas Bawahan
35
51
66
42
37
46
60
55
53

Kira min ingatan jangka pendek kanak-kanak.


Terangkan secara deskriptif perbezaan prestasi
ingatan mereka.
Kira sisihan piawai dan varians kedua-dua
taburan skor. Terangkan adakah dua kumpulan
kanak-kanak ini mempunyai varians seragam
atau berbeza.
Kira darjah kebebasan kumpulan.
Dengan
menggunakan
aras
pengujian
signifikan 0.05 dan hujungan yang anda pilih,
nyatakan nilai kritikal t.
Bina hipotesis pilihan terarah.
Anda diminta untuk menguji hipotesis yang
dibina di atas. Terangkan keputusannya dengan
mengunakan aras pengujian signifikan 0.05.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

11.12

PERBANDINGAN
BERBEZA

MIN

SAMPEL

BEBAS

VARIANS

Apabila andaian keseragaman varians dua kumpulan tidak dapat dipenuhi, ia


akan memberi kesan kepada analisis dan ia bergantung kepada saiz bagi
kedua-dua sampel. Jika saiz sampel sama (N1= N2), pelanggaran kepada
andaian keseragaman varians tidaklah begitu serius berbanding dengan saiz
sampel yang tidak sama (N1 N2), ditambah pula dengan keadaan varians
yang tidak sama (S1 S2). Oleh kerana itu, tatacara biasa yang digunakan
142

di atas untuk menguji hipotesis perbandingan min dua sampel perlu


diubahsuai.
Berikut diterangkan tatacara pengujian perbandingan dua kumpulan sampel
yang mempunyai varians yang berbeza. Analisis dibuat dengan
menunjukkan contoh pernyataan kajian.
11.13

PERNYATAAN KAJIAN

Penyelidik berminat untuk menguji adakah skor kemurungan remaja yang


mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi berbeza dengan remaja yang
mempunyai penghargaan kendiri yang rendah. Taburan markat kemurungan
kumpulan remaja ini berbeza variansnya.
11.14

SUMBER DATA

Jadual 11.3
Kemurungan Remaja Mengikut Kumpulan Penghargaan Kendiri yang Variansnya Berbeza
Kumpulan Penghargaan Kendiri
Tinggi
N1
15
Min
27.20
Sisihan Piawai S.P
12.07
Varians S21
145.70

11.15

Kumpulan Penghargaan Kendiri


Rendah
N2
30
Min
19.60
Sisihan Piawai S.P
7.91
Varians S22
62.60

METODE ANALISIS

Varians kumpulan penghargaan kendiri tinggi ialah 145.70 dan jauh berbeza
dengan kumpulan penghargaan kendiri rendah, iaitu 62.60. Perbezaannya
lebih dua kali ganda. Oleh kerana itu, tatacara ujian t yang digunakan perlu
diubahsuai iaitu nilai ralat piawai perbezaan dua min; dan nilai darjah
kebebasan (dk).
Cochran dan Cox (1957) telah mencadangkan nilai ralat piawai perbezaan
dua min.
SX1 X2 dianggar melalui varians kumpulan masing-masing.
SX1 X2 =

( S12 / N1) + ( S22 / N2)

iaitu
S12 = varians kumpulan 1
S22 = varians kumpulan 2
Ingatan: Nilai varians tergembeling tidak boleh digunakan.

143

Satterthwaite (1946) pula telah mencadangkan supaya membuat


pengubahsuaian terhadap nilai darjah kebebasan (dk) dengan menggunakan
formula berikut:
dk

11.16

= [(S12/ N1) + (S22/ N2)]2


(S12/ N1)2 + (S22/ N2)2
N2-1
N1-1

HIPOTESIS

Hipotesis nul (H0) kepada pernyataan kajian di atas boleh dinyatakan seperti
berikut:
Min kemurungan pelajar yang mempunyai penghargaan
kendiri yang tinggi tidak berbeza dengan min kemurungan
pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah.
Hipotesis pilihan (H1) dinyatakan sebagai berikut:
Min kemurungan pelajar yang mempunyai penghargaan
kendiri yang tinggi berbeza dengan pelajar yang mempunyai
penghargaan kendiri yang rendah.
Apakah kriteria yang digunakan untuk menentukan sama ada
varians dua kumpulan yang dikaji itu berbeza ataupun tidak.

11.17

KRITERIUM MENOLAK H0

Pengiraan darjah kebebasan dk berdasarkan formula Satterwaite (1946)


ditunjukkan di bawah. Oleh kerana jawapannya bukan angka bulat, nilai
perpuluhan dibulatkan kepada nilai yang paling hampir iaitu dk = 20.
dk

=
=
=
=
=

(145.70/15 + 62.60/30)2
[(145.70/15)2/15-1] + [(62.60/30)/30-1]
(9.7134 + 2.0867)2
(9.7134)2/14 + (2.0867)2/29
(11.8001)2/ (6.7393 + 1502)
139.2424/6.8895
20.21

Dengan aras pengujian signifikan 0.05 dua hujungan tidak terarah, nilai
kritikal t ialah 2.086. Ini bermakna bahawa jika nilai statistik t yang dikira
sama atau lebih besar secara mutlak daripada 2.086 maka hipotesis nul
ditolak. Untuk tujuan pembelajaran, kawasan penerimaan dan penolakan H0
ditunjukkan dalam Rajah 11.2.

144

Rajah 11.2
Kawasan Penerimaan dan Penolakan Ho Pengujian Dua Hujung

11.18

PENGIRAAN STATISTIK

Nilai ralat piawai perbezaan dua min dianggar menggunakan varians setiap
kumpulan seperti berikut:
SX1 X2 =
=
=
=

(145.70/ 15) + (62.60/ 30)


(9.713 + 2.086
11.799
3.44

Nilai statistik t ialah


t

11.19

=
=
=

(27.2 19.6)/ 3.55


7.6 / 3.44
2.209

KEPUTUSAN DAN INTERPRETASI

Nilai t yang dikira ialah 2.209 dan ia lebih besar daripada nilai t kritikal
2.086. Dengan itu hipotesis nul ditolak. Keputusan ini menunjukkan min
kemurungan di kalangan pelajar yang penghargaan kendirinya tinggi lebih
tinggi iaitu 27.2 berbeza dengan min kemurungan pelajar yang penghargaan
kendirinya rendah iaitu 19.6 secara signifikan (t (20) = 2.209, p < .05).

145

SOALAN DALAM TEKS

2.

Data ingatan jangka pendek kanak-kanak kelas


menengah dan kelas bawahan berikut yang telah
ditunjukkan dalam Soalan 1 sebelum ini digunakan
dalam soalan ini. Varians kedua-dua kumpulan
diandaikan sebagai tidak seragam.
Kelas Menengah
52
87
76
62
81
71
55
67

(a)
(b)
(c)
(d)

Kelas Bawahan
35
51
66
42
37
46
60
55
53

Kira darjah kebebasan kumpulan ini


dengan formula yang anda sesuai.
Dengan menggunakan pengujian satu
hujungan pada 0.05 nyatakan nilai kritikal t.
Bina hipotesis pilihan tidak terarah.
Uji hipotesis yang dibina di atas dan
terangkan keputusannya.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


11.20

PERBANDINGAN MIN SAMPEL BERHUBUNGAN

Analisis yang dibincangkan sebelum ini ialah untuk menguji perbandingan


min dua kumpulan sampel bebas. Namun demikian, kita sering juga
menggunakan sampel yang tidak bebas, iaitu berhubungan. Kita akan
membincangkan analisis ini dengan memberikan contoh pernyataan kajian
yang dikaji.
11.21

PERNYATAAN KAJIAN

Katakanlah, pihak penganjur program motivasi sering mendakwa bahawa


program motivasi mereka sebagai berjaya. Program motivasi boleh
dikatakan berjaya jika skor motivasi pelajar selepas mengikuti program
meningkat. Untuk mempastikan sejauh mana meningkatnya skor motivasi,
ia perlu dikumpul sebelum dan selepas pelajar mengikuti program tersebut
dan kemudian kedua-dua skor dibandingkan. Sekiranya skor motivasi
146

selepas program lebih tinggi secara ketara berbanding dengan sebelum


mengikuti program, maka bolehlah dikatakan program motivasi tersebut
sebagai berjaya.
Reka bentuk kajian yang sesuai digunakan dalam kajian seperti ini
dinamakan sebagai reka bentuk pra dan pascaprogram.
11.22

SUMBER DATA

Min motivasi praprogram dan pascaprogram dikira dan dijadikan statistik


bagi menunjukkan keberkesanan program bersama dengan varians dan
sisihan piawai. Statistik ini juga boleh dijadikan asas untuk melihat
keperbezaan dan keseragaman data motivasi setelah pelajar mengikuti
program.
Jadual 11.4
Skor Motivasi Pra dan Pascaprogram
Subjek
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

11.23

Praprogram (X1)
76
67
70
71
66
64
65
64
64
70

Pascaprogram (X2)
75
72
62
76
70
61
62
69
58
75

HIPOTESIS

Dalam pernyataan kajian di atas, minat kita ialah untuk menguji peningkatan
skor motivasi selepas mengikuti program. Hipotesis kajian boleh dinyatakan
dalam dua bentuk. Pertama adalah seperti berikut:
Ho:

= 0

Simbol menunjukkan perbezaan min dua kumpulan yang berhubungan.


Hipotesis nul ini menyatakan tidak terdapat peningkatan skor motivasi
antara pra dan pascaprogram.
Tidak terdapat perbezaan skor motivasi antara praprogram dengan
pascaprogram.
Hipotesis pilihan pula menyatakan, Terdapat perbezaan skor motivasi
antara praprogram dengan pascaprogram. Hipotesis pilihan ini tidak
menunjukkan arah.
H1:

0
147

Kita boleh menyatakan arah skor motivasi dalam hipotesis pilihan seperti,
Skor motivasi pascaprogram lebih tinggi jika dibandingkan dengan
motivasi praprogram. Ini menunjukkan peningkatan motivasi selepas
mengikuti program. Dalam bentuk simbol, ia adalah seperti berikut:
H1:
11.24

> 0

ANALISIS STATISTIK

Untuk menguji perbezaan antara min motivasi praprogram dengan min


motivasi pascaprogram secara signifikan, ujian t kumpulan berhubungan
dengan formula berikut digunakan.
t = Min d
Sd
iaitu
d = Min perbezaan markat antara pra dan pascaprogram.
Sd = Ralat piawai perbezaan min dua kumpulan berhubungan.
Dalam formula di atas, d merupakan perbezaan skor motivasi antara pra
dan pascaprogram. Ia dikira seperti berikut:
Min d = d / N
iaitu
d ialah jumlah perbezaan skor antara pra dan pasca.
N jumlah pasangan kes.
Ralat piawai perbezaan min pra dan pascaprogram diperoleh daripada nilai
sisihan piawai perbezaan skor (S.Pd).
Sd

= S.Pd /N

Sisihan piawai perbezaan markat dikira dengan formula yang biasa yang
digunakan untuk sisihan piawai, tetapi menggunakan nilai D.
S.Pd =
11.25

D2 (D)2/ N
N-1

KRITERIUM MENOLAK HO

Taburan t Student yang telah dibincangkan sebelum ini digunakan untuk


mendapat nilai kritikal. Darjah kebebasan yang digunakan untuk sampel
berhubungan ialah N-1 kerana menggunakan sampel yang sama. Dalam
148

contoh di atas, dk ialah 10 -1 = 9. Jika menggunakan aras 0.05, nilai ini


dibahagi dua menjadi = 0.05/ 2 =0.025 kerana pengujian dua hujungan.
Nilai kritikal t ialah 2.262. Ini bermakna hipotesis nul akan ditolak sekiranya
nilai statistik t yang dikira adalah sama atau lebih besar secara mutlak
daripada 2.262.
Seperti biasa, Rajah 11.3 berikut menunjukkan kawasan penerimaan dan
penolakan hipotesis nul (H0) berdasarkan pengujian dua hujungan.
Rajah 11.3
Kawasan Penerimaan dan Penolakan Ho Pengujian Dua Hujungan Statistik t

11.26

PENGIRAAN STATISTIK

Data dalam Jadual 11.5 mempaparkan skor motivasi 10 orang pelajar


sebelum dan selepas mengikuti program motivasi digunakan. Untuk mengira
statistik t, beberapa nilai perlu dikira terlebih dahulu iaitu (1) min perbezaan
skor d; (2) sisihan piawai perbezaan skor (S. Pd) dan (3) ralat piawai
perbezaan skor (Sd). Jadual 11.5 menunjukkan perbezaan skor praprogram
(X1) dengan skor pascaprogram (X2) dan nilai kuasa dua perbezaan skor
(d2).
Sisihan piawai perbezaan skor pra dan pascaprogram dikira seperti berikut:
S.Pd

=
=
=
=
=

[248 (-20)2/10]/ 10 1
[248 400/10]/ 9
(248 40)/ 9
208/ 9
4.81

Ralat piawai perbezaan skor (Sd)


Sd

=
=
=

4.81/41
4.81/3.162
1.52
Jadual 11.5
149

Markat dan Perbezaan Skor Motivasi Pra dan Pascaprogram


Subjek

Praprogram (X1)

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Jumlah
Min

76
67
70
71
66
64
65
64
64
70
660
66.0

Pascaprogram
(X2)
75
72
62
76
70
61
62
69
58
75
680
68.0

d2

-5
-5
8
-5
-4
3
3
-5
-5
-5
- 20
- 2.0

25
25
64
25
16
9
9
25
25
25
248

Jumlah perbezaan skor antara praprogram (X1) dengan pascaprogram (X2)


yang ditunjukkan di dalam lajur 4 ialah - 20. Nilai ini sama dengan nilai
perbezaan jumlah skor praprogram (X1) dengan jumlah skor
pascaprogram (X2). Dengan itu
d

=
=
=

X1 X2
660 680
- 20

Min perbezaan skor motivasi antara pra dan pascaprogram ialah d/N = 20 / 10 = - 2.0. Untuk menghilangkan tanda negatif pada jumlah perbezaan
markat, kedudukan markat praprogram dan pascaprogram bolehlah diubah.
Markat yang lebih besar diletakkan di hadapan dan ditolak dengan markat
yang lebih kecil. Ia akan menghasilkan nombor positif, dan kurang
mengelirukan.
d

=
=
=

X2 - X 1
680 660
20

Min perbezaan skor nilai statistik t juga menjadi positif.


t
11.27

=
=

2.0 /1.52
1.316

KEPUTUSAN DAN INTERPRETASI

Statistik t yang dikira ialah 1.316. Ia lebih kecil daripada nilai kritikal
pengujian dua hujungan 2.262. Oleh kerana itu H0 gagal untuk ditolak. Ini
bermakna skor motivasi di kalangan pelajar praprogram dengan
pascaprogram tidak berbeza secara signifikan (t(9) = 1.316, p > 0.05). Min
motivasi sebelum mengikuti program iaitu 66.0 tidak berbeza secara
signifikan jika dibandingkan dengan min motivasi selepas mengikuti
150

program iaitu 68.0. Dapatlah disimpulkan bahawa program peningkatan


motivasi di kalangan pelajar yang mengikuti program tersebut secara
signifikannya tidak berjaya.
11.28

HASIL CETAK ANALISIS KOMPUTER

Di bawah ini ditunjukkan hasil cetak analisis aplikasi komputer bagi ujian t
sampel berhubungan kumpulan praprogram (pre) dan pascaprogram (post).
Keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan kendiri kumpulan
praprogram 67.70 dengan kumpulan pascaprogram 68.00 secara signifikan
(t(10) = 0.816, p > 0.05).
Paired Samples Statistics

Kendiri
Pair 1 pre
post

Mean
67.7000
68.0000

N
10
10

Std. Deviation
3.97352
6.69992

Std. Error
Mean
1.25654
2.11870

Paired Samples Correlations


N
Pair 1

pre &
post

Correlation
10

.651

Sig.
.041

Paired Samples Test


Paired Differences

Pair 1

11.24

pre - post

Mean
-.30000

Std. Deviation
5.10011

Std. Error
Mean
1.61280

t
-.186

df
9

Sig. (2-tailed)
.857

KESIMPULAN

Kita telah membincangkan bahagaimana min kepada dua kumpulan sampel


boleh diuji perbezaannya secara signifikan untuk dijadikan sebagai
kesimpulan secara inferens kepada populasi. Metode analisis yang digunakan
bergantung kepada jenis sampel kumpulan sama ada bebas atau
berhubungan. Metode analisis bergantung juga kepada keadaan varians
dalam taburan sama ada seragam atau tidak. Kita hendaklah menggunakan
metode analisis yang betul supaya keputusan yang dibuat dapat
dipertanggungjawabkan.

151

SOALAN DALAM TEKS


3.

Data berikut menunjukkan skor semangat patriotik


10 orang pelatih Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) yang dikumpul pada awal program dan pada
akhir program latihan.
Subjek
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Awal Program
33
41
29
18
26
40
23
25
28
21

Akhir Program
46
51
41
32
37
48
37
36
38
30

Berdasarkan data di atas jawab soalan-soalan berikut:


(a)

Bina hipotesis yang sesuai untuk menguji


perbezaan skor semangat patriotik peserta
PLKN.
Uji hipotesis yang and bina dengan
menggunakan aras pengujian signifikan 0.10

(b)

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI


1.

Data berikut menunjukkan skor penghargaan kendiri kanak-kanak di


kawasan bandar dan luar bandar. Berdasarkan data ini anda diminta
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Bandar
50
43
54
48
33
46
48
36
54
50

Luar Bandar
37
29
39
36
22
34
35
27
42
36
152

(a)

(b)
(c)
(d)
(e)
(f)

2.

Katakan data di atas mempunyai varians yang tidak seragam. Oleh


itu, anda dikehendaki:
(a)
(b)
(c)
(d)

3.

Kira min skor penghargaan kendiri kanak-kanak di kawasan


bandar dan luar bandar. Terangkan secara diskriptif
perbezaan penghargaan kendiri dua kumpulan kanak-kanak
tersebut.
Kira sisihan piawai dan varians kedua-dua taburan skor.
Terangkan adakah dua kumpulan kanak-kanak ini
mempunyai varians seragam atau berbeza.
Kira darjah kebebasan kumpulan.
Dengan menggunakan aras pengujian signifikan 0.05 dan
hujungan yang anda pilih, nyatakan nilai kritikal t.
Bina hipotesis pilihan.
Anda diminta untuk menguji hipotesis yang dibina di atas.
Terangkan keputusannya dengan mengunakan aras
pengujian signifikan 0.05.

Kira darjah kebebasan kumpulan ini dengan formula yang


sesuai.
Dengan menggunakan pengujian satu hujungan pada aras
pengujian 0.05, nyatakan nilai kritikal t.
Bina hipotesis pilihan tidak terarah.
Uji hipotesis yang dibina di atas dan terangkan
keputusannya.

Data berikut menunjukkan skor tekanan kerja di kalangan 10 orang


pekerja sebelum dan selepas mereka mengikuti program intervensi
yang diberikan oleh pihak pengurusan untuk mengurangkan tekanan
kerja. Berdasarkan skor-skor tersebut, jawab soalan-soalan yang
dikemukakan di bawah.
Pekerja
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

(a)
(b)

Sebelum Program
50
43
54
48
33
46
48
36
54
50

Selepas Program
37
29
39
36
22
34
35
27
42
36

Kira min skor tekanan kerja di kalangan pekerja sebelum dan


selepas program intervensi untuk mengurangkan tekanan.
Terangkan secara diskriptif perbezaan skor tekanan mereka.
Bina hipotesis yang sesuai untuk menguji perbezaan skor
tekanan kerja sebelum dan selepas program.
153

(c)
4.

Uji hipotesis yang and bina dengan menggunakan aras


pengujian signifikan 0.05.

Anda dikehendaki meneliti hasil cetak analisis data berikut untuk


menjawab soalan-soalan yang diberikan di bawah.
Nilai Murni
Bangsa
Bukan Melayu
Melayu
Total

Mean
101.7692
110.3021
104.5842

N
195
96
291

Std. Deviation
10.06438
10.82115
11.05764

Levene's Test for


Equality of
Variances
F

Nilai
Murni

Equal
variances
assumed
Equal
variances
not assumed

1.390

Sig.

.239

df

Sig.
(2-tailed)

6.632

289

.000

6.470

177.388

.000

Berdasarkan hasil cetak di atas, jawab soalan-soalan berikut:


(a)
(b)
(c)

Bina hipotesis yang sesuai. Nyatakan pemboleh ubah bebas


dan pemboleh ubah terikat dalam hipotesis yang anda bina.
Teliti nilai varians dan nyatakan sama ada kumpulan sampel
mempunyai varians yang seragam atau tidak. Sokong
kenyataan anda dengan bukti statistik.
Berdasarkan hipotesis yang anda bina di atas, terangkan
keputusan pengujian hipotesis dengan menggunakan aras
pengujian signifikan 0.05
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


1.

Data ingatan jangka pendek kanak-kanak kelas menengah dan kelas


bawahan berikut digunakan untuk menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan.

154

Kelas Menengah
52
87
76
62
81
71
55
67

(a)

(b)

Kelas Bawahan
35
51
66
42
37
46
60
55
53

Min ingatan jangka pendek kanak-kanak kelas menengah ialah


551/8 = 68.88
Min ingatan jangka pendek kanak-kanak kelas menengah ialah
445/9 = 49.44. Min ingatan jangka pendek kanak-kanak kelas
menengah lebih tinggi berbanding dengan min ingatan jangka
pendek kanak-kanak kelas bawahan.
Kira sisihan piawai dan varians kedua-dua taburan skor.
Varians kumpulan kanak-kanak kelas menengah:
[39,9009 (551)2/8]/7 = 151.27.
Varians kumpulan kanak-kanak kelas bawahan
[22,865 (445)2/9]/8 = 107.78.
Sisihan piawai kumpulan kanak-kanak kelas menengah:
151.27 = 12.30.

Sisihan piawai kumpulan kanak-kanak kelas bawahan:


107.78 = 10.38.
Varians kedua-dua kumpulan kanak-kanak ini bolehlah dianggap
seragam kerana perbezaannya tidak sampai dua kali ganda.
(c)
(d)
(e)
(f)

Darjah kebebasan kumpulan ialah 9 + 8 2 = 15.


Dengan menggunakan aras pengujian signifikan 0.05 dua
hujungan nilai kritikal t ialah 2.131.
Hpotesis pilihan terarah: Min ingatan jangka pendek kanakkanak kelas menengah lebih tinggi berbanding min ingatan
jangka pendek kanak-kanak kelas bawahan.
Pengujian hipotesis:

Sp2 Varians tergembeling

= [(8*107.78) + (7*151.27)]/ 9 + 8 2
= 862.24 + 1058.89/15
= 1921.13/15
= 128.08

Ralat piawai perbandingan dua min


=
=
=
=
155

Sp2 [1/N1 + 1/N2]


128.08 [1/9 + 1/8]
128.08 [1/9 + 1/8]
5.50

68.88 49.44
5.50
3.53

Keputusan menunjukkan nilai t yang dikira 3.53 lebih besar daripada


nilai kritikal 2.131. Ini menunjukkan min ingatan jangka pendek
kanak-kanak kelas menengah 68.88 lebih tinggi secara signifikan
berbanding denganmin ingatan jangka pendek kanak-kanak kelas
bawahan 49.44 (t (15) = 3.53, p < 0.05).
2.

(a)

Varians kumpulan tidak seragam. Darjah kebebasan dikira


dengan formula Satterwaite.
dk

[(S12/N1) + (S22/N2)]2
(S12/N1)2 + (S22/N2)2
N2-1
N1-1

[(107.78/9) + (151.27/8)]2
(107.78/9)2 + (151.27/8)2
8
7
[(11.976) + (18.909)]2
(11.976)2 + (18.909)2
8
7

(b)
(c)
(d)

(11.976 + 18.909)2
17.928 + 51.079

(30.885)2 / 69.007

13.823

14

Dengan menggunakan pengujian satu hujungan pada 0.05 dan


dk = 14, nilai kritikal t ialah 1.761.
Hipotesis pilihan tidak terarah: Min ingatan jangka pendek
kanak-kanak kelas menengah berbeza dengan min ingatan
jangka pendek kanak-kanak kelas bawahan.
Pengujian hipotesis: Ralat piawai perbandingan dua min
menggunakan nilai varians kumpulan masing-masing:

=
=
=
=
=
=
=
156

S12 /N1 + S22/N2]


107.78/9 + 151.27/8]
11.9756 + 18.909
30.8846
5.557
68.88 49.44
5.557
3.498

Keputusan menunjukkan nilai t yang dikira 3.498 lebih besar


daripada nilai kritikal 1.761. Ini menunjukkan min ingatan jangka
pendek kanak-kanak kelas menengah 68.88 lebih tinggi secara
signifikan berbanding dengan min ingatan jangka pendek kanakkanak kelas bawahan 49.44 (t (14) = 3.498, p < 0.05).
3.

Data skor semangat patriotik pelatih PLKN digunakan untuk


menjawab soalan-soalan di bawah.
(a)

(b)

Hipotesis pilihan terarah untuk menguji perbezaan skor


semangat patriotik peserta PLKN ialah Min semangat
patriotik peserta PLKN pada akhir program lebih tinggi
berbanding dengan min semangat patriotik pada awal
program.
Pengujian hipotesis di atas dengan menggunakan aras
pengujian signifikan 0.10. Pengiraannya:
Subjek
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Awal Program
33
41
29
18
26
40
23
25
28
21
284

Akhir Program
46
51
41
32
37
48
37
36
38
30
396

d
13
10
12
14
11
8
14
11
10
9
112

d2
169
100
144
196
121
64
196
121
100
81
1,292

Sisihan piawai perbezaan skor (S.Pd) pada awal dan akhir program
dikira seperti berikut:
S2d

=
=

S.Pd

=
=
=

1292 (112)2/10
9
1292 1254.4
9
4.178
4.178
2.04

Ralat piawai perbezaan skor (Sd),


Sd

Min d

=
=
=
=

S.Pd / N
2.04 / 10
2.04/ 3.162
0.645

=
=

112/10
11.2
157

=
=

11.2 / 0.645
17.36

Darjah kebebasan ialah N 2 = 10 2 = 8. Dengan menggunakan


aras pengujian signifikan 0.10 satu hujungan, nilai kritikal t ialah
1.397.
Keputusan menunjukkan nilai t yang dikira 17.36 lebih besar
daripada nilai kritikal 1.397. Ini menunjukkan min semangat
patriotik peserta PLKN pada akhir program 39.6 lebih tinggi secara
signifikan berbanding dengan min semangat patriotik pada awal
program 28.4 (t (8) = 17.36, p < 0.10).

158

You might also like