You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PROGRAM PERJUMPAAN WARIS MURID TAHUN 6 DAN TAUTAN KASIH


SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG NYONYA
TAHUN 2015
1.0

PENDAHULUAN
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah merupakan satu penilaian khusus

yang diwajibkan kepada pelajar sekolah rendah sebelum menamatkan persekolahan


darjah enam. Peperiksaan ini dianggap penting kerana ia menggambarkan kesemua apa
yang dipelajari di sekolah rendah. Maka dengan itu, perjumpaan ibu-bapa telah dijadikan
satu program wajib bagi sekolah pada tahun ini. Perjumpaan ibu-bapa tahun 6 adalah satu
medium yang diguna pakai bagi melaporkan prestasi murid-murid tahun 6 disamping
dijadikan satu medan untuk bermuafakat serta bermusyawarah dalam membincangkan
isu-isu pembelajaran murid-murid tahun 6. Perkongsian pintar ini mampu dijadikan satu
landasan dalam memperbaiki pendidikan anak-anak mereka malah ibu-bapa juga boleh
memastikan ibu- bapa dapat mengenalpasti kelemahan dan juga kekuatan anak-anak
mereka dalam menghadapi peperiksaan UPSR 2015.
Program ini bukan sahaja menumpukan perbincangan daripada segi perancangan
dan pengurusan murid-murid tahun 6, ia juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan
intelek murid-murid tahun 6 selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin
melahirkan insan yang seimbang dalam semua aspek JERI (Jasmani, Emosi, Rohani &
Intelektual). Program ini dilihat sebagai satu program yang amat sesuai dijalankan dan
sewajarnya mendapat perhatian yang lebih daripada ibu-bapa kerana ia sedikit sebanyak
mampu memberikan perangsang dan juga wadah kepada murid-murid tahun 6 untuk terus
berjaya di dalam UPSR. Oleh itu, penganjuran program ini diharapkan mampu memikul
misi yang dipertanggungjawabkan agar Ilmu Sumber Intelek yang dimaksudkan di dalam
motto sekolah akan menjadi kenyataan.

2.0

RASIONAL
2.1

3.0

Untuk Kecemerlangan murid tahun 6/ 2015

MATLAMAT

Perjumpaan ibu bapa adalah satu wadah yang dapat membantu sekolah dari segi;
3.1

Melaporkan kepada ibu-bapa mengenai prestasi semasa pelajar semasa


sepanjang proses pembelajaran di sekolah.

3.2

Ibu-bapa dapat memberikan tindakan sewajarnya kepada anak di bawah


jagaannya agar seiring dengan target sekolah.

3.3

Peruntukan kewangan tambahan melalui sumbangan ikhlas daripada


penjaga untuk Program Kecemerlangan UPSR 2015.

4.0

OBJEKTIF

Di akhir setiap program perjumpaan ibu-bapa, diharapkan semua ibu-bapa dapat;


4.1

Mengusulkan dan berkongsi pengalaman di dalam perancangan programprogram UPSR dalam meningkatkan prestasi anak-anak mereka terutama
semasa perjumpaan diadakan.

4.2

Mempelajari serta memahami serba sedikit tentang format kertas


peperiksaan yang diduduki anak.

4.3

Menasihatkan dan memastikan anak terus berusaha dan mematuhi arahan


guru dalam meningkatkan prestasi pencapaian anak.

5.0

ANJURAN

Unit Bimbingan & Kaunseling SK Seberang Nyonya dengan kerjasama Jawatankuasa


Peningkatan UPSR 2015.

6.0

TARIKH

24 Januari 2015 (Sabtu).


7.0

LOKASI

Dewan Tertutup SK Seberang Nyonya.

8.0

KUMPULAN SASARAN

Program ini diikuti oleh kesemua ibu,bapa dan semua murid tahun 6. Berikut ialah
perincian bilangan peserta yang akan mengikuti program ini;
8.1

Ibu/Bapa/Penjaga murid

70 orang

8.2

Murid-murid Tahun 6

70 orang

Jumlah sasaran : 140 orang

9.0

AHLI JAWATANKUASA INDUK KECEMERLANGAN UPSR

Pengerusi

Tn. Hj. Md Zanil Bin Saffie


Guru Besar, SK Seberang Nyonya

Timbalan Pengerusi

Pn. Ozainee Bt Othman


Guru Penolong Kanan Kurikulum

Naib Pengerusi I

Pn. Raifah Bt Osman


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

Naib Pengerusi II

En. Shukor Bin Shafie


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum (KOKO)

Setiausaha

Pn. NurhaslinaBt Mohd Kamar


Guru Bimbingan & Kaunseling

Ahli Jawatankuasa

Semua guru Tahun 6

10.0 Jawatankuasa Kerja :


Pengerusi

Tn. Hj. Md Zanil Bin Saffie


Guru Besar, SK Seberang Nyonya

Timbalan Pengerusi

Naib Pengerusi I

Pn. Ozainee Bt Othman


Guru Penolong Kanan Kurikulum
Pn. Raifah Bt Osman
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

Naib Pengerusi II

En. Shukor Bin Shafie


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum (KOKO)

Setiausaha

Pn. NurhaslinaBt Mohd Kamar


Guru Bimbingan & Kaunseling

Ahli Jawatankuasa

Juruacara : Pn. Nurhaslina Bt Mohd Kamar


Penyediaan Bahan dan Maklumat : Pn. Salina Bt Hamid
Persediaan Tempat : En. Mahadzir Bin Mat
Pn. Fazidah Bt Che Fadzin
Siaraya : En. Mohamad Bukharee Bin Omar
Bacaan Doa : En. Jamal Huri Bin Bakar
Dokumentasi : Pn. Norsalina Bt Md Saad
Makan/Minum murid : Pn. Sharifah Bt Ahmad
Pn. Wan Salmah Bt Wan Saidin
Cik Wan Noor Azah Bt Wan Abdullah

11.0

Tentatif Program
8.30 pagi

: Pendaftaran waris

9.00 pagi

: Ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar

9.30 pagi

: Taklimat dan perbincangan

11.00 pagi

: Minum pagi

11.30 tengahari

: Slot Ceramah Tautan Kasih

1.15 tengahari

: Makan Tengahari

1.30 tenghari

: Bersurai

12.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut ialah anggaran perbelanjaan kasar yang dianggarkan di sepanjang program :

Bil
Perkara
1. Makan dan minum

Anggaran
Minum pagi
RM 2.00 x 70 orang = RM 140
Makan Tengahari

4.

Banner Program
JUMLAH

RM 3.00 x 70 orang murid = RM 210.00


RM 50.00
= RM 50.00
RM 400.00

SUMBER PERUNTUKKAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


13.0

PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak pengelola agar program ini mendapat kelulusan daripada
pihak pentadbiran sekolah agar matlamat asal pelaksanaan program ini dapat dicapai.
Pihak kami juga menaruh harapan yang amat tinggi agar program ini mendapat sokongan
5

dan pertolongan yang sepenuhnya daripada pihak pentadbiran sekolah kerana dengan
adanya program ini, maka akan lahirlah ibu-bapa yang lebih sensitif dan juga peka
terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.

Disediakan oleh;

Disemak oleh;

..
(NURHASLINA BT MOHD KAMAR)
Setiausaha
Program Perjumpaan Waris dan Tautan Kasih
SK Seberang Nyonya,
Km10,Jln Kuala Kedah,
06600 Kuala Kedah, Kedah.

..
(RAIFAH BT OSMAN)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Seberang Nyonya,
Km10,Jln Kuala Kedah,
06600 Kuala Kedah, Kedah.

Disahkan oleh;

..
(TN.HJ. MD ZANIL BIN SAFFIE PPN,PJK)
Guru Besar
SK Seberang Nyonya,
Km10,Jln Kuala Kedah,
06600 Kuala Kedah, Kedah.

You might also like