You are on page 1of 13

PROSES-PROSES PENYAMBUNGAN

OBJEKTIF
Memperkenalkan proses-proses penyambungan yang terlibat dengan proses pembuatan
iaitu proses penyambungan dengan haba yang melibatkan pateri dan kimpalan,
penyambungan mekanikal dan penyambungan dengan perekat.
PENGENALAN
Dengan hanya sedikit pengecualian, hampir keseluruhan barangan industri seperti
mesin, struktur, paip dan bahan-bahan logam adalah dipasangkan daripada sebilangan
komponen atau bahagian yang diperbuat daripada unit-unit yang berasingan. Ini
dilakukan sama ada untuk memudahkan proses pembuatan barangan tersebut,
memudahkan pemasangan, penghantaran atau lain-lain alasan ekonomi. Selain dari
faktor-faktor ekonomi, aspek-aspek teknikal juga menjadi faktor terpenting di dalam
pemilihan sesuatu jenis proses sambungan.
Proses penyambungan ialah satu proses di mana dua atau lebih elemen disambungkan
supaya menjadi satu bahagian/komponen. Terdapat banyak cara di mana sambungan
boleh dilakukan. Proses penyambungan boleh dikelaskan kepada beberapa kategori
seperti berikut ;
a) Pateri lembut, pateri keras dan kimpalan ;
b) Sambungan secara mekanikal seperti bolt, nat, skru, ribet dan lain-lain;
c) Sambungan menggunakan ikatan perekat seperti gam, damar dan lain-lain.
Pemilihan sesuatu jenis penyambungan bergantung
berhubung dengan sambungan tersebut seperti ;

kepada

beberapa

faktor

a) Jenis pemasangan - kekal, seperuh kekal atau sementara ;


b) Bahan yang digunakan - keluli, besi tuangan, aluminium, logam yang serupa dan
tak serupa ;
c) Ekonomi ;
d) Keadaan mekanikal seperti untuk menahan daya atau beban yang besar, suhu yang
tinggi, tekanan yang besar dll.
PATERI LEMBUT (SOFT SOLDERING)
Pateri lembut ialah satu proses penyambungan panas yang menggunakan bahan
pencantum logam yang cair atau lebur, akan tetapi logam ibu, iaitu logam yang
hendak dicantumkan itu tidak lebur. Logam pencantum/pengisi yang lazimnya
digunakan ialah daripada jenis yang mempunyai takat lebur yang rendah. Jenis yang
paling meluas digunakan ialah aloi timah dan/atau plumbum.Proses penyambungan ini
pada amnya bergantung kepada keupayaan ketelusan rerambut logam pencantum
iaitu keupayaan logam tersebut menyerap dan memenuhi ruang sambungan yang
sempit untuk memberikan kekuatan pada sambungan tersebut.
Proses mempateri adalah mudah. Walau bagaimana pun terdapat beberapa langkah
yang patut diikuti untuk mendapatkan mutu sambungan yang baik di mana antaranya
ialah seperti berikut ;
a. Bahagian-bahagian logam ibu disediakan dengan kemas dan dipasangkan bersama,
b. Menyapu fluks pateri ke kawasan yang hendak disambung.

c. Pateri diletakkan atau disapukan di bahagian sambungan di mana ianya akan cair
bila disentuhkan dengan alat mempateri dan membasahi permukaan logam
seterusnya menyerap masuk ke ruang sempit dengan tarikan rerambut.
d. Bahagian yang disambungkan itu kemudiannya disejukkan.
e. Fluks pateri lebihan dibersihkan.
Sambungan pateri lazimnya bertujuan untuk sebahagian atau semua daripada
maksud berikut ;
a. Untuk memberikan kekuatan mekanikal pada sesuatu pemasangan.
b. Untuk berperanan sebagai adang gas dan cecair.
c. Untuk memberikan pengaliran arus letrik dan/atau haba.
Walaupun proses pateri lembut adalah mudah ianya mempunyai beberapa kebaikan di
mana antaranya adalah seperti ;
1)
2)
3)

Suhu penyambungan adalah rendah, sesuai untuk penyambungan yang


mempunyai takat lebur rendah dan barangan yang peka haba.
Disebabkan suhu pateri yang rendah, maka ianya mudah dicairkan, masa untuk
mempateri adalah singkat dan tidak mengubah sifat-sifat logam.
Suhu yang rendah turut merendahkan paras kos dan masalah erotan barangan
tidak berlaku.

Kelemahan-kelemahan yang terdapat pada proses pateri lembut ialah sambungan


yang tidak kuat dibandingkan dengan pateri keras atau kimpalan dan sambungan ini
alah pada ketegasan tegangan. Sambungan perlulah direkabentuk supaya dapat
menggelakkan dari menghadapi ketegasan tegangan sebaliknya menghadapi
ketegasan ricih. Rajah 4.1 menunjukkan contoh-contoh rekabentuk pateri lembut yang
sesuai.
PATERI KERAS (BRAZING)
Proses pateri keras samalah dengan pateri lembut di mana bahan pencantum atau
pengisi diletakkan pada tempat sambungan dan suhu dipanaskan sehinggalah bahan
pengisi tersebut melebur.Logam pengisi disedut oleh tarikan rerambut ke dalam ruang
sambungan. Lazimnya logam pengisi yang mempunyai suhu lebur di atas 450 0C
digunakan dalam pateri keras tetapi di bawah suhu lebur logam ibu.
Untuk mendapatkan sifat sambungan yang optima melalui proses pateri keras ini,
bahagian-bahagian sambungan mestilah mempunyai permukaan yang bertindih agar
aloi pengisi dapat diserapkan di antara permukaan tersebut di mana dengan suhu dan
kebersihan yang sempurna, percantuman sambungan akan berlaku. Logam ibu tidak
lebur, dan kekuatan sambungan bergantung kepada keberkesanan cantuman
permukaan dan juga sifat kekuatan ketegangan aloi pengisi.
Satu lagi ciri penting dalam proses pateri keras ialah berhubung dengan aloi pengisi.
Bukan sahaja ia mesti memenuhi keperluan-keperluan dari segi kekuatan, pencegahan
karatan dan kesesuaian logam terhadap logam ibu, tetapi juga mesti mempunyai sifat
keberaliran yang baik di mana ianya mudah untuk menyerap dengan kuasa rerambut
dan membasahi serta mencantumkan permukaan sambungan.
Bahan-bahan aloi pengisi boleh didapati di dalam berbagai bentuk seperti berbentuk
batang, dawai, kepingan dan serbuk. Pemilihan jenis bahan pengisi tertentu

bergantung kepada jenis bahan ibu dan juga suhu. Antara jenis-jenis bahan aloi
pengisi yang lazim digunakan seperti berikut ;
Bahan Aloi
Aloi aluminium
Aloi perak (silver)
Aloi tembaga-phosphorous
Logam tembaga
Loyang
Aloi nikel dan kobalt
Aloi emas

Suhu Lebur (0 C)
600 - 630
600 - 800
640 - 800
1045 - 1085
870 - 980
875 - 1150
905 - 1020

Sebelum sambungan dilakukan, fluks untuk pateri keras disapukan di kawasan


sambungan agar kawasan tersebut dibersihkan dan aloi pengisi dapat membasahi dan
membantu percantuman logam terhadap logam ibu dengan baik.
Walaupun proses pateri keras dilakukan pada suhu yang lebih tinggi daripada pateri
lembut, ianya masih lagi berbeza daripada proses kimpalan kerana logam ibu tidak
lebur. Dengan sebab itu sambungan yang dihasilkan tidaklah sekuat sambungan
proses kimpalan. Ini menyebabkan rekabentuk sambungan pateri keras perlu dibuat
berbeza sedikit daripada rekabentuk sambungan kimpalan. Sambungan perlu dibuat
supaya beban yang digunakan bertindak pada sambungan tersebut sebagai tegasan
ricih dan bukan tegasan tegangan. Contoh sambungan yang membandingkan pateri
keras dan kimpalan diberikan seperti pada Rajah 4.2.
KIMPALAN (WELDING)
Kimpalan ialah proses penyambungan bahan-bahan logam atau bukan logam dengan
menggunakan haba dan/atau tekanan. Proses kimpalan terdiri daripada berbagaibagai jenis. Rajah 4.3 menunjukkan jenis-jenis kimpalan yang dikategorikan mengikut
American Welding Society (AWS).
Kebanyakan daripada proses-proses kimpalan menggunakan haba sebagai tenaga
untuk meleburkan bendakerja yang akan dikimpalkan. Tenaga yang diperlukan untuk
menghasilkan haba boleh diperolehi melalui beberapa cara seperti ;
a) Mekanikal
b) Elektrik
c) Kimia
d) Optik
Walau apa jua sumber haba
meleburkan logam (biasanya
kawasan, mencukupi di segi
pentingnya ialah sumber haba

yang digunakan, ianya mestilah cukup tinggi untuk


di atas takat lebur), dapat ditumpukan pada sesuatu
jumlah atau kadar yang diperlukan dan tidak kurang
tersebut mestilah boleh dikawal.

Peleburan yang berkesan tidak sahaja bergantung kepada haba masukan. Terdapat
beberapa parameter/angkubah yang lain yang perlu diambil kira supaya sesuatu
proses kimpalan dapat dilakukan dengan berjaya, berkesan dan bermutu tinggi.
Angkubah-angkubah ini ialah seperti ;
a. Tebal logam ibu dan jenis sambungan
b. Keberaliran haba
c. Suhu lebur logam ibu

d. Jenis elektrod
e. Suhu bahan ibu sebelum dikimpal
f).Keadaan operasi - contohnya arus dan voltan arka, kadar kelajuan dan kadar uluran
elektrod.
Elektrod
Elektrod adalah merupakan salah satu elemen penting di dalam sesuatu proses
kimpalan. Ianya dawai logam yang mempunyai kandungan yang sama dengan
kandungan logam yang hendak dikimpal. Elektrod terbahagi kepada dua jenis
yang utama iaitu jenis yang bersalut dan tidak bersalut. Elektrod telah
digunakan sejak beberapa lama dahulu (1800) dan telah melalui banyak proses
pembangunan dan pembaikan sehinggalah seperti yang kita dapati pada hari
ini. Elektrod digunakan sebagai pengalir elektrik kepada arka dan membekalkan
logam yang sesuai untuk penyambungan. Salutan yang terdapat pada elektrod
jenis bersalut adalah secara umumnya untuk memperbaiki keadaan atau sifatsifat fizikal, mekanikal dan kimia sesuatu sambungan.Secara khususnya, fungsi
sesuatu salutan pada elektrod antaranya adalah seperti berikut ;
1) Memberikan medan pelindung semasa kimpalan.
2) Menyebabkan berlakunya kumai yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk
melindungi logam yang lebur.
3) Menstabilkan arka.
4) Menambahkan elemen aloi logam pada logam kimpalan.
5) Mengurangkan percikan logam kimpalan.
6) Meningkatkan kecekapan dan peleburan logam.
7) Mengeluarkan oksida dan kotoran.
8) Mempengaruhi kedalaman penembusan arka.
9) Mempengaruhi bentuk kimpalan yang terjadi.
10)Melambatkan kadar penyejukan kimpalan di mana ini akan mengelakkan
berlaku kerosakan pada sifat-sifat mekanikal seperti berlaku retak atau
bersifat rapuh.
Pemilihan
terhadap
sesuatu
elektrod
mestilah
berdasarkan
kepada
keupayaannya menghasilkan sambungan yang optima pada harga yang paling
ekonomik. Beberapa aspek penting seperti berikut hendaklah diambil kira iaitu ;
komposisi logam
sifat-sifat mekanikal yang diperlukan
arus terus atau arus ulang alik
kedudukan kimpalan
tebal logam ibu
jenis sambungan
haba masukan
Sumber Tenaga Elektrik
Tenaga elektrik adalah merupakan salah satu daripada sumber tenaga yang
penting dan meluas penggunaannya di dalam proses-proses kimpalan. Tenaga
elektrik ditukar kepada haba.Terdapat dua jenis janaan tenaga elektrik iaitu arus
ulang alik (AC) dan aris terus (DC). Kedua-dua jenis arus ini mempunyai
kelebihan dan kekurangannya dan pemilihan bergantung kepada beberapa faktor
seperti keadaan operasi kimpalan dan juga kos.

Janaan Arus Terus


Janaan arus terus merupakan cara yang paling lazim digunakan. Unit kimpalan
jenis ini terdiri daripada motor elektrik arus terus atau enjin penjana arus
terus. Arus terus lebih baik dari arus ulangalik kerana nisbah tenaga arka yang
masuk ke dalam bendakerja ataupun elektrod boleh diubah melalui penukaran
kekutuban (polarity). Apabila kekutuban bendakerja positif, lebih kurang 2/3
daripada jumlah tenaga arka akan masuk ke dalam bendakerja manakala 1/3
daripada tenaga tersebut berada pada elektrod. Keadaan sebaliknya berlaku
bilaman kekutuban bendakerja ditukar kepada negatif, iaitu 1/3 masuk kepada
bendakerja dan bakinya kepada elektrod. Kekutuban elektrod negatif lebih sesuai
untuk bendakerja yang tebal dan sebaliknya untuk bendakerja yang nipis.
Kekurangan arus janaan jenis ini ialah harganya yang mahal berbanding janaan
arus ulangalik.
Janaan Arus Ulang Alik
Mesin kimpalan arus ulangalik tidak begitu meluas penggunaanya pada masa ini
oleh kerana arka yang dihasilkan kurang stabil apabila kekutuban voltan berubah
dari positif ke negatif. Akan tetapi masalah ini telah dapat diatasi dengan
menggunakan elektrod jenis salutan khas.
Unit kimpalan arus ulangalik lebih murah dari segi kos awal dan kos
penyelenggaraan. Kebanyakan proses kimpalan jenis automatik dilakukan
dengan menggunakan janaan arus ulangalik ini.
Prinsip-prinsip proses arka elektrik
Proses kimpalan yang menggunakan tenaga elektrik akan mempunyai litar
kimpalan asas seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4.4. Apabila elektrod
disentuhkan kepada bendakerja arka akanterjadi dan litar pun tersambung
menyebabkan arus kimpalan mengalir melalui litar tersebut. Apabila arus yang
tinggi melalui elektrod, haba panas akan terhasil daripada arka yang melompat
melalui ruang udara di antara hujung elektrod dengan logam bendakerja. Ruang
udara merupakan perintang yang tinggi terhadap pengaliran arus. Rintangan ini
menghasilkan haba bersuhu sehingga lebih kurang 33000C - 55000C.
Arus kimpalan dibekalkan oleh mesin kimpalan. Voltan biasanya ialah 220V atau
440 V tetapi yang digunakan hanyalah sekitar 10 - 36 volt sahaja. Akan tetapi
arus yang digunakan adalah tinggi untuk menghasilkan haba yang tinggi. Haba
yang tinggi ini akan meleburkan hujung elektrod dan juga logam ibu di bawah
arka untuk membentuk lembah lebur. Tekanan arka masuk ke dalam logam ibi
dan membentuk penembusan (penetration). Timbunan kimpalan yang dikenali
sebagai kumai terjadi iaitu sebatian elektrod dan logam ibu yang lebur.
Proses-proses Kimpalan Arka
Kimpalan arka terdiri daripada beberapa jenis seperti yang ditunjukkan di dalam
Rajah 4.4. Tidak semua daripada proses-proses ini yang akan diterangkan secara
terperinci. Hanya beberapa proses-proses sahaja yang dibincangkan seperti
kimpalan arka logam bersalut (shielded metal arc welding SMAW), kimpalan arka
gas logam (Gas metal arc welding GMAW), kimpalan arka gas tungsten (Gas

tungsten arc welding GTAW)dan kimpalan arka timbunan (Submerged arc


welding SAW).
a) Kimpalan Arka Logam Manual (SMAW)
Ini merupakan salah satu daripada proses yang paling lama digunakan dan
paling mudah. Pada masa ini lebih kurang 50 % daripada kerja-kerja kimpalan di
industri menggunakan proses ini.Seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4.5, arka
terjadi dengan menyentuhkan hujung elektrod yang bersalut pada bendakerja
dan diangkat dengan cepat pada jarak yang sesuai untuk mendapatkan arka
yang stabil. Haba yang terjadi meleburkan hujung elektrod, salutannya dan
logam ibu pada kawasan yang dikimpal itu. Elektrod yang digunakan lazimnya
bersaiz antara 9 - 18 inci panjang dan 3/32 - 1/4 inci garispusat.
Arus elektrik umumnya di dalam julat 50 - 300 A, bergantung kepada jenis dan
garispusat elektrod. Arus terus atau arus ulangalik boleh digunakan. Untuk
janaan arus terus, kekutuban (polarity) boleh jadi positif atau negatif bergantung kepada bahan yang akan dikimpal, jenis elektrod dan dalamnya zon
pemanasan.
Proses ini lazimnya digunakan di dalam industri pembinaan, membuat kapal,
paip dan lain-lain. Ianya sangat sesuai untuk bendakerja yang mempunyai tebal
di antara 1/8 - 3/4 inci.
b) Kimpalan Arka Gas Logam (GMAW)
Di dalam proses ini, gas pelindung tidak dihasilkan daripada salutan elektrod
seperti di dalam proses kimpalan arka logam manual tetapi daripada gas lengai
seperti argon, helium, karbon dioksida atau pelbagai campuran dari gas-gas
tersebut. Dawai jenis guna habis digunakan dan diulurkan secara automatik
melelui muncung (nozzle) kepada arka kimpalan (lihat Rajah 4.6).
Kimpalan jenis ini sesuai untuk pelbagai jenis logam ferus dan bukan
ferus. Ianya diperkenalkan pada tahun 1950an dan digunakan dengan meluas di
dalam industri penyambungan logam.Sama seperti proses kimpalan arka logam
manual, proses ini adalah agak mudah dan ekonomik. Ianya dapat
meningkatkan daya pengeluaran lebih kurang dua kali ganda berbanding dengan
proses arka logam manual.
Suhu yang digunakan adalah agak rendah, dengan sebab itu proses ini sesuai
untuk mengimpal logam yang nipis yang kurang daripada 1/4 inci tebal. Proses
ini mudah ditukarkan kepada automatik dan sesuai digunakan dengan
menggunakan robot.
c) Kimpalan Arka Gas Tungsten (GTAW)
Di dalam proses ini (lihat Rajah 4.7), bahan pengisi dibekalkan di dalam bentuk
batang. Arka elektrik dipancarkan di antara elektrod tungsten yang tahan
lasak/kekal (dapat menahan suhu setinggi 60000F) dan bendakerja yang
dikandungkan di dalam ruang gas lengai, biasanya argon atau helium atau
campuran dari keduanya. Proses ini memerlukan kemahiran pekerja yang tinggi
dan boleh juga dibuat secara automatik. Sumber arka boleh dijanakan dengan
menggunakan arus terus (sekitar 200A) atau arus ulangalik (sekitar 500A).

Proses ini boleh digunakan untuk mengimpal pelbagai jenis logam terutama
keluli yang tahan haba dan karatan, dan juga aloi aluminium, nikel dan tembaga.
Bahan yang sangat sukar dikimpalkan dengan menggunakan proses lain
terutama bahan yang digunakan pada industri angkasa lepas juga sesuai untuk
mengimpal bahan yang nipis yang bermutu tinggi dan kemasan permukaan yang
baik.
d) Kimpalan Arka Timbunan (SAW)
Di dalam proses ini fluks di dalam bentuk bijian (granular) digunakan. Arka yang
terjadi
terbenam
di
dalam
timbunan
fluks
tersebut
(lihat
Rajah
4.8). Arka akan meleburkan dawai elektrod jenis gunahabis (bergaris pusat 1/16
- 3/8 inci) yang juga bertindak sebagai logam pengisi dan juga logam ibu. Fluks
memberikan perlindungan kepada arka dari udarakasa. Arus elektrik yang tinggi
boleh digunakan (antara 600 - 1000A). Pada masa yang sama fluks
melindungkan haba yang terjadi dari arka. Ini membolehkan logam yang tebal
dikimpal dengan baik. Sesuai untuk plat yang lebih tebal daripada 18 inci.
Proses ini biasanya dilakukan secara automatik. Lazimnya plat dan tiub keluli
dikimpal dengan menggunakan proses ini. proses ini memang terkenal dapat
menghasilkan mutu kimpalan yang baik, menghasilkan sifat keliatan dan
kemuluran yang baik. Daya pengeluaran yang tinggi boleh dicapai dengan
menggunakan proses ini. Berbanding dengan proses arka logam manual
kimpalan arka timbunan adalah 4 - 10 kali ganda lebih baik.
e) Kimpalan Stad
Kimpalan Stad adalah kimpalan yang agak khusus penggunaannya di mana arka
terjadi di antara hujung stad dan bendakerja (lihat Rajah 4.9). Hujung stad pada
mulanya bersentuhan dengan bendakerja di mana arus elektrik akan dijanakan.
Bilamana arka terjadi, penembak (gun) akan menaikkan stad sehingga suhu
mencapai kepanasan yang secukupnya dan spring akan menolakkan stad ke
permukaan bendakerja yang telah lebur. Bila sambungan telah sejuk, penembak
dan ferrule dikeluarkan.
Ferul (Ferrule) diperbuat daripada seramik. Ianya digunakan untuk melindungi
arka, melindungi kawasan dari pencemaran, melindungi dari percikan dan
menumpukan haba arka ke kawasan kimpalan. Rajah 4.10 menunjukkan contohcontoh stad yang boleh digunakan untuk kimpalan jenis ini.
f) Kimpalan Rintangan
Di dalam proses ini haba yang diperlukan dihasilkan melalui rintangan elektrik
pada dua bahagian yang akan disambungkan. Haba yang dihasilkan ialah dari
arus, rintangan dan masa aliran arus tersebut mengikut formula berikut ;
H = I2 x R x t, di mana
H = haba yang dihasilkan, J (Watt/saat)
I = arus, Ampiar
R = rintangan, Ohm
t = masa aliran arus, saat.

Masa meningkatnya suhu pada sambungan juga bergantung kepada haba tentu
dan keberaliran haba bahan yang akan disambungkan. Terdapat beberapa cara di
mana kimpalan jenis ini dilakukan. Antara cara yang paling lazim ialah kimpalan
bintik (spot), kimpalan kelim (seam), kimpalan unjuran (projection) dan
kimpalan kilat-temu (butt-flash). Rajah 4.11 - 4.14 menunjukkan contoh-contoh
proses kimpalan tersebut.
Semasa proses kimpalan ini dilakukan, haba yang terhasil perlu diikuti dengan
tekanan pada hujung elektrod atau hujung logam itu sendiri untuk mempastikan
ikatan yang kuat/baik. Kawalan yang tepat terhadap aliran arus dan penggunaan
tekanan yang sesuai adalah sangat penting di dalam proses kimpalan ini.
Kimpalan jenis ini sangat sesuai untuk mengimpal plat atau kepingan logam
yang nipis (1-4) mm. Hampir kesemua jenis logam boleh dikimpal. Akan tetapi
logam tembaga dan besi tuangan tidak sesuai digunakan. Ianya tiodak
memerlukan kemahiran yang tinggi. Pekerja yang tidak mahir atau separuh
mahir sudah memadai. Berbeza dengan proses kimpalan arka, kimpalan jenis ini
tidak memerlukan fkuks, logam pengisi atau elektrod dan gas pelindung. Akan
tetapi permukaan yang hendak dikimpal hendaklah dalam keadaan yang bersih
dari kotoran seperti minyak dan sebagainya. Proses ini dilakukan secara
automatik sepenuhnya dan tidak menimbulkan erotan pada sambungan.
g) Kimpalan Geseran
Kimpalan geseran adalah suatu jenis kimpalan yang agak khusus sepertimana
kimpalan stad. Haba untuk kimpalan jenis ini dijana dari geseran mekanikal
antara dua permukaan yang hendak disambungkan. Kedua-dua bahagian
tersebut dipegang dan diikat pada satah yang searas. Satu darinya diikat
pada bindu yang boleh berputar dengan roda tenaga dipandu oleh motor
elektrik dan satu lagi dalam keadaan pegun dan diikat bertentangan dengan
bahagian pertama pada satu nilai tekanan yang dipilih.
Geseran diantara kedua-dua permukaan tersebut dengan cepat meningkatkan
haba yang cukup tinggi sehingga ke paras suhu kimpalan. Sebaik sahaja suhu
kimpalan
dicapai,
putaran
dihentikan
serta-merta
dan
tekanan
dikenakan. Nilai tekanan adalah samada pada nilai yang dipilih diawal proses
bermula
ataupun
boleh
ditinggikan
untuk
melengkapkan
operasi
kimpalan.Rajah 4.15 menunjukkan prinsip kimpalan ini serta peralatan asas
yang digunakan.
Kitaran total untuk kimpalan jenis ini mencapai peringkat sempurna biasanya
kurang dari 25 saat dan masa sebenar yang diperlukan untuk pemanasan dan
kimpalan ialah 2 saat. Berbeza dengan kimpalan jenis lain, penyambungan
dengan operasi ini tidak memerlukan logam dileburkan. Keseluruhan proses
adalah dalam keadaan pejal. Disebabkan masa pemanasan yang singkat dan
juga kehilangan haba dari kawasan penyambungan adalah terhad, kecacatan
disebabkan oleh haba (rangkuman permukaan) adalah terhindar dalam
bentuk bengkakan.Bengkakan (upset) ini boleh dibuang selepas proses
sekiranya dikehendaki.
Proses ini adalah sungguk efisien kerana keseluruhan tenaga ditukarkan ke
dalam bentuk haba. Oleh itu ia boleh digunakan untuk menyambung banyak

logam yang sama jenis maupun yang tidak sama jenis. Dengan bentuk bijian
yang halus hasil kerja panas ini, kekuatan penyambungan adalah
menghampiri logam asas yang digunakan. Walaupun bagitu, proses ini terhad
untuk kimpalan bar bulat atau tiub yang sama saiz, atau menyambungkan bar
logam atau tiub dengan permukaan rata. Contoh penggunaan penyambungan
jenis ini ditunjukkan dalam rajah 4.16.
Kimpalan Oksi-bahanapi
Istilah kimpalan oksi-bahanapi boleh digunakan untuk mengkelaskan apa jua
jenis operasi kimpalan yang menggunakan bekalan gas bahanapi yang
bercampur dengan oksigen. Proses ini melibatkan peleburan logam ibu dan
logam pengisi (sekiranya digunakan) dengan menggunakan nyala-api yang
dikeluarkan pada hujung muncung pemegang.
Gas yang biasa digunakan ialah asetilena oleh kerana api oksi-asetilena (oxyacetylene) memberikan suhu pembakaran yang paling tinggi berbanding dengan
gas pembakar yang lain yang biasa digunakan. Gas dari jenis lain ialah seperti
methane, ethane dan propane. Selain daripada mengimpal,api oksi-asetilena
boleh juga digunakan untuk memotong dan membuat rawatan haba seperti
pengerasan (hardening) dan sepuh lazim (annealing).
Proses pembakaran berlaku di bahagian dalam teras nyala-api ;
C2H2 + O2 ----------->2CO2 + Haba
dan diikuti bahagian lain pada nyala-api iaitu ;
2CO + O2 ------------> 2CO2 + Haba
2H2 + O2 -----------> 2H2O + Haba
Nisbah campuran bagi kedua-dua jenis gas ini adalah sangat penting kerana
ianya akan menghasilkan nyala-api yang berbeza-beza. Dengan campuran yang
sesuai suhu yang terhasil daripada pembakaran gas oksigen dan asetilena sudah
mencukupi untuk meleburkan hampir semua jenis logam yang terdapat di
pasaran seperti besi, besi tuangan, keluli, tembaga dan aluminium. D dalam
banyak keadaan, nyala-api ini juga boleh digunakan untuk menyambungkan
logam yang tidak serupa seperti aloi keluli, tembaga-besi dan aloi-besi tuangan.
Kejayaan operasi kimpalan gas ini bergantung kepada pemilihan dan
penggunaan nyala-api yang bersesuaian. Terdapat tiga jenis nyala-api yang
lazimnya digunakan iaitu ;
1) nyala-api neutral
2) nyala-api pengoksidaan (oxidising)
3) nyala-api penyusukkarbonan(carburising)
Ketiga-tiga jenis nyala-api ini ditunjukkan pada Rajah 4.17.

Nyala-api Neutral

Iaitu
bilamana
nisbah
campuran
antara
oksigen
dan
asetilena
adalah sama. Ianya merupakan jenis nyalaan yang paling meluas sekali
digunakan.
Nyala-api Pengoksidaan
Bilamana nisbah kuantiti oksigen lebih dari asetilena di dalam campuran gas
maka nyala api tersebut dikatakan teroksida. Nyalaan jenis ini tidak sesuai untuk
mengimpal keluli kerana ianyaakan menyebabkan keluli menjadi teroksida. Cuma
tembaga dan aloi tembaga yang sesuai atau selamat digunakan.
Nyala-api Penyusukkarbonan
Ianya terjadi bilamana kandungan gas asetilena melebihi oksigen di dalam
campuran. Ianya boleh dikenali dengan wujudnya tiga zon nyalaan. Disebabkan
kandungan oksigen yang kurang maka suhu yang dapat dihasilkan juga agak
rendah jika dibandingkan dengan kedua jenis nyalaan di atas. Ianya lazim
digunakan di dalam kerja mempateri lembut dan pateri keras.
Proses kimpalan gas boleh digunakan untuk mengimpal hampir kesemua jenis
logam ferus dan bukan ferus. Peralatan yang digunakan adalah mudah, murah
dan mudah alih (portable). Proses ini hanya dilakukan secara manual.
Penggunaannya tidaklah begitu meluas jika dibandingkan dengan kimpalan gas
kerana proses ini agak lambat, mudah menyebabkan terjadinya erotan dan mutu
kerja yang baik sangat bergantung kepada kemahiran pekerja yang tinggi.

Kualiti Kimpalan
Sesuatu bahagian yang disambungkan dengan baik akan menghasilkan
sambungan yang kuat yang sama kuat dengan bahagian yang tidak dikimpal.
Akan tetapi kecacatan akan berlaku sekiranya sambungan tersebut tidak
dikimpal dengan baik di mana mutu dan kekuatan sambungan akan terjejas.
Jenis-jenis kecacatan yang lazimnya ditemui di dalam kerja-kerja kimpalan
disenaraikan seperti di bawah ;
a) Retak (Rajah 4.18)
Retak adalah salah satu daripada jenis kecacatan yang sangat serius dan
merbahaya. Kecacatan jenis ini tidak pernah dan tidak mungkin diluluskan oleh
mana-mana badan pemeriksa kawalan mutu kimpalan. Retak berlaku
terutamanya bilamana terdapat tegasan pada kawasan kimpalan tersebut. Retak
boleh berlaku secara memanjang atau melintang, di permukaan atau di dalam
kimpalan pada kawasan sambungan. Lazimnya retak boleh berlaku sekiranya
teknik mengimpal yang digunakan adalah tidak betul untuk sesuatu keadaan
kimpalan dan bahan.Memberikan haba yang berlebihan atau sambungan yang
menyejuk terlalu cepat selalunya akan cepat atau mudah akan menyebabkan
terjadinya retak.
b) Keliangan (Porosity) (Rajah 4.19)

Keliangan berlaku akibat daripada wujudnya gas-gas di dalam kawasan


kimpalan. Keliangan selalunya terjadi bilamana kawasan sambungan tidak
dibersihkan dengan sempurna. Ianya juga boleh berlaku bilamana perlindungan
yang diberikan oleh gas pelindung tidak mencukupi semasa kimpalan dilakukan.
c) Rangkuman (Inclusion) (Rajah 4.20)
Rangkuman ialah satu lagi jenis kecacatan yang akan menyebabkan sambungan
kimpalan menjadi tidak kuat. Ianya berlaku bilamana bahan pepejal terangkum
di dalam logam kimpalan.Habuk, butiran seramik atau jermang (slag)
merupakan bahan-bahan bendasing yang lazimnya terangkum di dalam logam
kimpalan.
d) Lakuran tidak cukup (Lack Of fusion) (Rajah 4.21)
Kekuatan yang sempurna seperti semestinya pada sesuatu sambungan yang
dikimpal tidak tercapai sekiranya tidak terjadi 100% pelakuran di sepanjang
sambungan tersebut. Penembusan haba yang kurang menyebabkan terjadinya
lakuran yang tidak cukup. Dalamnya penembusan bergantung kepada jenis
sambungan - terutama bilamana mengimpal bahan yang tebal.Sekiranya jenis
sambungan yang digunakan tidak sesuai maka masalah lakuran yang tidak
cukup ini akan timbul.

e) Makan Bawah (Under Cut) (Rajah 4.22)


Sesuatu kimpalan dikatakan makan bawah bilamana sebahagian daripada
sambungan yang telah disambungkan tidak diisi sepenuhnya oleh logam
pengisi. Ianya lazim berlaku kerana kawalan ke atas elektrod atau pemegang
kimpalan yang tidak baik seperti menggunakan kelajuan dan sudut yang
salah. Makan bawah juga boleh berlaku sekiranya haba yang dikenakan adalah
terlalu tinggi untuk sesuatu keadaan kimpalan.
Jadual 4.1 menunjukkan rumusan beberapa jenis kecacatan, sebab-sebab ianya
terjadi dan cara-cara mengatasinya.
PENYAMBUNGAN SECARA MEKANIKAL
Hampir kesemua barangan yang diperbuat pada hari ini terdiri lebih daripada satu
bahagian di mana kesemuanya itu diikat atau disambungkan dengan berbagai teknik
dan cara dengan menggunakan berbagai-bagai jenis proses pula. Sambungan/ikatan
ini boleh jadi secara sementara atau kekal. Ini menunjukkan bahawa keperluan
kepada pengikatan adalah sangat banyak dan berbagai-bagai. Dengan itu alat
pengikat yang digunakan juga perlulah berbagai-bagai untuk memenuhi keperluan
tersebut. Seseorang jurutera perlulah arif tentang ciri-ciri, kelebihan dan kekurangan
pelbagai alat dan teknik mengikat atau menyambungkan sesuatu barangan supaya
pemilihan yang tepat dapat dilakukan.
Seperti yang dinyatakan dia atas teknik menyambung atau mengikat boleh jadi secara
kekal atau sementara teknik menyambung secara mekanikal termasuklah
segala cara yang menggunakan alatan mekanikal untuk memegang dua atau lebih

bahagian bersama. Contoh-contoh jenis alat penyambung atau pengikat ini ialah
seperti skru, pin, paku, staple, rivet, kilp berspring dan lain-lain.
Pengikat Berulir (threaded fastener)
a) Bolt dan skru
Bolt dan skru adalah serupa di segi bentuk dan penggunaan. Ianya mengandungi
aci /batang yang berulir dan kepala. Rajah 4.23 menunjukkan sebilangan jenis
dan saiz bolt dan skru. Kebanyakan bolt dan skru diperbuat daripada keluli.
Ulirnya diperbuat dengan menggunakan proses menggelek atau menempa.
Secara umumnya skru adalah bersaiz kurang daripada 1/8 inci garis pusat dan
bolt pula lebih besar daripada itu. Rajah 4.24 menunjukkan spesifikasi untuk
asembli bolt dan nat. Bolt dan skru terdiri daripada beberapa jenis seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 4.25 - 4.28.
b) Nat
Nat adalah kepingan yang berulir yang menjadi pasangan kepada bolt. Rajah
4.29 menunjukkan beberapa jenis nat. Bilamana asembli bolt dan nat terdedah
kepada getaran yang boleh menyebabkan ianya menjadi longgar dan terbuka,
sesendal (Washer) perlulah digunakan. Rajah 4.30 menunjukkan beberapa jenis
sesendal yang lazimnya digunakan.
Staples
Staples juga digunakan dengan meluas di dalam industri pemasangan. Ianya
boleh digunakan pada kayu, kertas, kain, kulit, plastik, logam dan bahan-bahan
lain. Staple digunakan bersama dengan mesin yang khas. Satu contoh mesin
staple ialah seperti pada Rajah 4.31.
Rivet
Rivet ialah pin logam yang hampir sama dengan bolt- tetapi ianya tidak
mempunyai ulir atau kepala yang boleh diputarkan. Secara umumnya rivet
diperbuat daripada logam yang lembut dan logam boleh tempa (malleable).
Rajah 4.32 menunjukkan bentuk-bentuk rivet yang lazim digunakan. Rajah 4.33
- 4.34 pula menunjukkan jenis-jenis rivet yang lebih khusus.
Alat penahan (Retainer)
Hampir kesemua alat yang direkabentuk untuk memegang sesuatu pada
tempatnya boleh dikelaskan sebagai alat penahan. Jenis alat-alat penahan ialah
seperti pin, kekunci (Key), gelang penahan dan lain-lain. Rajah 4.35 - 4.38
menunjukkan contoh-contoh pelbagai jenis alat-alat penahan.

Klip dan Penutup

Kilp
digunakan
untuk
mendudukkan
dan
memegang
dua
atau lebih bahagian bersama dengan tidak menggunakan pengikat-pengikat
lain. ianya bergantung kepada geseran berspring yang terjadi untuk ianya tetap
kekal pada kedudukannya. Rajah 4.39 menunjukkan contoh-contoh klip.
Penutup pula berbeza dengan pengikat yang lain kerana ianya diperbuat supaya
bahagian yang ditutup dapat dibuka dengan cepat dan mudah. Rajah 4.40 - 4.42
menunjukkan contoh-contoh alat penutup.

IKATAN PEREKAT
Perekat
digunakan
untuk
memberikan
ikatan
yang
kekal
pada dua permukaan sambungan. Ikatan perekat sebenarnya ialah istilah moden yang
digunakan untuk menggam sesuatu benda. Teknik mengikat ini digunakan untuk
berbagai jenis bahan seperti kayu,getah, kulit, kertas dan juga logam. Terdapat
bermacam-macam jenis perekat di pasaran di mana sesetengahnya adalah untuk
kegunaan umum dan sesetengah yang lain untuk kegunaan yang lebih khusus. Jadual
4.2 - 4.4 menunjukkan beberapa jenis perekat, kebaikan dan kelemahan serta bentuk
perekat yang boleh didapati di pasaran. Rajah 4.43 menunjukkan beberapa contoh
penggunaan perekat. Rajah 4.44 - 4.45 menunjukkan contoh jenis-jenis sambungan
yang boleh digunakan dan bagaimana tegasan berlaku pada sambungan yang
berperekat

You might also like