You are on page 1of 7

3.

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

3.1

Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan

Kemanusiaan
Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan, melindungi nyawa dan
kesihatan,

serta

menentukan

penghormatan

sesama

manusia.

Ia

memupuk

kesefahaman, kesahabatan, kerjasama dan kedamaian yang kekal antara manusia.


Saksama
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau pendapat politik dalam
kegiatannya.

Tujuan

asasnya

ialah

meringankan

kesengsaraan

individu

dan

mengutamakan bantuan.
Berkecuali
Untuk mempertahankan kepercayaan yang terletak padanya. Persatuan tidak
menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang
bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.
Kebebasan
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk
kepada undang-undang negaranya. Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam
segala tindakannya yang berasaskan perikemanusiaan.
Khidmat Sukarela
Badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.
Bersatu
Hanya ada satu sahaja Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam
sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya
meliputi seluruh negara.
Kesejagatan
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia. Semua persatuan
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa mempunyai taraf dan tanggungjawab yang
sama iaitu membantu satu sama lain.

3.2 Perlembagan Pertubuhan


Objektif perlembagaan
Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang
undang.
Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi
pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik
dan persatuan belia.
Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti
Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan
Sabit Merah dan St. John Ambulans.
Antara

fungsi

perlembagaan

atau

undangundang

ialah

sebagai

panduan

menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan


bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul
sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan.
Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang undang tersendiri yang
ditetapkan oleh badan induk.
Objektif perlembagaan BSMM
Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM
Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit
dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada
orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut
semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke
atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu
pihak kepada Konvensyen Geneva.

Perlembagaan BSMM
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998.
Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan
No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturanperaturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:
Peraturan 1: Nama dan alamat
Peraturan 2: Matlamat
Peraturan 3: Objektif
Peraturan 4: Keahlian
Peraturan 5: Guru Penasihat
Peraturan 6: Ahli jawatankuasa
Peraturan7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8: Kewangan
Peraturan 9: Penyertaan
Peraturan 10: Aktiviti
Peraturan 11: Peraturan-peraturan
Peraturan 12: Pindaan perlembagaan
Peraturan 13: Perbubaran persatuan
Peraturan 14: Tindakan disiplin
Peraturan 15: Hal-hal lain
Perkara perkara lain yang ditambah kedalam perlembagaan ialah :
i)

Lencana / logo persatuan

ii)

Cogan kata / moto

iii)

Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan, cawangan daerah,

negeri dan cawangan

iv)

Pendaftaran persatuan

v)

Jawatankuasa kecil,

3.3

Lambang, Cogan Kata, Lagu dan Bendera Pertubuhan

Lambang dan Bendera BSMM


Ukuran Piawai Bendara BSMM

Lambang BSMM

Kegunaan Lambang

Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai
semasa peperangan.

Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman ialah untuk pengenalan, iaitu
sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan
Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah
Tanda Perlindungan

Perkhidmatan

Tanda Pengenalan

perubatan

dan

kakitangan agama angkatan tentera


Kakitangan
Sewakt
u
Konflik

perubatan

perubatan,
dan

unit

Persatuan Kebangsaan

pengangkutan

Persatuan Kebangsaan

IFRC

Dengan kebenaran kerajaan, hospital

ICRC

awan, unit perubatan awam dan lainlain

kemudahan

kakitangan

dan

perubatan,
pengangkutan

perubatan awam

Badan, orang dan objek yang berkaitan


Perkhidmatan
Sewakt
u Aman

perubatan

dan dengan Persatuan Kebangsaan, ICRC dan

kakitangan agama angkatan tentera


Kemudahan
pengangkutan
Kebangsaan

perubatan

IFRC

dan

Persatuan

Ambulans dan pusat rawatan kecemasan


percuma

yang

mendapat

kelulusan

Persatuan Kebangsaan

ICRC dan IFRC berhak menggunakan lambang Palang Merah / Bulan Sabit
Merah / Kristal Merah pada setiap masa iaitu sewaktu konflik atau aman

Peranan Lambang Palang Merah / Bulan Sabit Merah

Mengenalpasti seseorang atau objek sebagai tidak boleh diserang (tanda


perlindungan)

Memberitahu bahawa seseorang atau objek itu adalah di bawah perlindungan


undang - undang Kemanusiaan (tanda perlindungan)

Menunjukkan bahawa orang-orang atau objek-objek berkaitan adalah berkaitan


dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah (tanda pengenalan)

Motto & Cogan Kata


Motto
The original motto of the International Committee of the Red Cross was
Inter Arma Caritas
(In War, Charity")
the primary motto of the ICRC (as per Article 3 of the ICRC statutes),1961
Per Humanitatem ad Pacem
("With humanity, towards peace").
The primary motto of IFRC (Article 1 of the Constitution of the Federation).
Slogan/ Cogan Kata

Dari 1999 hingga 2003, slogan umum untuk semua aktiviti Pergerakan

Antarabangsa adalah The Power of Humanity.


Pada Disember 2003, Persidangan Antarabangsa ke-28 di Geneva pakai moto

persidangan Protecting Human Dignity sebagai moto pergerakan baru.


Dalam rangka menyambut Gari Palang Merah/Bulanb Sabit Merah Sedunia
ke145 pada tanggal 8 Mei 2008 Bersama untuk Kemanusiaan (Together For

Humanity. )
Tema Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia tahun 2010 ini adalah

Our world. Your move


Tema Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia tahun 2011 ini adalah

Mencari Sukarelawan Di Dalam Diri Anda. yang disambut pada setiap 8 Mei
Peringatan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia yang jatuh pada
8 Mei 2012, Gerakan mengusung tema besar iaitu Youth on The Move

Lagu BSMM

Lagu Bulan Sabit Merah untuk pertama kalinya telah dimainkan pada tahun
1975 dalam satu majlis sempena penukaran nama persatuan dari Pertubuhan
Palang Merah Malaysia (Malaysian Red Cross Society) kepada Persatuan Bulan

Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent Society).


Kini, berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM) kali ke-116 pada 25 Mac 2007, persatuan ini lagi sekali melalui
penjenamaan semula dan dinamakan sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia
(Malaysian Red Crescent) atau secara ringkasnya disebut BSMM.
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

You might also like