You are on page 1of 2

1.

PENGENALAN

Perkahwinan merupakan salah satu amalan budaya, agama dan sosial yang boleh dikatakan
penting terhadap hampir kesemuaan negara di dunia. Ia merujuk kepada satu majlis dimana dua
individu ( lelaki dan perempuan) bersatu melalui tindakan undang-undang atau institusi
dipanggil perkahwinan. Ia juga merupakan salah satu proses yang membawa beberapa makna
yang penting kepada hubungan manusia. Lazimnya, perkahwinan dipengaruhi oleh dua aspek;
I.
II.

Budaya
Agama

Kedua-dua aspek ini mempunyai perbezaan yang besar antara kumpulan etnik, negara dan kelas
sosial . Ia merupakan satu majlis khas dalam kehidupan masyarakat yang anggap sebagai
peristiwa yang sangat penting bagi mereka yang telah banyak melaburkan wang, masa, dan
tenaga. Walaubagaimanapun, majlis perkahwinan tidak akan mampu berjaya dianjurkan tanpa
kehadiran satu lagi kompenan yang dikenali sebagai makanan. Sejak zaman dahulu lagi,
makanan sebenarnya memainkan peranan yang penting dan bertindak sebagai salah satu
komponen yang paling penting dalam perkahwinan dan menjadi tradisi dan norma-norma bagi
kebanyakan etnik di atas muka bumi . Sesetengahnya berhujah dan menegaskan bahawa
makanan bukan sahaja mencerminkan dan menyatakan identiti peribadi dalam kehidupan tetapi
juga mencerminkan identiti budaya, mewujudkan sempadan dan perbezaan antara budaya.
Makanan berfungsi untuk menandakan sistem kepercayaan , peraturan agama dan amalan dan
ideologi yang rumit bagi orang tertentu atau watak , atau bahawa daripada semua komuniti atau
budaya yang tidak boleh dijelaskan dengan jelas dalam teks. Makanan sering berkait rapat
dengan majlis-majlis agama atau budaya istiadat dan istimewa. Golongan masyarakat atau
negara-negara tertentu, menggunakan makanan tertentu untuk upacara penting yang mewakili
bahan-bahan yang melambangkan dan membawa makna dan kepercayaan tertentu. Dengan kata
lain, makanan sering diperpercayai kaya dengan perlambangan kerana itu keutamaan hidup dan
bertindak sebagai adat atau tradisi dalam budaya satu masyarakat.

2.0

HURAIAN

Mungkin kita akan tertanya-tanya akan hal ini? Apakah makanan yang biasa dihidangkan semasa
majlis perkahwinan?
Secara umumnya, majlis perkahwinan merupakan satu perkara yang besar dalam proses
perkahwinan dimana terdapat ramai orang bekerja bersama-sama dalam penyediaan makanan
sebelum majlis bermula. Masyarakat Melayu terutamanya, kebanyakan mereka mendakwa
bahawa nasi putih adalah satu kemestian manakala nasi beriani menjadi hidangan kegemaran.
Hidangan sampingan yang biasanya dihidangkan adalah sama ada daging lembu atau ayam.
hidangan popular misalnya ialah ayam atau daging kurma dan ayam masak merah.
Hidangan makanan yang disediakan dalam majlis perkahwinan Melayu boleh dikatakan bersifat
umum. Walau bagaimanapun, makanan yang disediakan tetap mengambil kira faktor agama.
Masyarakat India terutamanya ditegah daripada memakan daging lembu kerana kepercayaan
mereka yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci di sisi masyarakat India.
Begitu juga halnya dengan hidangan daripada perkahwinan masyarakat India, kebiasaannya
mereka akan menyediakan hidangan secara berasingan antara makanan halal dan tidak halal
terutamanya dalam bab daging ayam atau lembu yang disembelih. Ini kerana masyarakat Melayu
yang rata-rata terdiri daripada Muslim ditegah daripada memakan makanan daripada daging
yang tidak disembelih. Bahkan terdapat juga makanan lain yang turut dijadikan juadah dalam
perkahwinan masyarakat India yang menjadi santapan umum seperti Tosai, Capati, Maruku dan
sebagainya.
Masyarakat cina juga mempunyai prinsip yang sama sebagaimana yang dipegang masyarakat
India. Sekiranya masyarakat Melayu bertandang ke majlis perkahwinan mereka, maka juadah
yang halal dan tidak halal akan diasingkan di mana kebiasaannya masyarakat Melayu juga
ditegah daripada memakan daging khinzir dan minuman yang beralkohol atas dasar daripada
kepercayaan agama Islam itu sendiri.

You might also like