You are on page 1of 2

REFLEKSI INDIVIDU

MARLINA BT MAJIH (830627-12-5708)


PPG JUN 2011 MATEMATIK 6
SJH 3103

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya,


maka dapatlah saya menyiapkan tugasan projek yang telah diberikan ini. Kerja
khusus ini merupakan Tugasan Projek bagi subjek SJH3103 di mana ianya
terbahagi kepada dua kategori iaitu berkumpulan dan individu. Secara berkumpulan,
kami dikehendaki menghasilkan nota dengan menggunakan pengurusan grafik
manakala tugasan individu pula dikehendaki menghasilkan esei tentang cara-cara
menerapkan nilai dan unsur ptriotisme daripada Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR).
Sebelum memulakan tugasan ini, pensyarah iaitu Encik Baharullah bin Adam,
telah memberikan peneranga kepada kami. Penerangan yang diberikan itu adalah
jelas dan sangat membantu kami dalam pelaksanaan tugasan ini. Segala persoalan
yang kami ajukan kepada beliau telah diterangkan sehingga kami mula memahami
kehendak tugasan ini.
Saya begitu teruja untuk menyiapkan tugsasan ini kerana ia berkaitan dengan
sejarah negara kita. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan dan kami
telah berbincang dah berpakat untuk menyiapkan tugasan ini bersama-sama.
Tindakan kami yang pertama ialah memahami dan berbincang mengenai kehendak
tugasan yang perlu dilaksanakan. Saya percaya bahawa, sesuatu perbincangan
dapat menyuntik seberapa banyak idea dan buah fikiran bagi membantu
pelaksanaan tugasan ini. Setelah itu, kami telah membuat pembahagian tugas
mengikut persetujuan bersama. Kekuatan yang terpapar jelas melalui pelaksanaan
kerja kursus ini ialah daripada faedah yang telah saya peroleh terutamanya ketika
membuat analisis serta bersama-sama . Hal ini adalah kerana, kerjasama yang
ditunjukkan oleh ahli kumpulan adalah sangat baik.

Melalui tugasan yang kedua iaitu secara individu, kekuatan yang saya peroleh ialah
cetusan idea dan buah fikiran untuk mempelbagaikan cadangan pengajaran semasa
di sekolah nanti. Penyerapan nilai dan unsur patriotisme harus dipupuk semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik
darjah.
Pada pendapat saya, guru yang bertanggungjawab akan selalu peka
terhadap segala keadaan atau situasi yang berlaku disekitarnya. Murid-murid
merupakan peniru yang terbaik, maka dengan adanya contoh atau teladan yang
boleh diikut sudah pastinya sikap untuk bersatu-padu itu akan menjelma. Sebagai
seorang guru, saya perlulah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemajuan dan
mendalami seberapa banyak ilmu agar tidak ketinggalan dalam arus permodenan.
Saya akui bahawa, saya merupakan individu yang sangat kurang membaca
dan ia menyebabkan wujudnya kelemahan semasa hendak menjalankan tugasan.
Ilmu atau pengetahuan mengenai isu semasa dan sejarah negara kita merupakan
keperluan yang mana menjadi tempat untuk rakyat Malaysia bersandar. Sebagai
contoh, sekiranya kita tidak tahu asal usul diri kita, ada kemungkinan kita akan
menjadi kosong dan tiada fokus dalam hidup. Walaupun kita tahu terlalu banyak
masalah dan isu pertikaian kepentingan berlaku dalam negara kita,namun di
segenap itu masih terdapat ruang untuk kita menilai dan berfikir untukmembuat satu
anjakan serta perubahan daripada bawah. Penguasaan ilmu yang meluas boleh
dikatakan sebagai tuntutan bagi setiapguru agar sifat berpengetahuan itu menjadi
pegangan utama dan menjadi aset untuk membimbing murid ke arah yang lebih
positif. Sesungguhnya kerja kursus ini begitu mendekatkan diri saya dengan
keadaan sebenar senario negara kita dan tindakan guru untuk memperbaiki
keadaan tersebut.
Akhir sekali, dapat saya simpulkan disini bahawa guru yang sentiasa bersedia, peka
serta bergiat aktif dalam menguasai sebarang aktiviti pengajaran dan berusaha
meningkatkan kemajuan diri adalah tidak menjadi sesuatu kemusykilan jika
mempunyai semangat yang kuat untuk mendidik serta mengubahpandangan anak
bangsa.

You might also like