You are on page 1of 2

[Masukkan Kepala Surat (Letterhead) Sekolah di sini]

Pelajar yang dikasihi,


Sebagai generasi yang yakin dan akrab dengan teknologi, anda pasti tahu bahawa Internet merupakan satu portal
pengetahuan yang menyeronokkan serta penuh dengan daya tarikan yang tersendiri. Namun, sehingga kini, anda
mungkin belum lagi mengaitkan kuasa Internet dengan pembelajaran anda di bilik darjah dan di sekolah.
Untuk makluman para pelajar, Projek 1BestariNet tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia telahpun sampai di sekolah
kita. Di bawah projek 1BestariNet, semua sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar
tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu
frog VLE (Virtual Learning Environment) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan. Projek ini adalah inisiatif
kerajaan dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua
sekolah di Malaysia.

frog VLE ialah sebuah platform yang dibina untuk mewujudkan pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan.
Anda boleh menggunakannya untuk menyiapkan tugasan dan projek, serta berkomunikasi dengan guru-guru dan rakan
sekelas. Sekolah juga akan mempunyai sebuah laman Dashboard yang mengandungi berita dan informasi terkini
berkenaan sekolah supaya anda sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti dan acara yang berlangsung di
sekolah. Sesudah laman dibina untuk kelas dan kumpulan kokurikulum, anda boleh mula bergiat secara aktif
bersama-sama ahli kumpulan yang lain. Ini pasti akan menjadikan aktiviti luar kelas lebih menarik dan bermanfaat.

frog bukan hanya sekadar suatu teknologi dan pembelajaran maya. Kewujudan frog membolehkan anda belajar
dengan lebih mendalam menerusi aplikasi dan teknologi yang mampu menjadikan anda pelajar yang lebih mantap.
Mulai sekarang, setiap pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam
dan di luar sekolah pada bila-bila masa, di mana jua.
Tambahan lagi, projek 1BestariNet telah menyediakan 10,000 buah sekolah di Malaysia dengan platform pembelajaran
yang sama. Dengan ini, anda berpeluang berhubung dengan pelajar-pelajar lain di Malaysia dan berkongsi ilmu menerusi
satu portal penglibatan pelajar (The Pond).
Untuk mengakses dunia maya frog, setiap pelajar akan diberikan satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai guna. Para
pelajar boleh menggunakannya untuk:
Mengakses platform frog VLE
Mengakses emel peribadi
Mengakses semua enjin maya yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan
YouTube Education
Berikut adalah maklumat yang anda perlukan untuk mula menggunakan frog VLE:
Nama: ____________________________________________________________
ID Pengguna (Login ID): _______________________________________@yes.my
Kata Laluan (Password): _____________________________________________
URL VLE Sekolah: https://_________________________________.1bestarinet.net

Para pelajar boleh melayari laman web rasmi projek ini di www.1bestarinet.net serta di laman web rasmi FrogAsia di
www.frogasia.com untuk maklumat lanjut.
Saya berharap anda akan menggunakan frog VLE secara aktif supaya mendapat manfaat daripada pengalaman yang
baru ini. Semoga penggunaan frog VLE ini akan membantu anda menjadi seorang pelajar yang berwawasan,
cemerlang, dan mempunyai masa depan yang gemilang.
Sekian, terima kasih.

Bersama ke arah Transformasi dalam Pendidikan.


Yang benar,

...............................................
Pengetua / Guru Besar

*Salinan surat ini boleh didapati di Community Site pada Frog VLE sekolah anda.

You might also like