You are on page 1of 15

PRINSIP

PERAKAUNAN
ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK,
Hasil dan belanja
By: Ahmad Nazmi and Afieq Daniel (4G)

ASET
Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat
yang digunakan untuk menjalankan aktiviti
perniagaan.
Aset terbahagi kepada 2:
Aset Semasa
Aset Bukan Semasa

ASET SEMASA
Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu
tempoh perakaunan.
Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh
yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.
Contoh: Tunai, stok akhir, penghutang, hasil belum diterima,
belanja terdahulu.

ASET BUKAN SEMASA


Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk
tujuan jualan semula.
Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh
perakaunan.
Contoh : Mesin, kenderaan, premis, lekapan dan lengkapan,
perabot, alatan pejabat.

LIABILITI
Tanggunan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu
dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.
LIABILITI terbahagi kepada 2:
Liabiliti Semasa
Liabiliti Bukan Semasa

LIABILITI SEMASA
Tanggungan hutang yang boleh dijelaskan dalam jangka masa
pendek iaitu dalam satu tempoh perakaunan atau setahun.
Contoh : Pemiutang, overdraf bank, belanja terakru, hasil
terdahulu

LIABILITI BUKAN SEMASA


Tanggungan hutang yang perlu dibayar balik dalam tempoh
masa yang lebih panjang iaitu lebih daripada satu tahun.
Contoh: pinjaman bank, gadai janji

EKUITI PEMILIK
Pelaburan pemilik dalam perniagaan.
Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah modal yang dilaburkan oleh
pemilik dalam perniagaan dan untung yang diperolehi daripada aktiviti
perniagaan.
Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik
Kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik
Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.
MODAL AWAL + UNTUNG BERSIH / (RUGI BERSIH) AMBILAN / MODAL AKHIR

HASIL
Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh
perniagaan pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan barang
niaga atau perkhidmatan yang diberikan.
Hasil terbahagi kepada 2 :
Hasil kendalian
Hasil bukan kendalian

HASIL KENDALIAN
Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti
utama sesuatu perniagaan.
Contoh: Klinik, firma audit hasil daripada perkhidmatan yang
diberi,
kedai jam diperolehi daripada hasil jualan jam

HASIL BUKAN KENDALIAN


Pendapatan yang diterima secara tidak langsung/ tiada
berkaitan daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan.
Contoh: sewa diterima, faedah atas simpanan bank, dividen
pelaburan, untung pelupusan asset bukan semasa

BELANJA
Wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah
perniagaan.
Kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk
mendapatkan hasil.
Belanja dibahagikan kepada 2:
Belanja Kendalian
Belanja Bukan Kendalian

BELANJA KENDALIAN
Belanja yang terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga
harian.
Contoh: sewa kedai, gaji pekerja, promosi, insurans dan alat
tulis

BELANJA BUKAN KENDALIAN


Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam operasi urus
niaga harian.
Contoh: Belanja faedah pinjaman bank, rugi jualan asset bukan
semasa, rugi daripada risiko banjir, kerosakan, kecurian dan
sebagainya.

TAMAT

You might also like