You are on page 1of 1

Kepada;

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Kelantan,
Jalan Doktor,
15000 Kota Bharu.
Kelantan.

Ruj. Kami : SKJ2 1300-3( )


Tarikh : 29 Mac 2015

Tuan,
MEMOHON PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN BAS UNTUK LAWATAN PENANDA
ARAS SK JELAWAT 2
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Untuk makluman pihak tuan, Unit Pelancongan SK Jelawat 2 akan mengadakan
lawatan Penanda Aras ke Sekolah Kebangsaan Jawi di Pulau Pinang. Berikut adalah
maklumat lawatan tersebut:
Tarikh
Tempat
Bil. Peserta

: 14 17 Mei 2015
: SK Jawi dan sekitar Pulau Pinang
: 40 orang (pentadbir, guru dan staf)

3.
Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon perkhidmatan pengangkutan bas dari
pihak tuan agar program lawatan kami ini dapat dijalankan dengan jayanya.
4.
Akhir sekali diharapkan permohonan kami ini dapat dipertimbangkan daripada
pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian,
terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya Yang Menurut perintah,

___________________________
(EN C.M. SABRI BIN IBRAHIM)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jelawat 2
16370, Bachok Kelantan.

You might also like