You are on page 1of 7

Tajuk; PencemaranUdara di KampungLuak, Miri, Sarawak

ObjektifKajian
Objektifkajianiniadalah ; I. II. III. IV. V. Memahamikonseeppencemaranudara Mengenalpastijenis-jenispencemaranudara Menyatakanpunca-puncapencemaranudara Menghuraikankesan-kesanpencemaranudara Memberikancadanganuntukmengurangkankesanpencemaranudara

8.2 Jenispencemaranalamsekitar di KampungLuak


Menurutpemerhatiansaya, kebanyakanresponden yang sayatelahselidikiberanggapanbahawapencemaranudaraadalahsalahsatupencemaran yang nyata

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahanbahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan -bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarah yang mengandungi toksik atau radioaktif dalam atmosfera, khususnya yang terhasil menerusi kegiatan manusia. Biasanya pencemaran udara dikaitkan dengan pelepasan asap atau bahan-bahan cemar lain daripada ekzos kenderaan, stesen penjana kuasa, kilang, loji serta pembakaran bahan api fosil secara domestik di kawasan bandar dan industri.

Namun demikian, bahan cemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pedalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan yang menghasilkan habuk ataupun amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja. Pencemaran udara juga boleh terjadi secara tabii menerusi penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina, letusan gunung berapi, tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.

8.3 Punca Pencemaran Udara di Kampung Luak


Pencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer adalah penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu. Pencemaran udara sekunder pula adalah tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas yang lain. Sebagai contoh gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksidasetil nitrat (PAN). Daripada 20 orang responden yang telah saya selidiki, 15 orang berpendapat punca pencemaran udara di Kampung Luak disebabkan oleh pelepasam asap kenderaan. 13 orang berpendapat pembakaran terbuka merupakan salah satu punca pencemaran udara di Kampung Luak 15 orang berpendapat pembuangan sampah sarap juga merupakan punca pencemaran udara di Kampung Luak. Selain itu, 4 orang berpendapat pencemaran udara di Kampung Luak berpunca daripada pembuangan sisa toksid

8.4 Kesan Pencemaran Udara di Kampung Luak


Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan bahan pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan pembakaran terbuka di bandar. Selain itu pembakaran hutan yang berleluasa juga akan menyebabkan pencemaran udara berlaku. Seperti yang kita dapat lihat kejadian jerebu yang berlaku tidak lama dulu. Bahan-bahan sisa bandaran seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan dan sebagainya juga menjadi punca kepada pencemaran. Masyarakat juga menyumbang kepada punca pencemaran berlaku akibat daripada aktiviti membakar sampah, ada juga segelintir masyarakat yang masih memasak menggunakan arang atau kayu, merokok dan sebagainya lagi. Daripada 20 orang responden yang telah saya selidiki, 13 orang berpendapat jerebu dan udara tercemar merupakan kesan daripada pencemaran udara di Kampung Luak 14 orang berpendapat kesan pencemaran udara di Kampung Luak ialah penyakit dan pencemaran air. Akhirnya, 15 orang berpendapat bau busuk merupakan kesan pencemaran alam sekitar

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran udara di Kampung Luak


Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Langkah yang pertama, penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contoh, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. ia mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.

Selain itu, bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

Kedua, melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum. Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.

Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap pesertapesertanya. Pameran tentang alam sekitar juga boleh diadakan untuk memberitahu kepada masyarakat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar

Daripada kajian yang saya jalankan di kawasan Kampung Luak, 12 orang berpendapat langkah untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar ialah dengan

menguatkuasakan undang-undang. 9 orang pula beranggapan memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang pentingnya alam sekitar adalah salah satu langkah untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar

7 orang berpendapat untuk mengadakan kempen mencintai alam sekitar, terakhir, 16 orang berpendapat adalah perlu untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.

You might also like