You are on page 1of 3

Tajuk: Haba Peneutralan

Pengenalan:
Peneutralan ialah tindak balas antara asid dengan bes (alkali) untuk menghasilkan garam dan
air. Contohnya tindak balas antara:
H2SO4(ak) + 2NaOH(ak)

Na2SO4(ak) + 2H2O(ce)

Dalam tindak balas peneutralan antara asid dan alkali,hanya ion hidrogen daripada asid dan ion
ho\idroksida daripada alkali berpadu untuk membentuk molekul air.
H+ (ak) + OH-(ak)

H2O (ce)

Semua tindak balas peneutralan merupakan tindak balas eksotermik, iaitu membebaskan dan
bersimbol Hhaba peneutralan bertanda negatif (-).
Menurut Brown et al. (2000), haba peneutralan adalah jumlah haba yang berkembang
(pertukaran dalam entalpi) apabila satu asid dineutralkan dengan satu bes dalam satu larutan
cair. Tindak balas peneutralan adalah sentiasa dalam tindak balas eksotermik dan jumlah haba
peneutralan, H = (-ve).
Haba peneutralan asid kuat dengan alkali kuat sentiasa dalam kadar 57 kJ mol-1.
Menurut Pek Soo, T. (2004), hal ini kerana larutan cair asid dan bes kuat bertindak balas
dengan lengkap dan haba peneutralan dalam hal ini sebenarnya adalah haba penghasilan
daripada ion hidrogen,H+ dan hidroksida, OH-.
H+ + OH- H2O; H = -13.7kcal
Misalnya haba peneutralan bagi asid nitrik dengan natrium hidroksida ialah - 57.3 kJmol-1:
HNO3 (ak) + NaOH (ak)

NaNO3(ak) + H2O (ce)

H= - 57.3 kJmol-1

Gambar rajah di bawah menunjukkan aras tenaga bagi tindak balas peneutralan bagi asid nitrik
dan larutan natrium hidroksida:

HNO3 (ak) + NaOH (ak)

NaNO 3(ak) + H2O (ce)

Menurut transtutor.com (2012), sekiranya asid lemah atau alkali lemah bertindak balas
dengan bes kuat atau asid kuat, haba yang terkembang digunakan dalam pengionan asid atau
bes lemah. Oleh itu haba peneutralannya sentiasa kurang daripada 57 kJ mol-1.
Tujuan: Menentukan haba peneutralan bagi
1) Asid hidroklorik dan natrium hidroksida
2) Asid sulfurik dan natrium hidroksida
3) Asid nitrik dan kalium hidroksida
Bahan:
EC1 adalah 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik.
EC2 adalah 1.0 mol dm-3 asid sulfurik.
EC3 adalah 1.0 mol dm-3 natrium hidroksida.
EC4 adalah 1.0 mol dm-3 asid nitrik.
EC5 adalah 1.0 mol dm-3 kalium hidroksida.
Peralatan:
25 cm3 pipette, termometer 0C - 110C (0.2C), 100 cm3 selinder penyukat, cawan plastik dan
air suling.
Prosedur:
1) Masukkan larutan EC1 ke dalam cawan plastik dengan menggunakan pipette 25 cm3.
Rekodkan suhu awal larutan EC1 sebagai larutan campuran R dalam jadual.
2) Masukkan 60 cm3 larutan EC3 ke dalam cawan plastik yang mengandungi larutan EC1
dengan menggunakan selinder penyukat.
3) Kacaukan campuran R dengan menggunakan termometer dan suhu tertinggi diperhatikan
dalam jadual.
4) Buang campuran R dicampurkan dari cawan plastik kemudian dibersihkan serta dikeringkan
dengan air suling.
5) Ulangi prosedur di atas dengan menggunakan larutan berikut:
i)
25.0 cm3 larutan EC2 untuk menghasilkan larutan campuran S.
ii)
25.0 cm3 larutan EC4 dan 60 cm3 EC5 untuk menggantikan masing-masing larutan
campuran EC1 dan EC3 untuk memperoleh larutan campuran T.

You might also like