You are on page 1of 5

Fokus Kajian

Bermula dari 28 Januari 2016, pengkaji telah menjalani praktikum fasa


tiga di Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas yang terletak di bandar Pengkalan
Chepa selama tiga bulan. Pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar kelas 5
Ibnu Sina bagi subjek Sains dan kelas ini terdiri daripada 31 orang murid.

Menerusi pengalaman pengajaran pengkaji terhadap kelas tersebut,


pengkaji mendapati bahawa terdapat tiga orang murid yang gagal mengenal
pasti kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh
ubah bergerak balas. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah menjadikan
mereka sebagai peserta kajian bagi penyelidikan ini. Elemen-elemen asas bagi
focus kajian tindakan ini terdiri daripada termasuklah memahami maksud,
membezakan ciri-ciri dan mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi dan
pemboleh ubah bergerak balas berdasarkan situasi yang diberi. Walaupun
terdapat tiga jenis pemboleh ubah, tetapi hanya pemboleh ubah dimanipulasi
dan pemboleh ubah bergerak balas dimasukkan dalam kajian ini kerana mereka
sudah mampu untuk mengenal pasti pemboleh ubah dimalarkan. Hal ini dapat
dibuktikan melalui ujian diagnostik yang dijalankan.
Gambar-gambar di atas menunjukkan kegagalan peserta kajian dalam
menjawab soalan bagi ujian diagnostik yang dijalankan. Antara mereka ada
yang terbalikkan jawapan bagi pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh
ubah dimanipulasi dan ada juga hanya memberi jawapan secara rawak dan
tidak berkaitan dengan soalan. Walaubagaimanapun, terdapat satu persamaan
dalam mereka, iaitu betul dalam soalan berkaitan dengan pemboleh ubah
dimalarkan.

Seperkara lagi, peserta kajian tidak mampu memberi jawapan yang betul
apabila disoal tentang takrifan bagi kedua-dua pemboleh ubah tersebut.
Lantaran itu, pengkaji merumuskan bahawa mereka bukan sahaja menghadapi
masalah dalam mengenal pasti kedua-dua pemboleh ubah tersebut, malah juga
masih tidak memahami konsep asas dalam mengawal pemboleh ubah
dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas.

Keseluruhan proses kajian tindakan ini adalah berdasarkan Model Lewin


( 1946) dan Laidlaw ( 1992 ). Model ini diadaptasi daripada Model Lewin (1946)
dan dalam Model Lewin (1946) terdiri daripada empat peringkat dalam prosedur
menjalankan kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
merefleks. Selepas proses adaptasi berlaku dan lahirnya Model Lewin (1946)
dan Laidlaw (1992), prosedur menjalankan kajian tindakan dalam model ini
menjadi satu proses gelungan yang mengandungi :

i. Mengenal pasti aspek amalan


ii. Merancang tindakan
iii. Melaksanakan tindakan
iv. Mengumpul data
iv. Membuat refleksi terhadap tindakan

Mengenal
pasti
aspek
amalan

Membuat
Meran-
refleksi
cang
terhadap
tindakan
tindakan

Melaksana
Mengum-
-kan
pul data
tindakan

Rajah : Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)


Semua proses dalam model ini berlaku secara berterusan. Sekiranya gelung
pertama gagal mencapai tahap yang dikehendaki, maka proses yang sama
akan diulang ke gelung yang seterusnya.

Dalam langkah satu, pengkaji telah memulakan kajiannya dengan


mengenal pasti aspek amalan murid Tahun 5 Ibnu Sina dengan menggunakan
beberapa cara seperti pemerhatian tingkah laku dan ujian diagnostik. Kemudian,
pengkaji akan merancang dan melaksanan tindakan yang sesuai terhadap
mereka. Tindakan yang akan dilaksanakan adalah bermula dari perkara asas
terlebih dahulu, iaitu membolehkan peserta kajian memahami maksud dan
mampu membezakan ciri-ciri bagi pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh
ubah bergerak balas dan kemudian baru bergerak ke peringkat yang lebih
kompleks, iaitu mengenalpasti kedua-dua pemboleh ubah itu berdasarkan
situasi yang diberi. Hal ini juga disokong oleh Teori Pembelajaran Deduktif. Di
bawah pembelajaran konsep Bruner, maklumat disusun secara deduktif iaitu
bermula dari spesifik ke umum untuk membantu kanak-kanak memahami
pembentukan konsep. Mengikut kajian Jerome Bruner, guru seharusnya
membekalkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman untuk membantu
mereka menemui idea, konsep atau pola yang diperkenalkan. Teori
pembelajaran deduktif dapat membekalkan kanak-kanak dengan satu jurang
pengalaman yang dapat menambahkan kebiasaan mereka tentang konsep baru
yang dipelajari. Oleh itu, langkah-langkah intervensi yang dijalankan adalah
berdasarkan prinsip ini, iaitu membolehkan peserta kajian menguasai perkara
yang asas dulu baru menuju ke perkara yang lebih spesifik.

Sebagai contohnya, untuk aktiviti pertama dalam pelaksanaan tindakan,


pengkaji akan memulakan pengajaran dengan menggunakan powerpoint dan
peserta kajian akan diberi flash card. Semasa pengkaji memberi penerangan,
mereka boleh menjadikan isi-isi penting yang dicatat di flash card sebagai
bahan rujukan. Untuk aktiviti seterusnya, peserta kajian akan diberi buku
berbentuk buah limau.yang terdapat ciri-ciri bagi kedua-dua pemboleh ubah.
Untuk kedua-dua aktiviti ini, pengkaji akan menggunakan lembaran kerja
sebagai instrumen pentaksiran. Untuk soalan kajian yang terakhir, pengkaji
akan melaksana aktivti “hands-on”, uji kaji. Setiap peserta harus menjalankan
enam uji kaji yang telah disediakan kemudian mengenal pasti pemboleh ubah
dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas berdasarkan situasi tersebut.

Selepas semua tindakan dilakukan, pengkaji akan mengumpul dan


menganalisis data. Data-data yang didapati akan dipersembahkan dalam bentuk
jadual untuk memudahkan pengkaji membuat refleksi terhadapnya. Sebarang
masalah yang dijumpai dalam intervensi dalam dibuat akan dibawa ke gelung
yang seterusnya untuk membuat penambahbaikan.

Secara tuntasnya,, fokus kajian ini adalah untuk membantu murid


menguasai kemahiran mengawal pemboleh ubah dimanipulasi dan bergerak
balas. Masalah ini haruslah diatasi dengan kadar segera supaya tidak
menjejaskan penguasaan murid terhadap Kemahiran Proses Sains yang
seterusnya. Hal ini kerana Kemahiran Proses Sains amat diperlukan oleh murid
untuk mempelajari mengenai dunia sains dan teknologinya secara
mendalam(Peng, 2007).

You might also like